CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 198

June 30, 2010


TARIKH: 30/ 06/2010
MUKA SURAT :198
SURAH AT-TAUBAH: AYAT69-72
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : EN LADIS BURAW
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN
1) SAMIT
Orang yang mempunyai kuasa mencegah kemungkaran dengan tangan (kuasa) tetapi hanya mencegah dengan hati. Apakah hukumnya?

Ust Kama: Mencegah kemungkaran ada 3 peringkat.Dengan tangan (kuasa), dengan lisan (lidah) dan dengan hati. seseorang yang tidak mencegah kemungkaran dengan tangannya sedangkan dia mampu berbuat demikian, dia memiliki selemah-lemah iman. Meninggalkan nahi mungkar dengan kuasa sedangkan ada kuasa  untuknya adalah zalim dan berdosa. Orang begitu tidak menggunakan nikmat kekuasaan yang dikurniakan  Allah kepadanya.

2) SURADI

Apakah benar jihad hanya untuk lelaki sahaja?

Ust Kama: Tidak benar. Jihad untuk lelaki dan wanita. Di zaman Rasulullah, ada penglibatan wanita di medan jihad di barisan belakang sebagai jururawat dan sebagainya. Dalam episod sepanjang sejarah Islam, kita akan menemui beberapa kes memperlihatkan keterlibatan wanita dalam jihad peperangan.

Read more...

DAURAH 197

June 29, 2010

TARIKH: 29/ 06/2010
MUKA SURAT :197
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 62-68

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : EN LADIS BURAW
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR

Ketika berbual di kedai kopi dengan kawan-kawan, ada percakapan yang mempersendakan kalimah tayyibah. Apakah kita boleh duduk bersama mereka lagi?

Ust Kama:  Jika kita mendengar orang mempersendakan ayat-ayat Allah, maka kita hendaklah menyisih daripada mereka sehingga mereka meninggalkan senda gurau tersebut.

2) SYAMSUDDIN FRANK

Ada orang menyebut nama nabi Muhammad Saw. Apakah sebutan saw termasuk dalam senda gurau?

Ust Kama:Ia tergantung kepada niat dia berkata begitu, Jika bertujuan menghina dan mempersendakan dengan diertikan Saw sebagai gergaji (Muhammad gergaji) tentulah perbuatan itu haram dan membawa kepada kekufuran.


3) MUDA AJAK

Melemparkan tuduhan kepada orang yang berjihad fi sabilillah sebagai ektremis, apakah ini termasuk dalam mempersendakan ayat Allah?
Ust Kama: Para pejuang yang ikhlas berjuang fi sabilillah adalah syiar Allah di muka bumi. Mempersendakan mereka dengan lebel tertentu adalah haram. 

4) SURADI M. ARIF

a) Kenapa nabi memaafkan Abdullah bin Ubai sedangkan baginda tidak memaafkan sesetengah yang menghina baginada?

Ust Kama: Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 66:

لا تعتذروا قد كفرتم بعد إيمانكم إن نعف عن طائفة منكم نعذب طائفة بأنهم كانوا مجرمين

"Janganlah kamu minta maaf, sesungguhnya kamu telah kufur setelah beriman. Jika kami maafkan satu pihak daripada kamu, kami mengazab satu pihak yang lain kerana mereka adalah golongan yang berdosa".


Nabi tidak menghukum Abdullah bin Ubai atas kemaslahatan masa depan. nabi tidak mahu kelak ada tuduhan bahawa baginda membunuh para sahabatnya.

b) Apakah beza antara persenda hukum Tuhan dengan tidak melaksanakan hukum Tuhan?

 Ust Kama: Persendakan hukum Tuhan menjadikan orang itu kafir. Tidak melaksanakan hukum Tuhan tertakluk kepada 3 keadaan yang menjadikan seseorang itu samada zalim, fasiq atau kafir.

c) Apakah mayat yang disiksa kerana tidak istibra' semasa kencing itu disebabkan solatnya dalam keadaan tidak suci?

Ust Kama: Hadis tersebut adalah diriwayatkan dalam saheh Bukhari dan Muslim sebagaimana berikut:

عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال: مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ (عليه الصلاة والسلام ) عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ: أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، ثم قال بلى، إنه لكبير، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ، وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، قَالَ: فَدَعَا بِعَسِيبٍ رَطْبٍ فَشَقَّهُ بِاثْنَيْنِ، ثُمَّ غَرَسَ عَلَى هَذَا وَاحِدًا، وَعَلَى هَذَا وَاحِدًا، ثُمَّ قَالَ: لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا)) البخاري ومسلم




Daripada ibnu Abbas berkata; ” Suatu masa Rasulullah melintasi 2 kubur, lalu baginda bersabda; ” Adapun mereka berdua sedang diazab, dan mereka tidak diazab kerana dosa besar “, kemudian Nabi berkata; ” Ya, bahkan ianya dosa besar, adapun yang pertama, dia selalu melakukan Namimah, adapun yang kedua dia tidak menyucikan diri dari kencingnya “. Ibnu Abbas berkata; ” Maka Nabi memanggil seseorang agar didatangkan baginya kayu yang masih basah lalu dibelah kepada dua, kemudian ditanam yang satunya ke kubur ini dan yang lain ke kubur yang ini (kubur kedua). Kemudian baginda bersabda; ” Semoga dengannya akan dikurangkan azab mereka selama mana (kayu) masih basah

Nabi SAW menyebutkan bahawa mereka berdua yang diazab itu bukan kerana dosa besar. Kencing tak istibra' dan adu domba meropakan dua jenis dosa kecil yang memberi implikasi kehidupan bermasyarakat. Oleh itu mereka diazab dalam kubur. Ia bukan kerana solat tak sah dan sebagainya. Solat tak sah adalah dosa besar jika disengajakan.

Read more...

DAURAH 196

June 28, 2010

TARIKH: 28/ 06/2010
MUKA SURAT :196
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 55-61
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : EN LADIS BURAW
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR
Membacakan doa penerang hati atas air dan beri minum kepada anak-anak agar terang hati mereka dalam pelajaran, apakah perbuatan seperti itu tidak menjerumuskan kita kepada kesyirikan? 

Ust Kama: Al-Quran adalah syifa bagi penyakit zahir maupun batin. Membacakan ayat-ayat Quran ke atas air untuk tujuan syifa tidak menjadikan kita syirik. Jika meyakini bahawa air atau ayat Quran itu yang menyembuhkan tentulah syirik kerana tiada penyembuh selain Allah SWT.


2) SURADI M. ARIF

Kita disunatkan mentajdidkan wuduk. Tidakkah suruhan mentajdid wuduk itu termasuk dalam perbuatan membazir air yang merupakan makruh?

Ust Kama: Tajdid wuduk tidaklah membazir. Lagipun tajdid wuduk bukanlah mengambil wuduk semula lengkap dengan meniga-nigakan basuhan. Memadai dengan sekali basuhan sahaja.

Read more...

DAURAH 195

June 23, 2010

TARIKH: 23/ 06/2010
MUKA SURAT :195
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 48-54

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF 
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SAMIT

Apakah Ibn Jad'an itu bukan Islam?

Ust Kama:  Ibn Jad'an bukan Islam dan dia juga bukan ahli fatrah. Sebab itu nabi katakan amal baiknya tidak dapat membantunya. Ertinya dia ahli neraka.

2) AHMAD BIN DAUD

a) Nabi menawarkan wanita berkulit putih kekuningan kepada Al-Jadd bin Qais. Apakah maksud nabi? Apakah sekadar lawak dan jika penyertaan dalam peperangan itu didorong oleh keinginan kepada wanita berkulit putih kekuningan, tidak nanti jika mati bukan mati syahid?

Ust Kama: Perkataan nabi itu ditujukan kepada Al-Jadd bin Qais yang menunjukkan lemahnya semangat dan keinginan menyertai perang Tabuk. Sebilangan orang terjun dalam peperangan adalah untuk keuntungan dunia. Sesuai dengan minat Al-Jadd bin Qais, nabi menyebutkan tentang wanita Rom yang berkulit putih kekuningan.

b) Apakah tawanan yang bukan Islam itu boleh dinikahi?

Ust Kama: Tawanan perang sama ada lelaki atau perempuan menjadi hamba. Perempuan yang menjadi hamba boleh digunakan oleh tuannya dan tidak perlu dinikahi.

c) Apakah ada lagi jalan mendapat hamba di zaman sekarang?

Ust Kama: Jika ada peperangan dengan kafir harbi, maka ada hukum hamba.


2) EN MOMOH

Seorang yang menjadi masbuk duduk di sebelah kanan imam. Tiba-tiba datang seseorang menjadi makmum, berdiri di sebelah kanan makmum pertama. Datang pula makmum ketiga, berdiri di belakang imam. Makmum pertama mengundur ke belakang dan makmum ketiga turut mengundur ke belakang.
a) Bagaimana kedudukan makmum masbuk yang betul?


Ust Kama: Makmum masbuk, jika seorang hendaklah berdiri di sebelah kanan imam. Jika dua, berdiri dibelakang imam dengan dilebihkan ke sebelah kanan. Jika tiga seimbang. Jika empat, lebih ke sebelah kanan.
b) Apakah hukumnya jika makmum mengikut makmum?

Ust Kama: Mengikut makmum tidak sah.

3) SURADI

a) Seorang yang buta penglihatan sejak lahir dan pekak pula, apakah termasuk ahli fatrah?
Ust Kama: Seorang yang tidak sampai kepadanya seruan Islam, maka dia adalah ahli fatrah. Orang yang buta dan pekak tidak mendapat jalan pengetahuan tentang Islam maka dia adalah ahli fatrah.

b) Seorang yang berniat jamak ta'khir tiba-tiba mendapat musibah dalam safarnya sehingga tidak dapat menunaikan solat jamak ta'khir itu. Apakah hukumnya?


Ust Kama: Jika musibah itu menghilangkan taklifnya seperti pengsan, koma dan terhalang, maka ia dimaafkan . Namun, selagi akal berfungsi, dia wajib menunaikan solat.

Read more...

DAURAH 194

June 22, 2010

TARIKH: 21/ 06/2010
MUKA SURAT :194
SURAH AT-TAUBAH: AYAT41-47

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF 
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) UST SUKRI MAT

Ulasan: Ayat 41 menggesa kita agar berjihad dengan harta. Dalam konteks Malaysia yang berlaku peperangan dalam bentuk minda dan perjuangan menegakkan Islam, kita hendaklah menyahut seruan menyumbangkan harta kepada pertubuhan Islam.

2) UST WAN HELMI

Ayat 41 menyebutkan tentang nabi Muhammad melakukan kesalahan kerana memberi izin kepada golongan munafiqin untuk tidak menyertai perang Tabuk. Perbuatan nabi itu ditegur oleh Allah SWT. Selepas itu Allah menyatakan pula bahawa dengan tidak ikut serta golongan munafiqin itu mengelakkan mereka daripada menimbulkan kekacauan dan fitnah kepada tentera musllimin. Mengapa, kalau ada kebaikan Allah menegur dan menmberitahu bahawa yang nabi lakukan itu salah?

Ust Kama:

a) Apa yang nabi lakukan (membenarkan takhalluf dari peperanga) adalah tasa dasar baginda tidak tahu bahawa mereka adalah orang muanfiq. Bebuat dalam keadaan tidak tahu sebenarnya bukanlah kesalahan.

b) nabi hanya mengetahui senarai nama munafiqin setelah turunya surat At-Taubah dan baginda mengamanahkan Huzaifah Al-Yamani untuk menyimpannya.


c) Teguran Allah adalah kerana keputusan nabi itu mendahuli wahyu.


3) SURADI

Seseorang yang berniat musafir dari Sandakan  ke KK, lalu mengerjakan solat jamak dan Qasar di masjid Gum-Gum. Sampai di Telupid dia berubah niat dan balik semula ke Sandakan. Apakah jamak dan qasarnya itu terbatal?

Ust Kama: Solat jamak dan Qasarnya sah, sementelahan sandakan- Telupid sudah melebih marhalah.

Read more...

DAURAH 193

June 21, 2010

TARIKH: 21/ 06/2010
MUKA SURAT :193
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 37-40

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF 
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR

Apakah bandingan antara akhirat dan dunia serta kecilnya dunia berbanding akhirat itu ada disebutkan dalam Quran?

Ust Kama: Ya, kecilnya dunia berbanding akhirat banyak sekali disebut dalam Al-Quran maupun hadis.

Firman Allah dalam Al-Quran:


سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاء وَالْأَرْضِ
 
 
a) Dalam Al-Quran Allah berfirman mengenai luasnya syurga adalah seperti luasnya langit dan bumi.

b) Allah juga menyebutkan bahawa kalau dunia punya harga di sisi Allah seberat sayap nyamuk, tentu orang kafir tidak diberi minum walau seteguk air.



2) SYAMSUDDIN FRANK

Seorang yang menang judi dan dengan wang hasil kemenangan itu digunakan untuk membina kehidupannya. Kemudian, dia ingin bertaubat. Bagaimanakah caranya hendak membersihkan hartanya daripada wang judi tersebut.

Ust Kama: Hendaklah dia membersihkan harta haram sehingga tinggal padanya harta yang halal dan bersih menurut perkiraannya.


Rujukan:

1) Islamonline
2) Islamweb



3) SABARUDDIN NASIR

Seorang itu Islam kemudian murtad dan akhirnya kembali kepada Islam. Seorang yang lain sememangnya kafir, kemudian menjadi Islam sehingga akhir hayatnya. Siapa yang lebih mendapat hidayah?

Ust Kama: Hidayah itu dilihat pada khatimahnya. Jika mati dalam Islam, dialah orang yang mendapat hidayah.

4)HJ OSMAN

Apakah benar gantung gambar dalam rumah dan membela anjing menghalang malaikat masuk ke dalam rumah?

Ust Kama: Ya...malaikat rahmat yang tidak masuk.

5) New Comer

Seorang yang mati sedangkan hidupnya bergelumang dosa. Matinya pun kerana HIV. Bagaimanakah cara kita membantunya di alam kubur?

Ust Kama: Bermohon kepada Allah agar mengampunkannya, itulah cara membantunya yang sabit dalam nas.

6) SURADI

Apakah berlainan agama boleh dikira saudara susuan jika menyusu pada seorang ibu yang Islam?

Ust Kama: Berlainan agama tidak menghalang menjadi saudara susuan. Nabi Muhammad mempunyai saudara susuan yang bukan Islam dan ikatan mahram berdasarkan susuan legitimate biarpun berlainan agama.

 

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP