CARI KANDUNGAN BLOG

Sodaqallahul 'azim

September 7, 2014

Menjadi kebiasaan apabila selesai membaca Al-Quran, kita menyebutkan kalimah "Sodaqallhul 'Azim". Mengungkap kalimah tersebut tidak menjadi kesalahan apa-apa kerana memanglah Allah itu maha benar. Kita baca kalamNya dan kita mengakui kebenarannya. lalu, menyebutkan kalimah "Sodaqallahul 'azim".

Namun, perlu diketahui bahawa perkataan tersebut tidak warid dalam sunnah. Maka, mengatakannya bukanlah satu sunnah. Jika kita menganggapnya sunat dan melaziminya setiap kali selesai membaca Al-Quran dengan anggapan itu, itulah yang menyebabkan ia disifatkan bid'ah oleh sebahagian tokoh ulama masa kini.

Bukankah bid'ah itu antara cirinya ialah mewajibkan yang tidak wajib dan mensunnatkan yang tidka sunnat. Termasuk juga bid'ah ialah mengharamkan yang halal, atau menghalalkan yang haram. Mengubah hukum Allah SWT adalah sifat bid'ah.

Sesuatu itu dikatakan sunat jika ia datang melalui petunjuk Rasul. Sekadar membacanya dan tidak menggapnya sunnat, ia bukan bid'ah. Sebutlah perkataan tersebut bila selesai baca Quran dan untuk membuktikan kita faham kedudukannya dalam Islam, sebutlah perkataan lain yang bernada sama. Tidak semestinya kalimah tersebut. Juga, kekadang tinggalkan menyebutnya.

Sementara menyebut "sodaqallahul 'aliyyul 'azim" adalah tambahan yang dibuat oleh golongan Rafidhah untuk menyembunyikan ketaksuban mereka kepada Ali. Mereka bertaqiah menyebut Al-'Aliyyu yang merupakan nama Allah yang agung, tetapi mereka menyasarkan maknanya kepada Ali bin Abi talib yang mereka kultuskan. Justeru, jangan meniru kalam Syiah. Sekaliupun perkataan itu baik, jika sudah menjadi syiar Rafidhah, maka perlu kita jauhkan.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP