CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 481

September 18, 2013


TARIKH : 19/ 09 /2013
MUKA SURAT :481
SURAH FUSSILAT: AYAT 39-46



PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN




1) ANWAR TABALUN


Apakah membaca Yasin itu ada kelebihan khusus?




2) MOMOH SIDUM


Bagaimanakah manusia dibangkitkan pada hari akhirat sedangkan bumi telah musnah dengan sebab kiamat?




3) HJ. X


Apakah amalan bergunting dengan kelapa muda dan bertimbang itu ada suruhan dari sunnah Rasulullah SAW?






4)  NURDIN A.R


Apakah hukumnya menjadikan ayat quran sebagai tangkal azimat.





Read more...

DAURAH 480

September 17, 2013

TARIKH : 17/ 09 /2013
MUKA SURAT :480
SURAH FUSSILAT: AYAT 30-38


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN


1) HJ. JAAFAR


Mana satukan bacaan basmalah yang betul : Bismillahirrahmanirrahim atau Bismillahillazi La yadhurru....



2) HJ. MARIJIN


Ust mengatakan dakwah kepada orang lain adalah untuk diri sendiri iaitu supaya diri istiqamah. Apakah maksudnya?



3) MAS SURADI


Apakah hukumnya mengislamkan seornag kafir tetapi kemudian membiarkannya kembali kepada kafir dengan tidak mengajarkannya ilmu agama?



Read more...

DAURAH 479

September 12, 2013

TARIKH : 01/ 09 /2013
MUKA SURAT :479
SURAH FUSSILAT: AYAT 21-29


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA






ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN
 
 
1) HJ. YUSUF
 
Soalan mengenai mahkamah Syariah. Seorang hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan hujahan peguam yang menyeleweng dari kebenaran. Lantas keputusan itu belaku tidka adil. Kepada siapa harus dipersalahkan?
 
 
 
2) HJ. MOMOH
 
Keadilan tidka dapat ditegakkan oleh mahkamah dalam dunia. Macam mana?
 
 
 
3) HJ. WAK
 
Minta penjelasan lanjut tentang Qarin.
 
 
 
3) HJ  JAAFAR SAHARULLAH
 
Ada anggapa kalangan tertentu mengenai hari untung dan hari sial. Apakah Islam mengiktiraf hal ini?
 
 
 
4) HJ. MARIJIN
 
Apakah yang dimaksudkan dengan sangka baik dna sangka buruk terhadap Allah SWT. Minta dicontohkan.
 
 

Read more...

DAURAH 476

September 4, 2013

TARIKH : 04/ 09 /2013
MUKA SURAT :476
SURAH GHAFIR: AYAT78-95
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN
1) NURKAMAL MOONG
a) Apakah hikmahnya maka Allah mengutuskan begitu ramai nabi kepada manusia?
b) Minta huraikan konsep taubat tidak semestinya atas sejadah.
 
2)   HJ. MARIJIN

Ust menyebutkan hadis mengenai jumlah nabi sebanyak 80 ribu. Ust juga menyebut hadis mengenai jumlah nabi seramai 124 ribu. Mana satu yang betul?

3)  PEMUDA X

Apakah yang dimaksudkan dengan Istibra'?

4) SURADI

a) Minta penjelasan mengenai janji Allah untuk membantu Rasul dan orang beriman di dunia dan akhirat. Kenapa nabi Zakaria dan Yahya dibunuh dan Allah tidak selamatkan mereka?

b)Disebutkan dalam hadis bahawa antara tanda kiamat ialah banyak (haraj?) dan pembunuhan.

Ust Kama: Disebutkan dalam hadis:



قال الرسول : ((لاتقوم الساعة حتى يكثر الهرج)). قالوا : وما الهرج يارسول الله ؟ قال : ((القتلُ ، القتلُ))...........رواه مسلم

Sabda Rasulullah SAW: Tidak akan berlaku kiamat sehingga menjadi banyak "harj". Para sahabat bertanya: Apakah itu harj wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Pembunuhan, pembunuhan...(Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain, disebutkan bahawa perkataan "harj" adalah bahasa Habsyah yang bermaksud "pemnubuhan demi pembunuhan".

Rasulullah bersabda:

والذي نفسي بيده ليأتينَّ على الناس زمان لا يدري القاتل في أي شيء قَتل ولا يدري المقتول على أي شيء قُتل

" Demi yang diriku berada dalam kekuasaanNYa...Akan sampai saatnya ke atas manusia satu zaman di mana yang dibunuh tidak tahu kenapa ia dibunuh dna yang membunuh tidka tahu kenapa dia membunuh".
(Riwayat Muslim)
c) Minta penjelasan mengenai dakwaan bahawa Khalid Al-Walid memakai rambut nabi di dalam koolansuahnya.


Read more...

DAURAH 475

September 3, 2013

TARIKH : 03/ 09 /2013
MUKA SURAT :475
SURAH GHAFIR: AYAT 67-77
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN
1) PAKCIK X

a) Minta ceritakan bagaimana umat Muhammad boleh diterima sebagai saksi kepada kaum nabi Nuh AS.

Ust Kama: Antara kelebihan umat Muhammad SAW ialah menjadi saksi untuk manusia sebagaimana firman Allah SWT:

{وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا} (البقرة: 143)
 "Demikianlah kami jadikan kamu satu ummat  yang pertengahan agar kamu dapat menjadi saksi ke atas manusia dna Rasul pula akan menjadi saksi ke atas kamu".

Dalam sebuah hadis rowayat Abu Said Al-Khudri Rasulullah SAW telah bersabda:

يدعى نوح يوم القيامة، فيقال له: هل بلغت؟ فيقول نعم، فيدعي قومه فيقال لهم: هل بلغكم؟ فيقولون: ما أتانا من نذير، وما أتانا من أحد، فيقال لنوح: من يشهد لك؟ فيقول: محمد وأمته»


b) Bolehkah himpunkan solat (qadha) kerana kesibukan berniaga  ?

Ust Kama: Meninggalkan solat adalah dosa besar. Tiada istilah qadha bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat. 


2) NURKAMAL MOONG

Minta penjelasan mengenai orang yang solat tapi masuk neraka.

Ust Kama: Orang yang solat tapi masuk neraka telah disebutkan dalam surah Al-Ma'un. Mereka adalah golongan sahuun

Rujuk: Islamweb


3) CIKGU KHAIRUDDIN

a) Apakah boleh puasa hari Jumuaat tanpa didahulukan dengan hari khamis?
Ust Kama: Puasa hari jumuat dengan sengaja tanpa sebab adalah makruh. Namun jika sudah menjadi kebiasaan seseorang puasa lalu berbetulan jatuh hari jumuat, maka tidak mengapa.  Jika dia puasa dahulu hari khamis, juga tidka mengapa (Tidak makruh).

b) Apakah ungkapan "aqimussolah " sebelum iqamah itu sunnah?

Ust Kama: Ungkapan itu bermaksud dirikan solat. Ia adalah ungkapan di luar solat dan tidak menjejaskan solat.

Read more...

DAURAH 474

TARIKH : 02/ 09 /2013
MUKA SURAT :474
SURAH GHAFIR: AYAT 59-66

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN

1) EN. RAZIQ

Bagimana hendak beramal dengan pelbagai mazhab lain?

Ust. Kama: Para ulama menyebutkan istilah "talfiq" untuk amalan yang merentas mazhab.

2)  ANWAR TABALUN

Bagaimana kita boleh solat berimamkan orang yang bermazhab lain yang menganggap kentut tak batal.

Ust Kama: Jika orang yang menjaid makmum itu berilmu dan tahu kedudukan hukum itu menurut mazhab tersebut (mazhab Hanafi), maka tidak menjadi masalah. Kejahilan akan menimbulkan masalah kerana ia akan menganngap solat imam batal.

3) HJ. MARIJIN

Apakah boleh berdoa dengan doa-doa ciptaan manusia?

Ust Kama: Doa ciptaan tidak menjadi halangan jika tidka mengandungi bahagian yang bertentangan dengan syarak seperti tawasul yang songsang, syirik, mubalaghah dalam doa dan sebagainya.

4) HJ. RANGES

Apakah boleh berdoa dalam keadaan berteriak?

Ust. Kama: Doa berteriak bukanlah dari sunah Rasulullah dna bukan dari sunnah nabi-nabi terdahulu.

5) SURADI

Apakah hukumnya seroang artis yang sudah bertaubat, TV masih menayangkan aksonya yang melanggar syariat semasa jahiliah dahulu?

Ust Kama: TV hendaklah jadi  Islam yang baik iaitu menyembunyikan rahsia keaiban orang. Sementara Artis yang betaubat hendaklah mengambil langkah memberhentikan tayangan kemaksiatannya.

Taubat seorang artis yang dikelilingi populariti, menjadi idola dan ikon masyarakat, tidka sama dengan taubat orang biasa yang tidak dikenali dan tidak ada pengikut.
 

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP