CARI KANDUNGAN BLOG

tawabit dan mutaghayyirat

March 30, 2020

Solat 5 waktu adalag tsawabit.

Derma darah adalah isu mutghayyirat. 4 Mazhab mengharamkannya kerana keadaan zaman dahulu tak ada kemudiahan itu. Namun, fatwa ulama zaman ini mengharuskannya.

Derma organ juga isu mutghayyirat.

Pengharaman muzik

Musafir perempuan dengan tidak disertai muhram.

Read more...

IMAM AL-HARAMAIN

March 28, 2020

Beliau adalah Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini (419H-478H)

Nama penuhnya ialah Abu Al-Ma'ali Abd Malik bin Abdullah bin Yusufbin Muhamamd bin Abdullah bin Haiwah Al-Juwaini

Beliau seorang ulama Feqah Mazhab Syafie dan beraliran Asya'irah

Bapanya merupakan seornag ulama dan ahli Feqah Nisabur yang terkenal dan punya banyak karya dalam bab fekah, akdah, ibadah dan tafsir. Beliau mendidik anaknya dengan ilmu agama sejak kecil dengan harapan akan menjadi ulama. Sejak umur kanak-kanak, anaknya itu telah hafal Al-Quran.

Beliau mengajar di madrasah Nizamiyyah, Nisabur yang ditubuhkan oleh Wazir Nizamul Muluk At-Tusi dan menjadi tumpuan ramai murid yang berdatangan ke sana. Pada masa ini beliau mencapai kematangan ilmu dan banyak menghasilkan kitab-kitab.

Dr. Wahbag Az-Zuhaili ada menulis sebuah kitab mengenainya bertajuk Al-Imam Al-Juwaini yang dimasukkan dalam kitab Silsilah A'lamul Muslimin.

Read more...

IMAM AHMAD BIN HAMBAL DAN FITNAH QURAN MAKHLUK

March 27, 2020

Pernah dalam episod sejarah Islam, Muktazilah begitu berkuasa. lantas, dengan kekuasaan itu, rakyat dipaksakan menganut fahaman muktazilah. Itulah fahaman yang menegaskan Al-Quran itu makhluk. Episod ini berlaku semasa pemerintahan 3 khalifah Bani Abbasiyah iaitu Al-Makmum, Al-Muktasim dan Al-Wasiq.Di belakang mereka adalah ulama muktazilah zaman tersebut iaitu Basyar al-Muraisi dan Ahmad bin Abi Daud..

Para ualama zaman itu dipaksa mengakui Al-Quran adalah makhluk. Siapa enggan, dia akan disiksa. Setelah tekanan dahsyat dikenakan, hanya empat ulama yang dapat bertahan. Mereka adalah:
1) Imam Ahmad bin Hambal
2) Muhamamd bin Nuh
3) Al-Qawariri
4) Sajjadah

Mereka dibelenggu dengan rantai besi. Tidak tertanggung dengan siksaan itu, Sajjadah tewas di awal cerita. Dia mengaku sebagaimana yang muktazilah mahu. Kemudian Al-Qawariri juga mengaku. Mereka dibebaskan setelah membuat pengakuan. Tinggallah Imam Ahmad dan Muhamamd bin Nuh. Mereka berdua digiring menuju Tarsus untuk bertemu khalifah Al-Makmun. Tarsus adalah tempat Al-Makmun tinggal iaitu di perbatasan Beyzintin. Dalam perjalanan, Muhamamd bin Nuh gugur syahid.

Dalam perjalanan itu, sampai berita kematian al-Makmun. Al-Makmun yang ingin membunuh imam Ahmad bin Hambal itu akhirnya mati dibunuh oleh doa insan soleh bernama imam Ahmad.

Namun al-Makmun telah mewasiatkan kepada  saudaranya yang bakal mengambil jawatan khalifah iaitu al-Muktasim agar memegang teguh mazhab muktazilah dan menggunakan kekuatan kekuasaan untuk memaksakan manusia mengikutinya.

Ketua Polis Negara yang menjalankan perintah menyiksa  dan memaksa ulama mengakui Quran makhluk itu ialah ISHAK BIN IBRAHIM. Dia menjalankan arahan Al-Makmun.

 
Maka azab yang ditanggung imam Ahmad berterusan. Oleh Al-Muktasim diperentahkan agar Imam Ahmad dihantar ke Baghdad dan dipenjarakan di sana, dalam penjara sempit dengan rantai kaki dan tangannya. Imam Ahmad sakit teruk maka dia dia dipindahhkan ke penjara umum dan di sana diatinggal selama 3 bulan.

Selama 28 bulan dari tahun 218H hingga 221H imam Ahmad diazab dna disiksa. Ini adalah zaman Khalifah Al-Muktasim. Imam Ahmad dibebaskan akhirnya setelah khalifah Al-Muktasim melihat tidak berganjak daripada pendiriannya walau disiksa.

Selepas Al-Muktasim, anaknya Al-Wasiq pula mengambil alih kekuasaan. Al_wasiq memang penganut bid'ah muktazilah kerana yang mendidiknya sejak kecil adalah Ahmad bin Abi Daud, mufti muktazilah yang berpengaruh dalam kerajaan. Pada zamannya paksaan menganut pemikiran khalqul Quran kembali ditekankan.

Ketika itulah muncul seorang bernama Ahmad bin Nasir al-Khuzai merancang untuk menggulingkan Al-Wasiq kerana kejelekkannya dengan bid'ah yang dianutnya. ia menyusahkan rakyat. Imam Ahmad ditemuinya untuk mionta sokongan. tapi, iman AHmad membantah usaha menggulingkan khalifah itu. Pada akhirnya gerakan Ahmad bin nasir Al-Khuzai tidak menjadi.

Pun begitu, Al-Wasiq tetap bersikeras dengan imam Ahamd. Dia mengeluarkan perintah supaya Imam Ahmad keluar dari Baghdad, bahkan tidak boleh tinggal dalam wilayah keuasaanya. Imam Ahmad terpaksa bersembunyi dan tidak boleh mkengajar atau hadi berjumaat.

Hinggalah tahun 231H, matilah Al-Wasiq dan bergantilah pula dengan Al-Mutawakkil. Al-Mutawakkil adalah seorgang bermazhabkan Ahli sunnah Wal Jamaah!

Padas zamannya, Imam Ahmad kembali boleh mengajar dan dia kembali dihargai khalifah.

&&&&&&&&&&

Nama sebenar Imam Ahmad adalah Abu Abdillah Ahmad bin Muhamamd bin Hambal As-Syaibani.  Beliau lahir pada Rabiul Awal tahun 164H di Marwu dalam wilayah Khurasan. Ayahnya meninggal saat dia masih dalam kandungan ibunya. Lalu ibunya membawanya tinggal di Baghdad. Pada usia 15 tahun, dia mula menuntut il;mu di sana. Itulah tahun 179H iaitu tahun yang sama di mana Imam Malik meninggal dunia. Dia banyak mengembara dari satu walayah ke wialyah lain untuk menuntut ilmu. Kerana kesibuknya itu, beliau tidak sempat berkahwin melainkan setelah berumur 40 tahun.

Imam Al-Muzani menyebut:


عصم الله الأمة بأبي بكر يوم الردة، وبأحمد بن حنبل يوم المحنة

Allah pelihara ummat ini dengan Abu bakar As-Siddiq pada hari berlakunya Riddah (Murtad) dan dengan Ahmad bin Hambal pada zaman mihnah (Khalqul Quran)


 
عصم الله الأمة بأبي بكر يوم الردة، وبأحمد بن حنبل يوم المحنة.

رابط المادة: http://iswy.co/e18sl2
قال المزني رحمه الله: عصم الله الأمة بأبي بكر يوم الردة، وبأحمد بن حنبل يوم المحنة.

رابط المادة: http://iswy.co/e18sl2
قال المزني رحمه الله: عصم الله الأمة بأبي بكر يوم الردة، وبأحمد بن حنبل يوم المحنة.

رابط المادة: http://iswy.co/e18sl2

Read more...

IMAM BUKHARI MINTA MATI

Riwayat mengenainya disebutkan oleh Imam Muslim. Katanya, Imam Bukhari telah bangun solat di malam yang gelap dan berdoa:

اللهم قد ضاقت علي الأرض بما رحبت فاقبضني إليك


Tidak sampai sebulan selepeas itu, diapun dipanggil Allah mengadapnya!

 Kubur Imam Bukhari ada di Khartank, iaitu sealah satu bandar dalam wilayah Samarkand

Imam Bukhari telah dimarahi gurunya dan tidak dibenarkan mengajar di Bukhara, bahkan dengan pengaruh Amir Bukhara, Imam bukhari dihalau keluar. 

Isunya kerana imam Bukari dituduh muktazilah kerana menyebutkan lafaz Al-Quran adalah makhluk. Perkataan ini dilihat mirip dengan pegangan serta akidah muktazilah yang mengatakan Al-Quran adalah makhluk.
الدكتور سيد بن حسين العفاني في كتابه «أحوال الطيبين الصالحين عند الموت»، أن قتيبة بن سعيد قال: «لو كان محمد بن إسماعيل في الصحابة لكان آية. وقال ابن عدي: سمعت عبد القدوس بن عبد الجبار السمرقندي يقول: جاء محمد بن إسماعيل إلى خرتنك - قرية - على فرسخين من سمرقند وكان له بها أقرباء فنزل عندهم، فسمعتُه ليلة يدعو، وقد فرغ من صلاة الليل: «اللهم إنه قد ضاقت علي الأرض بما رحبت، فاقبضني إليك» فما تم الشهر حتى مات. وقبره بخرتنك. - See more at: http://www.alkhaleej.ae/supplements/page/2cc5a495-da25-42e7-a0ac-abc93312a80a#sthash.s3noIaez.dpuf



Cerita mengenai kematian Imam Bukhari:

قال الخطيب : أخبرنا علي بن أبي حامد في كتابه أخبرنا محمد بن محمد بن مكي سمعت عبد الواحد بن آدم الطواويسي يقول :رأيت النبي صلى الله عليه وسلم في النوم ومعه جماعة من أصحابه وهو واقف في موضع فسلمت عليه فرد علي السلام فقلت :  ما وقوفك هنا يا رسول الله 
قال : أنتظرمحمد بن إسماعيل 
قال فلما كان بعد أيام بلغني موته فنظرت فإذا هو قد مات في الساعة التي رأيت فيها النبي صلى الله عليه وسلم 
Masa kematiannya:
Pada malam Sabtu, iaitu Malam Aidil Fitri tahun 256H. Umurnya ketika itu kurang 13 hari  untuk 62 tahun .
 وقال مهيب بن سليم : كان ذلك ليلة السبت ليلة عيد الفطر سنة ست وخمسين ومائتين وكذلك قال الحسن بن الحسين البزار في تاريخ وفاته وفيها أرخه أبو الحسين بن قانع وأبو الحسين بن المنادي وأبو سليمان بن زبر وآخرون . قال الحسن وكانت مدة عمره اثنتين وستين سنة إلا ثلاثة عشر يوماً تغمده الله برحمته آمين.

Read more...

MUHAMMAD BIN YAHYA AZ-ZUHLI

Kali ini, kita cuba kenali seorang di antara ramai guru Imam Bukhari .

Beliau adalah Abu Abdillah Muhamamd bin yahya bin Abdillah bin Khalid bin Faris bin ZuaibAn-Nisaburi Az-Zuhli , lahir tahun 172H dan meninggal tahun 258H. Beliau salah seornag imam perawi hadis di kalangan ahli Sunnah. Beliau berasal Nizabur dan banyak mengembara mencari ilmu hadis. Beliau pernah sampai ke Baghdad, Basrah, Yaman, Hijaz, Mesir, Syam serta lain-lain tempat. Beliau merupakan mahaguru kepada penduduk Khurasan.

Beliau disebut sebagai Syekhul Islam wa 'Alimul masyriq wa amirul mukminin fil hadis.


Berkata Hakim Abu Abdullah, aku dengar Muhamamd bin hamid Al-Bazzaz berkata: Aku dengar Al-Hasan bin Muhamamd bin Jabir berkata: Aku mendengar Muhammad bin Yahya telah berkata kepada kami apabila Muhammad bin Ismail Al-Bukhari tiba di Nisabur:


اذهبوا إلى هذا الرجل الصالح فاسمعوا منه 



"Pergilah oleh kalian kepada lelaki soleh ini dan dengar daripadanya.
Maka orang ramai pun pergi mendengar daripada Imam Bukhari sehingga majlis ilmu Muhamamd bin Yahya mula kurang orang. Lalu, timbullah hasad beliau dan mulalah dia mengatakan sesuatu
Apakah hasad Muhamamd bin Yahya itu tiada sebabnya? Keadaan pada zaman itu, orang sangat takut dengan akidah muktazilah yang mengatakan Qurqan adalah makhluk. Kerana itu sewaktu lima tahun Imam Bukhari mengajar di Samarkand, timbullah isu. Ketika orang bertanya kepadanya tentang apakah Quran itu makhluk, jawapan Imam Bukari mengundang kecurigaan. 
(Lafzi Bil quran Makhluk)
Lafazku ketika membaca Quran adalah makhluk
(Masalah Talaffuz bil Quran adalah isu yang mengundang perselisihan antara imam Bukhari dengan gurunya  itu)

Muhammad in Yahya mengambil pendekatan melarang tenggelam dalam perbincangan para mutakallimin


 الخوض في عِبارات المتكلِّمين ممنوع


Apabila Imam Bukahri melayan dna menjawab permasalah lafaz Al-quran makhluk, maka ia telah menginjakkan kaki ke dalam permasalahan yang hanyut di dalamnya golongan muktazilah.

Konflik antara Imam Bukhari dengan Muhamamd bin Yahya menyebabkan Imam Bukhari dihalau keluar dari NisaburMungkin, ada terguris hati dengan gurunya itu, Imam Bukari ketika meriwayat daripada gurunya itu, dia tidak sebut namanya yang lengkap Muhamamd bin Yahaya tetapi dia menyebutnya:
...menceritakan kepada kami oleh Muhamamd ( tidak dibinkan)
...menceritakan kepada kami Muhamad bin Abdullah ( dibinkan kepada datuknya)
...menceritakan  kepada kami oleh Muhamamd bin Khalid (dibinkan kepada moyangnya)
Tudak pernah Imam Bukhari meriwayatkan daripadanya dengan menyebut...menceritakan kepada kami oleh Muhamamd bin Yahya Az-Zuhli.
Apa yang perlu kita faham, penolakkan Muhammad bin Yahya terhadap Imam Bukari didorong oleh kecintaannya kepada sunnah Rasulullah SAW. Semoga Allah mengampunkan jika ada salah silap salah seorang keduanya.
jangan pula kita menumpukkan dosa dengan membuat perasangka buruk kepada mana-mana antara keduanya!


Kata-kata ini dilihat membawa kepaa selogan muktazilah yang menyebut Quran itu makhluk.

Amir Bukhara ketika itu Khalid bin Ahmad Az-Zuhli

Muhammad bin Yahya berguru dengan orang-ornag hebat dan orang-orang hebat yang  lain berguru kepadanya.

Dia berguru dengan Abdul Malik Al-Majisyun di Madinah, Abdurrahman al-Muqri di Hijaz dan setiap daerah ada gurunya.

Berguru kepadanya Bukhari, Abu Daud, Turmizi, Ibn Majah, Laith bin Saad dan ramai lagi tokoh-tokoh  besar dalam sejarah.

Muhammad bin bin Yahya Az-Zuhli meninggal pada usia 86 tahunpada tahun 258H./

hadir solat jenazah Amir Khurasan, Muhammad bin Tohir bin Maidan Al-Hussain.

Kata Abu Amru Ahmad bin Nasir Al-Khaffaf: Aku telah bemimpi Muhamamd bin Yahya selepas matinya lali aku tanya dia:

"Apa yang Allah lakukan terhadapmu?
"Allah telah mengampunkan aku." kata Muhammad bin Yahya.
" Apa yang telah dibuatnya dengan  hadismu?", 
" ia ditulis dengan tinta emas dan diangkat ke Illiyyin!",

Read more...

KISAH BALUQIYA

March 26, 2020

Pernahkah anda mendengar sebuah kisah bernama kisah Baluqiya?

Kisah ini salah satu kisah yang ada dalam hikayat Alfu Lailah wa lailah. Namun ia berbeza daripada kisah-kisah lain kerana ia melibatkan kisah yang dikaitkan dengan kelahiran nabi Muhammad SAW. Kisah ini kedengarannya seperti dongeng dna tidak munasabah.

Cerita Baluqiya ini ada dalam cerita Hasib Karimuddin. Ia adalah cerita yang diceritakan oleh Ratu Ular kepada Hasib Karimuddin.

Hasib Karimuddin adalah anak nabi danial a.s. Ayahnya itu telah belayar di laut dengan membawa kitab-kitabnya. Lalu berlakulah tragedi dan kapal yang dinaikinya karam. Kitab-kitabnya tidka dapat diselamatkan melainkan 5 lembaran. Lima lembaran itu dibawa balik dan disimpan dalam peti. Ketika Nabi Danial hendak mati, dia berpesan kepada isterinya yang ketika itu sedang mengandung agar menyerahkan pusaka lima lembaran itu kepada anaknya bila dia minta. Dia juga berpesan agar anaknya itu dinamakan Hasib Karimuddin.

Baca Kisahnya : HASIB KARIMUDDIN

Baluqiya seorang pemuda Bani Israil melakukan pengembaraan mencari nabi Muhammad SAW. Dalam pengembaraannya itu, dia bertemui dengan bermacam-macam perkara ajaib. Dihujung pengembaraannya, dia bertemu dengan nabi Khidr yang kemudiannya menghantarnya pulang bertemu ibunya.

Anda boleh baca kisah ini dalam versi bahasa Arab di sini:



Jika mahu baca kisah yang sudah diterjemahkan, boleh baca di sini:


Apapun, ini hanyalah sebuah kisah Israiliyyat. Barangkali inilah kemuncak khayalan dalam kisah-kisah Israiliyyat. 

Baca boleh, percaya jangan!

Read more...

KENAPA IBN SIRIN DIPENJARA?

Namanya adalah Abu Bakar Muhammad bin Sirin Al-Basri.

Beliau lahir pada masa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan. Ayahnya Sirin adalah hamba yang dimiliki oleh Anas bin Malik. Anas mendapatnya sebagai hamba setelah peperangan Ain Tamar iaitu negeri sebelah barat Kufah yang telah dibuka oleh Khalid Al-walid pada masa Khalifah Abu Bakar. Anas kemudiannya telah memerdekakan Sirin.

Fizikal Ibn Sirin: Seorang yang agak pendek, perutnya gendut., banyak berjenaka dan suka ketawa, alim dalam ilmu hisab dan Faraid dan undang-undang, berambut lebat, belah tengah dan mewarnakannya dengan inai.

Ibn Sirin menuntut ilmu daripada ramai sahabat. Menurut Hisyam bin Hasan, Ibn Sirin berguru dengan lebih 30 sahabat.

Ibn Sirin juga terkenal dengan ilmu menta'bir mimpi sehingga ada sebuah kitab yang dikaitkan dengannya iaitu Kitab Tafsirul Ahlam.

Di antara riwayat mengenai keunggulannya dalam menta'bir mimpi adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi :

عن عبد الله بن مسلم المزوي قال: كنت أجالس ابن سيرين فتركته وجالست بعض أهل البدع؛ فرأيت كأني مع قوم يحملون جنازة النبي صلى الله عليه وسلم فأتيت ابن سيرين فذكرته له، فقال: مالك جالست أقوامًا يريدون أن يدفنوا ما جاء به النبي صلى الله عليه وسلم


Sebab Ibn Sirin dipenjara

Ibn Sirin telah membeli minyak Zaitun dengan harga 40 ribu Dirham dengan bayaran tertangguh (hutang) kepada tauke minyak zaitun. Lalu didapati dalam salah satu bekasnya ada tikus mati. Maka disangkanya tikus itu telah mati dalam bekas alat pemerosesan minyak. Dia bimbang jika minyak itu dikembalikan kepada tauke minyak zaitun itu, dia akan menjual kepada orang lain minyak zaitun yang telah dicemari itu. Maka semua minyak itu dituangnya. Sikap waraknya ini telah membawanya berhutang dan tak mampu menjelaskan hutangnya itu. Tauke minyak zaitun mengadu hal itu kepada hakim lalu Ibn sirin disuruh menjelaskan hutangnya. Kerana tidak mampu membayarnya, dia dipenjarakan.

Dalam Tarikh Baghdad (jil5 ms 334) disebutkan:
 Apabila Ibn Sirin dipenjara, warden penjara berkata kepadanya: Malam hari tuan pulanglah kepada keluarga tuan dan siang hari tuan datanglah semula. Ibn Sirin menjawab: Demi Allah, aku tidak akan menolongmu mengkhianati Sultan!


Ketika Anas bin Malik hendak wafat, dia berwasiat agar Ibn Sirin menguruskan jenazahnya, tetapi pada ketika itu Ibn Sirin sedang dalam penjara. Orang ramai pun minta kepada Amir Basrah agar dibenarkan dia keluar sesuai dengan wasiat Anas bin Malik. Akan tetapi Ibn Sirin mahu kebenaran keluar itu datang daripada pihak yang dia berhutang itu, lalu dia dibenarkan dan dia pun keluar untuk menguruskan jenazah Anas bin Malik


Ibn Sirin meninggal pada tahun 110H, iaitu sekitar 100 hari selepas kematian Hasan Al-Basri. Umurnya waktu itu adalah lebih 80 tahun

Read more...

SAIF BIN ZI YAZAN

Saif bin Zi Yazan, nama penuhnya ialah Saif bin Zi Yazan bin Zi Asbah bin Malik bin Zaid bin Sahal bin Amru bin Qais bin Muawiyahbin Jasyam bin Abd Syams bin Wail bin Al-Ghausbin Qutn bin Arib bin Zuhair bin Aiman bin Alhaisa' bin Al-'Aranj iaitu Himyar bin Saba'.

Beliau adalah salah seorang raja Yaman di zaman dahulu. Beliau memerintah di Istana Ghamdan dan merupakan raja yang paling masyhur dan terakhir menghuninya.Pernah Datuk nabi SAW, Abd Mutollib menziarahinya.

Yaman sejak zaman Zi Nuwas dikalahkan, berada di bawah jajahn Habsyah. Saif Zi Yazan mahu membebaskan Yaman. Dia cuba minta pertolongan daripada Rom, tetapi kerana Rpm dan Habsyah masing-masing beragama Nasrani, raja Rom di Antakiah enggan memenuhi permintaan Saif Zi Yazan.

Lalu, Saif Zi Yazan mencuba nasib dengan meminta pertolongan daripada Parsi. Beliau pergi ke Hirah dan bertemu Amru bin Hindun, gabenor kerajaan Parsi di sana. Diadibawa oleh An-Nu'man bertemu Kisra Anusyirwan. Kisra bersetuju walaupun mulanya dia ragu-ragu untuk berikan bantuan. Beliau hantar 800 tentera yang merupakan banduan-banduan yang dikeluarkan daripada penjaranya. Mereka dipimpin oleh Wahruz. Dengan menungang 8 kapal, mereka pun sampailah di persisiran pantai Yaman. Ketumbukan ini kemudiannya disokong oleh suku-suku Arab. Pasukan Hamsyah dipimpin oleh Masruq bin Abrahah. Beliau adalah saudara seibu dengan raja Abrahah. Perang meletus dan Saif Zi Yazan yang dibantu oleh Wahruz telah memenanginya dalam peperangan Hadgramaut tahun 570M. Maka Saif Zi yazan pun jadi raja Yaman dan kepada Parsi dia perlu membayar cukai setiap tahun. Bersingahsanalah Saif Zi Yazan di Ghamdan.

Saif Zi Yazan hanya bersinggahsana selama 4 tahun. Orang-orang Habsyah telah membunuhnya pada tahun 574M . Lalu, Parsi telah menghantar tenteranya dan mengalahkan Habsyah serta mengangkatnya anaknya Ma'ad Yakrab sebagai raja Yaman dan bernaung di bawah Parsi.

Kisah Saif Zi Yazan telah menjadi karya sastera dan ditokok tambah dengan cerita dongeng. Kononnya Saif Zi Yazan itu raja alam manusia dan jin. Kononnya ibunya adalah bangsa jin dan pada akhir kehidupannya Saif Zi Yazan bersembunyi ke alam jin.
Kisah ini mempengaruhi alam Melayu sehingga timbullah Hikayat Malik Saifullizam, tetapi banyaklah donngeng yang meresap dalam hiukayat ini. 

 .

Read more...

ABDULLAH BIN MAS'UD

Namanya Abdullah bin Mas'ud bin Ghafil bin Habib Al-Huzali


Gambar hiasan

Beliau adalah  orang keenam yang masuk Islam dan Islamnya beliau adalah sebelum Rasulullah SAW menjadikan rumah Al-Arqam bin Arqam sebagai  markas dakwahnya.

Kisah masuknya Islam Ibn Mas'ud disebutkan dalam Musnad Ahmad (3598) dengan sanad yang hasan menurut Arnauth dan juga Saheh Ibn Hibban (7061) menerusi Sanad yang hasan menurut Arnauth.

Kata Ibn Mas'ud dalam riwayat tersebut:


كنت أرعى غنمًا لعقبة بن أبي معيط، فمرَّ بي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر، فقال: "يَا غُلَامُ، هَلْ مِنْ لَبَنٍ؟". قال: قلت: نعم، ولكنِّي مؤتمن. قال: "فَهَلْ مِنْ شَاةٍ لَمْ يَنْزُ عَلَيْهَا الْفَحْلُ؟". فأتيته بشاة، فمسح ضرعها، فنزل لبن، فحلبه في إناء، فشرب، وسقى أبا بكر، ثم قال للضرع: "اقْلِصْ" فقلص، قال: ثم أتيته بعد هذا، فقلت: يا رسول الله، علِّمني من هذا القول، قال: فمسح رأسي، وقال: "يَرْحَمُكَ اللهُ، فَإِنَّكَ غُلَيِّمٌ مُعَلَّمٌ

Aku pernah menggembala kambing milik Uqbah bin Abi Mu’aith. Kemudian lewatlah Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr seraya berkata, ‘Wahai pemuda, apakah ada susu kambing?’ Aku berkata, ‘Ada, akan tetapi aku hanyalah seorang penggembala yang diberi amanah untuk menggembalakan kambing.’ Rasulullah ﷺ mengatakan, ‘Apakah ada seekor kambing betina yang belum dikawini oleh pejantan?’ Maka akupun memberikan kepada beliau kambing betina tersebut dan beliau mengusap kantong susunya dan keluarlah susu tersebut. Beliaupun memerah susu tersebut dalam sebuah bejana kemudian beliau meminumnya dan memberikannya kepada Abu Bakr. Kemudian beliau mengatakan kepada kantong susu tersebut, ‘Menyusutlah’. Maka kantong susu itupun menyusut.”

Continue reading at https://buletin-alilmu.net/2018/04/27/kemuliaan-tidaklah-diukur-dari-wajah-dan-postur-tubuh/ | Buletin Al Ilmu


Aku pernah menggembala kambing milik Uqbah bin Abi Mu’aith. Kemudian lewatlah Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr seraya berkata, ‘Wahai pemuda, apakah ada susu kambing?’ Aku berkata, ‘Ada, akan tetapi aku hanyalah seorang penggembala yang diberi amanah untuk menggembalakan kambing.’ Rasulullah ﷺ mengatakan, ‘Apakah ada seekor kambing betina yang belum dikawini oleh pejantan?’ Maka akupun memberikan kepada beliau kambing betina tersebut dan beliau mengusap kantong susunya dan keluarlah susu tersebut. Beliaupun memerah susu tersebut dalam sebuah bejana kemudian beliau meminumnya dan memberikannya kepada Abu Bakr. Kemudian beliau mengatakan kepada kantong susu tersebut, ‘Menyusutlah’. Maka kantong susu itupun menyusut
  

Peristiwa yang disaksikan oleh Ibn Mas'ud tersebut membuatkan dia mendatangi nabi SAW dan masuk Islam

Ibn Mas'ud bersahabat dengan nabi sehingga dia dikatakan sebagai penjaga rahsia Rasulullah, penjaga tempat tidurnya dan juga pengurus kasutnya. Hal ini dilakukan terutama pada waktu-waktu baginda bermusafir.
 
Kerana 

Rasulullah sangat sayangkan Ibn Mas'ud. Pada satu ketika sewaktu Abdullah bin Mas'ud memanjat pokok kurma, kelihatan sepasangnya betisnya yang halus. Para sahabat lain ketawa. Rasulullah menegur perbuatan mereka dengan katanya:
 
 
 مَا تَضْحَكُونَ؟ لَرِجْلُ عَبْدِ اللَّهِ أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أُحُدٍ
 
 
 "Siapa yang kalian ketawakan?? Sesungguhnya kaki Abdullah itu lebih berat daripada bukit Uhud di atas Mizan pada hari kiamat!" HR Ahmad (290-Saheh Lighairih dan Sanadnya Hasan menurut Arnauth)

Kerana beliau banyak berdamping dengan nabi SAW, dia mendengar Al-Quran sendiri daripada Rasulullah. Dia mendapat kemuliaan dengan Al-Quran. Demikianlah Allah memuliakan orang berdamping dengan Al-Quran.
 
Rasulullah SAW pernah bersabda:

اسْتَقْرِئُوا الْقُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ: مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ -فَبَدَأَ بِهِ- وَسَالِمٍ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ، وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ
 
 " Ambillah bacaan Quran daripada 4 orang: Daripada Abdullah bin Mas'ud, salim Maula Abi Huzaifah, Ubayy bin Kaab dan Muaz bin Jabal"(HR Bukhari 3648) dan Muslim 2464)
 
 
 
Abdullah bin Mas'ud wafat di Kota Madinah pada tahun 32H. Beliau disolatkan oleh Zubair Al-Awwam. Umurnya ketika itu dalam 60-an. Beliau dikebumikan di Al-Baqi'.
 

Read more...

ENAM AHLI SYURA

March 25, 2020

Perlantikan ahli syura mula timbul apabila Umar Al-Khattab terkena tikaman Abu Lu'lu' Al-Majusi. Saat beliau sedang sakit yang mana mati kerananya, para sahabat mengusulkan pertanyaan tentang penggantinya. Saidina Umar Al-Khattab lalu menyebut 6 orang sahabat nabi sebagai pilihan. Enam ornag itulah yang disebutkan dalam sejarah sebaga Ahli Syura yang enam. Siapakah mereka? 

Mari kita ingat nama mereka:

1) Uthman bin Affan
2) Ali bin Abi Talib
3) Talhah bin Ubaidillah
4) Az-Zubair bin Al-Awwam
5) Abd Rahman bin Auf
6) Saad bin Abi Waqqas.

Read more...

Ibn Al-Rawandi Sang Mulhid

Namanya Abu Hasan Ahmad bin Yahya bin Ishak Al-Rawandi, lahir di Rawand iaitu satu tempat di antara Asfahan dan Kashan pada tahun 210 H . Beliau dikatakan berketurunan Yahudi.

Pendidikan awalnya di bandar Rayy. Tiada catatan jelas tentang siapa gurunya. Namun, ketika dia di bandar Rayy, dia berada di jalan Islam yang lurus. Ini dapat dikenal daripada hasil dua karyanya pada masa itu iaitu: Al-Ibtida' wal I'adah dan Al-Asma' Wal Ahkam.
 
Dia bertukar-tukar aliran. Pada mulanya beliau merupakan salah seorang tokoh ulama Muktazilah. Namun , kemudian dia mencemuh muktazilah dan mengarang sebuah kitab bertajuk "Fadhihatul Muktazilah" untuk tujuan itu. Kitab itu adalah jawapan balas kepada kitab karya Jahiz yang bertajuk "Fadhilah Muktazilah". Beliau kemudiannya menganut fahaman Syiah dan mengarang sebuah kitab bertajuk "Al-Imamah". Kemudian, pertemuannya dengan Abu Isa Al-Warraq, seorang mulhid mengubah sudut pandangannya. Beliau menjadi seorang freethinker dan zindik yang tercatat namanya dalam sejarah Islam dengan sifat tersebut.

Ketika dia berpindah dan berdomisil di kota Baghdad yang ketika itu merupakan pusat pemerintahan, kota pemikiran dan kebudayaan, jalan hidupnya pun berubah.

Dalam setiap fasa kehidupannya itu, dia banyak mengarang kitab. Namun kitab-kitab karyanya telah luput  dan yang masih ada hanya dua sahaja iaitu "Al-Ibtida' wal I'adah" dan " kitab Al-Farandi". Kitab rulisannya itu dapat diketahui kebanyakan berdasarkan kitab lain yang dikarang oleh tokoh-tokoh yang membuat kritikan balas atasnya seperti kitab Al-Intisor karya Al-Khayyat yang merupakan radd kepada kitab "Fadhihah Al-Muktazilah". Dengan cara demikianlah kitab yang telah luput dalam peredaran zaman diketahui wujudnya. Kitab Az-Zamrud karya Ibn  Ar-Rawandi telah hilang. Dalamnya penuh dengan perlecehan terhadap  rukun Islam dan kenabian. Ini diketahui kerana petikannya disebutkan dan dikeritik dalam kitab Al-Majalis Al-Muaydiyyah oleh Ismail Al-Muaydi.

Barangkali, sebahagian kitab yang dihumbankan ke dalam sungai Dajlah semasa penyerbuan tentera Mongol itu adalah kitab-kita yang penuh racun dan kekufuran seperti karya Ibn Ar-Rawandi ini. Itulah cara Allah menghapuskannya dan menyelamatkan iman ummat.

Ibn Al-Jauzi berkata: Tokoh Zindiq dalam Islam itu ada tiga iaitu:
  1. Ibn Al-Rawandi
  2. Abu Hayyan Al-Tauhidi
  3. Abu Al-A'laa Al-Mi'rii 
Ibn Taimiyyah mengatakan beliau seorang Zindiq. Imam Az-Zahabi dalam Siyar menyifatkannya sebagai Mulhid.

Sumber sejarah menyebutkan bahawa Ibn Al-Rawandi mati sekitar tahun 250H . Berdasarkan catatan ini, usianya ketika mati adalah sekitar 40 tahun. Dia mati dalam keadaan terbuang dan bersembunyi dalam kalangan orang-orang Yahudi di saat Islam berkembang menguasai alam.

Imam Az-Zahabi setelah menyebutkan turjumah Ibn Al-Rawandi dalam Siyarr menamatkannya dengan satu ayat:

لعن اللهُ الذكاءَ بلا إيمانٍ ورضيَ اللهُ عن البلادةِ مع التقوى 
 
"Allah melaknat orang cerdik yang tiada keimanan dan Dia Redha orang bodoh yang bertakwa".

Read more...

AL-MUBARRAD PENULIS KITAB AL-KAMIL

Nama sebenar Al-Mubarrad adalah Abu Al-Abbas Muhamamd bin Yazid bin Abdul Akbar. Dilahirkan pada 10 Zulhijjah tahun 210H dan meninggal pada tahun 286H.  Beliau seorang ulama besar dalam bidang nahu, balaghah dan naqad. Mubarrad dilahirkan di Basrah. Gelaran Mubarrad itu dikatakan merujuk kepada keelokan wajahnya. Dikatakan juga ia disebabkan kedalaman dan keelokan jawapannya bagi permasalahan yang ditanyakan kepadanya.

Kitab Al-Kamil yang dikmaksudkan itu adalah "Al-Kamil fil Lughah Wal Adab". Kitab ini ada 4 Juzuk. Terdapat Syarah oleh Sayyid Al-Mursafi ke atas kitab ini dalam 8 Jilid.

Read more...

ABDUL RAHMAN AD-DAKHILI

March 24, 2020

Siapakah dia?
Dialah seorang putera bani Umayyah yang terselamat dalam pembunuhan beramai-ramai bani Abbasiyyah ke atas suku sakat bani Umayyah. Beliau melarikan dari dan menyemberang selat Gibraltar sehingga ke Andalusia.

Allah simpan dia untuk meneruskan Daulah Bani Umayyah yang telah runtuh ranap di Kota Damsyiq.

Namanya adalah Abdul Rahman bin Mu'awiyah bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan.

Ketika dia menjadi pelarian itu, umurnya baru 19 tahun

Read more...

ABDULLAH BIN ALI JENDERAL BERJASA KERAJAAN BANI ABBASIYYAH

Kita telah tahu bahawa pada tahun 132H, rebah tersungkurlah kerajaan Bani Umayyah dan tegak berdirilah pula kerajaan Bani Abbasiyyah. Di antara tokoh yang berjasa membangunkan kerajaan Bani Abbasiyyah ini adalah seorang yang bernama Abdullah bin Ali. Siapakah dia?  Secara ringkasnya, dia adalah pakcik kepada khalifah Abbasiyyah pertama iaitu Abu Abbas Abdullah As-Saffah dan Abu ja'far Al-Mansur. Beliaulah yang memimpin tentera Abbasiyyah dalam Peperangan Az-Zab Al- Kubra, satu peperangan penentu yang mengakibatkan kalahnya tentera Bani Umayyah.

Beliau merupakan seorang jenderal tentera yang gagah berani, kejam dan berdarah dingin. Ini dapat dilihat terhadap tindakan terhadap warga Damsyiq apabila beliau telah dapat menawannya. Kekalahan tentera Marwan Al-Himar telah menyebabkan penduduk Damsyiq menanggung akibatnya. Kubur-kubur Bani Umayyah dibongkar dna tulang belulang mereka dibakar. Marwan Al-Himar yang lari ke Mesir diburu sehingga tertangkap dan dibunuh. Semua saki baki putra Bani Umayyah dibunuh.

Demi mencapai cita-cita politiknya, dia bertindak semahu-mahunya.

Tetapi, demikianlah hukum Tuhan. Siapa menyemai badai, dia bakal menuai taufan!

Abu Al-Abbas As-Saffah mati pada tahun 136H, pada usia yang sangat muda iaitu 32 atau 33 tahun. Ada yang kata lebih muda lagi iaitu 28 tahun.  Dia mati kerana penyakit campak.

Setelah matinya Abu Al-Abbas, abangnya Abu Ja'far pula menjadi khalifah.  Abdullah bin Ali tidak boleh menerima kerana dia merasakan dia yang paling layak. Abu Jaafar telah minta tolong Abu Muslim Al-Khurasani. Maka terjadilah peperangan antara tentera Abu Muslim Al-Khurasani dengan tentera Abdulalh bin Ali. Abdullah bin Ali kalah dan dia lari berlindung dengan dan disembunyikan oleh Sulaiman bin Ali di Basrah.

Tapi Abu Ja'afar memperdayanya sehingga dia keluar daripada persembunyiannya. Lalu dia dihumbankan ke dalam penjara dan mati dalam penjara.

Read more...

MARWAN AL-HIMAR KHALIFAH TERAKHIR BANI UMAYYAH

Namanya adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Al-Hakam bin Abi Al-As bin Umayyah. Lahir pada tahun 72H. Beliau merupakan khalifah terakhir Danasti Bani Umayyah. Beliau digelar Al-Himar kerana kesabarannya menghadapi peperangan dan kekacauan yang cuba merebut kekhalifahannya. Beliau juga digelar Marwan Al-Ja'di merujuk kepada nama gurunya Ja'di bin Dirham.

Beliau menjadi khalifah setelah anak saudaranya Ibrahim bin Al-Walid bin Abdul Malik. Sebelum jadi khalifah, beliau ada pengalaman menjadi gabenor di Armenia dan Azerbaijan. Semasa menjabat jawatan tersebut, beliau telah menunjukkan kecemerlangannya memadamkan pemberontahan bangsa Turk dan etnik-etnik yang menghuni Caucasian.

Ketika dia mendengar Al-Walid bin Yazid bin Abd Malik (Khalifah ke11) dibunuh oleh Yazid bin Al-Walid bin Abd Malik bin Marwan( yang digelar sebagai Yazid An-Naqis)(Khalifah ke 12), dia datang dari Armenia dengan tenteranya. Dalam perjalanan itu sampai kepadanya khabar meninggalnya Yazid An-Naqis  dan jawatan khalifah berpindah kepada Ibrahim bin Al-Walid bin Abd Malik.

Marwan bin Muhammad ini tidak mahu membai'ah Ibrahim bin Al-Walid bin Abdul malik itu. Malah dia mendesak agar jawatan itu diserahkan kepadanya. Marwan bin Muhamamd datang menyerang Damsyiq dengan pasukan tenteranya berjumlah 80 ribu. Sungguhpun Ibrahim bin Al-Walid telah cuba melawan dengan pasukan tentera seramai 100 ribu dipimpin oleh Sulaiman bin Hisyam bin Abd Malik, tetapi kalah. 

Marwan masuk ke Kota Damsyiq dan Ibrahim bin Al-Walid bersembunyi. Marwan mengganas, merampas harta Baitul Mal, membongkar kubur Yazid An-Naqis dan menyalib mayatnya di gerbang Al-Jabiah. Jaminan kemanan ditawarkan kepada Ibrahim dan Sulaiman bin Hisyam. Ibrahim pun menyerah dan Marwan pun jadilah khalifah. 

Namun, pada masa perang Az-Zab sedang berlaku, Ibrahim dijatuhkan hukuman bunuh oleh Marwan.

Perang Az-Zab Al-Kubra/ Al-A'la berlaku pada 11 Jamadil Akhir 132H. Perang ini berlaku antara tentera bani Umayyah yang dipimpin oleh Marwan bin Muhamamd dengan tentera Abbasiyyah yang dipimpin oleh Abdullah bin Ali. Ia dinamakan Az-Zab kerana berlaku berhampiran sungai Az-Zab al-kabir yang merupakan cabang sungai Dajlah. Peperangan ini dimenangi oleh  Abdullah bin Ali. Marwan telah lari ke Mesir. Beliau dikejar dan dibunuh di sana. Tiada yang selamat daripada pitra-putra Bani Umayyah melainkan Abdul Rahman bin Mu'wiyah bin Hisyam bin Abdul Malik yang kelak menubuhkan kerajaan Bani Umayyah di Andalusia. Dialah yang digelar Abdul Rahman Ad-Dakhili.

Dengan terbunuihnya marwan berkahirlah kerajaan Bani Umayyah dan  tegak berdirilah kerajaan baru yang dinamakan DAULAH ABBASIYYAH dengan khalifah pertamanya ialah Abbas As-Saffah.


Read more...

YAZID BIN MUHALLAB

YAZID BIN MUHALLAB BIN ABI SAFRAH (35H-102H)

Setelah bapanya mati pada tahun 83H, beliau menggantikan posisi bapanya sebagai gabenor Khurasan. 6 Tahun kemudian, dia dipecat oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan atas usul daripada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi yang merupakan gabenor Iraq dewasa itu. Walaupun sudah dipecat, Hajjaj bimbangkan penentangannya, maka Hajjaj telah memenjarakannya.

Yazid bin Muhallab berjaya lari daripada penjara Hajjaj dan beliau pergi ke Syam dan bertemu dengan Sulaiman bin Abdul Malik. Setelah matinya Hajjaj, dia dilantik sebagai gabenor Iraq dan kemudiannya kembali ke posisi sebagai gabenor Khurasan. Dalam tempoh ini beliau telah berjaya membuka Wilayah Jarjan dan Tibristan.

Kemudian beliau dipindahkan ke Basrah sebagai gabenor di sana sehinggalah kekhalifahan berpindah ke tangan Umar bin Abdul Aziz. Kerana ada aduan wewenangnya membelanjakan harta rakyat, beliau dipecat oleh Umar Abdul Aziz dan diarahkan datang ke Syam. Di sana dia dipenjarakan di Halb menunggu perbicaraan. Dalam tempoh itu, Umar Abdul Azizi jatuh sakit hendak mati. Sebelum matinya Umar Abd Aziz, dia telah lari kerana bimbang keselamatan dirinya terhadap Yazid bin Abd Malik yang merupakan bakal pengganti Umar Abd Aziz.

Belia mengutuskan surat kepada Umar Abd Aziz menyatakan alasannya lari dari tahanan. Umar Abd Aziz berdoa:

اللهم إن كان يريد بهذه الأمة شرًا فاكفهم شره واردد كيده في نحره

"Ya Allah, jika dia mahu menimbulkan kejahatan buat ummat ini, maka peliharalah ummat ini daripada kejahatannya. Kembalikan kejahatan itu ke batang lehernya".


kata orang, doa Umar Abd Aziz telah mengenai Yazid bin Muhallab. Itulah maka Yazid menemui kesudahan yang tragis kemudiannya. Wallahu A'lam!


Umar Abd Aziz meninggal tahun 101H.

Yazid bin Muhallab telah balik ke Basrah dan menuntut kepada Adi bin Artoah agar membebaskan kaum keluarganya daripada tahanan. Adi bin Arto'ah ketika itu adalah Gabenor Basrah.

 إنّك حبست أخوتي وأهل بيتي بلا ذنب ، وأنا المطلوب ، فأخرجهم من حبسهم ، وأعاهدك الله بأنّي لا أدخل البصرة حتّى يأذن لي يزيد بن عبد الملك

Adi bin Artoah enggan memenuhi tuntutan Yazid bin Muhallab. 'Adi bin Artoah, dalam keadaan genting itu, telah berkata para penyokongnya:

 سوف أعطيكم الأرزاق من مالي الخاصّ ، وبعد الانتهاء من حرب ابن المهلّب سوف أكتب إلى أمير المؤمنين ، وسوف تحصلون على ما تحبّون


Setelah dibahagi-bahagikan harta miliknya, setiap orang hanya mendapat dua dirham.

Menanggapi apa yang telah dibuat oleh Adi bin Artoah ini, Farazdak melontarkan sebuah Syair:

 أظنّ رجال الدرهمين يقودهم / إلى الموت آجال لهم ومصارع
وأكسيهم من قرّ في قعر بيته / وأيقن أنّ الموت لابد واقع

Lalu berlakulah peperangan yang membawa kepada tewasnya Adi bin Arto'ah. Oleh Ibn Muhallab, dia dipenjarakan dan disiksa sebagaimana dulunya keluarga Muhallab disiksa.Selepas itu dibunuhlah Adi bin Artoah.

Yazid bin Abd Malik pun mengirimkan tentera 80 ribu orang dipimpin oleh saudaranya Maslamah bin Abd Malik dan anak saudaranya iaitu Abbas bin Walid bin Abd Malik. Untuk melawannya, Yazid bin Muhallab mempunyai tentera lebih 100 ribu anggota. Tetapi, manakan sama tentera Iraq berbanding tentera Syam.

Tentera Iraq tidak setia dengan tuannya sedangkan tentera Syam setia dengan tuannya.

Beliau serahkan Basrah untuk anaknya Muawiyah bin Yazid sementara dia dengan saudaranya Abd Malik bin Muhallab memimpin pasukan menuju ke Al-Aqir.

Hasan Al-Basri membantah tindakan Yazid tersebut dan beliau melarang orang-orang Basrah daripada menyertai gerakan Yazid.

Peperangan ini telah menjadi Nakbah buat keluarga Muhallab. Mereka dibunuh dan dihancurkan. Kekalahan dalam peperagan ini menyebabkan runtuhnya satu keluarga termulia dalam kerajaan Bani Umayyah. Mereka tidak pernah beraksi lagi sehinggalah kemunculan keluarga Abbassi yang akhirnya dapat menumbangkan keluarga Umawi. Dalam peristiwa gerakan Abbasi ini, keluarga Muhallab dikatakan menyokong Abbasi kerana mengingatkan apa yang telah menimpa mereka daripada kejahatan tangan Bani Umawi.


Perjalanan Yazid bin Muhallab penuh dengan penganiayaan dan perlawanan. Selama 30 tahun dia berperang mempertahankan diri dan maruahnya serta keluarganya. Keluarganya yang berjasa besar kepada kerajaan telah dihina dan dianiaya. .

Hinggalah dia mati di Aqir satu tempat antara Wasit dan Baghdad.

Farzazdaq mengungkapkan bait Syair memuji Yazid bin Muhallab. Katanya:

وإذا الرجال رأوا يزيد رأيتهم
خضع الرقاب نواكس الأبصار
 



Kalau dalam pemerintahan Bani Abbasiah ada kisah keluarga Barmaki yang dihukum bunuh, maka kisah sedemikian juga telah terjadi sebelumnya dalam pemerintahan Bani Umayyah. Itulah kisah Keluarga Muahallab. (Rujuk Ibn Khalikan)

وأجمع علماء التاريخ على أنه لم يكن في دولة بني أمية أكرم من بني المهلب، كما لم يكن في دولة بني العباس أكرم من البرامكة، ..، وكان لهم في الشجاعة أيضًا مواقف مشهورة



Beberapa cerita lain berkaitan Yazid bin Muhallab:


Yazid bin Muhallab adalah seorang yang sukakan pujian. Dia pernah kata:
Kehidupan itu lebih kusukai berbanding kematian
Tetapi puji-pujian itu lebih kusukai berbanding kehidupan!

Cerita Yazid bin Muhallab adalah cerita berkenaan seorang yang dermawan.  Di smaping cerita kehidupan politiknya yang bangkit memberontak melawan kerajaan Bani Umayyah.

Sungguhpun Hajjaj bin Yusuf  menikahi saudara perempuan Yazid bin Muhallab iaitu Hindun binti Muhallab, Hajjaj menangkap dan memenjarakannya. Kerana politik hubungan ipar pun tiada makna!



Read more...

MASLAMAH BIN ABDUL MALIK BIN MARWAN

Tokoh ini seorang yang hebat tetapi mungkin kurang dikenali atau jarang disebut orang. 

Laqabnya : Al-Jaradatus Safraa ( Belalang kuning)

Beliau adalah anak kepada Amirul Mukminin Abd malik bin Marwan daripada hamba sahayanya. Beliau lahir pada tahun 66 H. Ibu yang merupakan hamba lalu beranak disebut sebagai "Ummul Walad". 

Kunyahnya Abu Said, dilahirkan di Damsyiq pada tahun 685M.

Beliau membesar dengan kemahiran kepimpinan dan ketenteraan. Bapa borek anak rintik.

Antara tahun 86H sehingga 98H, banyaklah penyerbuan jihad dibuat olehnya ke tas negeri-negeri perbatasan Eropah. Beliau pernah mengepung Qostantiniah pada tahun 98H. Beliaulah pemimpin Arab yang terhebat pernah mengepung Qastantiniah. Qostantiniah itu kelak dikepung oleh pemimpin-pemimpin bukan Arab termasuklah yang berjawa membukannyaiaitu pemimpin Islam Turk yang bernama Muhammad bin Al-Fatih.

Pada ketika Umar Abd Aziz mahu wafat, dia berwasiat agar Maslamah memandikannya, mengkafankannya dan memasukkannya ke dalam lahad. Ini kerana kewarakan Maslamah membuatkan Umar Abd Aziz sangat percayakannya.

Saudaranya Yazid bin Abd Malik melantiknya jadi gabenor Basrah pada tahun 151H untuk memerangi keluarga Mahlab bin Abi Safrah  yang ketika itu itu amat berpengaruh di sana. Anak Mahlab berserta pengikutnya telah dikalahkan oleh Masalmah dan ditawan serta dikirimkan ke Syam.

Kata Kalbi:
نشأت وهم يقولون ضحى بنو أمية يوم كربلاء بالدين ويوم العقير بالكرم 
Waktu aku membesar, aku dengar orang berkata: Pada hari Karbala, Bani Umayyah menyembelih agama dan pada hari Aqir, mereka menyembelih kemuliaan.


Masalah tidak tamak kepada jabatan Khalifah. Antara anak Abd malik, dialah yang sepatutnya menjadi khalifah. namun, dia tidka mahu kerana tidka suka merebutinya. Setelah Abdul Malik bin Marwan wafat, maka anaknya yang bernama Al-Walid yang menjabat jawatan khalifah.

Orang kata:

خلقه الله تعالى ليكون غازيًا لا ليكون واليًا



"Allah menciptakannya untuk menjadi seorang pemimpin perang dan bukan pemimpin negara".



Setiap tahun dia tidak pernah tidak berperang.Sejak tahun 86H sehinggalah tahun 114H, ada sahaja peperangan yang dipimpinnya. Kecuali tahun 110H, tahun tersebut dia sakit. Jika mahu dihitung selama lebih 35 tahun beliau larut dalam peerengan demi peperangan mengamankan perbatasan  kerajaan Islam.

Beliau meninggal pada usia 54 tahun pada tahun 121 H (738M). Beliau meninggal di Syam dan dikebumikan di satu tempat bernama Al-Hanut. Sesungtuhnya kematiannya adalah kematian yang mulia dna ditangisi oleh rakyat kerana kemuliaannya, jasanya dan pengorbanannya yang besar.


Read more...

KITAB DURRATUN NASIHIN

March 21, 2020


 Kitab Karya Uthman bin Hussain bin Ahmad As-Syakir Al-Khuwairi, seorang tokoh ulama kurun ke 13H. Kitab ini sempurna dikarang pada tahun 1224H. Beliau tinggal di Qastanitiniah, Turki pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Syeikh Bin Baz ditanya mengenai kitab ini.  Beliau menjawab bahawa kitab ini penuh dengan hadis daif dan hadis maudhuk. Maka kitab ini tidak boleh dijadikan sandaran. Ulama hadis telah mengorbankan masa dan tenaga yang banyak untuk menapis hadis. Maka seharusnya kitab-kita yang telah dihasilkan dengan hadis-hadis saheh perlu dijadikan sandaran. Umpamanya kitab Saheh Bukhari dan Muslim, Kitab Sunan yang Empat, Mutaqal Akhbar oleh Ibn tamiyyah, Bulughul Maram oleh Ibn Hajar, Umdattul Hadis oleh Abd Ghani bin Abd Wahid Al-Muqaddisi, Riyadhus Solihin oleh Imam An-Nawawi, dan lain-lain kitab hadis yang diiktiraf oleh para ulama hadis.


هذا الكتاب لا يعتمد عليه، وهو يشتمل على أحاديث موضوعة وأحاديث ضعيفة لا يعتمد عليها، ومنها هذان الحديثان فإنهما لا أصل لهما، بل هما حديثان موضوعان مكذوبان على النبي ﷺ، فلا ينبغي أن يعتمد على هذا الكتاب وما أشبهه من الكتب التي تجمع الغث والسمين والموضوع والضعيف، فإن أحاديث الرسول عليه الصلاة والسلام قد خدمها العلماء من أئمة السنة وبينوا صحيحها من سقيمها.
 فينبغي للمؤمن أن يقتني الكتب الجيدة المفيدة مثل الصحيحين، وكتب السنن الأربع، ومنتقى الأخبار لابن تيمية، ورياض الصالحين للنووي، وبلوغ المرام للحافظ ابن حجر، وعمدة الحديث للحافظ عبدالغني بن عبدالواحد المقدسي، وأمثالها من الكتب المفيدة المعتمدة عند أهل العل

Rujuk:
مجموع فتاوى ومقالات الشيخ ابن باز (6/ 512)


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP