CARI KANDUNGAN BLOG

TAFSIR SURAH HUD: AYAT 18-19

June 8, 2021

 وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا ۚ أُولَٰئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَىٰ رَبِّهِمْ ۚ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ (18)


Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang membuat pendustaan atas nama Allah. Kelak mereka itu pada hari akhirat akan dibawa mengadap Allah SWT dan keytika para saksi pun akan berkata: Mereka itulah golongan yang membuat pendustaan atas nama Tuhan mereka. Bukankah laknat Allah itu ditimpakan atas orang yang zalim??"

Para saksi yang dimaksudkan dalam ayat ini kata Mujahid dan lain-lain, mereka adalah Malaikat Hafazoh. Sufyan As-Tsauri berkata: Aku telah bertanya Al-A'masy: Siapakah al-Asyhad? Lalu katanya : mereka adalah para malaikat.
Menurut Ad-dhohak: Al-Asyhad adalah para nabi nabi dan Rasul sebagaimana Firman Allah dalam ayat 41 Surah An-Nisak:

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا (41)

Qotadah menambah pandangannya mamasukkan dalam makna Asyhad adalah seluruh makhluk Allah yang akan menajdi saksi.

Apa yang disebut oleh para mufassin mengenai tafsir Asyhad tersebut adalah contoh-contoh. Malaikat akan menjadi saksi. Para nabi dan Rasul akan jadi saksi. Anggota tubuh dan kulit-kulit juga akan jadi saksi. Makhluk Allah di dunia ini akan kadi saksi juga. 

الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ (19)

"Mereka itulah orang-orang yang cuba menghalang orang lain daripada jalan Allah dan berusaha menjadikannya bengkang bengkok serta mereka pula kufur dengan hari akhirat".

Read more...

Kemunculan Muktazilah

June 6, 2021

 Wasil bin Ata' adalah pemula kepada Muktazilah. Beliau adalah murid kepada Imam Hasan Al-Basri. Satu hari ada seorang murid Imam Hasan Al_basri bertanya tentang sikap bagaimana menanggapi kemuculan golongan Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar dan golongan Murjiah yang memisahkan antara iman dengan amal. Imam Hasan al-Basri berfikir dan sebelum beliau menjawab Wasil bin Ato' mencelah mengemukakan pendapatnya dengan mengatakan :


" Bagiku, sang pelaku dosa besar bukan mukmin sebenar dan bukan pula orang kafir. "

Lalu beliau membuat halaqah baru dalam masjid dan menetapkan prinsip MANZILATUN BAINA MANZILATAIN, 

Maka Hasan Al-Basri menyifatkan Wasil dan pengikutnya telah ber'iktizal daripadanya. Daripada perkataan Hasan Al-basri itulah nama kumpulan merekan dinamakan Muktazilah. Kekadang Muktazilah juga disebutkan sebagai Qodariyyah dan Mua'attolah.

Dalam perkembangan selanjutnya, Muktazilah berpecah kepada dua "school of Thought"m (madrasah) iaitu Madrasah Basrah yang diasaskan oleh Wasil bin Ato' dan madrasah Baghdad yang diasaskan oleh Basyar bin Al-Mu'tamar, antara dua madrasah ini ada khilaf dalam masalah yang pelbagai.

Namun semua mukltazilah bersepakat dalam lima usul pokoknya iaitu:

a) Tauhid

b) Adil

c) Al-Wa'du wal Wa'id

d) Manzilatun Baina Manzilatain

e) Al_amru bil Ma'ruf wan Nahyu 'anil munkar.


Setiap satu prinsip menerbitkan tatbiq dalam amalan.


Daripada prinsip Tauhid muktazilah, mereka percaya bahawa Allah tidak boleh dilihat sama ada di dunia maupun di akhirat. Mereka menolak seluruh sifat Allah dan hanya beriman dengan zat Allah dan Quran itu adalah makhluk.



Read more...

PERPECAHAN UMMAT ISLAM.

 Khilaf kalangan umat Islam peringkat awal tidak membawa kepada tahap membid'ahkan pihak yang bertentangan , apa lagi mengkafirkannya. Khilaf pertama dapat dikesan ketika nabi SAW saat sakitnya meminta agar dibawakan kertas untuk dituliskan pesanannya. Umar Al-Khattab menolak( Rujuk Hadis)

Kemudian khilaf berrlaku tentang di mana nabi SAW mahu dikebumikan. 

Kemudian khilaf di Balai Bani Saadah tentang perlantikan Khalifah.

Khilaf zaman Uthman sehingga membawa kepada pembunuhannnya.

Khilaf Ali dengan Aisyah, Ali dengan Muawiyah yang bawa kepada perang Al-Jamal dan As-Siffin.

Kemudian pada zaman Ali bin Abi talib sebagai khalifah,  muncullah 4 firqah awal:

1) Syiah

2) Khawarij

3) Murjiah

4) Penyokong Bani Umayyah


Kemudian muncullah Qodariyyah pada zaman-zaman akhir periode sahabat. Firqah ini dirintis oleh Ma'bad Al-Juhani yang kemudiannya diteruskan oleh Ghailan Al-Damsyiqi.


Pada Zaman Hasan Al- Basri, muncullah Puak Muktazilah yang diasaskan oleh Wasil bin Ato'.

Pada zaman khilafah Abbasiyyah, perpecahan ini nampak jelas kepada 5 firqah tunggak iaitu:

a) Ahlus Sunnah

b) Muktazilah

c) Murjiah

d) Syiah

e) Khawarij


Daripada 5 firqah asas ini akhirnya beranak pinak menumbuhkan firqah-firqah yang pelbagai seperti Jabariyyah, Qadariyyah, Batiniyyah, Jahmiyyah, Kullabiyyah, Falasifah, Musyabbihah dan banyak lagi.






Read more...

TAFSIR SURAH FATIR AYAT 19

June 3, 2021

OLEH UST. FIRANDA ADIRJA

Read more...

IBN RUSYD

Ada dua orang yang berkongsi gelaran ini. Para ulama membezakan kedua-diuanya dengan menyebut Ibn Rusyd (Datuk) dan Ibn Rusyd (Cucu).

Kedua-duanya ada persamaan iaitu:

a) Nama kedua-duanya sama iaitu: Muhamamd bin Ahmad

b) Kinayah kedua-duanya sama iaitu: Abu Al-Walid.

c) Kedua-duanya menjawat jawatan Hakim di Cardoba.


Perbezaan antara kedua-duanya:

a) Ibn Rusy (Cucu) meninggal  tahun 595H manakala Ibn Rusyd (datuk) meninggal tahun 520H



Tentang Ibn Rusyd Al-Hafid (cucu) ini, kata Ibn Taimiyyah ( Dalam kitab Bayan Talbis Al-Jahmiyyah {1/120}:


هو من أتبع الناس لأقوال آرسطو

" Dia adalah orang yang paling tegar mengambil perkataan Aristotale"




Ibn Rusyd Al-Hafid inilah yang mengarang kitab Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid

Namun, dia tenggelam dalam falsafah sehingga dapat dikesan melalui tulisannya kecenderungannya kepada akidah golongan falsafah dalam beberapa hal.B\

Beliau tidak menjadikan Hadis nabi sebagai sandaran dan rujukan dalam karyanya.






Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP