CARI KANDUNGAN BLOG

Politik Pembangunan

May 25, 2011

Firman Allah SWT:

وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا


Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,
(Surah Al-Israk: Ayat 90)


Pembesar-pembesar Quraisy mengungut nabi SAW. Kata mereka, kalau nabi Muhammad mahukan mereka beriman dengannya, hendaklah dijadikan negeri Makkah punya sumber mata air dari bumi. Ayat ini menggambarkan minda mejadikan pembangunan sebagai faktor sokongan. Demikianlah para pemimpin yang jahat selalu menggula-gulakan rakyat dengan pembangunan. Oleh kerana memang tabiat pemimpin Makkah itu menjadikan kemajuan kebendaan dan pembangunan Kota makkah sebagai alasan untuk dipatuhi golongan bawahan Makkah, maka demikianlah pula yang mereka tuntut daripada nabi SAW.


Rakyat yang jahat juga adalah rakyat yang hanya tahu meminta pembangunan untuk menyokong pemerintah. Sepatutnya, sokongan kepada pemerintah adalah didasarkan kepada kebenaran. Menyokong kebenaran akan mebawa bahagia di dunia dan akhirat. Tidak semestinya apabila pembangunan diberikan oleh penguasa, ia bermakna ada kebenaran.
 

Read more...

PENAGGUHAN DAURAH DAN PERPISAHAN HJ JUBAIDI

Dengan berakhirnya Daurah Quran siri 291 pada malam ini, Majlis daurah Quran ditangguhkan sempena cuti sekolah selama 2 minggu. Pada malam ini juga, diadakan majlis perpisahan Hj. Jubaidi, Pengarah Politeknik Sandakan yang menamatkan perkhidmatannya kerana akan bersara hujung bulan ini. Selepas solat insya, diadakan bacaan doa selamat dan sedikit jamuan. 

Khusus buat Hj. Jubaidi, tentunya kepulangannya ke Semenanjung (akan menetap di Ipoh) akan meninggalkan rasa sayu di kalangan ahli Masjid Al-Fajr yang telah rapat dengannya. Beliau merupakan seorang yang seringkali bersama dalam komuniti Masjid Al-Fajr dalam sebarang aktivitinya. Beliau juga seroang ahli Daurah yang selalu merancakkan perbincangan dalam daurah.

Semoga Allah memberkatinya pada baki usianya.

Read more...

DAURAH 291

TARIKH:     25/ 05/2011
MUKA SURAT :291
SURAH AL-ISRAK: Ayat:87-96


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) SURADI


a) Apakah minuman yang ditawarkan kepada nabi SAW pada malam Israk dan Mikraj?

b) Apakah anak angkat boleh dibinkan dengan bapa angkat? Bagimana pula dengan anak angkat nabi SAW)



2) SAMIT

a) Apakah anak saudara isteri adalah mahram kepada suami?

b) Apakah saudara tiri mewarisi harta pusakan bapa kita?




3) BUNYAMIN

Anak zina hendak dibinkan kepada siapa?




4)HJ. YUSUF

Bagaimana keadaannya seorang anak yang didaftarkan  oleh pejabat pendaftaram sebagai tidak berbapa dengan perkataan " bapa tidak dapat dikesan".

Read more...

Malu itu kota

Sabda Rasulullah SAW:


إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى : إذا لم تستحي فاصنع ما شئت 
 
"Sesungguhnya, daripada apa yang didapati oleh manusia daripada kata-kata nabi-nabi yang terdahulu ialah: Jika kamu tidak malu, berbuatlah apa sahaja yang kamu suka"
( Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW memberitahuy bahawa pesanan agar menjaga malu ini adalah kata-kata yang telah dipesankan oleh nabi-nabi sebelumnya lagi. Justeru kerana malu itu mempunya kekuatan besar dalam membentenge seseorang daripada melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh agama , malah moral juga. Seseorang  itu akan terhalang daripada melakukan jenayah kalau dia ada malu. Malu pada dirinya, pada masyarakatnya atau kepada malaikat mu'aqqibat yang memerhatikannya. Malu itu jadi mulia sekali kalau ia adalah kepada Allah SWT. Dalam kehidupan manusiawi, perempuan dibekalkan dengan rasa malu yang besar. Kerosakan dunia hari ini banyak terjadi kerana sebab rasa malu pada wanita itu telah tercabut. Lalu, keluarlah wanita-wanita tanpa malu ke tengah masyarakat berpakaian dengan cara yang menyolok mata. Mereka telah melanggar batas kesopanan wanita yang sepatutnya dikawal malu. 


 Justeru, dalam nada menyindir, nabi katakan : "Kalau hangpa tak malu, ikut suka hangpalah, buatlah apa sahaja yang hangpa mau...tapi ingat, hangpa akan dapat akibatnya".

Maka bolehlah dikatakan bahawa malu itu ibarat kota untuk diri kita.

Read more...

Manusia mengikut tempaan ke atasnya


قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلًا


Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.
(Surah Al-Israk: 84)

Manusia ini, ada yang merupakan emas tempawan. Ada pula hanya yang najis besi yang berkarat. Ketika Allah menciptakan setiap orang, telah digariskan takdirnya. Disebutkan dalam hadis, ketika usianya 120 hari dalam kandungan, diutuskan malaikat kepadanya dan ditiupkan roh. Lalu, Allah perintahkan agar ditulis empat perkara; Ajalnya, razekinya, amalnya dan kesudahannya. Itulah catatan yang tertulis di tangan malaikat. Namun, di sisi Allah, sejak azali dalam ilmu Allah telah tertulis semuanya. Tiada sesiapa pun mengetahui apa yang tedapat dalam ilmu Allah yang azali itu sekalipun para malaikat yang muqarrabin.
 
Di atas apa yang telah ada dalam ilmu Allah yang azalim itulah manusia menjalani nasibnya di dunia. Dia beramal sebagaimana yang telah diciptakannya. Umpama, sebuah kereta yang diciptakan tuannya untuk berjalan di atas darat, masakan ia belayar di laut. Demikian pula, sebuah bahtera,ia dibuat khusus untuk belayar di laut, masakan ia dapat berjalan di darat. Kambing bunyinya mengembek sedangkan ayam pula berkokok.

Semua orang akan berbuat sesuai dengan tempaan tukang yang membuatnya. Itulah hakikatnya. Sedangkan, yang terzahir pada kita, manusia itu ditempa oleh pelbagai faktor. Seorang yang kafir akan berbuat amal sesuai dengan kekafirannya. Seseorang itu dipengaruhi oleh faktor persekitannnya yang menerbitkan amal dirinya.

Read more...

DAURAH 290

May 24, 2011

TARIKH:     24/ 05/2011
MUKA SURAT :290
SURAH AL-ISRAK: Ayat:76-86


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN DAN PERSOALAN

Read more...

Maksud: Setiap orang ada imamnya di akhirat.


يَوْمَ نَدْعُوا كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا


(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan Kitab amalannya di tangan kanannya Maka mereka Ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.

(Surah Al-Israk: Ayat 71)
 
Kalimah imam dalam ayat di atas ditafsirkan makna yang pelbagai di kalangan ahli tafsir. Pandangan mereka mengenainya adalah seperti berikut:
 
 
a) Ibn Abbas, Al-Hasan, Qatadah dan Ad-Dhahak:  Kitab amal
b) Ibn Zaid: Kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi.
c) Qatadah: Imam adalah ikutan sama ada nabi-nabi atau taghut yang menentang mereka.
d) Ali Radiallahu anhu: Imam itu ialah pemimpin zamannya yang diikutinya.
e) Al-Hasan dan Abu Al-'aliah: Imam itu ialah amal yang dilakukan.
f) Abu Ubaidah: Mazhab ikutannya semasa di dunia.
g) Muhammad bin Ka'ab: Maksud imam ialah emak-emak mereka.


Read more...

Sebab Nuzul: Mereka cuba mempengaruhi nabi agar mengikuti kehendak mereka.

وإن كادوا ليفتنونك عن الذي أوحينا إليك لتفتري علينا غيره وإذا لاتخذوك خليلا 

Dan Sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang Telah kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentu|ah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.

(Surah Al-Israk: Ayat 73)
Sebab Nuzul:

Menurut Ibn Abbas, ayat ini diturunkan berkenaan rombongan dari Bani Tsaqif di Taif yang datang kepada Rasulullah SAW di Madinah. Mereka telah mengemukakan syarat yang pelbagai untuk masuk Islam. Antaranya, mereka mahu agar berhala Lata yang ada di negeri mereka dibiarkan selama 3 tahun. Apabila mereka telah menerima Islam semuanya, barulah ia dirobohkan. Mereka juga meminta agar negeri mereka diisytiharkan sebagai tanah haram sebagaimana bumi Makkah dan Madinah. Dengan itu, orang Arab akan tahu kelebihan Taif di atas Makkah. Mmendengar syarat-syarat mereka itu, timbullah minat Rasulullah SAW untuk mempertimbangkannya. Maka turunlah ayat di atas memperingatkan Rasulullah SAW agar istiqamah dengan prinsip Islam.

Terdapat juga pandangan mengatakan bahawa ayat diturunkan berkenaan syarat penerimaan Islam yang dikemukakan oleh para pembesar Quraisy kepada nabi SAW. Mereka mahukan agar nabi menyingkirkan kalangan hamba dan orang miskin dari majlisnya supaya para pembesar Quraisy dapat duduk mendengar pengajarannya. Rasulullah berfikir untuk melayani syarat mereka itu, tetapi Allah menegur dan turunlah ayat ini.

Ayat ini menjadi pengajaran buat para pejuang Islam dan pendakwah kebenaran agar sentiasa komited dengan prinsip Islam. Perbuatan tunduk kepada permintaan serta kehendak orang-orang yang menentang Islam adalah mudahahah. Sememangnya mereka ingin sekali kalau pejuang Islam dan kebenaran mengadakan kompromi dengan mereka supaya dengan itu mereka dapat menipiskan asakan perjuangan.

ودوا لو تدهن فيدهنون

"Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)."

Islam didirikan atas asas akidah, ibadah dan akhlak. Upaya musuh untuk meruntuhkan asas Islam ini dengan alasan apapun, tidak boleh dilayan.  Permintaan mereka untuk menyembah taghut selain Allah hendaklah ditolak. Sebab itu, akidah Islam menentapkan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah. Allah sahaja tuhan yang berhak berdiri dalam hidup kita jika kita benar-benar beriman kepadanya.

Permintaan mereka yang bertuhankan isme agar dikekalkan perundangan penjajah dalam negara hendaklah ditelah dengan manhaj yang sama sebagaimana nabi menangani permintaan orang kafir dari Tsaqif. Berhala, tidak dibenarkan berdiri jika Islam berdiri. Iman dan syirik tidak boleh wujud serentak. Demikian, kalau sebuah negara itu adalah negara Islam, maka tidak boleh ada berhala perundangan barat menunjangi sistem perundangan negara.

Islam juga tidak kompromi dalam persoalan ibadat. Dalam satu riwayat yang lain, rombongan Tsaqif yang datang bertemu nabi SAW itu juga meminta kepada nabi agar mereka tidak dibebankan dengan kewajipan solat. Nabi menolak permintaan mereka dengan menegaskan bahawa tidak berguna agama Islam jika tiada solat. Solat menjadi syiar perhambaan kepada Allah SWT. Menghambakan diri kepada Allah bukan hanya dengan pengakuan lidah semata-mata. Ia memerlukan pembuktian dengan amal. Solat merupakan lambang ketundukan kepada Islam.



Demikian jugalah ibadat asas yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Menolak komponen ibadat asas ini menjadikan seseorang itu bukan menganut millah nabi Muhammad SAW.




Seorang yang percaya kepada Islam sebagai jalan hidupnya juga hendaklah berakhlak dengan akhlak Islam. Mana mungkin seorang yang beragama Islam dibenarkan minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya. 






Read more...

DAURAH 289

May 23, 2011

TARIKH:     23/ 05/2011
MUKA SURAT :289
SURAH AL-ISRAK: Ayat:


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST. BUNYAMIN BAKRI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 


1)HJ JAAFAR

Nama yang manakah akan digunapakai dalam tahlil kalau seseorang itu nama dalam pendaftaran tidak sama dengan nama panggilannya seharian?




2)SAMIT

Bolehkah nama anak sama dengan nama bapa?


3) RAMLIN


Islam itu dicipta oleh nabi mana?

Ust Kama: Islam itu ciptaan Allah SWT.



4)MARIJIN

Tawaran nabi SAW kepada Abd Malik bin Auf sebanyak 100 ekor unta jika dia masuk Islam, tidakkah itu sebagai satu rasuah?

Ust Kama: Ia bukan rasuah kerana ia adalah sedekah kerana tujuannya baikm menurut kaca mata syarak.


5)ANWAR TABALUN


a) Apakah hukumnya anak dibinkan dengan datuk?


Ust Kama: Hukumnya haram



6)SURADI

a) Apakah maksud hadis : Jika kamun tidak malu, buatlah apa sahaja sesuka hatimu".
b) Apakah rasa malu manusia akan hilang sebelum mereka dibinasakan?

Read more...

DAURAH 288

May 18, 2011

TARIKH:     18/ 05/2011
MUKA SURAT :288
SURAH AL-ISRAK: Ayat: 59-66


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 

1) SURADI

Permintaan agar sistem bacaan Quran dilakukan secara khalifah.

Ust Kama: Fokus daurah adalah mendalami tafsiran, bukan memperbetulkan bacaan.


2)HJ. YUSUF

Apakah boleh kita menyambut hari Wesak ?

Ust Kama: Redha dengan kekufuran adalah kufur. Perayaan Wesak adalah perayaan keagamaan, maka haramlah orang Islam merayakannya.


3) BUNYAMIN

Cadangan: Gunakan mic untuk mempermudahkan jemaah mendengar.


4) HJ RANGES
a) Apakah mendengar bacaan Quran di kaset mendapat pahala?

b) Apakah bolehkah mainkan kaset untuk menghalau syaitan?


5) HJ. JAAFAR

Apakah yang perlu kita lakukan kalau kerasukan jin?

Bunyamin:


6)  SAMIT

Apakah benar jin bersedih ketika mendengar surah al-Jin?

Ust Kama: Sewaktu mereka mendengar al-Quran yang diturnkan kepada Rasulullah, memang mereka merasa sedih dengan kekufuran mereka. Lalu mereka beriman. Kisah mengenainya dalam surah Al-Jinn.



7) HJ. AYUNG

Cadangan: kaedah bacaan Al-Quran biar sederhana.

Ust Kama: Perubahan akan dibuat.



8) MARIJIN

Apakah tanda-tanda seseorang itu kerosakan jin?

Ust Bunyamin menjawab:


9) SURADI

a) Apakah tiada siksaan kubur selepas tiupan sangkakala pertama dan sebelum hari kebangkitan?

Ust Kama: Selepas tiupan sangkakala pertama, 40 tahun tiada mahkluk yang hidup. Hanya Allah yang kekal hidup. Mati juga malaikat-malaikat yang ditugaskan menyoal orang mati dalam kubur. Bumi juga telah musnah. Maka tiadalah siksaan dalam tempoh tersebut.

b) Apakah haiwan al-jassas?

Ust Kama: Al-Jassas adalah makhluk berbulu yang tinggal di sebuah pulau menjaga dajal. Kisah mengenainya terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais. Ia dipanggil sebagai hadis al-Jassas. Ia adalah cerita seorang sahabat berasal Nasrani yang masuk Islam dan mengisahkannya kepada Rasulullah SAW.

Read more...

DAURAH 287

May 17, 2011

TARIKH:     17/ 05/2011
MUKA SURAT :287
SURAH AL-ISRAK: Ayat: 50-58


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 

1) HJ. JAAFAR

Apakah hukumnya bercakap semasa azan?

Ust Kama: Seseorang disunatkan menjawab azan. Becakap semasa azan, hanya makruh. Itupun jika tidak ada keperluan. Tidak mengapa bercakap jika ada keperluan. Sementara ungkapan yang menyandarkan adanya hadis bahawa bercakap semasa azan menyukarkan nyawa keluar masa mati adalah palsu.


2) AHMAD DAUD

Siapakah Syeikh Abd Qadir Jailani?

Ust Kama: Beliau adalah tokoh ulama dari kalangan Syafiiyyah yang hebat. Namun, dia banyak ditempelkan fitnah para sufi yang menyimpang. Mereka meriwayatkan cerita-cerita dista yang disandarkan kepada Syeikh Abd Qadir Jailani.


3) CIKGU MAIRJIN

a) Apakah sungai-sungai dalam syurga? Benarkah ada sungai susu?

b) Bolehkah mandi  dalam sungai susu itu?



2) SURADI

Minta dijawab soalan terdahulu?



Read more...

DAURAH 286

May 16, 2011

TARIKH:     16/ 05/2011
MUKA SURAT :286
SURAH AL-ISRAK: Ayat:39-49


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) CIKGU MARIJIN

a) Apakah hukumnya membina binaan di atas kuburan?

Ust Kama: Membuat binaan atas tanah perkuburan adalah haram berdasarkan dalil yang banyak.

b) Apakah hukumnya membuat binaan kerana sebab seperti takut hakisan?




2) HJ.  SYAMSUDDIN ANTONG

Apakah dibolehkan orang kafir membaca Quran?


4) SURADI

Apakah ada hadis mengenai kenyataan ini?

Ada 3 mata yg tak dijilat api neraka :-
- Melihat Kaabah sehingga menitis air mata
- Membaca Quran sehingga menitis air mata
- Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata


Read more...

DAURAH 285

May 12, 2011

TARIKH:     12/ 05/2011
MUKA SURAT :285
SURAH AL-ISRAK: Ayat: 28- 38


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) HJ YUSUF
Apakah Polis yang membunuh penjenayah yang belum dipastikan perlu diqisas?


2) HJ. AWANG

a) Dewasa ini menjadi biasa tunang bawa keluar tunang berjalan-jalan. Apakah pandangan ISlam mengenai pergaulan ini?

b) Apakah hukumnya pernikahan kampung yang tidak diakui sah oleh pejabat agama?

3) AHMAD DAUD

a) Apakah buku sirah yang patut saya baca?

Apakah nikah sidang video itu sah?


4) MARIJIN

a) Apakah wali yang terbunuh boleh jalankan hukuman bunuh sendiri?

b) Apakah termasuk bunuh secara hak kalau membunuh penceroboh yang masuk ke rumah kita?


5) HJ. JUBAIDI

Seorang pembunuh yang masih ebbas, apakah kelak di akhirat dia termasuk orang yang muflis?


6) SURADI

Apakah yang dimaksudkan dengan wasatiah?



Read more...

Mentaati perintah ibu bapa wajib.

May 11, 2011

Imam At-Turmizi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) telah berkata:

كانت تحتي امرأة أحبها، وكان أبي يكرهها فأمرني أن أطلقها فأبيت، فذكرت ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال:  يا عبدالله بن عمر طلق امرأتك 

" Aku mempunyai seorang isteri yang aku cintakannya sedangkan bapaku tidak menyukainya. Dia meyuruhku menceraikannya, lalu aku merasa enggan. Aku menyebutkan keadaanku itu kepada Rasulullah SAW lalu baginda telah bersabda: Wahai Abdullah, ceraikan isterimu (kerana taatkan bapamu)".


Lain halnya pula apabila seorang lelaki telah datang kepada Imam Ahmad bin Hambal, mengadu bahawa bapanya menyuruhnya menceraikan isterinya yang baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Kata Imam Ahmad: "Jangan kamu ceraikan isterimu!"
 
 
Ketika dipersoalkan mengenai kenapa jawapannya tidak serupa dengan jawapan Rasululalh SAW dalam kes Ibn Umar, maka dijawab oleh Imam Ahmad bin Hambal:


"Siapakah bapamu hendak dibandingkan dengan Umar Al-Khattab?"

Justeru, menelah peristiwa yang melibat zaman Rasululah dan salafus soleh ini, para ulama menyifatkan bahawa perintah Umar Al-Khattab kepada anaknya agar menceraikan isterinya itu adalah kerana alasan syarak. Ia bukan perintah tanpa alasan yang diterima syarak.

Maka, seorang anak wajib taat kepada perintah bapanya selama mana perimntah bapa itu adalah untuk maslahat anaknya dan melari pula dengan kehendak syarak.

Read more...

3 Syarat amal akhirat

من كان يريد العاجلة عجلنا له فيها ما نشاء لمن نريد ثم جعلنا له جهنم يصلاها مذموما مدحورا، ومن أراد الآخرة وسعى لها سعيها وهو مؤمن فأولئك كان سعيهم مشكورا


18. Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), Maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

(Surah Al-Israk: Ayat 18-19) 



Pokok segala tindak-tanduk yang kita lakukan di dunia adalah iradat (kehendak). Tanpa kehendak maka seseorang tidak akan melakukan sesuatu sama ada perkara jahat atau baik. Seorang pencinta dunia mencintai dunia kerana dia berkehendakkan dunia. Demikian pula seorang yang berkehendakkan akhirat, dia akan buat amal sesuai dengan akhirat.

Kehendak tentunya disertai dengan niat. Tanpa niat, sesuatu tindak tanduk itu tidaklah dikatakan kehendak. Mungkin ia dalam keadaan mabuk, terlupa atau terpaksa.


Oleh kerana, kita boleh memahami daripada ayat di atas, di kala Allah menegaskan mengenai mereka yang mengambil jalan akhirat, mereka memerlukan 3 pra syarat untuk menjadikan mereka ahli kahirat.

1) Niat yang ikhlas. Salah niat, amal yang baik tidak akan sampai kepada amal akhirat.

2) Mengikut panduan syariat yang dibawa oleh Rasulullah.

3) Dilakukan dalam kenadaan diri merupakan seorang yang beriman. Seorang kafir, biarpun niatnya bagus, amalnya pun sesuai dengan tuntutan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, ia tidak akan diterima.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP