CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 456

May 22, 2013

TARIKH : 22/ 05 /2013

MUKA SURAT :456

SURAH SAD: AYAT43-61

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) HJ. RANGES
Apakah caranya solat menghormati waktu?
Ust Kama: Telah dijelaskan bahawa tiada yang dinamakan solat menghormati waktu.  Solat jika dilakukan pada kadar yang termampu, itulah solat yang terpakai. Jika tidak memenuhi syarat sahnya, maka dilakukan semula solat itu sebagai solat I'adah.

Firman Allah SWT:
 
فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا ۖ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ


Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.(al-Baqarah: 239)

2) HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Apakah boleh kita beramal dengan ayat 54 surah Sad ketika berhadapan dengan hidangan atau mengisi minyak kereta agar razeki yang kita dapat tidak mudah habis?
Ust. Kama: Boleh sahaja kalau mahu diamalkan.

3) SURADI
a) Jika seseorang masuk mengikut imam ketika dia imam sedang duduk antara dua sujud, apakah dia masih dikira masbuk dan boleh meninggalkan bacaan fatihah pada rakaat seterusnya jika tidak sempat habiskan bacaan bersamaan imam?
Ust Kama: Makmum tersebut perlu menghabiskan bacaan fatihahnya.

b) Berdasarkan cerita nabi Ayub memukul isterinya dengan segenggam jerami gandum, bolehkah digunapakai cara tersebut dalam menyebat pesalah zina yang memerlukan sebatan seratus kali?
Ust Kama: Tidak boleh.

Read more...

DAURAH 455

May 21, 2013

TARIKH : 21/ 05 /2013
MUKA SURAT :455
SURAH SAD: AYAT 27-42
 
 
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN



1) Hussin Muin

a) Ada dikatakan orang bahawa air di cucur atap orang yang tidak sembahyang itu adalah sama seperti air kencing anjing hitam. Apakah cerita sebegini punya dasarnya?


b) Bukankah nabi SAW makan makanan yang diberikan oleh orang kafir?


2) HJ. JAAFAR

Apakah boleh kita menulis ayat al-Quran atas kertas lalu direndam dalam air untuk diminum? Apakah ada amalan sunnahnya?



3) En. Zainal

Bolehkah tidak solat kalau jalan jem dan Qadha di rumah bila sampai?


4)  Hj. Marijin

Apakah boleh bersahabat dengan jin Islam?





Read more...

DAURAH 454

May 15, 2013

TARIKH : 15/ 05 /2013

MUKA SURAT :454

SURAH SAD: AYAT 17-26
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA



PERSOALAN


1) Anwar Tabalun


Apakah boleh bayar untuk dapatkan koata haji?

Ust Kama: Membayar untuk tujuan tersebut menjatuhkan diri ke dalam dosa memberi rasuah.


2)  KHAIRUDDIN


Apakah hukum sambutan hari ibu?

Ust Kama: Hari ibu disambut tidak melambangkan agama kafir dan bukan juga amalan orang fasiq. Jika kita mahu katakan ia haram, maka hanya atas dasar ia dimuylakan oleh orang kafir, ia tidak cukup kuat dihujahkan. Jika menyambut hari ibu haram, maka apa halnya dengan hari kebangsaan, Hari guru, Hari Buruh dan sebagainya. Mengharamkan sesuatu perlukan dalil yang kuat dan hanya Allah sahaja yang boleh mengharamkan sesuatu. Dialah Tuhan yang Muharrim/ Muhrim.




3)  EN ZAINAL


Sunat puasa 3 hari sebulan, hari apa?

Ust Kama: Hari Abyadh ada setiap bulan. Jika mahu, pilihlah hari tersebut.

Read more...

DAURAH 453

May 14, 2013

TARIKH : 14/ 05 /2013

MUKA SURAT :453

SURAH SAD: AYAT 1-16
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         :  mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1) Hussin Muin

Orang yang panas baran, apakah penawarnya?

Ust Kama: Panas baran merupakan sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT. Dalam hadis telah diberikan petunjuk bagaimana mengawal sifat marah:

a) Membaca Isti'azah.
b)Diam
c)Bertenang dengan cara duduk atau berbaring.
d) Sentiasa ingat pesanan nabi kepada sahabat "Jangan marah!".

Rujukan: Islamqa



2) Ahmad Daud

Apakah kita disunatkan untuk melaksanakan umarah berkali-kali ketika pergi ke Makkah?

Ust Kama: Berulang-ulang umrah di Tan'im bukanlah amalan nabi dan para sahabat. Oleh itu ia bukanlah sunnah.  Pergi ke Tan'im dan berniat umrah hanya dilakukan oleh Aishah atas petunjuk Rasulullah SAW kerana beliah didatangi haid yang menghalangnya menyempurnakan haji dan umrahnya. Oleh sebab itu, sesiapa yang berhadapan dengan masalah seperti A'ishah, bolehlah pergi ke Tan'im untuk berniat umrah dan umrah tersebut dinamakan umrah haid. Adakah lelaki patut mempunyai umrah Haid? Jika lelaki mahu mengulangi umrah, maka hendaklah dia pergi ke miqat dan berihram di sana.

Rujukan:
i) Alukah ,
ii) Islamqa



3) Pemuda x

Apakah jika haid datang 7 hari kemudian suci 2 hari dan boleh datang lagi?


4) En Momoh 

 Apakah jika lupa doa qunut dan lupa sujud sahwi, perlu solat subuh kembali?

Ust Kama: Tidak perlu. Solat Subuh itu sah dan sudah sempurna.

Read more...

DAURAH 452

May 8, 2013

TARIKH : 08/ 05 /2013
MUKA SURAT :454
SURAH AS-SAFFAT: AYAT 154-182
 
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) Pemuda x

Apakah hukumnya jika salah seorangdari suami isteri jadi kafir?

2) Hj. Marijin

Jika dua suami isteri  yang kafir, salah satu masuk Islam, macam mana?

3)  SURADI

nabi IBrahim kata isterinya saudara, bagaimana kalau kita mengikut kata-kata ituy? Apakah ada kesan hukum?

 

 

Read more...

DAURAH 451

May 7, 2013

TARIKH : 07/ 05 /2013
MUKA SURAT :451
SURAH AS-SAFFAT: AYAT 127-153
 
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN
 
1) HJ. JAAFAR

Bersalam dengan orang kafir, bolehkah? Sambil mengucap selamat petang/pagi dsb?

2) HJ MARIJIN

1)  Khatan itu apakah hukumnya?

2) Apakah hukum meninggal dalam keadaan tidak khatan?

3)  Samit

Ulasan-Faudah berkhatan dari segi sains.

Read more...

DAURAH 450

May 1, 2013

TARIKH : 01/ 05 /2013

MUKA SURAT :450

SURAH AS-SAFFAT: AYAT 103-126

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1) SAMIT

A) Bolehkah korbankan seekor kambing lebih dari seorang?

2) RASHID

Ulasan-Masa-masa afdhal hari Jumuat

3) MOMOH

Ada adat orang berkorban, ambil daging sahaja dan buang tulang. Apakah ada asas?

4)  EN. ZAINAL

Kenapa akikah ditetapkan seekor untuk perempuan dan 2 ekor untuk lelaki?

5) HJ. JAAFAR
Soalan tenatng adat

6)  ANWAR TABALUN
Apakah jadi Islam orang kafir berjampi dengan menyebut 2 kalimah syahadah?

7) HJ. MARIJIN
bolehkah dukung anak yang belum baligh dalam solat?



8)  CIKGU KHAIRUDDIN

Siapa ulil amri?

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP