CARI KANDUNGAN BLOG

PAHALA BERGANDA

March 19, 2019


عَنْ أَبِي مُوسى رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "ثَلاَثَةٌ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ: رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الكتاب آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَأَدْرَكَ النَّبِيَّ فَآمَنَ بِهِ وَاتَّبَعَهُ وَصَدَّقَهُ، فَلَهُ أَجْرَانِ، وَعَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَدَّى حَقَّ الله تَعَالَى وَحَقَّ سَيِّدِهِ، فَلَهُ أَجْرَانِ، وَرَجُلٌ كَانَتْ لَهُ أَمَةٌ فَغَذَاهَا فَأَحْسَنَ غِذَاءَهَا. ثُمَّ أَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ أَدَبَهَا. ثُمَّ أَعْتَقَهَا وَتَزَوَّجَهَا، فَلَهُ أَجْرَانِ"


FAEDAH HADIS:

1) Ahli Kitab yang beriman dengan nabinya, kemudian beriman dengan nabi Muhamamd SAW, baginya daua pahala. Satu pahala kerana beriman dengan nabinya dan dia juga akan dapat pahala lain setelah dia beriman dengan nabi Muhammad SAW.

Menurut Al-Kirmani, kelebihan ini khusus bagi Ahli Kitab yang hidup zaman nabi Muhamamd SAW kerana setelah nabi SAW wafat, nabi mereka hanya nabi Muhamamd Saw. 

Namun, Ibn Hajar dalam Fathul Bari mengatakan bahaw kelebihan tersebut berterusan sehinggalah zaman kini. dengan kata lain, mana-mana ahli kitab yang masuk Islam pada zaman sesudah kewafatan nabi SAW, bagi mereka juga dua pahala yang dijanjikan.

Kelebihan ini tidak termasuk bagi kalangan ahli kitab yang tidak beriman dengan nabinya sendiri. Kemudian dia beriman dengan nabi Muhamamd SAW.

Al-Qurtubi menyebitkan dalam kitabnya Al-Mufhim(1/369), bagi golongan ahli kitab yang beriktikad tuhan selain Allah sebagaimana pegangan kristian hari ini, lalu mereka masuk Islam, tiadalah bagi mereka pahala beriman dengan nabi mereka.

2) Hamba perlu beribadat kepada Allah dan ibadatnya itu tidak menjadi alasan untuknya mengabaikan tuannya.

3) Kelebihan sesorang yang memerdekakan hambanya lalu mengahwininya.

Read more...

Ar-Rijal bin Unfuwah

March 12, 2019

Beliau adalah salah seorang anggota rombongan orang Yamamah belasan orang yang datang beriman dengan nabi SAW pada Tahun Wufud ( 'Amul Wufud)  iaitu selepas perjanjian Hudaibiyah pada tahun ke-6 H.  Beliau belajar dengan nabi SAW, menghafaz Al-Quran dan menampakkan ciri-ciri muslim soleh yang tinggal bersama sahabat-sahabat nabi yang lain di Madinah. Abu Hurairah menyebutkan bahawa pada satu hari, beliau duduk dalam satu majlis di mana dalamnya ada Ar-Rijal bin Unfuwah dan beberapa sahabat nabi SAW. Nabi SAW telah bersabda:


إِنَّ فِيكُمْ لَرَجُلا ضَرْسُهُ فِي النَّارِ أَعْظَمُ مِنْ أُحُدٍ
" Sesungguhnya ada seorang lelaki yang yang gusinya dalam neraka lebih besar daripada bukit Uhud".


Abu Hurairah berkata apabila semua yang dalam majlis itu telah mati satu demi satu, tinggallah dia dan Ar-Rijal bin Unfuwah. Abu Hurairah bimbang kalau-kalau dia lelaki yang dimaksudkan itu. Tetapi, apabila berlaku perang membanteras golongan murtad di zaman Abu Bakar, didapatinya Ar-Rijal bin Unfuwah telah bersama Musailamah Al-Kazzab, tahulah Abu Hurairah bahawa lelaki yang dimaksudkan Rasulullah SAW itua adalah Ar-Rijal bin Unfuwah.
Sebelum itu, pada waktu Musailamah mengiklankan kenabiannya selepas wafatnya Rasulullah SAW, Abu Bakar As-Siddiq menghantarkan Ar-Rijal bin Unfuwah untuk berdiskusi dengan Musailamah. Akan tetapi Musailamah telah berjaya mempengaruhi Ar-Rijal sehingga beliau mengakui kenabian Musailamah. 

Maka, Ar-Rijal menjadi satu ancaman berbahaya kepada kaum Muslimin, lebih daripada bahayanya Musailamah sendiri kerana pengetahuannya yang luas tentang Islam berbanding Musailamah.

Dalam perang Al-Yamamah, Ar-Rijal bin Unfuwah telah mati dibunuh oleh Zaid bin Al-Khattab.


Kisah mengenai lelaki ini ada di nukilkan dalam kitab-kitab sirah seperti Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Kathir rahimahullah.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan terhadap kesahehan cerita ini kerana ada perawi yang bernama Saif bin Umair yang dituduh sebagai pendusta.

Darut Qutni yang menyebutkan hadis mengenai gusi besar bukit uhud itu juga tidak sertakan sanad

Cerita kemurtadan Ar-Rijal ini disebutkan juga oleh Ibn Abdul Barr dalam kitabnya Al-Isti'aab, Ibn Hajar dalam Al-Isobah dan sebelum itu lagi oleh Ibn Saad dalam At-Tobaqaat. Namun semuanya tidak disertakan sanad. Maka cerita yang sebegini, walaupun masyhur disebutkan dalam kitab-kitab, ia tidak dapat dimuktamadkan kebenarannya.

Apapun, tidak dapat dinafikan bahawa dalam kelompok sahabat nabi tersebut ada musang berbulu ayam yang dipanggil munafiq. Namun, tentunya bukan sebagaimana yang ditohmahkan kaum Syiah yang menimpakan tuduhan tersebut atas sahabat-sahabat nabi yang teruji kesetiaan dan keteguhan mereka mereka seperti Abu bakar, Umar, Uthman dan lain-lain sahabat yang utama.

Sebuah hadis dalam Saheh Muslim menyebutkan bahawa nabi SAW telah bersabda :

 إن في أمتي اثنا عشر منافقاً، لا يدخلون الجنة ولا يجدون ريحها حتى يلج الجمل في سم الخياط، ثمانية منهم تكفيكهم الدبيلة، سراج من النار يظهر في أكتافهم، حتى ينجم من 
صدورهم


" Sesungguhnya dalam kalangan ummatku ada 12 orang munafiq. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sehinggalah unta masuk ke lubang jarum. 8 daripada mereka akan mati kerana penyakit Dubailah" iaitu nyalaan  daripada api yang kelihatan di bahu mereka sehingga menghunjam dada mereka."


Wallahu a'lam.






Read more...

KEPIMPINAN TIDAK SEMESTINYA DI TANGAN ORANG PALING BAIK

Di riwayatkan dalam hadis Saheh Bukari:


عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : سَمِعْتُ الحَسَنَ ، يَقُولُ 
اسْتَقْبَلَ وَاللَّهِ الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ مُعَاوِيَةَ بِكَتَائِبَ أَمْثَالِ الجِبَالِ ، فَقَالَ عَمْرُو بْنُ العَاصِ : إِنِّي لَأَرَى كَتَائِبَ لاَ تُوَلِّي حَتَّى تَقْتُلَ أَقْرَانَهَا ، فَقَالَ لَهُ مُعَاوِيَةُ - وَكَانَ وَاللَّهِ خَيْرَ الرَّجُلَيْنِ -: أَيْ عَمْرُو ! إِنْ قَتَلَ هَؤُلاَءِ هَؤُلاَءِ، وَهَؤُلاَءِ هَؤُلاَءِ مَنْ لِي بِأُمُورِ النَّاسِ، مَنْ لِي بِنِسَائِهِمْ، مَنْ لِي بِضَيْعَتِهِمْ
فَبَعَثَ إِلَيْهِ رَجُلَيْنِ مِنْ قُرَيْشٍ مِنْ بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ : عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَامِرِ بْنِ كُرَيْزٍ ، فَقَالَ : اذْهَبَا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فَاعْرِضَا عَلَيْهِ ، وَقُولاَ لَهُ ، وَاطْلُبَا إِلَيْهِ .
فَأَتَيَاهُ ، فَدَخَلاَ عَلَيْهِ فَتَكَلَّمَا ، وَقَالاَ لَهُ ، فَطَلَبَا إِلَيْهِ ، فَقَالَ لَهُمَا الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ : إِنَّا بَنُو عَبْدِ المُطَّلِبِ قَدْ أَصَبْنَا مِنْ هَذَا المَالِ ، وَإِنَّ هَذِهِ الأُمَّةَ قَدْ عَاثَتْ فِي دِمَائِهَا . قَالاَ : فَإِنَّهُ يَعْرِضُ عَلَيْكَ كَذَا وَكَذَا ، وَيَطْلُبُ إِلَيْكَ وَيَسْأَلُكَ . قَالَ : فَمَنْ لِي بِهَذَا ؟ قَالاَ : نَحْنُ لَكَ بِهِ . فَمَا سَأَلَهُمَا شَيْئًا إِلَّا قَالاَ: نَحْنُ لَكَ بِهِ ، فَصَالَحَهُ ، 

فَقَالَ الحَسَنُ : وَلَقَدْ سَمِعْتُ أَبَا بَكْرَةَ يَقُولُ : رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى المِنْبَرِ - وَالحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ إِلَى جَنْبِهِ -، وَهُوَ يُقْبِلُ عَلَى النَّاسِ مَرَّةً، وَعَلَيْهِ أُخْرَى وَيَقُولُ: ( إِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ ، وَلَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ عَظِيمَتَيْنِ مِنَ المُسْلِمِينَ )


Iktibar daripada hadis:  .
  1. Nabi mengkhabarkan masa depan dan baginda mendapat ilmu itu kerana wahyu Allah SWT atas baginda.
  2. Menceritakan manaqib Hasan bin Ali. Beliau melepaskan jawatan kepimpinan demi menjaga darah kaum muslimin. Dia menyerah bukan kerana sedikit pengikut, merasa hina atau kerana cacat cela padanya tetapi kerana kemahuan tinggi terhadap Redha Allah SWT. Bukan senang memiliki sikap mulia seperti ini. Orang yang berjiwa besar sahaja mampu mengambil sikap terpuji seperti Hasan ini.
  3. Tertolaknya tuduhan kaum Khawarij yang mengkafirkan Ali dan pasukannya serta Mu'awiyah dan pasukannya. Bila Rasulullah "dua kumpulan besar daripada orang Islam", bererti Kedua-dua mereka masih termasuk orang Islam.
  4. Islah (mendamaikan ) antara manusia adalah aulawiyyat utama  dalam sesuatu pertimbangan.
  5. Menunjukkan sikap dan watak Mu'awiyah yang bertimbangrasa dengan rakyat serta wawasan jauhnya.
  6. Keharusan pemimpin meletakkan jawatan  jika perletakan jawatan itu ada kebaikan untuk kaum muslimin.
  7. Keharusan melantik pemimpin yang kurang afdhal walaupun ada yang lebih afdhal.
  8. Pendirian pihak yang berkecuali dalam pertikaian itu adalah sikap yang betul bahkan paling betul. Mereka yang berkecuali adalah seperti Saad bin Abi Waqqas, Ibn Umar, Muhamamd bin Masalmah dll.

Read more...

MARWAN BIN AL-HAKAM

March 11, 2019

Kali ini kita mahu berbicara mengenai seorang tokoh Bani Umayyah bernama Marwan bin Al-Hakam. Seperti Mu'awiyah, Marwan juga ada muftara alaih.  Itulah yang kita mahu tapis dan mengetahui apakah yang menjadi isi dan apa pula hampas dalam riwayat sejrah. Apa yang cerita betul tentang Marwan bin Al-Hakam ini dan apa pula dusta tentangnya. Kita selak catatan-catatan yang boleh dipercayai.

Namanya adalah Marwan bin Abi Al-As bin Abd Syams bin Abd Manaf.  Kunyahnya ialah Abu Al-Qasim/ Abu Alhakam. Beliau lahir di Mekah dan muda berbanding Abdullah bin Zubair 4 bulan.

Uthman bin Affan itu adalah sepupunya. Masa Uthman jadi Khlaifah, dia dapat kerja sebagai jurutulis Uthman bin Affan

Ulama berbeza tentang statusnya, sama ada dia sahabat atau tidak. Ibn Hajar dan Az-Zahabi menganggapnya sahabat. Ada yang menganggapnya bukan sahabat kerana umurnya masih kecil ketika nabi wafat dan pertemuannya dengan nabi diragui. Maka dia dianggap kibar tabi'in.

Beliau adalah khalifah keempat Bani Umayyah dan disebutkan sebagai pengasas ke-2 Bani Umayyah.

Tuduhan ke atasnya:

1) Bapanya orang buangan nabi SAW.

Bapanya, Al-Hakam , masa hidup nabi SAW telah pergi menetap di Taif. Orang kata bapanya telah dihukum buang negeri oleh nabi SAW. Namun, riwayat mengenai itu tidak saheh. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menulis dalam Minhajus Sunnah:


وقد ذكر غير واحد من أهل العلم أن نفي الحكم باطل. فإن النبي لم ينفه إلى الطائف، بل هو ذهب بنفسه. وذكر بعض الناس أنه نفاه، ولم يذكروا إسنادا صحيحا بكيفية القصة وسببها.
(terjemahan tidak disediakan)

2) Kaum Syiah membuat cerita bahawa Marwan memusuhi Ahli Bait Nabi SAW. Namun, riwayat-riwayat terpercaya menafikan dakwaan tersebut. Umpamanya dalam riwayat daripada Syuaib daripada Az-Zuhri daripada Imam Syafie ada menyebutkan perkataan saidina Ali  yang menjawab pertanyaan orang apabila dia selalu bertanya tentang marwan bin Al-Hakam. Katanya:

 تعطفني عليه رحم ماسة، وهو مع ذلك سيد من شباب قريش



3) Kononnya juga ialah Marwan buat surat palsu atas nama Uthman bin Affan untuk arahkan agar Muhamad bin Abu Bakar dibunuh di Mesir. Ia menjadi fitnah yang mengundang kembalinya rombongan Mesir ke Madinah dan kepung rumah Saiyyidina Uthman bin Affan. Sebenarnya ada musuh dalam selimat dari kelompok Abdullah bin Saba' yang mengadu domba. Jika anda baca sejarah, bagaimana dalam masa yang sama rombongan Irak dan Mesir boleh sama-sama tahu perkara tersebut dan balik semula ke Madinah mengepung rumah Uthman?? Mesti ada konspirasi lain.

Al-Waqidi membawa riwayat bohong bahawa pada masa perang Jamal, Talhah  bin Ubaidillah bersama pasukan Aisyah. Marwan telah nmembunuh Talhah kerana pada anggapannya Talhah terlibat membunuh Uthman bin Affan. bagaimana ini mungkin? Marwan sentiasa bersama Uthman dan dia ada dalam rumah Uthman pada masa kejadian. Dia tentu tahu Talhah tak telibat. Talhah dengan Uthman , dua -dua sahabat nabi yang dikhabarkan syurga.

Kalau dengar nama Al-Waqidi dalam riwayat sejarah, waspadalah. Di sisi para ulama hadis, dia adalah Kazzab.

Sebagai tambahan, mari kita semak satu riwayat yang disebutkan oleh Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyiq (69/261) mengenai terjemahan seorang yang bernama Aisyah binti Musa bin Talhah bin Ubaidillah.

Kata Ibn 'Asakir: Aku telah membaca dalam sebuah kitab riwayat daripada Abdus Somad daripada Abdillah daripada Abd Somad bin Abi Yazid Ad-Damsyiqi yang telah menceritakan kepadanya oleh Mu'awiyah bin Soleh Al-Asy'ari mendengar cerita Abdurrahman bin Syuraik lalu mendengar cerita Abu Bakar bin Isa bin Musa bin Talhah, katanya aku dengar Aisyah binti Musa bin Talhah yang meruapakan isteri kepada Abdul Malik bin Marwan, katanya: Abdul Malik bin Marwan telah berkata kepadaku: Wahai Aisyah, kalaulah tidak kerana Marwan telah membunuh Talhah, sudah tentu akulah yang akan membunuh Talhah!

Kritikan ke atas riwayat ini:

1)  Jarak masa antara Ibn 'Asakir dengan Abdus Somad sangat jauh dan mustahil mereka bertemu.Abd Somad meninggal pada tahun 304H manakala Ibn 'Asakir meninggal tahun 571h. Senggangan masa sebanyak 250 tahun!

2) Kitab yang dikatakan dibaca oleh Ibn 'Asakir tidak dapat dipastikan.

3) Aisyah binti Musa bin Talhah adalah individu yang majhul yakni tidka dikenali. Apakah benar dia wujud?

4)Perawi bernama Abu Bakar bin Isa bin Musa bin Talhah juga majhul. Tidak dikenal!

5) Abdurrahman bin Syuraik juga majhul al-ain.Tiada terjemah mengenainya. kalau hendak dikataka beliau adalah An-Nakhai yang daif riwayatnya itu, tidak mungkin pula sebab mereka berebza peringkat zaman.

Kerana itu, riwayat mengenai perkataan Abdul Malik bin Marwan itu tidak saheh dan tidak boleh dijadikan sandaran

Cerita-cerita yang menyebutkan bahawa Marwan bin Al-Hakam membunuh Talhah bin Ubaidillah ini tidak boleh dipercayai. Implikasi tidak baiknya banyak untuk dipercayai. Jika benar, maka bagaimana boleh para ulama hadis meneriwa periwayatan Marwan sedangkan Marwan seornag pembunuh lebih-lebih lagi yang dibunuh adalah seornag sahabat nabi yang dijami syurga? Tuduhan ini juga sekaligus memburukkan nama Uthman bin Affan. Mengapa orang jahat dipilih Uythman untuk jadi penulis dan setiausahanya? Ia juga satu tohmahan atas Talhah sendiri kerana Talhah berperang dalam perang Jamal kerana membela Uthman. Seolah-olah Talhah mnentang Uthman, maka Marwan membunuhnya! Tuduhan ini juga satu najis yang dilemparkan kepada Mu'awiyah kerana Marwan adalah orang kepercayaan Mu'awiyah sehingga ditaklifkan sebagai gabenor madinah semasa kekhalifahannya. 

Bagimana Marwan dan Talhah dalam satu pasukan, tiba-tiba Marwan dituduh bunuh Talhah. Marwan pun tahun bahawa talhah tidak terlibat dalam pembunuhan Uthman. 

Sebenarnya, lebih selamat jika dikatakan sahaja Talhah terbunuh kerana terkena panah sesat. Itu lebih baik daripada membuat tuduhan tak berasas  kepada Marwan. Tudhan ini lebih kepada motif yang berpunca kebencian kepada keluarga Umayyah!. 

Siapa yang amat benci kepada keluarga Umayyah kalau bukan golongan Rafidhah Syiah.??

Terdapat riwayat yang Saheh sanadnya menyebut bahawa Talhah mati terbunuh oleh anak panah yang disifatkan "panah sesat". Riwayat itu adalah seperti berikut:
 
وأخْرَج أبو العرب التميميُّ في "المحن" (1/110) قال: أخبَرَنا أصبغ (هو ابن الفرج)، عنِ ابن وهْب (هو عبدالله)، عن يونس (هو ابنُ يَزيد الأيلي)، عن ابنِ شِهاب، قال: "رُمِي طلحةُ وهو مُعتدِل في بعضِ الصُّفوفِ بسهمٍ غرب، فقطع مِن رجله عرقَ النَّسا، فنشجَ حتى نزَف فمات، ويُقال: إنَّه كان يومَ قُتِل ابنَ خمس وسَبعين"
Sanad riwayat ini saheh sehingga kepada Abu Shihab (Az-Zuhri)




Baca: IbnAmin

Baca juga : Fnoor

Baca juga : Islamqa 

Baca: Alukah.net


Read more...

SYUBHAT- MUAWIYAH DAKWA DIA LEBIH BERHAK JADI KHALIFAH BERBANDING UMAR.

Terdapat hadis dalam Saheh Bukhari yang menyebutkan bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan telah berkata dalam khutbahnya atas membar:

حدَّثني إبْرَاهِيمُ بنُ مُوساى أخبرَنا هِشامٌ عنْ مَعْمَرٍ عنِ الزُّهْرِيِّ عنْ سَالِمٍ عنِ ابنِ عُمرَ. قَالَ وأخبَرَنِي ابنُ طَاوُسٍ عنْ عِكْرِمَةَ بنِ خَالِدٍ عنِ ابنِ عُمَرَ دَخَلْتُ علَى حَفْصَةَ ونَسْوَاتُهَا تَنْطُفُ قُلْتُ قَدْ كانَ مِنْ أمْرِ النَّاسِ مَا تَرَيْنَ فلَمْ يُجْعَلْ لِي مِنَ الأمْرِ شَيْءٌ فقَالَتْ إلْحَقْ فإنَّهُمْ يَنْتَظِرُونَكَ وأخْشَى أنْ يَكُونَ فِي احْتِبَاسِكَ عَنْهُمْ فُرْقَةٌ فلَمْ تَدَعْهُ حَتَّى ذَهَبَ فَلَمَّا تَفَرَّقَ النَّاسُ خَطَبَ مُعَاوِيَةُ قالَ مَنْ كانَ يُرِيدُ أنْ يَتَكَلَّمَ فِي هاذَا الأمْرِ فلْيُطْلِعَ لَنَا قَرْنَهُ فلَنَحْنُ أحَقُّ بِهِ مِنْهُ ومِنْ أبِيهِ قَالَ حَبِيبُ بنُ مَسْلَمَةَ فَهَلاَّ أجَبْتَهُ قَالَ عَبْدُ الله فَحَلَلْتُ حُبْوَتِي وهَمَمْتُ أنْ أقُولَ أحَقُّ بِهَذَا الأمْرِ مِنْكَ مَنْ قاتَلَكَ وأبَاكَ علَى الإسْلاَمِ فَخَشَيْتُ أنْ أقُولَ كَلِمَةً تُفَرِّقُ بَيْنَ الجَمْعِ وتَسْفِكُ الدَّمَ ويُحْمَلُ عَنِّي غَيْرُ ذَلِكَ فذَكَرْتُ مَا أعَدَّ الله فِي الجِنَانِ قَالَ حَبِيبٌ حُفِظْتَ وعُصِيتَ. قَالَ مَحْمُودٌ عنْ عَبْدِ الرَّزَّاقِ ونَوْسَاتُهَا.

(Terjemahan tidak kuberikan)



Perkataan bewarna itu menjadi perhatian.

Mua'wiyah berkata: siapa yang mahu berbicara tentang urusan ini, maka tunjukkan kepada kami tanduknya. Maka sesungguhnya kami lebih berhak daripadanya dan daripada bapanya. 
Video seorang ulama Syiah menghuraikan perkataan Mu'awiyah bin Abu sufyan tersebut:






Riwayat mengenao perkataan ini ada dalam hadis Saheh. hadis tersebuit pula dihurai  oleh Badruddin Al-Aini dalam Umdatul Qari dengan mengatakan perkataan Muawiyah bahawa dia lebih berhak dalam urusan ini -Urusan Khilafah- daripada dia -Abdullah bin Umar- dan bapanya -iaitu Umar Al-Khatab sendiri.

Jadi, difahamkan bahawa Mu'awiyah mendakwa bahawa dia lebih berhak jadi khalifah berbanding Umar Al-Khattab sendiri.

Benarkah demikian? Syubhat ini agak sukar untuk dijelaskan, lebih-lebih lagi bagi menegakkan sikap Ahli Sunnah yang memandang baik kepada Mu'awiyah sebagai sahabat nabi SAW. Jika krisia dengan Ali boleh diharmonikan dengan ijtihad yang salah, bagaimana dengan yang ini?

Namun, perlu diingat, prinsip asas ahlu Sunnah. Jangan cela sahabat. Muawiyah sahabat nabi dan dia punya kedudukan istimewa.

Takwilan hadis ini begini:

1) Hadis ini saheh dan tidak dipertikai.
2) Cuma konteks ucapan Mu'awiyah itu yang musykil
3) Dia kemungkinan merujuk kepada peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan di mana dialah wali yang berhak atas darahnya. Justeru bila dia kata "saya lebih berhak atas urusan ini" ia merujuk kepada urusan menuntut keadilan atas darah Uthman. Bukan Khilafah seabagaimana yang difahami Ibn Umar dan seabagimana yang ditafsirkan dalam Umdatul Qari.
4) Silap faham ucapan itu boleh sahaja berlaku kepada sosok Ibn Umar.
5) Takwilan yang silap juga mungkin terjadi kepada Badruddin Al-Aini dalam Umdatul Qari.
6) Kita perlu menegakkan prinsip asas dahulu. Berdasarkan riwayat yang banyak dan saheh, Mu'wiyah tidak berkelakuan seperti yang difahami daripada hadis itu. maka bagaimana hendak bawa kefahaman haadis ini sebagaimana yang dinyatakan.
7) Mu'awiyah mungkin bermaksud bahawa dia lebih berhak atas darah Uthman berbanding Hasan dan juga bapa Hasan iaitu Ali bin Abu Tali.
8) Takwilan ini lebih baik kerana itulah isu hangat yang menimbulkan konflik antaranya dengan Ali.
10) Jika kita enggan menerima takwilan ini dan masih mahu menggunapakai takwilan Syarah dalam Umdatul Qori itu, apakah kita hendak hukumkan kepada Mua'wiyah? Adakah dia terkeluar dari Islam dengan sebab kata-katanya itu?

Justeru, membaca hadis saheh bukan dengan satu mata. Kena ada dua mata. Bukan dengan satu cara faham. Ada beberapa cara faham. Kalau dalam Quran pun ada ayat mutasyabihat, maka hadis juga ada mutasyabihat. Kerana tidak jelas maksud perkataan, maka kita tidak boleh menghukumkan berdasarkan apa yang kita fahami.

Berdoalah kepada Allah sebagaimana datang dalam firman Allah SWT (Surah Al-Hasyar: Ayat 10):



 وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ (10)

Sila baca: ddsunnah

Read more...

KEMUSYKILAN DALAM KISAH UMMU QIRFAH

March 8, 2019

Ummu Qirfah, nama sebenarnya adalah Fatimah binti Rabi'ah bin Badar dari kabilah Fazarah yang menghuni daerah utara Madinah menuju ke Syam.

Apa yang menjadi musykil dan perdebatan kalangan sarjana ialah kisah mengenai yang diriwayatkan dalam buku-buku sirah seperti Ibn Hisyam, Al-Waqidi , bahkan dalam syarah hadis Bukhari sendiri, dalam bab mghazi.

Ummu Qirfah telah memerangi Rasulullah SAW dan kerana itu Rasulullah tugaskan Zaid bin Harithah untuk menanganinya. Ummu Qurfah dapat ditawan dan dia telah dibunuh dengan cara yang kejam. Caranya adalah "Muthlah", iaitu diikat kaki tangannya pada unta dan ditarik sehingga bercerai berai badannya. 

Riwayat mengenai cara pembunuhan tidak berperikemanusiaan inilah yang menjadi pertanyaan di kalangan pengkaji. 

Kerana itu, sebahagian ulama mempertikaikan kesahehan riwayat ini. Ia disebut sebagai riwayat yang Mudhtarib kerana tidak senada dalam pelbagai versinya. 

Dalam tarikh Tobari disebutkan:

أن زيد قتل أم قرفة في هذه الغزوة ، وهي فاطمة بنت ربيعة بن بدر، وأنه قتلاً عنيفاً بأن ربط برجليها حبلاً بين بعيرين حتى شقها شقاً، وكانت عجوزاً كبيرة وأسر ابنتها

" Sesungguhnya Zaid telah membunuh Ummu Qurfah dalam peperangan ini. Ummu Qurfah, namanya ialah Fatimah binti Rabi'ah bin Badar. Zaid telah membunuhnya dengan cara yang sadis iaitu diikat dua kakinya pada dua ekor unta sehingga terkoyak. Pada saat itu Ummu Qurfah sudah tua. Anak perempuannya pula ditawan".
(Ms 642-643)



Musuh  Islam menyerang dengan mengatakan kejadian ini tidaklah dianggap wewenang Zaid dan Rasulullah cuci tangan. Ini kerana ketika anak perempuan Ummu Qirfah yang ditawan itu dibawa balik ke Madinah, baginda minta ia diserahkan kepadanya dan baginda lalu berikan kepada Huznin bin Abi Wahab.

Musuh-musuh Islam yang senentuasa mengintai ruang menjadikan kisah ini bola tanggung untuk menyerang keperibadian Rasulullah SAW. Itulah yang mereka lemparkan kepada nabi mulia.

Apakah riwayat cerita ini benar?

Adnan Ibrahim menuntaskan dalam ceramahnya bahawa cerita ini dusta perawi mghazi. Ibn Ishak, Al-Waqidi dan lain-lain.






Dalam bab ini, Adnan Ibrahim mengambil sikap yang membela kemuliaan Rasulullah SAW. Kerana itu, walaupun aku tidak suka kepada orang ini atas kelancangan dalam beberapa isu, aku menyimpan sedikit tasamuh dengannya.


Catatan :

1) Cerita ini ada dalam :
  • Tobaqat Ibn Saad
  •  Al-Muntazim Ibn Jauzi
  • Sirah Ibn Hisyam
  • Al-Bidayah Wan Nihayah -Ibn Kathir
2) Midar riwayah kisah ini adalah Muhamamd bin Umar Al-Waqidi
3) Imam Bukhari kata Al-Waqidi adalah Matrukul Hadis (Lihat: Tahzibul Kamal; Jil 26)
 -Imam Ahmad kata dia itu Kazzab. Yahya bin Ma'in kata dia daif dan juga pernah kata  "laisa bisyai'" (yakni tak bernilai)
-Abu Daud kata sampai kepadanya kata-kata Ali AlMadini bahawa Al-Waqidi meriwayatkan 30 ribu hadis  gharib.
-Az-Zahabi kata : Mujmak dia ditinggalkan riwayatnya.
4) An-Nasai menyebutkan  dalam Ad-dhu'afaa Wal Matrukin: Yang terkenal dengan penimpuan atas Rasulullah SAW ada 4 iaitu: Al-Waqidi di  di Baghdad, Ibrahim bin Abi Yahya di Madinah, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Abi Sa'id Al-Maslub di Syams.

5) Ramailah tokoh mentajrihkan Al Waqidi spt Imam Ahmad, Ibn Ma'in, Ali Al-Madini, Al-Hatim, Ibn Mubarak, dll.

6) Dalam Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, cerita Ummu Qirfah ini berlaku pada zaman Abu Bakar dan beliau murtad dan diperangi oleh Abu Bakar.

7) Dalam Sirah Ibn Hisyam dan Bidayah Wan Nihayah , cerita ini daripada jalan Ibn Ishak tanpa sanad.



Kesimpulan:

Kisah Ummu Qirfah ini tidak saheh. Ringkasnya ia adalah riwayat dusta atas sirah Rasulullah SAW.


Read more...

Tajrih diutamakan atas ta'dil.

Kata Khatib Baghdadi: Para ahli ilmu sepakat bahawa jika seorang perawi itu ditajrih oleh seorang tetapi ramai yang menta'dilkannya, maka tajrih itu diutamakan. Ini kerana tajrih itu berdasarkan hal-hal batin yang tidka diketahui oleh mereka yang menta'dilkannya. 

Kita lihat seorang perawi bernama Muhamamd bin Ishak. Para ulama punya pandangan yang berbeza mengenainya. Ada yang mentajrihkannya dan ada yang menta'dilkannya. Dalam hal ini, tajrih diutamakan. Kerana itu riwayat Ibn Ishak tidak menjadi saheh kerana tajrih atasnya diambil kira.

Read more...

Za-idah bin Abi Ar-Raqqad

Seorang perawi hadis.

Imam Bukhari kata tentangnya: Munkarul Hadis

Abu Daud kata: Aku tak tahu khabarnya.

An-Nasai kata: Aku tak kenal siapa dia.

Abu Hatim mengatakan: Dia selalu meriwayatkan daripada Ziyad bin Numair daripada Anas hadis yang marfuk lagi mungkar.

Kenyataan-kenyataan mengenai insan bernama Za-idah bin Abi Ar-Raqqad ini dapat diteroka dalam kitab-kitab rijal. Sila rujuk kitab Tahzibul Kamal oleh Hafiz Al-Mizzi.

Nama ini penting diingat kerana ada beberapa hadis yang masyhur meniti di bibir orang ramai sedangkan mereka tidak sedar hadis tersebut sampai melalui jalan riwayat orang ini. Apabila ada orang ini, maka hadis tersebut menjadi daif. Perawinya cacat di mata para ahli hadis.

Antara hadis yang masyhur tersebut adalah hadis mengenai doa yang selalu dibaca orang menjelang bulan rejab iaitu:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Hadis yang menyebutkan tentang doa ini menjadi daif kerana kecacatan perawi sebagaimana yang disebutkan oleh ulama Rijal. Antaranya perawi bernama Za-idah bin Abi Ar-Raqqad ini. Begitu juga Ziyad bin Numair yang menjadi sumber ambilannya. Para ulama rijal mendaifkannya.
 
 
 
 

Read more...

DOA MASUK BULAN REJAB

Bila masuk bulan Rejab ini, doa yang selalu dibaca orang. Imam-imam solagt Jemaah juga selalu mengungkapkannya. 

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban. Izinkan kami bertemu dengan Ramadhan!"

Doa ini disebutkan dalam sumber-sumber berikut:

  1. Musnad Imam Ahmad
  2. Al-Ausat oleh At-Tabrani
  3. Az-Zawaid oleh Albazzar
  4. Sya'bul Iman oleh Al-Baihaqi
  5. Hilyah oleh Abu Nu'aim
Imam Nawawi dalam Al-Azkar menyifatkan hadis ini daif (ms 189).

Demikian didaifkan oleh Ibn Rajab Al-Hambali dalam Lathoiful Ma'arif (ms 121)

Al-Bani dalam Dhaif Al-Jami' juga menyifatkannya daif (4395)

Dalam sanad hadis ini ada seorang yang bernama Ziyad AN-Numairi. Ibn Ma'in kata orang ini daif. Abu Hatim kata orang ini tak boleh dibuat hujjah. Ibn Hibban senaraikan beliau sebagai "ad-dhuafaa " dan tidak boleh dijadikan hujjah.

Doa ini tidak menjadi masalah apa-apa. Minta berkati dalam bulam Rejab dan Syaban. Minta sampaikan hidup ke bulan Ramadhan yang penuh berkat. Permintaan sedemikian bagus. Cuma setiap orang perlu jelas bahawa doa ini bukan bermakna mengangkat keistimewaan Rejab berbanding bulan lain. Lebihnya Rejab kerana ia bulan haram. Sama macam Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. 

Telah jelas bahawa tiada hadis saheh yang menyebutkan kelebihan khusus bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain. Maka khabar-khabar tentang kelebihannya , puasa padanya solat padanya, termasuk solat Raghaib yang diamalkan dalam tariqat tertentu, tiada dasar dalam sunnah yang saheh. 

Miskipun terdapat dalam kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali mengenai solat raghaib ini, ia adalah solat yang yang tidak ada dalam sunna. Imam Nawawi dalam Fatwa An-Nawawi (ms57) menyifatkan solat ini sebagai :

 هي بدعة قبيحة منكرة أشد إنكار ، مشتملة على منكرات ، فيتعين تركها والإعراض عنها ، وإنكارها على فاعلها
" Ianya bid'ah yang keji, mungkar dna tersangat kemungkarannya, seluruhnya adalah mungkar. Hendaklah ditinggalkan  dan mencegah orang daripada melakukannya".

Bab ia ada dalam ihya ulumuddin, bukan boleh dijadikan hujjah.  Kemuliaan Imam Al-Ghazali diakui dan tidak layak keilmuannya dan kesolehannya direndah-rendahkan. Namun, pertentangan antara ulama adalah kerana perbezaan tahap penguasaan ilmu mereka. Imam Nawawi diakui cekap dalam ilmu hadis.  Sikapnya terhadap solat Raghaib adalah sesuai dengan keilmuannya. Imam Ghazali adalah insan biasa yang mungkin tersilap dalam pengambilan hadis mengenainya. Dunia kesarjanaan Islam mengakui bahawa bidang hadis bukan bidang Imam Al-Ghazali. Allah menmgampunkannya dan kemuliaannya tidak jatuh dengan kesilapan manusiawi.

Agama ini perlu ditegakkan atas yakin. Keraguan menjadikan perkara itu tiada kepentingan dalam agama.

Read more...

HADIS PALSU-UCAPAN TAHNIAH KEDATANGAN BULAN REJAB

Hari ini satu Rejab. Tersebarlah dalam media sosial yang dikatakan hadis.

من يبارك الناس بهذا الشهر الفضيل – يعني رجب- يحرم عليه النار


" Siapa yang beritakan ketibaan bulan ini (rejab) kepada orang, haram atasnya neraka"

Nanti bila tiba bulan Ramadhan, dibawa hadis yang sama juga. Cuma tukar nama bulan. Siapa beritahu orang ketibaan Ramadhan, haram atasnya neraka!

Kemudian, bila tiba bulan Rabiul Awal, bulan orang sambut maulid, dibawa pula hadis ini. Tukar nama bulan pula. Siapa beritahu orang ketibaan bulan Rabiul Awal, haram neraka atasnya.

Semua lafaz-lafaz yang berbeza ini telah dinilai palsu oleh ulama. Tiada dalam kitab-kitab hadis pun tak ada sebut hadis ini.

Ibn Hajar Al-Asqolani menulis sebuah kitab bertajuk : Tabyinul 'Ajab Fi Fadhli Rejab". Beliau menyebut di dalamnya:

 لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه ، ولا في صيام شيء منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه.. حديث صحيح يصلح للحجة،وقد سبقني إلى الجزم بذلك الإمام أبو إسماعيل الهروي الحافظ، رويناه عنه بإسناد صحيح، وكذلك رويناه عن غيره

" Tidak pernah datang satu hadis pun yang saheh dan boleh dibuat hujjah mengenai kelebihan bulan Rejab, puasa padanya atau qiam pada malam-malamnya. Kesimpulan ini telah pun dibuat sebelum ini oleh Imam Al-hafiz Abu Isma'il Al-Harawi yang telah kami riwayatkan kata-katanya dengan sanad yang saheh sepertimana telah kami riwayatkan perkataan (mengenainya dari ulama-ulama) yang lain juga".
 
Bahkan, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitabnya Al-Manarul Munif menyebutkan dengan lebih tegas. Katanya:


كل حديث في ذكر صيام رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى
 
 
"Semua hadis yang menyebut tentang kelebihan puasa bulan Rejab, solat pada malam-malamnya yang tertentu adalah dusta yang direka-reka".


Read more...

HADIS PALSU-SYURGA RINDUKAN HASAN DAN HUSAIN

ABU MIHKNAF PENDUSTA HADIS.

Sebuah hadis yang dinilai sebagai dusta lagi palsu oleh Ibn Al-Jauzi dalam kitabnya "Al-Maudhu'at" bahawa Rasulullah SAW bersabada:

لما خلق الله الجنة قال لها أما ترضين أن زينت ركنين منك بالحسن والحسين ؟ فماست الجنة برأسها موس العروس ليلة عرسها واهتزت، فقال الله لها: لم عملت ذا ؟ قالت: شوقا منى إليهما
"Ketika Allah SWT menciptakan syurga, Allah berfirman kepadanya: Apakah kamu suka kalau aku hiaskan dua penjurumu dengan Hasan dan Husain. Maka Syurga pun mencukur kepalanya sebagaimana pengantin mencukur kepalanya untuk malam pengantin dan ia pun gementarlah. Allah pun bertanya kepadanya: Kenapa kamu berkelakuan demikian? Kata Syurga: Kerana rinduku kepada kedua-duanya!.

Hadis ini dihukumkan palsu kerana dalam sanadnya ada perawi bernama Abu Soleh, Al-Kalbi dan Abu Mikhnaf. Semua itu adalah pendusta. Kata Ibn Jauzi.

Jika ada Abu Mikhnaf seorang pun, sudah cukuop menjadikan hadis itu bohong kerana Abu Mikhnaf adalah seoraang Syiah yang suka berdusta.

Jika anda jumpa riwayat-riwayat sejarah yang didatangkan oleh Imam At-Tobari dalam tarikhnya, menyebut nama Abu Mikhnaf dalam sanadnya, maka riwayat itu tidak boleh dipegang. Kerana buruknya Abu Mikhnaf itu.

Ada sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Yahya bin Ibrahim Al-Yahya bertajuk " Riwayat-riwayat Abu Mikhnaf dalam Tarikh Tobari". Imam Tobari bukan penyebar hadis palsu. Dia adalah penjelas kepalsuan secara fakta dengan sikapnya yang meriwayatkan bersama sanad. Generasi hari ini perlu berterima kasih kepada Imam Tobari atas disiplin penukilannya.

Betapa banyak cerita yang berlegar di telinga kita, sebenarnya ia cerita songsang yang dicipta oleh para dajjalin dalam sejarah. Justeru hari ini, kita perlu pelajari menapis cerita. Ilmu ini tidak akan pernah khatam dan perlu kita ladeni walau jerihnya meletihkan. Agar kita tidak menjadi mangsa pendustaan orang dulu-dulu yang tidak takut kepada Allah.

Read more...

ABU MIHNAF PENDUSTA DALAM SEJARAH

March 7, 2019

Namanya Lut bin Yahya bin Said bin Mikhnaf Al-Azdi  dan terkenal dengan panggilan Abu Mikhnaf.

Datuknya Mikhnaf adalah seorang sahabat nabi.

Lahir di Kufah.
 
Meninggal tahun 157H/158H

Orang ini, ceritanya tak boleh dipercayai. Dia pengolah cerita bohong.

Ibn Ma'in kata: Orang ini tidak ada nilai.

Katanya lagi : Dia tidak boleh dipercayai.

Perkataan Ibn Ma'in ini diriwayatkan dalam Tarikh Asma' Ad-Dhu'afaa Wal Kazzabin oleh Ibn Syahin (Ms 162)

Imam Az-Zahabi dalam Siyar menyebutkan perkataan Abu Hatim mengenainya sebagai Matrukul Hadis. Kata Daruqutni: Akhbari Daif

Ceritanyalah yang diriwayatkan oleh At-Tobari dalam Tarikhnya bahawa selepas peristiwa Tahkim, Ali melaknat membaca doa laknat dalam qunut solat Subuh. Tobari menulis bahawa Allai membaca:

 اللهم العن معاويةَ وعمرًا وأبا الأعور السلميّ وحبيبًا وعبد الرحمن بن خالد والضحاك بن قيس والوليد، 



Lalu doa laknat itu pun sampai khabarnya kepada Mu'awiyah , maka Mu'awiyah pun baca doa laknat pula dalam solat subuhnya untuk Ali, Ibn Abbas, Al-Asytar, Hasan dan Husain.

Rujuk :(Tarikh Tobari:5/71), (Al-Kamil Li Ibn Athir( 2/684) dan Tarikh Ibn Khaldum (2/637)

Kewujudan riwayat ini dalam kitab tarikh Tobari bukan alasan untuk mengiyakannya. Imam Tobari yang hebat itu memasukkan riwayat ini bukan bermakna beliau mengesahkannya. Bagi yang membaca kitab Tarikh Tobari perlu selalu ingat apa yang disebut oleh Imam Tobari dalam muqaddimah tarikhnya itu. Apa katanya:




فما يكن في كتابي هذا من خبر ذكرناه عن بعض الماضين مما يستنكره قارئه، أو يستشنعه سامعه، من أجل أنه لم يعرف له وجهًا في الصحة، ولا معنى في الحقيقة، فليعلم أنه لم يؤت في ذلك من قِبلنا، وإنما أُتي من قِبل بعض ناقليه إلينا، وإنَّا إنما أدَّينا ذلك على نحو ما أُدِّي إلينا



Read more...

PEMBOHONGAN SYIAH: MU'WIYAH MEMBUAT SUNNAH LAKNAT KEPADA ALI ATAS MIMBAR

Kononnya, pada zaman pemerintahan Mu'awiyah, khutbah-khutbah atas mimbar diselitkan laknatan atas Saidina Ali bin Abu Talib. Mu'awiyahlah orang yang membuat sunnat itu dan ia dikuti oleh para gabenornya di daerah-daerah. Selama hampir 50 tahun Sunnah itu berlanjut sehinggalah dimansukhkan pada zaman Umar bin Abdul Aziz.

Ini pendapatku sebelum baca nukilan para ulama untuk menjawabnya. Betapapun cerita ini ditulis dalam beberapa buku sejarah, aku kurang yakin dengan kebenarannya. Fikiran warasku dalam menilai riwayat sejarah tidak dapat menerimanya.

1) Pada zaman Mu'awiyah menjadi pemerintah, banyak sahabat yang masih hidup. Jika MU'awiyah mencela dan melaknat Ali secara terbuka atas membar, masakan para sahabat nabi boleh berdiam diri. Generasi sahabat sudah teruji dengan mehnah dan mereka tidka takut apapun. Jika perkara itu mungkar, mereka akan tentang. Melaknat Ali bin Abi Talib bukan maksiat kecil. Ia perkara besar. 

2) Kita pun tahu bahawa pada zaman Mu'awiyah, dialah pertama sekali pemerintah Islam yang bina armada laut menyerang negeri-negeri jajahan Romawi termasuk kepulaun Cyprus. Antara yang ikut serta sahabat nabi. Kalau demikian buruknya perangai Mu'awiyah, bagaimana mereka boleh berdiam diri dan memberi sokongan kepada misi dan visi Mu'awiyah?

Cerita ini rekaan golongan yang hidup mereka berujikan laknat. Lihatlah bagaimana puak Syiah melaknat Abu Bakar, Umar, Aisyah dan Hafsah. Pada perkiraan mereka, laknat ini perkara biasa. Mereka biasa buat dan ornag lain pun biasa buat. Kerana mereka jenis kaum pelaknat, mereka rasa tidaklah pelik untuk mengatakan Mu'awiyah melaknat Ali atas membar!

Siapa yang percaya cerita dunggu ini, memang otaknya sudah hilang fungsi.


Read more...

QURAN MAKHLUK-PANDANGAN MUKTAZILAH DAN ASYAIRAH

March 5, 2019

Muktazilah kata Quran itu makhluk. Semuanya....lafaznya maupun maknanya. Kerana dakwaan ini, mereka dikafirkan oleh ramai ulama. Ramainya, tidka dapat dihitung lagi. Kata-kata mereka berselerak dalam pelbagai masodir.

Adapun Asyairah, bagi mereka Quran itu dari segi maknanya bukan makhluk. Akan tetapi, hurufnya, suaranya dan mashafnya adalah makhluk.  Perkataan ini pun menimbullkan masalah. Benarkah demikian. ? Apakah ini yang dipegang oleh genersi salaf? Memecahkan antara maknawi dan lafzi.

Wallhu a'lam.

Read more...

Sikap terhadap Ibn Arabi

March 4, 2019

Sikap orang terhadap Ibn Arabi:

1) Mengkafirkannya, menganggapnya pembuat bid'ah dna sesat. Pandangan ramai tokoh ulama.

2) Menganggapnya sebagai Syeikhul Akbar, dan wali yang teragugung-Pandangan para ahli Sufi Ghulat.

3) Menganggapnya termasuk wali dan orang soleh tetapi mengharamkan buku-buku mereka daripada dibaca- Tokoh ulama seperti As-Suyuthi.

Ibn Hajar Al-Asqolani menyebutkan dalam Lisanul Mizan (4/318) 

وقد كنت سألت شيخنا الإمام سراح الدين البلقيني عن ابن العربي؛ فبادر الجواب بأنه كافر

" Sesungguhnya aku telah bertanya kepada guru kami Imam Sirajuddin Al-Balqini mengenai Ibn Arabi, maka dia segera menjawab bahawa dia adalah kafir".



Imam Az-Zahabi memetik perkataan Imam Al-Izz Ibn Abdis Salam dan menyalinnya dalam Siyar A'lam An-Nubala (23/48):


هو شيخ سوء كذاب، يقول بقدم العالم ولا يحرم فرجا

"Dia merupakan Syeikh jahat lagi pendusta. Dia berpendapat Qidamnya alam dan tidak mengharamkan faraj".


Dalam kitab fatwa Ali Tantawi disebutkan oleh Syeikh Ali Tantawi mengenai perlecehan dan keraguan orang terhadapnya bahawa dia tak faham isi kandungan Kitab Al-Fusus dan Al-Futuhat:

أما قوله في انني لا اعرف شيئا عن ابن عربي وعن عقيدة وحدة الوجود فأخبره ولا فخر في ذلك ان الذي جلب كتاب الفتوحات من قونيا ونقله من النسخة المكتوبة بخط ابن عربي نفسه والمخطوطة الآن في قونيا هو: جدنا الذي قدم من طنطا الى دمشق سنة 1250 ه فإن كان أخطأ فإني اسأل له المغفرة وانني قابلت مع عمي الشيخ عبدالقادر الطنطاوي نسخة الفتوحات المطبوعة على هذا الاصل المنقول صفحة صفحة، وانا استغفر الله على ما انفقت من عمري في قراءة مثل هذه الضلالات


Catatan Tambahan:


  1. Ibn Arabi menyatakan satu bentuk pemikiran wehdatul wujud yang menyimpulkan semua makhluk berada dalam ainul khaliq dan tiada yang wujud melainkan wujud ainul khaliq. Lalu, malaikat, jibrail Iblis, para nabi-nabi dan segala-galanya adalah ainul khaliq belaka.
  2. Mereka yang mempertahankan Ibn Arabi beralasankan bahawa dia menucapkan kalam kufarawinya itu ketika dalam keadaan Syatah, mabuk dan Ghalabatul Wujdi. Dakwaan ini berlebihan dan dicari-cari alasan. Bagaimana satu buku yang tebal, berjilid dan ada bab-babnya dikarang dalam keadaan yang tersebut itu. Kalau diucapkan di mulut, boleh juga dikira demikian. Tapi , ini dikarangkan dan tentu bertahun-tahun. Masakan selama itu dalam keadaan mabuk zuq dan tidak sedar kerana fana fil fana???
Baca tulisan:  Allamah Abdul Rahman Abdul Khaliq

Read more...

KALAM KUFRAWI TIDAK MENJADIKAN PENUTURNYA DIKATAKAN KAFIR

Tidak ada riwayat yang menunjukkan Imam Ahmad mengkafirkan para pemimpin muktazilah pada zamannya. Miski warad perkataannya : "Siapa yang berkata Al-Quran makhluk, sesungguhnya dia telah kufur". Kata-kata ini tidak boleh difahami bahawa Iman Ahmad mengatakan kafir kepada ulama-ulama muktazilah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk. Termasuk yang mengatakannya adalah khalifah Al-Makmun.  Imam Ahmad tidak pernah mengkafirkannya bahkan ada riwayat mengatakan dia istighfar untuknya. Sedangkan istighfar untuk orang kafir adalah dilarang, masakan Imam Ahmad tidak mengetaguinya.

Maka, dalam kes menghukumkan kafir ini, ada beza antara apa yang dikata dengan yang mengatakan. Kata-kata "Quran adalah Makhluk " adalah kalam kufrawi, tetapi yang mengatakannya  itu belumlah boleh dihukumkan kafir sehinggalah ditegakkan hujjah atasnya. 

Imam Ibn Taimiyyah sewaktu berada di Mesir, berlaku debat antaranya dengan tokoh-tokoh Jahmiyyah. Beliau berkata kepada mereka:


أنا لو قلت ما قلتم لكفرتُ، ولستم عندي كفَّارًا


" kalau saya ucapkan apa yang kamu semua ucapkan, jadilah aku kafir, namun kamu bukanlah kafir di sisiku".

Kaum Jahmiyyah, antara peganagan mereka adalah menafikan sifat Allah., bahkan mereka mengatakan sifat Allah itu adalah makhluk.
 
 
Timbul persoalan, kenapa Imam Ibn Taimiyyah mengatakan Ibn Arabi  itu kafir disebabkan perkataannya yang kufrawi dalam Al-Futuhat dan Al-Fusus? Sama juga muridnya Imam Az-Zahabi. Kenapa dalam hal ini, penutur kalam kufrawi itu dihukumkan kafir. Tidak seperti ucapan kaum Jahmiyyah dan Muktazilah itu?

Rujuk: Feqhweb

Perlulah diketahui, bahawa perkara mengkafirkan Ibn Arabi dan yang sama dengannya dari kaum sufi yang menuturkan kalam kufrawi ini, tidaklah sepakat di kalangan ulama. 

1) Ibn Taimiyyah, Az-Zahabi dan lain-lain menghukumkan mereka kafir disebabkan kalam kufrawi mereka itu. Ini kerana kekufuran dalam perkataan itu jelas.

2) As-Suyuthi, As-Subki, Ibn Hajar dan ramai lagi mengatakan perkataan kufrawi mereka itu tidak boleh jadi sebab mereka dihukumkan kafir, sebaliknya hendaklah ditakwilkan kata-kata mereka itu.

3) Mengambil jalan tawaqquf kerana sampai khabar kepada kita tentang kesolehan mereka.




























 

Read more...

SIKAP TERHADAP KRITIKAN ATAS SAHEHAIN

March 2, 2019

Biarpun Saheh Bukhari dan Muslim dikritik oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Darut Qutni, Albani dan lain-lain, itu tidaklah menjatuhkan martabat Saheh Bukhari dan Muslim sebagai dua kitab paling saheh di kalangan ummat Islam sesudah Al-Quran. Ia juga tidaklah menjadi mereka yang mengkritik itu tercela atau terkeluar dari Islam. Sebagai ilmu-ilmu lain ada khilaf, demikianlah juga ilmu hadis. Khilaf tersebut adalah khilaf muktabar.

Apa yang kita tidak boleh terima adalah kritikan yang bukan ahlinya dan bertujuan meruntuhan kecintaan ummat ini terhadap hadis.

Albani menyebutkan dalam Muqaddimah Syarah Aqidah At-Tohawiyyah (ms 14-5):

والصحيحان هما أصحّ الكُتب بعد كِتاب الله تعالى باتِّفاق علماء المسلمين مِن الْمُحدِّثِين وغيرهم ، فقد امتازا عن غيرهما مِن كُتب السنة بِتفرّدهما بِجَمْع أصحِّ الأحاديث الصحيحة،وطرح الضعيفة والمتون المُنكَرَة،على قواعد متينة،وشروطٍ دقيقةٍ،وقد وُفِّقُوا لذلك توفيقاً بالغاً لم يُوفّق إليه مَنْ بَعدهم ممن نحا نحوهم في جَمْع ” الصحيح ” كَابْنِ خزيمة،وابن حبان،والحاكم،وغيرهم،حتى صار عُرفاً عاماً أن الحديثَ إذا أخرجه الشيخان أو أحدهما،فقد جاوز القنطرة،ودخل في طريق الصحة والسلامة,ولا ريبَ في ذلك،وأنه هو الأصلُ عندنا،وليس معنى ذلك أن كل حرفٍ أو لفظةٍ أو كلمةٍ في “الصحيحين” هو بِمَنْزِلة ما في “القرآن” لا يُمكن أن يكون فيه وَهْمٌ أو خطأٌ في شيءٍ من ذلك من بعض الرواة،كلا،فَلَسْنَا نعتقدُ العصمةَ لكتابٍ بعد كتاب الله تعالى أصلاً…كل مَن شمَّ رائحةَ العِلْمِ بالحديث الشريف يعلمُ بداهةً أن قولَ المحدث في حديثٍ ما:”رواه الشيخان” أو “البخاري أو مسلم” إنما يعني أنه صحيح.


Rujuk Fatwa: Yasaloonak

Read more...

AJAKAN MENYAMAKAN HAK WANITA DAN LELAKI DALAM PUSAKA.

dR. sA'ADUDDIN aL-hILALI, Pennyarah Feqah Muqaranah Universiti Al-Azhar,menarik perhatian agar membezakan antara masalah feqah yang berkaitan hak-hak dengan masalah berkaitan dengan kewajipan.  Hukum feqah yang membabitkan hak-hak orang perlu berubah dengan berubahnya zaman, tempat dan keadaan. Ia tidak seperti hukum fekah yang berkaitan dengan kewajipan agama.


Dr Saaduddin Alhilali

Contoh masalah berkaitan hak-hak adalah seperti harta pusaka. Masalah berkaitan kewajipan adalah seperti solat puasa dan ibadat-ibadat lainya.

Beliau telah meberi fatwa yang syaz agar hak pusaka disamakan antara lelaki dan perempuan kerana zaman dan keadaan sudah berubah. Wanita zaman kini tak lagi macam dulu. Wanita sudah jadi ketua rumahtanggan, mananggung nafqah keluarga dan ini tidka macam zaman lampau. Kerana itu, lalaki dna wanita patut dapat sama banyak. Bukan macam ditetapkan dalam Quran. Lelaki dan 2 bahagian dan perempuan satu bahagian.

Bolehkah fatwa ini diterima?

Dr. Husamuddin Ufanah mengulas dan mengkritik pendapat-pendapat Dr. Sa'dudin Al-Hilali . Ini bukan satu-satunya perkataanya yang janggal didengar. Katanya, sebelum ini sudah ada. Beliau pernah membandingkan Presiden Mesir sebelum ini sebagai Musa dan Menteri luarnya sebagai Harun. Melampau...

Beliau menolak hadis dan menyeru agar berpegang dengan Quran smeata-mata. Beliau ajak penggabungan tiga agama samawi iaitu ISlam, Yahudi dan Kristian. Dia juga menyeru agar Sunni dan Syiah bergabung dna bersatu.

Dia juga Tur Sina lebih mulia daripada Makkah dan menyeru berhaji di sana. Masya Allah!

Soal perbezaan  bahagian mirath antara lelaki dan perempuan ini merupakan Tsawabuit Agama Islam. Nas jelas ada dalam Quran. Nak kata apa lagi?



Read more...

BELI TANAH KENA BAYAR ZAKAT?

Saya ada banyak duit simpanan. Ada kawan tawarkan, laburlah dalam saham mana-mana syarikat yang boleh menguntungkan. Saya buat keputusan beli tanah. Tanah ni kalau beli hari ini, lima tahun mendatang, kalau jual balik sudah untung. Banyak untungnya. Beli 50 ribu. Nanti lima tahun lagi jual dan jadi 150 ribu. Silap-silap, beli hari ini, esok lusa jual balik dapat untung sekaliganda. Inilah namanya perniagaan hartanah. Ruumah pun macam tulah.

Beli tanah atau rumah kemduian simpan cukup satu haul, kena bauar zakat tak? Ini persoalan yang mahu diterjah kali ini. 

Dr. Husamuddin Ufanah menjawab dalam Yasaloonak terhadap masalah ini.

Katanya, niat masa beli akan menentukan duduknya aset itu. Ia menjadi pembelian untuk pemilikan atau satu perniagaan. Jika perniagaan, ia hendaklah dibayar zakat.

Dalam masalah ini niat akan menentukan.

Jika ragu-ragu, beli tanah untuk jual buat prniagaan atau buat guna sendiri, maka keraguan itu menyebabkan zakat tak wajib. Walau keraguan itu sedikit sahaja. Kayakan 1 peratus sahaja. 99 peratus lagi nak jual. Syeikh Othaimin menjawab dalam majmu' fatwanya.

Tumpuan sekarang adalah perniagaan. Kalau urusan jual beli tanah itu untuk perniagaan, kenalah bayar zakat. Tapi kalau tujuan untuk guna tak payah. Termasuk juga kalau beli sebagai satu bentuk simpanan. Cara orang sekarang. Duit ada 50 ribu. Beli dengan niat buat simpanan. Alang-alang simpan duit dalam bank 50 ribu, bukan banyak mana boleh unytung. Beli tanah, nanti kalau berlaku kecemasan, juallah. Misalnya sakit, anak nak mengaji, nak buat modal berniaga dan sebagainya. Semua itu tidak dikira berniaga. Ia dikira bukan satu perniagaan.

Namun, satu hal perlu dingat. Jika senariaonya adalah niat beli tanah untuk lari daripada zakat simpanan, maka dia dia wajib bayar zakat bagi tanah yang dibeli itu. Cubaan untuk lari dari zakat wang simpanan dengan beli tanah adalah keji. Syarak tidka menghormati tujuan buruk itu dan ornag itu tetap wajib zakat.

Riwayat dalam Hadis Bukhari, nabi SAW menyebut:


وَلَا يُجْمَعُ بَيْنَ مُتَفَرِّقٍ،وَلَا يُفَرَّقُ بَيْنَ مُجْتَمِعٍ خَشْيَةَ الصَّدَقَةِ
Rujuk selebihnya dalam : Yasaloonak

Read more...

HUKUM MEMUTUSKAN SOLAT

Tengah dok solat, tiba-tiba HP berdering. Nak berhenti jawab telifon, boleh tak?

Mungkin juga ada kes, tengah solat kat masjid, letak hp di depan, ada pencuri cilok. Hulur tangan nak ambil hp tersebut. Dah ambil pun. Nak berhenti solat dan kejar pencuri atau tidak?

Maca-macam hal boleh berlaku masa solat. Kacau betul. Boleh berhenti tak?

Para ulama ittifaq bahawa solat fardhu tak boleh diputuskam sewenang-wenangnya. Kalau solat Sunat bolehlah putuskan bila-bila masa. Bandingannya macam puasalah. Kalau Puasa Ramadhan, tiba-tiba tengahari rasa nak buka sebab nak makan KFC dengan anak, hukumnya haram. Kalau puasa sunat, tak apalah. No hal. Dah puasa sunat sampai tengahari, tida-tiba rasa terliur nak makan mangga cecah garam belacan bawah pokok ketapang dengan kawan-kawan. Nak buka, silakan. Tak ada hal. Tak dosa. 

Macam tulah juga bandingannya antara solat fardhu dan sunat. Kalau Sunat boleh putuskan solat anytime. Kalau fardhu tidak boleh. Bukan tak boleh langsung. Ada ruang juga. 

Kalau perkara tu penting sangat, darurat dan melibatkan hal-hal besar, maka bolehlah putuskan solat fardhu tersebut.  Setakat bunyi telifon bukan hal besar. Contoh-contoh yang disebut dalam kitab-kitab feqah adalah seumpama nampak orang lemas, kebakaran yang mengancam nyawa dinacam binatang berbisa dan sebagainya.  Termasuk juga kalau harta sedang dirompak dna perlu berhenti untuk halangnya, maka bolehlah berhenti solat.

Pendapat rajih di kalangan para fuqaha, kalau hendak berhenti, bagi salam dulu. Itulah cara keluar dari solat yang hendak diputuskan itu.

Perbincangan hal ini serta contoh-contohnya kes yang mengharuskan solat fardhu diputuskan boleh dilihat dalam fatwa Yasaloonak dijawap oleh Dr. Husamuddin Ufanah.


Read more...

NIQAB-TRADISI ATAU SYARIAT?

March 1, 2019

Catatan ini adalah bahan renungan. Dimabil daripada kritikan Muhamamd Al-Ghazali. Siapa yang tidak suka kepada Syeikh Muhamamd Al-Ghazali, boleh sahaja. Lemparkan pandangannya ke dinding. Namun, keilmuan Muhammad AL-Ghazali telah masyhur dna yang hendak menolak dan meremehkan buah fikirnya, perlu menunjukkan apa yang difikirkannya lebih baik dengan menggunakan hujjah-hujjah yang jauh daripada emosi. 

Syeiikh Al-Qaradhawi memuji Muhamad Al-Ghazali dalam catatannya di lamannya: "Akhirnya Bintang pun sirna" 

Muhammad Al-Ghazali menolak bahawa pakai purdah tuntutan Syariat Islamm sebaliknya dia menyifatkannya sebagai tradisi kaum yang diberikan wajah Islam. Beliau mendatangkan sedret hujah yang boleh difikirkan bagi yang mahu berfikir:


1-


Read more...

NABI MUSA TANPAR MALAIKAT MAUT

Cerita nabi Musa tampar Malaikat Maut  sampai terkeluar biji matanya diriwayatkan dalam hadis yang saheh iaitu Saheh Muslim:



Daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

أُرسل ملك الموت إلى موسى ـ عليه السلام ـ فلما جاءه صكه ففقأ عينه، فرجع إلى ربه فقال: أرسلتني إلى عبد لا يريد الموت، قال: فرد الله إليه عينه وقال: ارجع إليه فقل له يضع يده على متن ثور، فله بما غطت يده بكل شعرة سنة، قال: أي رب ثم مه؟ قال: ثم الموت، قال فالآن. فسأل الله أن يدنيه من الأرض المقدسة رمية بحجر. فقال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ “فلو كنت ثَمَّ لأريتكم قبره إلى جانب الطريق تحت الكثيب الأحمر
(Terjemahan belum diberikan-Sila cari sendiri)
Hadis ini jadi perdebatan kalangan ulama. Sebahaian ulama menerimanya dengan takwilan yang berbagai-bagai. Ada juga yang menolak dan ia menjadi antara hadis dalam Saheh Muslim yang dipertikaikan kesahehannya dari segi matan.
Hadis ini musykil kerana:
  1. Bagaimana Musa seorang nabi boleh tidka suka mati? Bukankah mati itu jalan bertemu Tuhan? Teruk sangatkah Musa sehingga demikian perangainya bila diberitahu masa ajalnya sudah sampai?
  2. Kuat bangat Musa sampai Malaikat Maut pun tak dapat melawannya. Sudahlah begitu, dapat ditampar sampai terkeluar biji mata! Ini benar-benar dahsyat. Bukankah malaikat itu makhluk yang aggah dan diciptakan daripada nur??
Pertama, kita lihat apa kata ulama yang menakwilnya.
Ada pendapat kata bahawa hadis ini bukan hakikat. Ia kinayah kepada hujah. Musa tanpar sampai terkeluar biji mata itu adalah bermaksud Musa mengalahkannya dalam berhujjah. Namun, takwilan ini tidak bole diterima kerana ada disebut bahawa Allah mengembalikan matanya. Kalau keluar mata itu maksudnya kalah dalam berhujah, maka masukkan mata kembali itu apa maksudnya?

Ada yang mentakwilkannya dengan mmengatakan bahawa Musa tidak tahu pada mulanya yang datang itu malaikat. Dia ingat orang jahat yang hendak membunuhnya. Maka dia pun tanparlah. Tamparannya itu menyebatkan cacat fizikal malaikat itu. Itu mungkin sebab malaikat menjelma dalam bentuk manusia. Maka dia mengalami apa yang manusia boleh alami. Takwilan ini disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari.

Saya membaca komentar Syeikh Muhammad Al-Ghazali dalam bukunya AS-Sunnah An-Nabawiyyah-Baina Ahli Feqah Wa Ahli Hadis ( ms 28-29  ). Beliau mengkritik cara faham para ahli hadis ini. Takwilan untuk mempertahankan hadis ini menurutnya tidak berkualiti dan lemah. Para Mulhid tetap menjadikannya sebagai bola tanggung untuk menyerang kaum muslimin. Hakikatnya menurut beliau, hadis ini adalah cacat pada matannya, sekalipun saheh pada sanadnya. Mereka yang menolaknya adalah atas dasar berbeza cara fikir dan bukan berbeza akidah sehingga boleh dihukumkan kafir. Kecacatan pada matan hadis ini dapat diterjah oleh para ulama yang benar-benar muhaqqiq dan mereka yang berfikir mendatar, tidak akan dapat menelahnya.
Adalah biasa para ulama hadis menolak hadis yang cacat matannya sekalipun saheh sanadnya.

Sorang mufakkir akan mengkritik apa yang tidak boleh memberi kepuasan dalam jawapan. Namun, para muqallidun akan terima sahaja dan bersandar kepada "sami'na wa ato'na". Siapa yang tidak mengambil jalan mereka, akan dituduh sesat, jahil, muktazilah dan seumpamanya. Kehormatan akal tidak dinilai ketika berlaku ta'arud dengan nas. 

Ibn Taimiyyah dalam Dar'u At-Ta'arudh mengatakan bawa Akal yang sihat tidak akan bertentangan dengan Nas yang saheh.  Lantas, pertentangan akal dengan nas yang kita sering hadapi , apakah sebabnya? Akal tidak sihat atau Nas yang tak saheh? 

Inilah yang perlu disemak dengan teliti.

Read more...

HADIS UMMU WALAD DITOHMAH DENGAN LELAKI MAJBUB

Dalam Saheh Muslim, dinukilkan sebuah hadis yang jadi musykil di kalangan sebahagian ulama. Apakah benar hadis ini saheh? Bagaimana Imam Muslim boleh memasukkan hadis begini ke dalam sahehnya?

Inilah hadisnya:


حدثني ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عفان ‏ ‏حدثنا ‏‏حماد بن سلمة ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏ثابت ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏ ‏أن رجلا كان يتهم بأم ولد رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لعلي ‏ ‏اذهب فاضرب عنقه فأتاه ‏ ‏علي ‏ ‏فإذا هو في ‏ ‏ركي ‏ ‏يتبرد فيها فقال له ‏ ‏علي ‏ ‏اخرج فناوله يده فأخرجه فإذا هو ‏ ‏مجبوب ‏ ‏ليس له ذكر فكف ‏ ‏علي ‏ ‏عنه ثم أتى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال يا رسول الله إنه ‏ ‏لمجبوب ‏ ‏ما له ذكر 
 
(Sanad) daripada Tsabit bin Anas bahawa seorang lelaki telah dituduh berzina dengan ibu anak Rasulullah SAW. Maka kata Rasulullah SAW kepada Ali: Pergilah  cari dia dan bunuhlah. Allah pun cari dan jumpa dia sedang dalam sebuah kolam menyejukkan diri. Ali berkata kepadanya: Keluarlah kau!. Lelaki itu keluar dan didapatinya lelaki itu Majbub( Tiada zakar).Ali pun datang kepada Rasulullah memberitahu bahawa dia tiada zakar.
 
 Sebahagian ulama mempersoalkan kesahehan hadis ini. Namun pada sanadnya, ternyata saheh. Ibnu Qayyim menjelaskan mengenai hadis ini dengan mengatakan bahawa ada pendapat kalangan ulama mentakwilkan bahawa perintah Rasulullah supaya membunuhnya itu bukan bunuh betul. Ia cuma ugutan

Masalah yang dibincangkan oleh ulama yang mempersoalkan hadis ialah:

  1. Kenapa nabi arahkan bunuh kalau dia berzina? Kenapa tak sebat atau rejam?
  2. Kenapa tidak siasat dulu?
  3. Kenapa Mariah tidak dihukum sama?
  4. Apakah demikian cara nabi melayan warganegara Madinah?
Ibn Taimiyyah dalam As-Sorimul Maslul (2/120) memberikan pandangan bahawa arahan nabi agar lelaki itu dibunuh bukan kerana zina tetapi kerana " Melanggar Kehormatan Nabi". 

Orang yang buat jenayah itu adalah dihukum bunuh. Samalah juga dengan orang yang menghina nabi, mempersen dakan nabi dengan perbuatannya, kata-katanya atau karikatur yang dibuatnya-pent.


Namun, takwilan demikian tidak meberikan puas dalam hati. Kalau kerana itu jenayahnya, kenapa Ali tidak jadi bunuhnya apabila melihatnya "Majbub". Tohmahan atasnya kerana buat skandal dengan Mariah. Buat skandal itu termasuk setidak-tidaknya masuk berkhulwat dengan Mariah, sekalipun tidka berlaku zina. Itu sudah "melanggar Kehormatan Nabi". Jenayah itu berlaku walaupun dia majbub.

Imam Nawawi dalam Syarah Saheh Muslim (17/118) membuat komentar mengenai hadis ini dengan menyebutkan bahawa "dikatakan" lelaki itu mungkin sorang munafiq yang berhak dibunuh dengan sebab-sebab yang lai, bukan disebabkan zina. Tapi Ali sangka dia patut dibunuh sebab zina . Maka bila dilihatnya majbub, dia pun tidka jadi bunuh sebab pada hematnya zina tidak berlaku. 

Takwilan sebegini juga tidak jelas dan tidak memberikan rasa kenyang kepada orang yang berfikir secara logika.

Ibn Jarir membuat andaian bahawa lelaki  majbub itu adalah kafir yang tertakluk dengan perjanjian. Dalam perjanjiannya dipersetujui bahawa dia tidak akan masuk bertemu Mariah. Kerana dia langgar perjanjian itu, maka dia berhak dibunuh.

Abu Muhamamd bin Hazmin dalam kitabnya "Al-Isol  Ila Fahmi Kitabil Khisol" menyebutkan bahawa siapa yang menyangka bahawa arahan bunuh Rasulullah itu benar-benar arahan bunuh sedangkan tiada bayyinah  atau pengakuan tertuduh, maka dia telah silap dan jahuil. Sebenarnya arahan nabi itu sama seperti kisah nabi Sulaiman memutuskan kes dua ibu yang bertikai pada seorang anak. Nabi Sulaiman minta pisau untuk potong anak jadi dua. Lalu dengan cara itu, dia dapat memecahkan masalah. Demikianlah nabi. dengan arahan bunuh itu, baginada dapat menjelaskan hakikat sebanar fitnah itu agar dilihat orang. Baginda sudah pun tahu bahawa ia fitnah tapi baginda buat demikian agar orang semua melihat bebasnya majbub itu daripada tuduhan.


Semua takwilan ini adapalah ijtihad sesetengah ulama untuk mewajarkan hadis ini.

Bagimana nak jawab hadis nabi yang bersabda:

لا يحل دم امرئ إلا بإحدى ثلاث : زنا بعد إحصان ، أو كفر بعد إيمان ، أو نفس بنفس

" Tidak halal dalah seseorang melainkan dengan salah satu tiga: Zina yang muhson, kafir setelah beriman atau bunuh orang".

Jalan selamat kebanyak ahli hadis adalah dengan mendatangkan takwilan-takwilan. Boleh jadi ada sesuatu sebab lain yang kita tak tahu. Kenapa nabi arahkan bunuh. Halal darah seseorang bukan terhenti atas tiga itu sahaja. Ada juga sebab-sebab lain yang dinyatakan dalam hadis.  Nabi perintah bunuh itu mungkin atas salah satu sebabnya. Kita tidak tahu. Wallahu a'lam...itulah cara selamat memahami hadis itu. Kerana, kalau tak mahu takwil begitu, kenalah pertikaikan hadis dalam Saheh Muslim itu. Hadis dalam Saheh Muslim maupun Bukhari, para ulama hadis tidak suka persoalkan. Sebab. dua kitab hadis itu adalah karya paling saheh sesudah Al-Quran di dunia ini. Inilah sikap para ahli hadis.

Namun, ahli feqah tidka demikian. Mereka tidka hanya menerima hadis itu saheh berdasarkan sanadnya. Mereka juga mahu hadis itu saheh pada matannya. Jika matanya ada masalah, sekalipun sanadnya saheh, mereka ada pilhan. Pelihan pertama menolak hadis itu. Pilihan lain adalah menerima hadis itu tetapi memahaminya dengan takwilan yang tidak merugikan agama.

Banyak kes sebegini akan kita saksikan dalam hadis Saheh Bukhari dan Muslim serta lain-lain kitab hadis. Insya Allah perkara ini kita pelajari dari semasa ke semasa.

Sebelum itu, baca dulu sebuah buku yang ditulis oleh Muhammad Al-Ghazali bertajuk " As-Sunnah An-Nabawiyyah-Di antara Ahli Feqah dan Ahli Hadis. Membaca akan membuka welstanchung kita dalam memahami perdebatan para cendikiawan

Jangan matikan ilmu dengan berkata: Cukuplah apa yang aku pelajari di universiti dulu. Aku cuma berpegang dengan apa yang aku talaqqi dengan tok guruku di pondok dulu.  Jika demikian, berhentilah belajar dan tutuplah telinga. Penjaralah ilmu dan tunggulah sahaja hari matinya.



Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP