CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 155

February 28, 2010

TARIKH: 28 / 02/2010
MUKA SURAT : 155
SURAH AL-A'RAF: AYAT 38-43

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST TUAN ROSLAN TUAN MUDA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) EN SABARUDIN NASIR

Ke mana perginya roh orang-orang jahat yang tidak dibenarkan naik ke langit?


2) UST SUKRI MAT

a) Disebutkan dalam ayat 43 bahawa Allah mencabut rasa dengki daripada orang beriman yang telah berjaya mendapat syurga. Apakah ini menunjukkan bahawa orang yang ada perasaan dengki boleh masuk ke syurga juga?

Ust Kama: Seseorang yang berat timbangan amal baiknya ke syurga.  Perasaan dengki adalah naluri manusiawi yang tidak dapat dielakkan. Perasaan tersebut tidak ada di kalangan ahli syurga. Mereka akan dibersihkan daripada perasaan tersebut sebelum menjejaki kaki ke dlaam syurga.

b) Disebutkan dalam ayat 43 bahawa Allah yang mencabutkan perasaan dengki daripada diri seseorang. Bermakna dia yang memasukkan dan menghilangkannya. Justeru, kenapa disalahkan seseorang atas kedengkiannya?

Ust Kama: Dalam perbahasan perbuatan hamba sebelum ini, telah dinyatakan bahawa Allah telah menentukan amal seseorang. Namun, ketentuan itu adalah dalam ilmu Allah. Ia adalah lambang sifat Qudrat dan Iradat Allah. Dia berkuasa atas segalanya dan menentukan segalanya. Namun manusia diberikan ikhtiar. Itulah usaha yang manusia boleh lakukan. Soal ketentuan azali, itu adalah hak Allah. Hak manusia adalah berusaha.

3)UST RASHID SALLEH

Ulasan Tambahan: Dalam ayat 38 dinyatakan bahawa pemimpin dan rakyat akan saling menyalahkan antara satu sama lain setelah mereka dimasukkan ke neraka atas kedurhakaan masing-masing. Oleh itu, kita hendaklah memilih pemimpin yang beriman dan menegur pemimpin yang lari dari panduan Allah SWT. Kita tidak boleh ikut membabi buta kerana kelak di akhirat kita akan berbalah dengan mereka dan saling hendak melepaskan diri.

4) HJ OSMAN ARAJI

Apakah hukumnya lambang Allah dan Muhammad di topi polis yang mana kekadang dibawa masuk ke tandas?

5) MOMOH

Soal mungkar....bagiamana dengan seseorang yang mati tidak berkubur?

Ust Kama: Soalan mungkar dan nakir di alam barzakh. Bukan dalam ruang kubur dalam tanah. Oleh itu semua orang mati  ada kuburnya.


6) SURADI


a) Ada kalangan jin ada yang Islam. Siapakah yang mengislamkan jin?

Ust Kama: Jin adalah salah satu daripada dua "tsaqalain" dalam dunia ini. Jin bukan anak-anak Iblis. Jin adalah makhluk tersendiri sebagaimana manusia juga. Kalangan mereka ada yang beriman dan ada yang kafir sebagaimana manusia juga.

b) Apakah kaitan di antara dua ayat berikut?
i) لقد خلقنا الإنسان في أحسن تفويم
ii) ثم رددناه أسفل سافلين

Ust Kama: Allah mencipta manusia dengan  sebaik-baik ciptaan (struktur fizikal maupun mental) menyebabkan manusia lebih baik daripada makhkluk lain. Kesempurnaan kejadian ini, akan kembali kepada asalnya (tanah) yang hina. Kehinaan tanah akan menjadi kesudahan manusia kecuali mereka yang beriman dan berbuat amal soleh semasa di dunia. Mereka akan tetap mulia.

c) Doa taubat yang dibaca nabi  Adam AS, siapa yang ajar?

Ust Kama: Allahlah yang mengajar segala ilmu yang Adam miliki.


Read more...

CERAMAH MAULIDUR RASUL

February 27, 2010

Read more...

DAURAH 154

February 23, 2010

TARIKH: 23 / 02/2010
MUKA SURAT : 154
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) SAMIT

Ada pendapat mengatakan bahawa kitab amal yang baik berada di atas langit dan kitab amal buruk pula di bawah bumi. Apakah pendapat ini benar?

Ust Kama: Kitab orang baik dalam illiyyin. Iliyyin itu Allah yang tahu tempatnya. . Firman Allah SWT:


كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ * كِتَابٌ مَرْقُومٌ * يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ * إِنَّ الأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ * عَلَى الأَرَائِكِ يَنظُرُونَ * تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ
Sekali-kali tidak, Sesungguhnya Kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin Tahukah kamu apakah 'Illiyyin itu? (yaitu) Kitab yang bertulis, Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah).esungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga). Mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan mereka yang penuh kenikmatan.
(Surah Al-Mutaffifin: Ayat 18-24)

2) HJ OSMAN
Apakah hukumnya membunuh semut yang menimbulkan gangguan kepada keselesaan hidup kita?


Ust Kama: Membunuh semut atau apa-apa serangga yang mengganggu keselesaan hidup kita adalah diharuskan tetapi hendaklah mengelakkan   membunuhnyan dengan api. Hadis Rasulullah menyebut:
 
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( خَمْسٌ مِنَ اَلدَّوَابِّ كُلُّهُنَّ فَواسِقٌ, يُقْتَلْنَ فِي اَلْحِلِّ وَ اَلْحَرَمِ: اَلْغُرَابُ, وَالْحِدَأَةُ, وَالْعَقْرَبُ, وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ اَلْعَقُورُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari 'Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Ada lima binatang yang semuanya fasiq(berbahaya), yang boleh dibunuh sama ada di tanah halal dan tanah haram, iaitu: kala jengking, burung helang, burung gagak, tikus dan anjing liar." Muttafaq Alaihi.
Berdasarkan hadis ini, boleh difahami bahawa perintah membunuh binatang di atas adalah disebabkan gangguan yang ditimbulkan oleh mereka. Oleh itu, semua binatang yang menimbulkan gangguan, boleh lah dibunuh.

Rujuk Fatwa Bin  Baz


Beberapa dalil lain:

1) Kisah semut dan nabi Sulaiman. Semut memerintahkan rakyatnya masuk dalam lubang kerana ditakuti dipijak oleh nabi Sulaiman dan tenteranya. Ini menunjukkan terpaksa  memijak semut yang mengganggu perjalanan bukanlah satu kesalahan.

Kisah sahabat yang membunuh ular dalam rumahnya juga menjadi dalil keharusan membunuh binatang yang menimbulkan gangguan.


3) HJ SAMSUDDIN

a) Apakah kita orang Islam dibenarkan membela anjing?

Ust Kama: Membela anjing harus dibela jika ada tujuannya.


Catatan:

Terdapat amaran dalam hadis bagi yang membela anjing tanpa tujuan yang dibenarkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

من أمسك كلباً فإنه ينقص كل يوم من عمله قيراط إلا كلب حرث أو ماشية
Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath.
(Hadis Muttafaq Alaih)

Baca: Soidul Fawaid

Firman Allah SWT:



يَسْأَلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِّنَ ٱلْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُ فَكُلُواْ مِمَّآ أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَٱذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَيْهِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ
Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?". Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang Telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.
(Surah Al-Maidah:Ayat 4)

b) Apakah air liur angjing najis?

Ust Kama: Air liur anjing adalah najis berdasarkan hadis Rasulullah SAW:



إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليرقه ثم ليغسله سبع مرارٍ
" Apabila anjing menjilat air dalam bejana seseorang kamu, hendaklah dituangkan air itu dan basuhlah bejana itu 7 kali".
(Hadis Riwayat Muslim)



Namun, menurut Ibn Taimiyyah Rahimahullah dan juga Alhafiz Ibn Hajar, air liur anjing  buruan yang menggigit mangsa buruannya tidaklah najis kerana tidak thabit perintah Rasulullah agar mencucinya sebelum dimakan.

Syeikh Ibn Uthaimin menjelaskan bahawa ada beza antara antara jilat dengan gigit. Apabila anjing menjilat, keluar daripada perutnya bahan yang memberi mudharat kepada orang yang menggunakan air itu. Tetapi bahan itu tidak keluar apabila anjing menggigit.

Terdapat 3 pandangan ulama mengenai hukum berkaitan anjing:

1) Pendapat Malik: Anjing adalah suci, hatta air liurnya.
2) Pendapat Syafie dalam salah satu riwayat daripada Ahmad: Anjing  adalah najis hatta bulunya.
3) Pendapat Abu Hanifah dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad: Air liurnya adalah  najis tetapi bulunya tidak.

Imam Ibn Taimiyyah memilih pendapat yang ketiga sebagai pendapat paling kuat. Menurutnya, apabila seseorang menyentuh bulunya tidaklah najis. Apa yang najis hanyalah air lirnya kerana kenajisannya telah thabit dalam nas. Pendapat yang menajiskan bahagian lain pada anjing adalah hanya berdasarkan Qias. Terdapat hadis yang menjelaskan bahawa Rasulullah membenarkan anjing dibela untuk tujuan pemburuan, penternakan dan menjaga rumah serta kampung halaman. Apabila seseorang membela anjing untuk tujuan tersebut, sudah tentu dia terdedah kepada bulu-bulu anjing seperti orang membela binatang seperti himar dan sebagainya. Menajiskan bulu tidak memenuhi maksud mengankat kesulitan daripada ummat ini.



.

4) EN MOMOH

Apakah hukumnya perempuan bertudung tetapi nampak lengan. Malah ada yang nampak pusat?

Ust Kama: Perempuan yang sedemikian, adalah telanjang biarpun menutup aurat. Sabda Rasulullah SAW:




صنفان من أهل النار لم أرهما : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات ، روؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)


5) SURADI

a) Apakah maksud hadis ini: Sesungguhnya Allah tidak meciptakan makhluk yang dibenciNya selain dunia....Dia tidak pernah memandangnya semenjak ia diciptakan.

Ust Kama: Jawapan ditangguhkan ke minggu hadapan.

b) Soalan mengenai anak unta nabi Saleh.

Ust Kama: Telah dijelaskan sebelum ini bahawa menurut pendapat sebahagian ulama, haiwan 'Dabbatul Akhir ' yang akan keluar akhir zaman nanti adalah anak unta mukjizat nabi Soleh.

c) Orang baru pindah rumah baru, bagaimana menentukan arah kiblat?


Ust Kama: Hendaklah dia berijtihad menentukan arah kiblat. Jika kemudian didapati penentuan arah kiblatnya  itu salah, maka solatnya selema itu tidak perlu di gantikan. Ia adalah sah.




Beberapa tatimmah:

Bukankah Allah telah menentukan ajal seserang. Bagaimana pula ajal itu boleh ditambahkan jika dia menghubungkan silaturrahim sebagaimana yang dititipkan dalam sebuah hadis? Baca ulasan mengenai persoalan ini dalam Al-Meshkat 

Read more...

DAURAH 153

TARIKH: 22 / 02/2010
MUKA SURAT : 153
SURAH AL-A'RAF: AYAT 23-30

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
ULASAN TAFSEER         : UST KAMA

Isu-isu yang disentuh:

Perbahasan tentang kenyataan bahawa manusia tidak melihat syaitan:Rujukan 1,




ULASAN DAN PERSOALAN

1) UST TN ROSLAN

Ulasan Tambahan:

a) Lanjutan kepada beberapa kelebihan tanah yang disenaraikan semalam, tanah juga punya kelebihan untuk menghilangkan bau kesan mayat.

b) Ajaran sesat di Bentong Pahang.


2)PAKCIK SALEH BIN WALI

Apakah hukumnya solat subuh tidak berqunut?

Ust Kama: Pakcik pernah pergi di Makkah?Jutaan jemaah haji di Makkah setiap tahun solat subuh tidak berjemaah?Apakah kita meragui sahnya solat subuh mereka?

Apa yang jelas, qunut bukan wajib. Solat subuh tanpa doa qunut tidak mecacatkan solat subuh. Cuma dalam mazhab syafie, ia dihukum sunat. Meninggalkannya digantikan dengan sujud sahwi.

3) EN SAMIT

a) Apakah seseorang yang telah ditetapkan ke neraka akan kembali ke syurga akhirnya?

Ust Kama: Seseorang yang ada iman walau sebesar zarah dalam hatinya, akan kembali ke syurga, biarpun disiksa dalam neraka beberapa "ahqaba".

b) Terdapat dakwaan seroang penyanyi British bahawa nabi Isa adalah homoseks. Bagaimanakah hendak menyangkal dakwaan ini?

Ust Kama: Pendapatnya itu berasaskan akidah kristian yang salah. Nabi Isa tidak disalib malah diangkat ke langit. Ketika diangkat, usianya 33 tahun dan sememangnya dia belum berkahwin ketika itu. Dalam riwayat tertentu, dinyatakan bahawa apabila nabi Isa turun di akhir zaman bagi membunuh dajal, baginda akan berkahwin sebagai tanda mengikut syariat Muhammad SAW.



4) HJ YUSUF

Ada sesetengah ustaz/ bomoh yang membuat perundingan dengan jin yang merasuk seseorang untuk keluar dari tubuh yang dirasuknya dengan tawaran tertentu. Apakah komentar ustaz?

Ust Kama: Jin atau syaitan merasuk manusia memang benar. Terdapat beberapa dalil syarak yang boleh disandarkan tentang kemungkinan terjadinya perkara ini. Antaranya penjelasan nabi bahawa syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia dan bergerak di dalamnya sebagaimana mengalirnya darah.

Selagi mana rundingan yang dilakukan antara pengamal rawatan makhluk halus itu tidak mengandungi unsur syirik dan maksiat, tidaklah menjadi masalah.


5)HJ OSMAN

Apakah beza antara Iblis dan syaitan?

Ust Kama: Iblis adalah nama bagi syaitan utama yang dahulunya menderhaka kepada Allah kerana enggan sujud kepada Adam AS. Sementara Syaitan adalah zuriat Iblis. Termasuklah Syaitan dari kalangan jin dan manusia.


6) ABU ZAR

a) Apakah benar mimpi boleh ditafsirkan?

Ust  Kama: Mimpi ada dua. Satu dari Allah dan satu daripada Syaitan.
Tafsir mimpi berlaku di zaman nabi Yusuf. Ia juga berlaku dalam kisah nabi Musa dan Firaun. Nabi juga mentafsirkan mimpinya tentang masuk kota Makkan untuk melaksanakan haji. Justeru, bagaimana kita boleh menolak bahawa mimpi mempunyai tafsirannya?


b) Apakah hukumnya jika jin yang menghuni badan seseorang itu yang mentafsirkan mimpi?

Ust Kama: Menggunakan jin untuk mentafsirkan mimpi adalah perbuatan syirik. 

7) SALLEH ENTU

Ulasan Tambahan: Perlu mencontohi nabi Adam dalam bertaubat kepada Allah.

8) EN MOMOH

Mengenai seseorang yang berbuat amal baik untuk satu  tempoh panjang tetapi ketetapan azali atasnya ialah ahli neraka. Tiadakah pertimbangan lain untuk ke syurga?

Ust Kama: Kenyataan bahawa seseorang itu ditentukan kesudahannya adalah thabit berdasarkan hadis yang soheh. Banyak ayat Quran juga menyebutkan dalam nada yang sama. Ini adalah persoalan iman kepada qadha dan qadar. Ini tidaklah bermakna kita hanya berserah kepada takdir. Kita tidak pernah tahu apa yang ditakdirkan kerana ia tersimpan dalam ilmu Allah. Amal untuk jangka masa lama tetapi kesudahan ke neraka adalah satu ketentuan yang mana Allah sahaja yang terlebih mengetahui rahsianya. Ini telah berlaku kepada Barsisa, seorang abid bani Israil yang kisahnya diceritakan dalam hadis. Seorang yang tidak pernah buat amal baik dan telah membunuh 100 orang,. tetapi masuk syurga kerana ketentuan azalinya ke syurga. Kisah ini juga disebutkan dalam hadis. Dua kisah ini adalah contoh buat memahamkan kita apakah makna ketentuan azali tentang syurga dan neraka.

Pertimbangan lain untuk ke syurga adalah kepada faktor sokongannya iaitu amal, doa dan hubungan baik engan Allah. Namun faktor penentunya adalah Allah SWT.


9)EN SURADI

a) Ayat 25: Apakah maksud bumi sebagai tempat tinggal itu termasuk darat dan air?

Ust Kama: Sememangnya apabila Allah mengatakan bahawa "bagi kamu (hai Adam dan keturunan) di bumi sebagai tempat tinggal", ia termasuk lautan dan daratan. Kerana yang namanya bumi itu adalah lautan dan daratan.

b) Ayat 27: Apakah Syaitan ada taraf dan pangkat?

Ust Kama: Syaitan ada tenteranya. Sesuai dengan nama tentera, tentulah ada beberapa pangkat.Namun apakah pangkatnya adalah seperti pangkat ketenteraan kita yang ada namanya  kopral,  sarjan, mejar, leftenan dan panglima, wallahu a'lam.

c) Benarkan Allah menjadi wali pernikahan Ali dan Fatimah dan pernikahan Aishah dengan nabi?

Ust Kama: Wali pernikahan Fatimah dan Ali  adalah rasululah sendiri. Pernikahan nabi dengan Aishah pula adalah Abu Bakar.



Bacaan tambahan:

1) Kalangan Jin ada yang beriman dan ada yang tidak beriman. 

Read more...

DAURAH 152

February 21, 2010

TARIKH: 21 / 02/2010
MUKA SURAT : 151
SURAH AL-A'RAF: AYAT 12-22

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
ULASAN TAFSEER         : UST KAMA

a) Iblis enggan sujud kepada Adam kerana merasakan dirinya lebih baik daripada Adam. Dia menggunakan qias yang salah iaitu api lebih baik daripada tanah padahal tanah lebih baik daripada api.

b)Dengan sebab merasa sombong akan kelebihan dirinya, Allah menyingkirkannya daripada rantau langit.

c) Iblis meminta agar dia ditangguhkan kematiannya sehingga hari dibangkitkan dan Allah sudi menangguhkannya kepada satu waktu yang tertentu. Para mufassirin berbeza pandangan mengenai maksud masa tertentu itu tetapi jumhur mengatakan bahawa ia adalah hari ditiupkan sangkakala pertama.

d) Iblis bersumpah untuk melakukan agenda menggelincirkan manusia daripada pelbagai cara. Di depan, belakang dan kiri kanan.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) UST RASHID SALEH

Ulasan Tambahan

i) Kesombongan Iblis kerana merasa diri lebih baik. Demikian kesombongan Abu Lahab, pakcik nabi yang merasakan dirinya lebih dulu makan garam daripada nabi  menyebabkan dia enggan memeluk Islam.
ii) Jenis-jenis perbuatan zalim:
a) Zalim kepada Allah
b)Zalim kepada manusia lain
c) Zalim kepada diri sendiri.
d) Zalim kepada alam




Ust Rashid
2) SAMIT

Ulasan tambahan: 
Antara lain kelebihan tanah berbanding api selain 5 sebab yang telah disebutkan oleh ust Kama tadi ialah tanah berfungsi sebagai bahan memadamkan api kebakaran yang lebih berkesan berbanding air.

En Samit
3) SURADI

a) Apakah sebab solat zohor dan asar dibaca dibaca perlahan dan solat maghrib, insya dan subuh dibaca kuat?

Ust Kama: Ada faktor sejarah yang berkaitan dengan masa solat itu. Secara kasarnya solat malam dibaca jahar dan solat siang dibaca sir. Amalan solat cara  pada awal Islam terus diamalkan. Apa pun sebabnya. solat dan kaifiatnya adalah amalan ta'abbudi yang ditentukan Allah secara dharuri.

b) Ada cerita masa kecil yang saya dengar bahawa pokok rhu adalah pokok dalam syurga yang digunakan Adam dan Hawa untuk menutup auratnya. Kerana sebab itu ia dibuang ke dunia dan daunnya disumpah menjadi seperti sekarang. Apakah cerita ini benar?

Ust Kama: Banyak cerita yang diada-adakan berhubung kisah Adam. Cerita berkaitan ular yang menganga mulut untuk memasukkan Iblis ke dalam syurga adalah cerita yang tidak punya sandaran Islam.  Kononnya dengan sebab bekerjasama dengan Iblis, ular itu disumpah hilang kakinya. Cerita tentang pokok rhu ini juga tidak punya sandaran melainkan cerita orang tua-tua. 

Riwayat At-Thauri memetik bahawa Ibnu Abbas mengatakan daun yang digunakan Adam untuk menutup auratnya itu adalah daun pokok tin.

Read more...

DAURAH 151

February 16, 2010


TARIKH: 16/02/2010

MUKA SURAT : 151

SURAH AL-A'raf: 1-11



PENGERUSI             : EN. SURADI

TAJWID                     : UST SUKRI MAT

TERJEMAHAN        : HJ. YUSUF

TAFSIR                     : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN  DAN PERSOALAN

1) UST SUKRI MAT

Adakah Iblis itu Jin?

JAWAPAN:
Ust Kama: Iblis adalah daripada kelompok Jin sebagaimana firman Allah SWT:


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لآِدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً
Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.
(Surah Al-kahfi: Ayat 50)


Rujukan: Islamqa

2) HJ OSMAN



Ada peristiwa terjadi berkenaan jenazah. Kadang-kadang orangmya kurus tapi amat berat ketika diangkat. Ada pula orang gemuk tapi ringan ketika diangkat. Apakah maknanya semua ini?

Ust Kama: Jenazah orang kurus terasa berat dan orang gemuk terasa ringan adalah dua situasi yang luar biasa. Perkara luar biasa, sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini terbahagi kepada beberapa kategori. Dalam hal dua jenis jenazah tadi, berkemungkinan satunya "ihanah" dan satu lagi adalah "Karamah". Ihanah ialah Allah menghinakannya dengan memberi aib kepadanya sama ada saat hidup maupun mati manakala Karomah adalah kemuliaan yang Allah berikan kepada para wali Allah.

3) MR KWSP

a) Apakah ciri-ciri orang yang akan menjadi Ashabul A'raf?


Ust Kama: Ibn Abbas RA telah ditanya tentang siapakah Ashabul A'raf dan apakah al-A'raf itu? Belia menjelaskan bahawa al-A'raf adalah gunung antara syurga dan neraka. Ashabul A'raf adalah  pula adalah mereka yang keluar bejihad fi sabilillah tanpa redha ibu dan bapa mereka. Mereka terhalang daripada masuk ke syurga disebabkan derhaka mereka kepada ibu bapa dan terhalang daripada masuk ke neraka disebabkan jihad mereka. Mereka tingga di Al-A'raf sehinggalah Allah menentukan tempat kesudahan mereka.

Dalam sesetengah hadis disebutkan:

أنهم قوم استوت حسناتهم وسيئاتهم
"Sesungguhnya mereka adalah satu kaum yang sama banyak kebaikan mereka  dan kejahatan mereka".

b) Apakah Ashabul A'raf mendapat makan dan minum?

Ust Kama: Wallahu A'lam.
4) EN SURADI

Apakah kes solat lima puluh waktu yang dikurangkan kepada 5 waktu tetapi ganjaran pahalanya tetap 50 mempunyai dasar yang sama dalam soal pemberian pahala satu kebajikan dengan 10 gandaan?

Ust Kama: Wallahu a'lam

5) UST SUKRI

Ulasan Tambahan/Soalan : Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah memberi syafaat pada hari kiamat nanti dengan meletakkan serbannya atas timbangan sesorang dari kalangan ummatnya. Apakah syafaat ini ditujukan kepada ashabul a'raf?

KESIMPULAN TAMBAHAN:

Ust Kama: Sungguhpun skim pemberian pahala oleh Allah menggunakan kaedah 1 kebajikan 10 gandaan dan lebih, dan ini kelihatan menguntungkan kita, kita perlu waspada dengan beberapa kejahatan yang boleh memakan amal kebaikan tersebut. Antaranya adalah hasad dengki dan  menyakiti orang lain.

Read more...

DAURAH 150

February 15, 2010


TARIKH: 15/02/2010
MUKA SURAT : 150
SURAH AL'AN'AM: 158-165

PENGERUSI            : SURADI
TAJWID                   : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN        : HJ. YUSUF
TAFSIR                    : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR
Apakah kedudukan orang kaya yang banyak bersedekah tetapi tidak mendirikan solat.

Ust Kama: Sesiapa yang berbuat baik walau sebesar zarah, dia akan mendapat balasan apa yang dilakukannya. Demikianlah sebaliknya. Justeru, sedekah-sedekah yang dibuat oleh orang kaya tersebut akan diberikan ganjaran pahala sesuai dengan kadar amalnya. Selagi ada iman dalam hati walau sebesar zarah, maka sedekahnya itu adalah nilainya di hari akhirat. Namun, meninggalkan solat adalah dosa besar. 

2) EN MOMOH
Mendengar janji Allah bahawa satu kebaikan dibalas 10 kali ganda dan lebih, apakah ini merupakan satu harapan buat kita.

Ust Kama: Ya..ia merupakan satu harapan. Allah mempunyai rahmat yang luas. Rahmat Allah tersebut tergambar dalam skim pemberian pahala sebagaimana yang digambarkan dalam aayat 160 surah Al-An'am. Namun, perlu diingat bahawa pahala yang banyak dan datang bertemu Allah dengan pahala yang banyak itu belum tentu selamat. Ada beberapa amalan yang boleh merosakkan pahala tersebut sebagaimana disebutkan dalam hadis mengenai hasad yang memakan kebaikan dan hadis yang menceritakan tentang nasib si muflis di akhirat.

3) HJ OSMAN

Apakah hukumnya orang mendengar azan tetapi tidak menyahut azan?

Ust Kama: Hadis-hadis mengenai tuntutan solat berjemaah banyak sekali. Antaranya hadis yang mencela orang yang tidak solat berjemaah padahal rumahnya berjiran dengan masjid.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tiada Solat bagi yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. 

4) EN LADIS
Apakah orang kafir yang memberi angpau mendapat pahala di akhirat dan apakah hukumnya orang  yang menerima angpau?
Ust Kama: Orang kafir yang mendermakan hartanya dan berbuat baik, segala infaq dan dermanya tidak boleh menyelamatkannya daripada neraka. Saidatina Aishah RA pernah bertanya Rasulullah SAW mengenai Abdullah bin Jad'an, seorang bangsawan Quraisy yang terkenal dengan sifat dermawan dan banyak membantu orang susah, adakah segala amal perbuatan baiknya itu boleh memberi manfaat kepadanya di hari akhirat? Rasulullah menjawab:

لا إنه لم يقل يوماً رب اغفر لي خطيئتي يوم الدين


"Tidak (tidak memberi manfaat semua itu), sesungguhnya dia tidak pernah menyebutkan walau seharipun "wahai Tuhanku, ampunkan kesalahanku pada hari kiamat".






5)EN. SURADI
Apakah kisah nabi Isa yang akan turun di akhir zaman untuk membunuh dajal dan bertindak sebagai mujaddid terakhir Islam itu merupakan janji Allah bahawa akhirnya Baitul Maqdis akan jatuh ke tangan Islam?
Ust Kama: Ya...begitulah kiranya.

Read more...

PENGUMUMAN; Daurah malam ini ditangguhkan.

February 14, 2010

Assalamualaikum...

Daurah pada malam ini dibatalkan kerana moderator Daurah Quran  dijangka pulang lewat ke Sandakan.  Moderator sedang mengikuti progrm di Ulu Sapi dan akan tamat pada petang Ahad (13 Februari). Memandangkan kemungkinan sampai lewat dan penat dalam perjalanan, sayugia daurah malam ini dibatalkan.

Read more...

DAURAH 149

February 9, 2010

TARIKH: 09/02/2010
MUKA SURAT : 149
SURAH AL'AN'AM: 152-157

PENGERUSI            : SURADI 
TAJWID                   : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN      : HJ. YUSUF
TAFSIR                    : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) En Ramlin


Sebelum Al-Quran, sudah ada kitab-kitab terdahulu. Di manakah kitab-kitab tersebut dan apakah ayat-ayatnya ada dalam kitab Al-Quran?

Ust. Kama: Kitab yang terdahulu itu ialah Taurat, Injil dan Zabur. Kitab-kitab tersebut masih ada tetapi sudah banyak yang diubah. Kitab-kitab tersebut tidak mendapat jaminan pemeliharaan sebagaimana jaminan yang diberikan Allah kepaa Al-Quran.

2) Hj Jaafar

Apakah hukum jual beli barang secara ansuran dengan harga yang berbeza daripada jual beli cash?

Ust Kama: Jual beli berasaskan reda meredai. Jika sudah ditetapkan pada satu harga yang dipersetujui antara penjual dan pembeli, maka ia adalah jual beli yang sah. Kaedah bayaran sama ada ansuran atau sekaligus adalah persoalan lain. Persoalannya utama berapa harga yang dipersetujui.? Inilah kaedah dalam pembeliaan 'al bai' bithaman ajil'. Wallahu 'alam.

3) Suradi

Apakah menyalahgunakan sumbangan kepada rumah anak yatim termasuk dalam makan harta anak yatim?

Ust Kama: Sudah tentu.

b) Apakah benar titian sirat itu kecil dan lebih tajam daripada rambut dibelah tujuh?

Ust Kama: Sesuatu situasi di akhirat ditentukan amal. Keadaan dalam kubur, mahsyar, sirat dan syurga atau neraka ditantukan tahap amal seseorang.


Disebutkan oleh Imam Muslim dalam sahehnya:


بلغني أن الجسر أدق من الشعرة، وأحد من السيف
 
"Telah sampai kepada riwayat bahawa titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang".


Bacaan Tambahan: Islamweb

Read more...

DAURAH 148

February 8, 2010

TARIKH: 8 / 02/2010
MUKA SURAT : 148
SURAH AL-A'RAF: AYAT 147-151

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
ULASAN TAFSEER         : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN


1) HJ OSMAN

Apakah Allah akan mengampunkan dosa suami yang dayus?

Ust Kama: Semua dosa diampunkan Allah. Jika mati atas dosa, Allah akan mengampunkan si pelakunya jika Allah kehendaki. Tetapi tiada keampunan bagi yang mati dengan dosa syirik. Dayus bukanlah dosa syirik. Oleh itu ia akan diampunkan Allah jika Dia kehendaki.

2)SURADI

Apa beza antara syak, zon dan waham?

Ust Kama: Perbezaan antara 3 istilah itu dari linguistik ialah:

a) Syak: Ragu-ragu yang tidak berat ke sebelah mana-mana. 50-50. 

b) Zan: Ragu-ragu yang memberat ke salah satu pegangan tetapi tidak keseluruhan pegangan itu. Pegangan yang diberati ke arahnya itu ialah yang sebenar atau yang betul.

c) Waham: Lawan kepada Zan. Ia merupakan keraguan yang memberat ke arah yang salah. ia juga diertikan impian  yang tidak berpijak kepada reliti.

Tambahan:

Khayal : ِِAdalah impian yang berpijak kepada reliti.  

Raibun juga merupakan keraguan tetapi ia diserta dengan tohmah.




Rujukan : Syabakatul Fasih

Read more...

KUTIPAN JARYAH 50 (3)

February 6, 2010

Pada malam ini, saya bagi pihak penderma-penderma yang menyumbang untuk program JARYAH 50 yang masih membuat sumbangan, membuat serahan wang sumbangan kepada Hj. Ayung Hasan sebanyak RM1250.00. Sumbangan ini diterima daripada kutipan Ust Tn Roslan, Ust Mat Isa Saud dan En. Suradi.

Dengan itu, rumusan jumlah kutipan sumbangan orang ramai secara keseluruhannya ialah seperti berikut:



Allahumma minkal jaza'...

Terimakasih kepada para penyumbang dan terima kasih juga kepada para penyokong yang menjayakan program ini. Walhamdulilah kathir....
Beberapa perubahan  di surau Al-Fajr

Read more...

DAURAH 147

February 2, 2010

TARIKH: 2/ 02/2010
MUKA SURAT : 147
SURAH AL-An'am: AYAT 143-146

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
ULASAN TAFSEER         : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ OSMAN


a) Dhob dihalalkan dan biawak diharamkan. Apa beza antara keduanya sehinggal menimbulkan perbezaan hukum?

Ust Kama: Tabiat pemakanan dan latarbelakang kehidupan keduanya tidak serupa. Biawak adalah binatang yang tinggal di tempat kotor, makan bangkai dan benda-benda kotor lain.


b) Apakah hukumnya menggunakan nama Allah sebagai nama sendiri?


Nama Allah disebutkan dalam bentuk ma'rifah iaitu ad ali lam di awalnya. Jika tiada alif lam, maka ia bukan nama Allah dan jadilah ia lafaz nakirah. Umpamanya Ar-Rahman, Al-Malik dan sebagainya merupakan nama Allah dan manusia tidak harus menggunakannya untuk nama sendiri.  Namun jika ditulis Rahman dan Malik, tidaklah menjadi masalah kerana ia adalah lafaz nakirah.

2) UST NAZRI

a) Apakah hukumnya menggunakan kulit buaya harimau dan sebagainya untuk tujuan sebagai beg, wallet dan lain-lain?

b) Ada pendapat mengatakan binatang ternak seperti kerbau dan lembu yang digunakan bekerja tidak boleh di makan. Benarkah?

3) SURADI

a) Ada bomoh hujan yang diminta menahan hujan turun di suatu tempat. Apakah ini tidak dikatakan mengubah sunnatullah?

b) Apakah bentuk doa orang yang hidup untuk orang yang telah mati?

Read more...

DAURAH 146

TARIKH: 01/02/2010
MUKA SURAT : 146
SURAH AL'AN'AM: 

PENGERUSI            : SURADI 
TAJWID                   : SURADI
TERJEMAHAN      : HJ. YUSUF
TAFSIR                    : UST KAMA

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP