CARI KANDUNGAN BLOG

TAHLIL 70 LAKSA

January 27, 2019

Orang-orang tua sebut 7 laksa. Ia bermaksud 70 ribu. Tersebar masyhur di kalangan orang mengaji kitab, amalan untuk si mati iaitu meratib 7 laksa untuk membantu di alam sana. Sesiapa yang ada zikir tahlil sebanyak itu, maka selamatlah dia di alam sana. Kononnya kelebihannya disebutkan dalam hadis. 

Namun hadis yang dimaksudkan itu bukan Saheh dan bukan pula Daif. Jadi, kalau bukan kedua-duanya, ia jatuh kepada maudhuk. Hadis yang dimaksudkan itu adalah riwayat Ibn Arabi  dalam kitabnya Al-Futuhat Al-Makkiyyah. Beliau mengatakan dia mendapat hadis itu saheh berdasarkan kasyafnya. Seorang anak muda kematian ibu bermimpi melihat ibunya dalam azab , lalu selepas dia menghadiahkan jumlah tahlil sebanyak yang tersebut, dia pun bermimpi melihat ibunya dalam nikmat. 

Kerana berpegang dengan riwayat inilah, maka timbul pula amalan upah meratib di kalangan orang kampung. Mereka pergi kepada tuan guru dan lebai minta hadiahkan pahala 70 laksa itu kepada si mati dengan bayarn tertentu. Hasya Lillah...agama nabi Muhammad jadi sumber upah.  Ibadat berdasarkan upah, manalah ganjaran pahalanya untuk dihadiahkan kepada si mati.

Yang dikatakan hadis itu berbunyi:



من قال : لا إله إلا الله سبعين ألفاً ؛ فقد اشترى نفسه من الله تعالى

" Sesiapa yang berkata La Ilaha Illallah 70 ribu kali, dia telah membeli dirinya daripada Allah SWT".

Ibn Hajar menyatakan pendiriannya mengenai hadis ini:

ليس بصحيح ولا حسن ولا ضعيف ، بل هو باطل موضوع ، لا تحل روايته إلا مقروناً ببيان حاله

"Bukan saheh, bukan Hasan dna bukan pula daif, tetapi ianya maudhuk, tidak halal meriwayatkannya melainkan disertai dengan penerangan mengenai kepalsuannya.
Pun begitu seorang Sufi bernama Muhamamd bin AHmad Najmuddin Al-Ghaiti dalam kitabnya Al-Ibtihaj fil Kalam 'Ala Israk wal mikraj (1/5)  menyarankan agar amalan itu diteruskan  kerana mengikut syeikh sufi terdahulu dan wasiat mereka serta mengambil berkat. 

Jika anda ingin mengambil agama anda dengan jalan tersebut, apa boleh buat. Namun, agama dengan jalan ahli hadis akan menapis mana benar daripada  Rasulullah dan mana kebohongan manusia di atas dada sejarah!


Kalimah la Ilaha Illalah sekali sahaja sekalipun, cukup membebaskan seorang daripada neraka. Riwayat saheh banyak menyebutkannya. Cukuplah dengan riwayat saheh tersebut dan tidak perlu targhib-targhib palsu yang tidak  lulus dalam ilmu sanad para muhaddisin.


Sekian...inilah pendirianku.

Read more...

ABDUL QODIR JAILANI YANG DITOHMAH

January 26, 2019

Perangai sesetengah orang buat print screen kenyataan tertentu dan kemudian tanpal nama atau gambar seseorang, dakwa  ucapan itu adalah ungkapannya. Perbuatan seperti ini dinamakan berdusta, iftira' dan dicela . Besarlah dosa perbuatan sedemikian. Zaman Media sosial berleluasa ini, kerja hina sedemikian sangat mudah dilahirkan dan diberanak pinakkan.

Perbuatan ini bukan baru. Orang dulu juga sudah buat. Cuma zaman dulu tak ada media sosial yang dijadikan medium. Namun, itu tak menghalangjenayah ini daripada dilakukan. Mari kita lihat satu contoh tokoh yang telah difitnah dengan kata-kata yang dia tidak lakukan dan dimasukkan dalam kitabnya. Tokoh tersebut adalah Abdul Qodir Jailani.

Abdul Qodir jailani adalah seorang tokoh besar di kalangan ulama ahli Sunnah. Akan tetapi namanya menjadi rebutan para ahli sufi dan tariqat yang menyeleweng. Mereka jadikan namanya sebagai sandaran kesesatan untuk menjustifikasikan apa yang mereka lakukan.


Kitab Al-Insanul Kamil adalah salah satu karya Abdul Qodir Jailani. Malangnya dalam kitab ini ada kata-kata yang menerapkan akidah Wehdatul Wujud dan Hulul, bahkan akidah para Tobi'iyyah yang menolak wujudnya Tuhan. Dalam nazom yang dipanggil Al-'Iniyyah, terdiri daripada 800 bait, ada rangkap yang berbunyi:

وما الكون في التمثال الا كثلجة *** وأنت لها الماء الذي فيه نابع
وما الكون في التحقيق غيرا لمائه *** وغيران في حكم دعته الشرائع

Perumpamaan alam ini adalah seperti salji
sementara kamu (Ya Allah) adalah umpama air di dalamnya 
alam ini pada hakikatnya tidak lain kecuali airnya itu
hanya kerana pada huklum yang ditinggal syariat

Ini bukan kata-kata Abdul Qodir Jailani. Beliau tidak punya akidah penyatuan Allah dengan alam sebagaimana ada dalam akidah wehdatul wujud dan alhulul.

Persoalannya, siapa yang masukkan bait-bait nazom yang menfitnah Syeikh yang mulia ini?

Antara orang yang dilihat terlibat dalam jenayah ini ialah seorang yang bernama Ismail Qodiri Al-Kailani yang mengarang sebuah kitab bernama Al-Fuyudhat Ar-Rabbaniyyah . Dalam kitabnya ini beliau menisbah kepada Syeikh Abdul Qodir Jailani rangkap syair yang berbunyi:

 Dalamnya mimiyyahnya di sebutkan syair :
 
 كل قطب يطوف بالبيت سبعا *** وأنا البيت طائف بخيامي

Semua wali qutub bertawaf 7 kali di Baitillah
sedangkan aku, baitillah datang bertawaf mengelilingi khemahku.

 Sementara itu dalam Syair Nuniyyahnya disebutkan bahawa Syeikh Abdul Qodir berkata:


ولو أنني ألقيت سري على لظى *** لأطفئت النيران من عُظم برهاني

Kalau andainya aku lemparkan rahsiaku dalam neraka Lazo
Nescaya padamlah apinya kerana hebatnya burhan yang ada padaku.

Munasabahkah ungkapan ini diucapkan oleh Syeikh Abdul Qodir yang mulia di hati kita.?

Ada seorang lagi namanya Ali As-Syatnufi Al-Misri, mengarang kitab bernama Bahjatul Asrar Wa Ma'dinul Anwar. Dalamnya dititpkan kata-kata yang dinisbahkan kepada Syeikh Abdul Qodir sebagai pengucapnya:


 قدمي هذه على رقبة كل ولي

Kakiku ini di atas leher semua para wali

 Kata-kata seperti nini tidak layak diucapkan oleh seorang mukmin yang soleh kerana ia mengandung maksud bangga diri, meninggi dan takbur. Ia bukan satu bentuk tahaddus bin nikmah dan bukan tempatnya untuk itu dijadikan alasan.



Rujukan:

Souhnoun


Read more...

IMAM SYAFIE MECELA ILMU KALAM

Isu ini mengundangkan murka golongan yang menyokong ilmu kalam terdiri daripada Asya'irah dan Maturidiyyah. Sementara Golongan Salafi sering mengungkapkan hujjah ini. Lihat Imam Syafie sendiri menolak ilmu kalam. Apa kamu hendak kata tentang naqal-naqal yang disandarkan kepada Imam Syafie ini? Masihkah kamu ingin mempertahankan ilmu kalam?

Isu ini membawa kepada kepanasan dan tuduh menuduh. Ia berlanjutan dna merabak serta membakar. Sampai kepada tuduhan sesat, wahabi , ahli bid'ah dan sebagainya. 

Mengenai perkataan Imam Syafie yang dijadikan hujjah itu, memang warad dalam banyak kitab. Dalam kitab Talbis Iblis Ibn Jauzi juga disebut. Imam As-Suyuthi , tokoh dalam Asyairah juga ada menaqalkannya dalam kitabnya " Sunul Mantiq Wal kalam Fi Fannil Mantiq wal kalam"; ms 60.

Boleh sahaja yang membangkang berkata, imam Syafie bukan nabi. Kalamnya bukan hujjah. Tidak mengapa. Tidak dosa ungkapan itu. Namun, kalam ulama salaf selalu jadi rujukan. Sekalipun mereka mungkin silap dalam bicara mereka, berpaut pada kata mereka lebih menenangkan hati kita semua berbanding merujuk kepada hujah dan bicara orang-orang terkemudian.

'Ala Kullihal, soal ini sudah berlanjutan lama dan tak selesai. Siapa mahu silakan. Siapa enggan jauhilah. Berlapang dada agar tidak menjadikan isu ini perpecahan dan sengketa.

KItab At-tajdid Fil Fikri Al Islami

Kitab Minhajus Sunnah -Ibn taimiyyah

Mufti Wilayah, TG Zulkili Muhammad Al-Bakri juga menaqalkan kata-kata ulama yang mencela ilmu kalam dan dimuatkan dalam Irsyad fatwanya. Ini menyebabkan pembencinya mendapat bola tanggung untuk menyerangnya dan menamakannya sebagai mufti wahabi. Beliau dicela dan diperlekehkan oleh seorang yang menamakan akaun FBnya sebagai "Pelik tapi benar".

Allahul musta'an. Saya berlepas diri daripada lidah para pencela dan saya berpihak kepada ahli ilmu yang menegakkan hujjah.




Rujukan Muqabalah:

Souhnoun

Read more...

IBN ARABI DAN IBN AL-ARABI

January 25, 2019

Dua nama ini merujuk kepada dua individu yang berbeza. Kedua-duanya tokoh besar dalam aliran masing-masing.

Ibn Arabi  (tanpa AL) merujuk kepada tokoh besar sufi . Namanya adalah Muhyidin bin Arabi bin Muhammad bin Ali bin Muhammad At-Tho-i.Ibunya sorang barbar (amazigh) manakala ayahnya daripada Arab kabilah Tho-i. Meninggal tahun 638H

Ibn Al-Arabi pula merujuk kepada seorang tokoh ulama dalam Mazhab Maliki. Namanya Abu Bakar bin Al-Arabi bin Muhammad bin Abdullah Al-Mu'afiri. Al-Mua'firi adalah satu kabilah berasal Saba'-Yaman yang berhijrah ke Andalus.Meninggal di Andalus pada tahun 543H

 
PERSAMAAN KEDUA-DUANYA:

  1. Kedua-duanya lahir di Andalus dan membesar di sana dalam tempoh masa yang berdekatan.Ibn Arabi di bandar Mursiah di Andalus manakala Ibn Al-Arabi di bandar Isybiliyah di Andalus. 
  2. Mereka berdua pernah menziarahi Damsyiq. Cuma Ibn Arabi sampai ke Anatolia dan mati di serta dikebumikan di Damsyiq sedangkan Ibn Al-Arabi , lepas ziarah Damsyiq, beliau balik ke Andalus lalu meninggal di sana serta dikebumikan di sana.
  3. Kedua-duanya masyhur dalam sejarah
https://youtu.be/n2jJWDGdNEc


Ibn Arabi masyhur sebagai tokoh Sufi dan beliau dihukumkan kafir oleh sesetengah ulama kerana pemikiran sufinnya yang berunsur Hulul dan Wehdatul Wujud. Pemikrian-pemikirannya dapat dibaca dalam kitabnya Futuhat Almakiyyah dan juga Al-Fusus. Kaum Sufi mengagongnkannya dan menggelarnya sebagai Kibrit Al-Ahmar, Imam AKbar dan juga Imam Arifin. 

Ibn Arabi pula merupakan tokoh ulama dalam mazhab Maliki. Beliau menjawat jawatan Qodhi dan banyak mengarangk kitab membicarakan feqah Maliki. Beliau juga mengarang kitab Al-'Awasim minal Qowasim yang membahaskan konflik antara sahabat.Belia juga ada kitab bernama Ehkam Al-Quran dan juga  'Aridhatul Ahwazi Syarah Sunan Tarmizi. Beliau tidak dikafirkan dan para pemerintah menghormatinya dan mengambil manfaat ilmunya.

Imam Az-Zahabi membuat komentar tentang kitab Fususul Hikam karya Ibn Arabi At-Tho-i:

 
وقال الذهبي رحمه الله: ومن أمعن النظر في فصوص الحكم وأنعم التأمل لاح له العجب، فإن الذكي إذا تأمل من ذلك الأقوال والنظائر والأشباه فهو أحد رجلين: إما من الاتحادية في الباطن، وإما من المؤمنين بالله الذين يعدون هذه النحلة من أكفر الكفر، نسأل الله العافية وأن يكتب الإيمان في قلوبنا، وأن يثبتنا بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة، فوالله لأن يعيش المسلم جاهلاً خلف البقر، لا يعرف من العلم شيئاً سوى سور من القرآن يصلي بها الصلوات ويؤمن بالله واليوم الآخر خير له بكثير من هذا العرفان وهذه الحقائق، ولو قرأ مائة كتاب أو عمل مائة خلوة.

Kata Imam Zahabi (kesimpulan petikan)-Seorang muslim yang jahil berada di belakang lembu dan tidak tahu ilmu-ilmu yang didakwa itu sedikit pun selain beberapa surah daripada Quran yang membolehkan dia solat dengannyadan dia pula beriman dengan Allah dan hari akhirat, itu lebih baik baginya daripada mempelajari makrifat dan hakikat seperti yang ada dalam kitab Alfusus atau yang seumpamanya atau beramal dengan khulwat-khulwat yang disarankan di dalamnya.

Dengan kata lain, belajar kitab golongan sufi Ibn Arabi dengan segala macam ilmu makrifat dan hakikat yang dikatakan terkandung di dalamnya sambil mengamalkan khulwat untuk mencapai darjat dan makamnya tidak memberi faedah yang besar kepada agamanya. Mempelajari kitab Allah, mengikut Sunnah baginda Rasulullah dan beramal sedikit sahaja daripadanya adalah lebih baik dan lebih selamat. Amal sedikit dan menepati ajaran nabi lebih menguntungkan.



Read more...

IBADHIAH

Disebut sebagai Mazhab Ibadhi. Hari ini berkuasa di Oman. 

Nama ini disandarkan kepada Abdullah bin Ibadh, seorang Tabi'in yang belajar dengan Ibn Abbas dan ramai sahabat lain. Beliau adalah tokoh dalam HHadis dan tafsir dan mempunya mazhab dalam fiqah.

Khawarij Ibadhi menyandarkan namanya kerana ada kesamaan dalam pegangan politik dan ilmu kalam antara mereka dengan Abdullah bin Ibadh. Pada zaman awal, pengikut Abdullah bin Ibadh tidka menggunakan "ibadhi" bagi menunjukkan mazahab mereka. Mereka menggunakan istilah " "Jama'ah Muslimin", atau " Ahlu Dakwah " dan juga "Ahlu Al-Istiqamah".

Penggunaan istilah Ibadhi ini muncul menjelang akhir kurun ke-3 H.


Abu Sya'tha' Jabir bin Zaid Al-Azdi diakatakan pengasas Ibadhi dan beliau merupakan Tabi'in  yang belajar dengan Ibn Abbas. Faqih, mufassir dan Muhaddis. Lahir tahun 21H pada zxaman Khalifah Umar dan banyak menetap di Basrah.Meninggal di sana tahun 93H. Beliau belajar dengan ramai sahabat termasuk Ibn Abbas dan meriwayatkan hadis daripada Aisyah.

Mazhab Ibadhi tidak dinisbahkan kepadanya ettapi dinisbahkan kepada Abdullah bin Ibadh yang juga merupakan tabi'in yang hidup sezaman dengan Mu'awiyah bin Abi Sufyan dan meninggal pada akhir pemerintahan Abdul malik bin Marwan. Nisbah nam, ini dipanggil nisbah 'ardhiyyah ( Sandaran sifat sahaja)

Tentang ibadhiah dianggap sebagai satu firqah Khawarij....ini ada perbincangan.

Read more...

KUMPULAN AL-AZARIQAH DALAM SEJARAH

Zaman sekarang orang berikan nama ISIS. Nama lain baginya adalah Da'isy.. Ualam-ulama menjustifikasikan ia sebagai satu contoh kumpulan khawarij pada zaman kini. Sifat dan wataknya menyamai sifat dan watak khawarij pada zaman silam

Salah satu kumpulan Khawarij pada zaman silam adalah Al-Azariqah. Kumpulan ini diasaskan oleh Nafi' bin Al-Azraq selepas puak Khawarij mengalami kemusnahan besar pada zaman Saidina Ali di Nahrawan. Kehancuran di Nahrawan tidak membunuh akar Khawarij. Memangnya akar kesesatan tidka mati dan ia ibarat kuman virus.  Hilang di satu bahagian tubuh, ia muncul di bahagian yang lain. Begitulah umpamanya golongan Khawarij ini. Dalam tubuh bernama Islam, ia muncul sekalipun dibasmi dengan racun perosak. ia tidka lenyap.

Al-Azariqah adalah kelompok khawarij yang paling jauh menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, bahkan menyeleweng daripada teras khawarij yang asal.

Kumpulan ini beroperasi di kawasan Basrah, bumi Irak. Bumi subur  milal dan nihal.

Pada mulanya kumpulan ini bergabung dengan Ibn Zubair menentang Bani Umayyah sehingga matinya Yazid bin Mu'awiyah tahun 64H. Kemudian, mereka fun mufaraqah dan memusuhi pula pemerintahan Ibn Zubair menyebabkan berlaku peperangan. Nafi' sendiri mati terbunuh dalam satu peperangan 

Punca mufaraqah memreka dengan Ibn Zubair adalah ketidaksetujuan mereka terhadap sikap Ibn Zubar terhadap khalifah Uthman bin Affan. Kumpulan Azariqah sebagaimana sikap leluhur mereka, menynjung Abu Bakar dan Umar tetapi membenci Uthman dan Ali. Apabila Ibn Zubair tidak boleh mengambil sikap seperti mereka, mereka pun meninggalkan Ibn Zubair. Rahmat Allah bersama Ibn Zubair dan kemurkaan Allah membakar para pencela sahabat  baginda Rasulullah SAW.

Nafi' bin Al-Azraq berjaya membawa keluar 300 orang pengikutnya daripada tentera Ibn Zubair tetapi Abdullah bin ibadh bersama orang-orangnya enggan ikut. Mereka inilah yang kemudiannya menuju ke sebelah Yaman dan hari ini menjadi Khawarij Ibadhi yang memerintah Oman.

Read more...

ISU PERKAHWINAN ANTARA MANUSIA DAN JIN

Isu Balqis anak Jin.

Bolehkah jin dan manusia berkahwin mengikut syariat?

Dalil-dalil syarak menjelaskan tak boleh kahwin antara manusia dan jin-Haram

 http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&lang=A&Id=7607


Ikut hukum akal kalau berlaku persetubuhan dapat anak tak?

Dalil-dali Al-Quran dan hadis jelas menunjukkan bahawa jin  boleh merasuk manusia.

  • Surah Al-Baqarah; 270
  • hadis Ibn Abbas yang diriwayatkan dalan Sohihain ttg perempuan yang minta doa agar dia tidak terbuka aurat kerana kerasuukan jin.
Sebab-sebab jin merasuk:

 http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=21656
  •  Jin sukakan manusia
  • Jin marahkan mansuia kerana kezalimannya.
  • Jin sengaja suka-suka.


boleh tambah maklumat baca fatwa di sini:

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=52563

Read more...

SEBAB KENAPA DOA TIDAK MAKBUL

January 23, 2019

yang masyhur adalah sebab-sebab yang dinyatakan oleh Ibrahim bin Adham. Kata-kata Ibrahim bin Adham ini ada dalam tafsir Al-Qurtubi:


وقال القرطبي – رحمه الله - :
وقيل لإبراهيم بن أدهم : ما بالنا ندعو فلا يستجاب لنا ؟
قال : لأنكم عرفتم الله فلم تطيعوه ، وعرفتم الرسول فلم تتبعوا سنته ، وعرفتم القرآن فلم تعملوا به ، وأكلتم نعم الله فلم تؤدوا شكرها ، وعرفتم الجنة فلم تطلبوها ، وعرفتم النار فلم تهربوا منها ، وعرفتم الشيطان فلم تحاربوه ووافقتموه ، وعرفتم الموت فلم تستعدوا له ، ودفنتم الأموات فلم تعتبروا ، وتركتم عيوبكم واشتغلتم بعيوب الناس .
" تفسير القرطبي " ( 2 / 312 ) .

Read more...

Maut dijelmakan dalam bentuk Kibasy Amlah

Disebutkan dalam hadis: Rasulullah SAW telah bersabda:


يؤتى بالموت كهيئة كبش أملح فينادي منادٍ، يا أهل الجنة فيشرئبون وينظرون فيقول: هل تعرفون هذا؟ فيقولون: نعم، هذا الموت وكلهم قد رآه، ثم ينادي يا أهل النار فيشرئبون وينظرون فيقول: هل تعرفون هذا؟ فيقولون: نعم، هذا الموت وكلهم قد رآه، فيُذبح، ثم يقول: يا أهل الجنة خلود فلا موت، ويا أهل النار خلود فلا موت

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa;id al-Khudri)


  
كبش أملح
Kibasy yang berwarna putih dan hitam.Warna putih banyak dan hitamnya sedikit sahaja.

فيشرئبون
Memanjangkan tengkuk untuk melihat; menjenguk;   


 

 

Read more...

Fahaman Kerajaan-Kerajaan Di Afrika Utara.

January 14, 2019

Kemuculan kerajaan-kerajaan di kawasan Afrika Utara diwarnai dengan pelbagai kecenderungan aliran:

1- Kecenderungan Sunni
Iaitu kerajaan Aghlabiyyah dan  Murabitun serta kerajaan Az-Ziriyyah Sonhajiyyah.

2-Kencenerungan Khawarij
Kerajaan Rustamiyyin dan Midrariyyin

3- Kencenderungan Rafidah/Syiah
Kerajaan Ubaidiyyin

4-Kecenderungan Muktazilah
Kerajaan Idrisiyyah

5- Kecenderungan Rencam
Kerajaan Muwahhidun

Rujuk:

https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=23956

Read more...

DAULAH MUWAHHIDUN

Kerajaan ini terbentuk pada tahun 541H/1146M dan diasaskan oleh Ibn Tumart, seorang berbangsa Berber.

Abdul Mukmin bin Ali

(Bersambung)

Read more...

AL-KHATTABI

January 9, 2019

Namanya Abu Sulaiman Hamd bin Muhamamd bin Ibrahim bin Al-Khattab Al-Busti As-Syafie

Lahir tahun 319 H dan wafat tahun 388H

Lahir di Busti iaitu satu7 pekan yang ada Afghanistan.

Beliauy mengembara menuntut ilmu sampai ke Baghdad

Ulama kemudian masing-masing mendakwa...ada kata dia seorang salafi  dan ada yang kata dia asy'ari.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP