CARI KANDUNGAN BLOG

IBN AD-DAILAMI

May 24, 2017

Beliau adalah kalangan sahabat nabi.

Nama Sebenarnya adalah fairuz Ad-dailami. Kunyahnya adalah Abu Abdullah. dikatakan bahawa beliau adalah anak saudara perempuan Najasyi.

Sejarah mencatatkan dialah orang yang membunuih Aswad Al-Ansi salah seorang yang mengaku nabi palsu di yaman.

عن ابن الديلمي قال : أتيت أُبيّ بن كعب فقلت له وقع في نفسي شيء من القدر فحدثني بشيء لعل الله أن يذهبه من قلبي؟ فقال: لو أن الله عذب أهل سماواته وأهل أرضه لعذبهم وهو غير ظالم لهم، ولو رحمهم كانت رحمته خيرا لهم من أعمالهم، ولو أنفقت مثل أحد ذهبا في سبيل الله ما قبله الله منك حتى تؤمن بالقدر، وتعلم أن ما أصابك لم يكن ليخطئك ،وأن ما أخطاك لم يكن ليصيبك، ولو مت على غير هذا لدخلت النار. قال: ثم أتيت عبد الله بن مسعود فقال مثل ذلك، قال ثم أتيت حذيفة بن اليمان فقال مثل ذلك، قال: ثم أتيت زيد بن ثابت فحدثني عن النبي صلى الله عليه وسلم مثل ذلك" صححه الألباني.

Para ulama selalu juga menyebutkannyab sebagai Ad-Dailami Al-Himyari. 

Meninggal pada zaman pemerintahan khalifah Othman bin Affan.

Ada juga pendapat mengatakan beliau meninggal di Yaman pada tahun 53H iaitu zaman pemerintahan Mu'awiyah bin Abi sufyan.


Read more...

IBN AL-JAUZI

May 23, 2017

Nama sebenarnya ialah Abu Al-Farraj Jamaluddin Abdu tahman bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Ubaidillah bin Al-Jauzi Al-Qursyi At-tamimi Al-bakari  dari keturunan Muhammad bin Abu Bakar As-Sissdiq Al-baghdadi Al-Hambali.

Lahir pada tahun 510/509 H.

Meninggal tahun 597 di Baghdad.

Specialis dalam bidang nasihat.




Read more...

AD-DHOHAK

May 22, 2017

Ad-dhohak bin Mazahim-Sighar tabi'in. (tabi'in kecil)

Gurunya: Ibn Abbas, Abu Sa'id Al-Khudri, Ibn Umar, Anas bin Malik, Said bin Jubair, Aswad bin Yazid An-nakhae, Ato' bin Abi Rabah, Tawus  bin Kaisan dan lain-lain.

Meninggal tahun 102H

Asalnya Balakh, sebuah pekan kecil di Afghanistan.

Tidak jelas tahun kelahirannya.

masyhur bahawa ibunya mengandungkannya 2 tahun

Masa dilahirkan, dia sudah ada gigi.


Read more...

AL-AKHFAS

Ramai ulama gelarannya Akhfas. Ada yang kata tiga orang. Ada yang kata  4 orang. bahkan kata As-Suyuthi, ada 11 orang.


والأخافش ثلاثة:
الأكبر: عبد الحميد بن عبد المجيد.
الأوسط: هذا السعيد [سعيد بن مسعدة]
الأصغر: علي بن سليمان.

وقيل: أربعة:
والرابع: أحمد بن عمران.

وقيل: أحد عشر:
الخامس: أحمد بن محمد الموصلي.
السادس: خلف بن عمرو.
والسابع: عبد الله بن محمد.
الثامن: عبد العزيز بن أحمد.
التاسع: علي بن محمد المغربي الشاعر.
العاشر: علي بن إسماعيل الفاطمي.
الحادي عشر: هارون بن موسى بن شريك كذا في مدينة العلوم للأرنيقي



Al-Akhfas Al-kabir
Al-Akhfas Al-Muqri'
Al-Akhfas Al-Ausat
Al-Akhfas As-Soghir

Nama yang selalu disebut oleh Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya dengan katanya : telah berkata Al-Akhfas...belia ialah Al-Akhfas Al-Ausat

Tuan punya kitab Ma'anil Quran . Kitab ini adalah rujukan penting Imam Qurtubi bagi tafsirnya.

Beliau adalah Abu Al-Hasan Sa'id bin Mus'idah Al-Balkhi.

Seorang imam dalam nahu

pernah melazimi Sibawaih

Meniggal pada tahun 215H

Read more...

AZ-ZUJAJ

Namanya Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin As-Sirri bin Sahal Az-Zujaj Al-baghdadi.

Lahir pada tahun 241H  dan meninggal pada tahun 311H.

Lahir di baghdad dan meninggal di sana.

Berkawan dengan Wazir Khalifah Al-Mu'tadid iaitu Ubaidillah bin Sulaiman dan mengajar ilmu kesusasteraan kepada anaknya Al-Qasim bin Ubaidillah .

Pada mulanya dia mengusahakan perusahan buat kaca lalu ditinggalkannya kerana menumpukan kepada kesusasteraan.

Read more...

AL-FARRA'

Beliau adalah Imam Abu Zakaria Yahya bin Zayyad bin Abdullah bin Manzur bin Marwan Al-Aslami Ad-Dailami Al-Kufi.Leluhurnya adalah hamba bani Asad yang digelar Al-farra'.

Lahir di Kufah tahun 144H.


Beliau seorang yang kuat ingatan dan tidak menulis apa yang didengar daripada guru-gurunya kerana bergantung kepada ingatannya.

Beliau ahli dalam bahasa Aran dan tafsir.

Khatib Al-baghdadi menyifatkannya sebagai Amirulmukminin dalam nahu.


Al-farra' menghabiskan hampir keseluruhan hidupnya di Baghdad sehinggalah beliau meninggal pada tahun 207H.

Read more...

IBN MUNZIR AN-NISABURI

Beliau adalah Al-Hafiz Abu Bakar Muhammad bin Ibrahim bin Al-Munzir bin Al-Jarud An-Nisaburi.

Lahir pada tahun 241H dan meninggal pada tahun 318H.

Imam Az-Zahabi menyebutkan bahawa kelahirannya adalah keda saat kematian Imam Ahmad bin Hambal.

Beliau berguru dengan Imam Bukhari, Abu hatim Ar-razi, Abu Isa At-Turmuzi, Al-baghawi dan lain-lain.

Beliau mengembara ke Mesir untuk menuntut ilmu dengan Ar-Rabi' bin Sulaiman (M:270) yang merupakan murid langsung kepada Imam Syafie.

Antara karyanya:

Al-Iqna'

Al-Ausat

Meninggal di Makah pada tahun 318H.









Read more...

IBN ABI LAILA

Abd rahman bin Abi Laila Al-Ansori

Lahir tahun 17H , zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq atau Umar Al-Khattab.

Meninggal tahun 83H

Salah seorang perawi dan merupakan kalangan Kibar Tabi'in

Sempat bertemu sejumlah besar sahabat. Dianggarkan berjumlah 120 orang.

Beliau baca Quran daripada lepas solat Subuh hingga terbit matahari.

Selepas peristiwa pembenuhan Othman, beliah menjadi pengikut Ali dan berpindah ke Kufah. Beliau ikut serta dalam perang membasmi Khawarij di Nahrawan.

Ibn Khalikan meriwayatkan bahawa beliau turut serta di pihak Ali dalam perang Al-jamal.

hajjaj bin Yususf As-Tsaqafi pernah mahu melantiknya sebagai Qadhi KLufah, tetapi tak jadi kerana ketua polis hajjaj memberi amaran kepada Hajjaj atas kersnya penghakiman Ibn Abi Laila. Dikatakan juga bahawa dia telah dilantik tetapi kemudian dipecat.

Saat Abdurrahman bin Muhamamd Al-Asyath bangkit melawan pemerintahan Umawiyyah, Ibn Abi Laila berpihak kepadanya hinggalah dia terbunuh. Dikatakan juga dia mati kerana lemas di Sungai Dajlah pada tahun 83H dalam perang Dir jamajim.

Read more...

HAFIZ AL-MIZZI

Namanya Jamaluddin Abu Al-Hajjaj.

Asal Syam, lahir di Halab (Aleppo)

Seorang Muhaddith

Lahir di Halab pada tahun 654H

Meninggal pada tahun 742H

Mahir dalam ilmu bahasa, kemudian hadis dan rijal.

Pengarang Tahzibul Kamal yang mempunyai 12 Juzuk.

Pengarang Kitab Tuhfatul Asyraf Fi ma'rifatil Atraf yang mengandungi 8 Jilid.





Beliau bersahabat dengan Ibn Taimiyyah dan mengikut jalan Salaf. 

Pada satu ketika pernah melazimi Al-Afif Al-Tilmisani, tetapi apabila didapati orang itu berakidah wehdatul wujud, dia pun menjauhkan diri.

Abu Hasan bin Al-'Attor menyakitinya tetapi tidak didapati dia memperkatakannya dan demikianlah sesiapayang menyakitinya, dia tidak pernah memperkatakannya.

Read more...

AL-MUQRIZI

AHMAD BIN ALI AL-MUQRIZI.

Dikenali dengan nama Taqiyyuddin Al-Muqrizi.

Lahir pada tahun 764H dan meninggal pada tahun 845H di Kaherah.

Beliau adalah kalangan ulama sejarah.

Silsilah keturunannya dikatakan bersambung hingga ke Saidina Ali melalui jalan para khalifah Fatimiyyin.

Leluhur beliau bermazhab hanafi tetapi beliau kemudian menjadi Syafiyyah.

Beliau pernah mengambil ilmu daripada Ibn Khaldum (m:808H) yang pernah berkunjung ke Kaherah pada tahun 784H.

Read more...

ABU HAYYAN AL-ANDALUSI

Namanya Abu Hayyan Muhammad bin Yusuf bin Ali bin Yusuf bin Hayyan Athiruddin Al-Andalusi.

Lahir tahunh 654 H dan meninggal tahun 745 H.

Beliau adalah :
Ahli Nahu
Ahli Bahasa
Ahli Tafsir
Ahli Hadis
Qari
Ahli Sejarah
Ahli Sastera

Lahir di Granada dan berpindah serta menetap di kaherah sehingga di sanalah beliau meninggal dunia.

Moyangnya Hayyan adalah hamba kepada Abd Rahman Ad-Dakhili, pengasas kerajaan Umawiy di Andalusia.

Abu Hayyan ada pengalaman bersama Ibn Taimiyyah.  Pada awalnya dia menyanjung Ibn Taimiyyah. Bahkan ketika Ibn Taimiyyah datang ke Mesir, beliau menyambutnya dengan mengungkap syair sanjungan:


لما رأينا تقي الدين لاح لنا ... داعٍ إلى اللَّه فرداً. ماله وزرُ
على محياه من سيما الأولى صحبوا ... خير البرية نورٌ دونه القمرُ
حَبْر تسربل منه دهره حِبَراً ... بحر تقاذفُ من أمواجه الدررُ
قام ابن تيمية في نصر شرعتنا ... مقام سيد تَيْمٍ إذْ عَصَتْ مُضرُ
فأظهر الدين إذْ آثاره دَرَسَت ... وأخمد الشرك إذ طارت له شررُ
كنا نُحدَّثُ عن حبر يجيء فها ... أنت الإمام الذي قد كان ينتظرُ 


Tetapi telah berlaku khilaf antara mereka tentang bahasa. Abu Hayyan berhujah dengan perkataan Sibawaih. Lalu Ibn Taimiyyah menyebutkan satu perkataan yang menyinggung hati Ibn Hayyan:


ما كان سيبويه نبي النحو ولا معصوماً ، بل أخطأ في الكتاب في ثمانين موضعاً ما تفهمها أنت

(Sibawaih bukanlah nabi Nahu dan tidak maksum. Bahkan dia telah buat silap dalam kitabnya di 80 tempat yang kamu tidak tahu...)



Sejak itu hingga matinya, Abu Hayyan memusuhi Ibn Taimiyyah.


Sebutan mulianya terhadap Ibn Taimiyyah pun bertukar jadi buruk dan itu boleh ditemui dalam kitab tafsirnya.



Kitab tafsirnya bernama:

ألبحر المحيط








Read more...

LA MANJA LA MALJAA ILLA ILALLAH!

Orang kafir menanggung dosa atas kekafiran mereka. Mereka juga menunggung dosa atas pelanggaran perintah Syarak. Walaupun mereka bukanlah Mukallaf, mereka mendapat dosa kerana tidak solat, tidak puasa dan amal ibadat lainnya.

Ini didasarkan kepada firman Allah SWT:


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ(42)قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ(43)وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ(44)وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ(45)وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ(46)حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (47)

42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?" 43. orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang; 44. "Dan Kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; 45. "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara Yang salah, bersama-sama orang-orang Yang memperkatakannya; 46. "Dan Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, 47. "Sehinggalah Kami didatangi oleh perkara Yang tetap diyakini". (Al-Mudastsir: 42-46)

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah menghukum mereka kerana tidak solat, sedangkan solat adalah kewajipan bagi orang Islam. Justeru, walaupun mereka kafir, mereka diazab kerana meninggalkan solat. Lalu, difahamkan bahawa dosa meninggalkan solat itu dibebankan juga kepada orang kafir. Demikianlah kewajipan-kewajipan lain yang dipikulkan kepada seorang Islam.

Orang kafir juga dihukum kerana minum, makan dan pakai segala nikmat Allah di muka dunia. Walaupun semua itu barang harus bagi orang Islam, ia adalah barang haram bagi orang kafir. Menikmatinya disifatkan sebagai dosa.

Apa dalilnya?

Lihatlah firman Allah dalam Quran:

لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوا وَّآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوا وَّآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوا وَّأَحْسَنُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Tidak ada dosa bagi orang-orang Yang beriman serta mengerjakan amal Yang soleh pada apa Yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal Yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.
(Surah Al-Maidah: 93)

Makanan yang dicapai oleh orang beriman tidak menjadi dosa atas mereka dengan sebab keimanan,ketakwaan, dan amal soleh mereka. Tanpa ciri-ciri itu, segala yang mereka nikmati jadi dosa. Maka, difahamkan bahawa apa yang orang kafir nikmati dari segala nikmat yang harus itu juga Jadi haram atas mereka.

Tiada jalan melainkan perlu beriman kepada Allah SWT.

Read more...

IBN ABDUL BARR

Namanya yang sebenar ialah: Abu Umar Yusuf bin Abdullah An-Namri.

Lahir tahun 368H

Meninggal tahun 463 H pada usia 95 tahun.

Seorang imam, faqih,  muhaddith  dan ahli sejarah berasal Andalus.

Mulanya dia seorang yang mengikut aliran Zahiri, kemudian beliau menjadi Maliki dengan kecenderungan dalam beberapa masalah kepada feqah Syafie.

Berguru dengan  Abi Matraf dan Abu Umar bin Hazmin.

Beliau hidup sezaman dengan Khatib Al-Baghdadi dan meninggal pada tahun yang sama. Disebut orang Ibn Abdul Barr sebagai Hafiz  Barat dan Khatib Al-baghdadi sebagai Hafiz Timur.


ولد بـ قرطبة عام 368 هـ في شهر ربيع الآخر، وقيل: في جمادى الأولى، فاختلفت الروايات في الشهر عنه، ونشأ بها وتعلّم الفقه والحديث واللغة والتاريخ، ارتحل إلى بطليوس أيام سقوط الدولة الأموية بالأندلس، وعاش بها في كنف أمراء بني الأفطس، وولي قضاء أشبونة وشنترين في مدة المظفر بن الأفطس، أحد أمراء بني الأفطس، ثم تحوّل إلى شرق الأندلس، فنزل ببلنسية ودانية، وطلب العلم بعد سنة 390، وأدرك الكبار، وطال عمره، وعلا سنده، وتكاثر عليه الطلبة، وجمع وصنف، ووثّق وضعّف، وسارت بتصانيفه الركبان، وخضع لعلمه علماء الزمان، وفاته السماع من أبيه الإمام أبي محمد فإنه مات قديما في سنة 380 وكان فقيها عابدا متهجدا، وعاش أبوه خمسين سنة وكان قد تفقه على التجيبي وسمع من أحمد بن مطرف، وأبي عمر بن حزم المؤرخ.

المزيد : http://islamstory.com/detailes.php?module=artical&slug=ابن-عبد-البر-محدث-الاندلس
ولادة ابن عبد البر ونشأته ولد بـ قرطبة عام 368 هـ في شهر ربيع الآخر، وقيل: في جمادى الأولى، فاختلفت الروايات في الشهر عنه، ونشأ بها وتعلّم الفقه والحديث واللغة والتاريخ، ارتحل إلى بطليوس أيام سقوط الدولة الأموية بالأندلس، وعاش بها في كنف أمراء بني الأفطس، وولي قضاء أشبونة وشنترين في مدة المظفر بن الأفطس، أحد أمراء بني الأفطس، ثم تحوّل إلى شرق الأندلس، فنزل ببلنسية ودانية، وطلب العلم بعد سنة 390، وأدرك الكبار، وطال عمره، وعلا سنده، وتكاثر عليه الطلبة، وجمع وصنف، ووثّق وضعّف، وسارت بتصانيفه الركبان، وخضع لعلمه علماء الزمان، وفاته السماع من أبيه الإمام أبي محمد فإنه مات قديما في سنة 380 وكان فقيها عابدا متهجدا، وعاش أبوه خمسين سنة وكان قد تفقه على التجيبي وسمع من أحمد بن مطرف، وأبي عمر بن حزم المؤرخ.

المزيد : http://islamstory.com/detailes.php?module=artical&slug=ابن-عبد-البر-محدث-الاندلس
ولد بـ قرطبة عام 368 هـ في شهر ربيع الآخر، وقيل: في جمادى الأولى، فاختلفت الروايات في الشهر عنه، ونشأ بها وتعلّم الفقه والحديث واللغة والتاريخ، ارتحل إلى بطليوس أيام سقوط الدولة الأموية بالأندلس، وعاش بها في كنف أمراء بني الأفطس، وولي قضاء أشبونة وشنترين في مدة المظفر بن الأفطس، أحد أمراء بني الأفطس، ثم تحوّل إلى شرق الأندلس، فنزل ببلنسية ودانية، وطلب العلم بعد سنة 390، وأدرك الكبار، وطال عمره، وعلا سنده، وتكاثر عليه الطلبة، وجمع وصنف، ووثّق وضعّف، وسارت بتصانيفه الركبان، وخضع لعلمه علماء الزمان، وفاته السماع من أبيه الإمام أبي محمد فإنه مات قديما في سنة 380 وكان فقيها عابدا متهجدا، وعاش أبوه خمسين سنة وكان قد تفقه على التجيبي وسمع من أحمد بن مطرف، وأبي عمر بن حزم المؤرخ.

المزيد : http://islamstory.com/detailes.php?module=artical&slug=ابن-عبد-البر-محدث-الاندلس

Read more...

SYATIBI


Nama beliau adalah Abu Ishak bin Musa bin Muhammad Al-Lakhmi As-Syatibi.

Beliau adalah salah seorang ulama andalus,

Lahir di Granada.

Lahir tahun 538H.

Kata Ibn AlJazari: Telah sampai kepada kami bahawa As-Syatibi dilahirkan dalam kedaan buta.
Namun, Al-Qostalani menyebutkan bahawa beliau dilahirkan celik tetapi kemudiannnya mendapat buta.

Meninggal tahun 590H  di Kaherah dan dikebumikan di Qarafah.


Umurnya tatkala itu 52 tahun.

Beliau hidup dalam zaman pemerintahan 4 Khalifah Abbasiyyah:

  1. Al-Muqtafi Li Amrillah, Muhammad Al-Mustazhir (530-555H)
  2. Al-Mustanjid Billah , Yusuf Ibn Al-Muqtafi Billah (555-575H)
  3. Al-Mustadhi'u Biamrillah, Al-hasan bin Al-Mustanjid billah ( 566-575H)
  4. An-Nasir Li dinillah, Ahmad bin Al-Mustadhi' Bi Amrillah (575-622H)

Riwayat menyebutkan bahawa beliau telah berpindah ke Mesir pada tahun 572H  iaitu ketika usianya 30 tahun.

Ketika beliau sampai Salhuddin Al-Ayubi baru sahaja memerdekakan Mesir dari penguasaan Nurdin mahmud Zinki di Syam dan menubuhkan kerajaan Ayyubiyyah. As-Staibi sempat solat di baitul Maqdis dan berpuasa di sana.


Antara kitabnya yang terkenal ialah Al-I'tisom dan Al-Muwafaqat.

 Mazhab feqah ikutannya adalah Maliki, sesuai dengan perkembangan mazhab Maliki di Andalus pada zaman itu.

Ada dakwaan mengatakan beliau bermazhab Syafie.



قد قال أبو الحسن علم الدين السخاوي، (ت643هـ): (سمعت أبا عبد الله، محمد بن عمر بن حسين يقول: سمعت جماعة من المغاربة يقولون: من أراد أن يصلي خلْف رجل لم يعصِ الله قطّ في صغره ولا كبره، فليصلّ خلف أبي القاسم الشاطبي)

- وقال الإمام الذهبي، (ت748هـ): ((استوطن مصر وتصدر للإقراء بها، اشتهر اسمه، وبعُدَ صيته، وقصده الطلبة من النواحي، وكان إماماً علامة ذكياً، كثير الفنون، منقطع القرين، رأساً في القراءات، حافظاً للحديث، بصيراً بالعربية، واسع العلم.....
ثم قال: ((وكان متجنباً فضول القول، ولا يتكلم في سائر أوقاته إلا بما تدعو إليه الضرورة، ولا يجلس للإقراء إلا على طهارة في هيئة حسنة، وخضوع واستكانة، ويمنع جلساءه مِن الخوض إلا في العلم والقرآن، وكان يعتلّ العِلّة الشديدة فلا يشتكي، ولا يتأوه)).

 


Read more...

AL-BAQILANI

May 21, 2017

NAMANYA MUHAMMAD BIN TAYYIB BIN MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN ALQASIM

(338H-402H)


Dikenali sebagai Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani.


Terkenal sebagai Syeikh Sunnah.

Jurucakap Ahli Sunnah Wal-jama'ah dan Ahli Hadis. Mengikut jalan Abu hasan Al-Asy'ari.

Tokoh besar dalam mazhab Asy'ari dan mazhab maliki pada zamannya.


Jalaluddin As-Suyuti dalam kitabnya Tuhfatul Muhtadin Bi Akhbaril Mujaddidin menyenaraikannya sebagai Mujaddid bagi kurun ke-4 H

Abu Bakar Al-baqilani terkenal dengan kecerdasannya. Berlaku satu kisah antara beliau dengan raja Rom. Raja Rom telah minta kepada khlifah agar mengirimkan seorang ulama untuk dia tanyakan soalan. Lalu khalifah mengirimkan Al-Baqilani. Sebelum Al-baqilani sampai, raja Rom telah menyiapkan pintu masuk yang rendah agar ulama itu masuk mengadapnya dalam keandaan tunduk kepada. Akan tetapi, Al-baqilani telah tahu helah itu. Beliau pun masuk dalam keadaan membelakangkan.

Di depan raja Rom dia bertanya kepada para paderi yang mendampinginya.

" bagaimana keadaan isteri dan anak-anak kalian?"



Raja Rom jadi bengang lalu dia berkata:" Apakah kamu tidka tahu bahawa mereka semua tiada isteri dan anak-anak?"


Aduh...bagaimana kalian? kalian mengatakan Allah ada isteri dan anak tetapi kalian sendiri tiada anak dan isteri"

Raja Rom bertanya: Apa pendapatmu tentang Aisyah yang berzina?




Kata Abu Bakar Al-Baqilani: Aisyah itu berkahwin dan tiada anak. Maryam tidak berkahwwin tetapi ada anak. Siapakah antara keduanya lebih layak dituduh berzina? Adapun Aisyah dan Maryam di sisi kami, kami telah membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan zina".

Berlaku perbualan antara Raja Rom dan Al-baqilani.

"Adakah nabimu itu berperang?"
"Ya!"
Adakah dia berada pada barisan hadapan?
Ya!
Adakah dia menang?
Ya!
Adakah dia pernah kalah?
Ya!
Aduh, bagaimana seorang nabi boleh kalah?
Aduh, bagimana seornag nabi boleh disalib?

Raja Rom mati kutu berhadapan dengan Abu Bakar Al-Baqilani.

Demikianlah kisah seorang ulama kurun ke-4 yang hebat.

Semoga Allah menjadikan kita sentiasa mencintai mereka.






Read more...

IBN HAZMIN

Nama sebenarnya ialah Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Hazmin

Asalnya Parsi kemudian dinisbahkan kepada Cardoba di Andalusia.


Lahir di Cardoba pada akhir Ramadhan tahun 384 H. Meninggal pada 2 terakhir bulan Syaaban tahun 456H.

Bapanya menjawat wazir dari kalangan pembesar Cardoba. Oleh itu beliau membesar sebagai anak orang berada yang dilimpahi kemewahan.

Seorang ahli Feqah Zahiri.

Antara kitabnya yang terkenal ialah: Al-Mahalla, Al-Ihkam li Usuli Ahkam, 

Dianggap ulama yang besar Andalus dan banyak karyanya selepas Tobari.



Read more...

AL-ASOMMA'I

Al-Asomma'i , nama sebenarnya iala Abdul Malik bin Quraib bin Ali bin Asma' Al-Bahili.
Lahir tahun 121H meninggal tahun 216H
Lahir dan wafat di Kufah.
Beliau banyak menjelajah kampung-kampung Badwi , memetik ilmu bahasa daripadanya, dan membacakan kepada para khalifah dan mendapatkan hadiah yang banyak kerananya.

Khalifah Harun Ar-Rasyid menggelarkannya "Syaitan Syair".

Kata Akhfas, kami tidak tahu ada seornag yang lain lebih ahli tentang Syair dari Asomma'i.

Beliaulah pemilik Syair " Suara burung Bul-bul". Kisahnya itu bersama Khlaifah Abu Jaafar Al-mansur terkenal dalam sastera.



Read more...

IBN ATHIR

Nama penuh-Izzudin Abu Al-Hasan Al-Jaziri Al-Musoli Nasrullah bin Muhammad bin Muhammad bin Abd karim As-Syaibani.
Lahir di Pulai Ibn Umar di daerah Turki. 
Lahir tahun 558H dan meninggal tahun 637H.
Pengarang kitab "Al-Kamil Fi At-tarikh".
Kitab tersebut, permulaan juzuk yang ke-10 menceritakan apa yang berlaku pada masa hidupnya iaitu perang salib yang bermula dari tahun 450H lagi.
Dalam kitabnya, Ibn Athir memperlihatkan ketidaksukaannya kepada pahlawan Salehuddin Al-Ayubi. Salehuddin digambarkan sebagai paanglima tentera yang menggunakan kelebihan dirinya untuk memuaskan keinginan keluarganya dan menacapkan pemerintahannya.

(Riwayat ibn Athir ini gharib)



Read more...

QOTADAH

May 17, 2017

Selalu kita temui riwayat daripada Qotadah disebutkan dalam kitab tafsir. Siapakah Qotadah?

Beliau adalah Qotadah bin Di'amah

Beliau lahir pada tahun 60 H dan meninggal pada tahun 117H.

Kata Imam Ahmad, lahirnya Qotadah dan A'mash pada tahun yang sama.

Imam Az-Zuhri pernah ditanya, apakah Qotadah yang lebih alim atau makhul? Beliau 
Beliau orang yang paling alim pada zamannya tentang bangsa Arab , nasab dan sejarahnya.

Ada satu lagi. Dipanggul Abu Qotadah. Dia sahabat nabi.

Sementara Qotadah bin Di'amah adalah seorang  kalangan Tabi'in

Kata Az-Zahabi tentangnya dalam  Siyar A'lam An-Nubala':

  حافظ العصر ، قدوة المفسرين والمحدثين ، كان من أوعية العلم ، وممن يضرب به المثل في قوة الحفظ
Hafiz (hadis) pada zamannya, ikutan kalangan mufassirin dan muhaddisin, merupakan pancaran ilmu, orang yang dijadikan misalan dalam kuat hafalan. 

Kata Abu Hilal:

 سألت قتادة عن مسألة ، فقال : لا أدري ، فقلت : قل فيها برأيك ، قال : ما قلت برأي منذ أربعين سنة ، وكان يومئذ له نحو من خمسين سنة .

" Aku bertanya kepada Qotadah satu masalah. Lalu Beliau bertkata: Aku tidak tahu. Lantas aku katakan kepadanya: Katakanlah apa menurut pandanganmu. Jawabnya: Aku tidak pernah berkata dengan pendapatku semenjak 40 tahun lepas. Adalah waktu itu umurnya sekitar 50 tahun!". 

Imam Ahmad bin hambal mengatakan bahawa Qotadah tidak belajar daripada mana-mana sahabat melainkan Anas R.A.

Read more...

IBN KHUWAIZ MINDAD

Beliau adalah seornag ulama fekah mazhab Maliki. Qadi Iyadh  menyebut dalam Kitabnya tartibul Madarik bahawa Abu Bakar As-Syirazi memberi kunyahnya adalah  dengan Abu Bakar dan memberikan nama untuk Muhammad bin Ahmad bin Abdullah.

Qadhi Iyad menyebutkan wafat Ibn Khuwaiz Mindad adalah pada kahir tahun 390H

Read more...

AN-NUHAS

Nama An-Nuhas selalu kita temui dalam kitab tafsir. Siapakah dia?

Namanya adalah adalah Abu Jaafar An-Nuhas, seorang ahli nahu asal Mesir.

Beliau meninggal di Fustat pada tahun 338 H.

Justeru, dia lebih terkenal sebagai tokoh ilmu nahu.

Read more...

Humaid bin Qais Al-A'raj

Beliau adalah hamba kepada keluarga Zubair bin Al-Awwam.

Belaiu dianggap Qari bagi penduduk Makkah. Orang selalu berkumpul mendengar bacaannya.
Beliau belajar Al-Quran daripada Mujahid bin Jubair dan antara yang belajar Quran daripadanya ialah Sufyan bin Uyainah.

Beliau juga banyak meriwayatkan hadis dan seorang dianggap tsiqah.

Beliau meninggal pada tahun 130 H, pada zaman khalifah Marwan bin Muhammad.

Read more...

SALIM AL-AFTOSH

Namanya Salim in 'Ajlan. Beliau adalah bekas hamba kepada Muhammad bin Marwan bin Al-Hakam. Semasa beliau masih menjadi hamba kepada tuannya itu, satu musibah telah meimpa tuannya, lalu tuannya bernazar, jika dia lepas daripada musibah itu, dia akan bebaskan Salim Al-Aftosh. Lalu, Allah melepaskan tuannya daripada musibahnya. Tuannya pun membebaskannya.

Selepas bebas, dia tidaktahu mahu ke mana dan buat apa. Lalu dia terjun ke dalam dunia ilmu. Beliau belajar daripada alim ulama pada zamannya  sehingga dia menjadi salah satu daripada tokoh ulama.

Beliau adalah seorang rawi hadis yang dianggap tsiqah akan tetapi dituduh sebagai berfahaman murjiah. (tahzibut tahzib; taqribul kamal)
 
Tahun 132H beliau mati dibunuh. Pembunuhnya adalah

Read more...

Menjaga keaslian doa dan zikir

May 8, 2017

عن الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ  لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ، وَقُلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَهْبَةً وَرَغْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْت"َ فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ فَقُلْتُ أَسْتَذْكِرُهُنَّ: "وَبِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ" قَالَ: "لَا وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ 

(Hadis Riwayat Muslim)
 

Para ulama menjadikan hadis ini sebagai dalil bahawa doa dan zikir yang disebutkan dalam hadis tidak boleh diriwayatkan dengan makna, sebaliknya ia hendaklah diriwayatkan dengan lafaz. Sebagaimana dalam hadis, demikianlah doa dan zikir itu hendaklah diucapkan. jangan mengubahnya kepada lafaz yang lain sekalipun maknanya serupa atau lebih baik.

Nabi melarang sahabat Bara' bin 'Azib daripada menukarkan kalimah " Binnabiyyikallazi arsalta"kepada kalimah "birasulikallazi arsalta".

Read more...

Belajar Bahasa Arab kunci ulama.

Kemahiran dalam bahasa Arab merupakan kunci penting dalam menguasai ilmu Islam. Saya tidak setuju apabila mendengar seseorang memperlecehkan seseorang yang belajar di universiti luar negara dan mengambil jurusan "lughah". Dengan alasan jurusannya lughah, maka kelayakannya untuk becakap soal agama dipertikaikan. Barangkali...hanya orang yang memilih jurusan Syariah, Usul, Hadis, dan lain-lain ilmu Islam sahaja yang berhak bercakap soal keilmuan Islam. Pandangan sedemikian mungkin kerana terpengaruh dengan konsep fakulti bahasa yang ada dalam negara dan tidak menghayati konsep fakulti bahasa di universiti Islam di Timur Tengah.

Para ulama silam adalah ahli dalam bahasa Arab. Ketika mereka mengarang kitab, kitab mereka mempunyai nilai bahasa yang tinggi. Lihat sahaja ulama mufassirin, ketika mereka menafsirkan ayat-ayat Quran, mereka menjelaskan aspek keindahan bahasa dalam Quran.

Oleh itu, para ulama wajib menguasai bahasa Arab. Bahasa Arab perlu dipelajari oleh pencinta ilmu Islam. Menguasai bahasa Arab adalah kelebihan besar bagi seseorang pelajar ilmu Islam.


 Sila rujuk:

http://www.schoolarabia.net/arabic/index_1_secondary.htm

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP