CARI KANDUNGAN BLOG

YUNUS BIN ABDUL A'LA

September 28, 2020

 Namanya ialah Abu Musa Yunus bin Abdul A'la bin Maisarah bin Hafs bin Hayyan As-Sodafi Al-Misri. Belia merupakan salah seorang ulama besar di Mesir dan salah seorang perawi hadis yang dianggap adil.

Beliau lahir tahun 170H. Beliau berguru dan meriwayatkan hadis daripada Sufyan bin 'Uyainah, Abdullah bin Wahab, Al-Walid bin Muslim, ma'an bin Isa,Abi Dhomrah Al-laitsi, Abu Abdullah Muhamamd bin Idris As- Syafie serta lain-lain lagi.


Sementara yang yang belajar dan meriwayatkanm hadis daripadanya termasuklah Imam Muslim, Ibn Majah, Nasa-i, Abu Hatim, Abu Zur'ah, Ibn Khuzaimah, Al-Asfarayini dll.

Beliau meninggal pada petang Isnin tahun 264H

Read more...

الاستيعاب في معرفة الأصحاب

September 27, 2020

 الاستيعاب في معرفة الأصحاب هو كتاب في ترجمة الصحابة، ألفه الحافظ ابن عبد البر (368-463)، يعتبر الكتاب من أوائل الكتب التي ألفت في الصحابة، وكان منهج المؤلف في كتابه أن كان يذكر الصحابي ومن روى عنه، وشيئا ممن روى عن رسول الله Mohamed peace be upon him.svg، وبعض أمور تتعلق به ووفاته وعمره


Read more...

Beramal Tapi Riyak atau Suma'ah

September 20, 2020

 

Beramal tetapi amalan itui bersulamkan riyak atau suma'h, maka ia umpama satu orang yang mengisi batu dalam karung lalu dibawany ake pasar untuk dijual. Ketika pembeli membuka karung didapatinya batu yang ada dalam karung. Batu itu diambilnya dan dihumbankan ke muka orang yang cuba  menjual kepadanya itu karung berisi batu itu. Selepas itu orang di pasar mengejeknya kerana cuba menjual batu yang tidak bernilai itu.

Dipetik daripada Kitab Al-Kabair, karya Imam Az-Zahabi MS 10. Ibn Hajar menyebutkan dalam Az-Zawajir, riwayat ini bukan hadis, sebaliknya adalah kalam hukama.


Read more...

SAIF ZI YAZAN MENGKHABARKAN KENABIAN NABI MUHAMMAD SAW.

September 17, 2020

Saif Zi Yazan, apabila diangkat menjadi raja Yaman oleh kerjaaan Parsi, telah dikunjungi oleh Abdul Mutallib bin Hasyim, Datuk nabi SAW. Beliau mengunjungi atas tujuan mengucapkan tahniah atas perlantikan itu. Ketika bertemu dengan Saif Zi Yazan, Abdul Mutallib dikhabarkan bahawa daripada keturunannnya akan lahir seorang nabi. 

Ada kalangan yang menolak cerita ini. Namun, cerita ini ada dalam sumber-sumber sirah yang dipecayai. Antaranya dalam Dalailun Nubuwwa oleh Al-Baihaqi. Disebutkan di dalamnya:

 

http://bayanelislam.net/Suspicion.aspx?id=02-05-0002


Read more...

Ziyad bin Abihi

September 6, 2020



Ziyad bin Abihi disebut juga Ziyad bin Ubaid As-Tsaqafi. Beliau juga disebut Ziyad bin Abi Sufyan. Ada juga memanggilnya dengan berbinkan ibunya, Ziad bin Sumayyah. Ada ketidak jelasan dalam nasabnya. Ibunya Sumayyah adalah seorang hamba kepada Al-Haris bin Kildah, seorang tabib Arab terkenal yang berasal Taif. Dia telah mengahwinkan hambanya itu dengan seorang hambanya yang lain bernama Ubaid As-Tsaqafi. Namun, dalam selang masa itu ada keterlibatan Abu Sufian yang pernah berkunjung ke Taif. Dia telah bermukah dengan Sumayyah sehingga Sumayyah mengandungkan Ziyad. Kejadian ini berlaku sebelum Islamnya Abu Sufian.

Hasil hubungan terlarang masa Jahiliyyah itulah lahirnya Ziyad. Kelahirannya dikaitkan dengan tahun di mana Rasulullah SAW mengadakan hijrah ke Kota Madinah.

Beliau membesar di Taif dan dia membina keperibadiannya sendiri sehingga dia menjadi seorang pemidato yang hebat.

Dalam satu peperangan zaman khalifah Umar Al-Khuttab, Ziyah telah menyampaikan khutbah dan yang mendengannya ramaikan kalangan Sahabat. Antara mereka ialah Abu Sufian dan Ali bin Abi Talib. Abu Sufian berkata kepada Ali bin Abi Talib: Apakah kau merasa kagum dengan kefasihan khutbah anak muda ini? Alibin Abi Talib mengakuinya: Ya. Kata Abu Sufian mendedahkan rahsia: Sebenarnya, dia adalah anak pakcikmu ini.Ali lantas bertanya: Justeru, kenapa tidak kau memanggilnya sebagai anakmu sahaja?" Kata Abu Sufian: Aku takut orang di atas membar itu (Maksudnya Umar Al-Khattab)

Beliau pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Abu Musa dan namanya naik semasa zaman Umar Al-Khattab. Jika tidak kerasa nasabnya yang majhul itu , dia boleh menjadi diangkat jadi pemimpin kerana hebatnya khutbahnya.

Semasa Ali menjadi khalifah, beliau dilantik sebagai penguasa di wilayah Parsi, Kirman dan Basrah.

Terdapat khutbahnya yang terkenal dirakam sejarah. Khutbah al-Batraa. Dinamakan demikian kerana khutbah itu tidak bermula Pujian kepada Allah dan tiada solawat atas nabi, sebaliknya terus masuk kepada ucapan-ucapannya...


Dalam pertarungan antara Ali dengan Muawiyah, dia cuba dipikat oleh Muawiyah agar berpihak kepadanya. Akan tetapi Ziyad bin Abihi enggan. Muawiyah menggunakan helah dengan menawarkan pengiktirafan nasabnya kepada Au Sufian. Lalu Ziyad bin Abihi percaya. Ziyad bin Abihi menerimanya dan dia pun dipanggil dengan Ziyad bin Abi Sufyan. Muawiyah menjadikannya gabenor ke atas Kufah dan Basrah.

Jalan cerita yang menggambarkan Muawiyah mengumpannya dengan nasab kepada Abu Sufian ini boleh dipertikaikan. Ia memang menjadi kecenderungan mereka yang sememangnya tidak mencintai Muawiyah dan mengakuinya sebagai sahabat nabiyang mulia.

Adalah satu kemungkinan juga bahawa panggilan Zia bin Abu Sufian itu diproklamirkan sendiri oleh Ziyad apabila dia menjawat jawatan dalam pemerintahan Umayyah..


Namun panggilan Ziyad bin Abi Sufyan lenyap bersama tumbangnya daulah Bani Umayyah. Kata As-Syaukani, Ulama sepakat mengatakan haram menasabkannya kepada Abu Sufyan berdasarkan hadis nabi SAW:

الولد للفراش وللعاهر الحجر

Anak dibinkan kepada suami, bagi yang berzina terhalang nasabnya.


Kini kita kekal menyebutnya Ziyad bin Abihi. Ziyad bin bapanya. Siapa bapanya, wallahu a'lam.


Ziyad bin Abihi meninggal tahun 53H pada usia 53 tahun.



Read more...

DAHISY WAL GHABARAA'

September 1, 2020

Ia adalah nama satu peperangan yang meletus pada masa  Jahiliyyah. Peperangan ini merupakan peperangan saudara antara Bani Zubyan dengan Bani Abs yang mana kedua adalah kabilah daripada Bani Ghatfan. ia adalah antara perang-perang yang mengambil masa lama untuk tamat selain perang Al-Basus, Perang  Al-Fijar dan perang Al-Bu'as.


Dahisy dan Ghubaraa' adalah dua nama kuda perang.


Perang ini tamat apabila dua orang ternama iaitu Al-Haris bin Auf Al-Mirri dan Haran bin Sinan telah turun tangan dan menyetujui pembayaran Diat bagi mangsa yang terbunuh. Zuhair bin Abi Sulma membuat pujian mengenai usaha ini dalam Mu'allaqatnya.

Read more...

BANI AL-ABSI

Bani Absi adalah salah satu kabilah Arab yang besar dan terkenal. Dari segi ranking, kabilah ini menduduki tempat kedua selepas Quraisy.Kabilah ini adalah pecahan daripada kabilah Ghatfan bin Saad bin Qais bin 'Ailan. dari segi nasabnya, ia kembali kepada Abbas bin Baghidh bin Rais bin Ghatfan bin Sa'ad bin Qais bin 'Ailan bin Nazar bin Ma'ad bin Adnan (Salah seorang anak nabi nabi Ismail)


Setahun sebelum Makkah disernag tentera bergajah, bani Absi telah keluar daripada kawasan Hijaz dan menempati Yamamah.  Di Yamamah mereka telah dapat mengalahkan Bani Kindah  dan di Yamamah. Mereka dapat menguasai kawasan-kawasan yang sibur dan sumber mata air. Bani Abs  memilih Jazimah Al-Absi sebagai raja mereka dan kemudian dilanjutkan kepada anaknya Zuhair bin jazimah al-Absi.Seterusnya kepada Qais in Zuhair.


Qabilah ini telah masuk Islam pada zaman nabi SAW. Di kalangan mereka ada ramai sahabat nabi yang telah menyertai peperangan Yamamah.


Hari ini, Bani Rashid yang menghuni Saudi Arabia, Kuwait, Sudan, Eritrea, Jordan, Yemen, Libya, Tunisia, United Arab Emirates, Oman merupakan keturunan Bani Abs yang paling terkenal.


Antara tokoh nama yang berasal dari Bani Abs adalah:

1) Urwah bin Al-Wardi

2) Antarah bin Syaddad

3)

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP