CARI KANDUNGAN BLOG

PENANGGUHAN DAURAH 1432/2011

November 16, 2011

Daurah bagi tahun 1432/2011 berakhir pada malam ini.  Daurah pada malam ini berhenti pada siri ke 334 iaitu pada muka surat 332, Surah Al-Hajj, ayat 16-23. Penangguhan daurah diumumkan oleh ust. Kama selaku moderator daurah. Insya Allah, daurah bagi siri ke 335 akan disambung semula pada tahun hadapan.  Diharapkan kepada semua ahli daurah boleh membuat ulangkaji di samping mengulang bacaan Al-Quran dengan tadabburnya.

Cuti sekolah akan bermula pada minggu hadapan. Demikianlah rutin saban tahun, ramai yang akan pulang bercuti. Ust Kama akan pulang bercuti pada 22 Nov 2011 dan akan kembali semula ke Sandakan pada 31 Disember 2011, insya Allah.

Ma'assalamah....wa ilalliqaa'!


Read more...

DAURAH 334

TARIKH 16/ 11/2011
MUKA SURAT :334
SURAH AL-HAJJ: AYAT 16-23


PENGERUSI                     : HJ. YUSUF
ULASAN TAJWEED        :MAS SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN 

1) HJ RANGES

Dikatakan bahawa sesiapa yang minum arak di dunia, maka dia tidak akan merasa lagi arak dalam syurga. Bagaimana jika seseorang itu minum arak dan kemudian diia bertaubat, apakah masih lagi berpeluang untuk minum arak dalam syurga?

2) HJ. JAAFAR

a) Seseorang yang mendapat haji mabrur, apakah kelebihan yang dia dapat itu berterusan selepas dia pulang dari melaksanakan hajinya ?

b) Ada orang kata siapa yang pergi haji dia semacam mendapat sijil di akhirat kelak. Apakah kata-kata ini ada dalam Islam?


3) EN. MOMOH

Sutera diharamkan untuk lelaki muslim. Bagaimana jika seseorang yang memakai baju batik sutera untuk keraian sekali sekala sahaja?


4) HJ. OSMAN

a) Apakah beza antara haji mabrur dengan haji akbar?

b) Apakah fadhilat haji akbar?


5) RAZEEK.

Minta ulasan tentang syirik yang dikatakan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.


6) SURADI

Apakah ada faedahnya melaksanakan ibadah haji untuk seseornag yang telah meninggal sedangkan masa hayatnya dia bukan orang yang menegakkan solat?

Read more...

DAURAH 333

November 15, 2011

TARIKH 15/ 11/2011
MUKA SURAT :333
SURAH AL-HAJJ: AYAT 6-15


PENGERUSI                     : HJ. YUSUF
ULASAN TAJWEED        :UST KAMA
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN

Read more...

DAURAH 332

November 14, 2011

TARIKH 15/ 11/2011
MUKA SURAT :332
SURAH AL-HAJJ: AYAT 1-5


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST. KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN


1) HJ. MAT


a) Seorang anak dilahirkan daripada pasangan yang bharu kahwin 4 bulan. Kepada siala anak tersebut mahu dibinkan?

Ust kama memetik pandangan ulama kontemporeri seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang berkata:

“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

b) Sebagaimana kita tahu, korban itu adalah untuk mereka yang bertakwa. Bagaimana jika seorang bapa mengorbankan seekor lembu dan memberikan bahagian-bahagian untuk anak-anaknya sedangkan ada kalangan mereka yang tidak bertakwa. Apakah mereka mendapat pahala korban sang ayah?


2) HJ JAAFAR


Apakah kanak-kanak yang baru lahir dibebankan hukum syarak?


3) SURADI

Apakah keadaan nyanyok yang menggugurkan kewajipan hukum syarak?

Read more...

MAJLIS KORBAN MASJID AL-FAJR

November 8, 2011

Program Korban yang diadakan di masjid Al-Fajr, Taman Fajar, Sandakan, pada  hari raya kedua baru-baru ini berjalan dengan lancar. Sebanyak 6 ekor lembu telah berjaya dikorbankan. Lembu-lembu tersebut dibeli daripada Felcra Pertama di Sukau.Sehari sebelum hari raya, wakil yang ditugaskan membeli lembu tersebut telah pergi ke Felcra tersebut. Perjalanan ke sana menempuh jalan yang susah. Dari pintu masuk ke Malangking Palm Oil  Estate, jalan grable sejauh kira-kira 30 km terpaksa ditempuhi.  Sebanyak 4 pintu pagar estate perlu dilintasi sebelum sampai ke lokasi di mana lembu diperolehi.

Pegawai Felcra bertugas, En Masran Upot telah mengarahkan pekerja menangkap 16 ekor lembu ditangkap. Lambu-lembu tersebut ditimbang dan dijual dengan harga RM9.00 sekilo Secara purata, berat lembu-lembu tersebut adalah berada pada sekitar 150-190 kg seekor. Walaupun lembu yang disasarkan adalah berat melebihi 200 kg, nampaknya lembu-lembu seberat itu tidak ditangkap oleh pihak pekerja Estate.









Dua buah lori telah digunakan untuk mengangkut lembu-lembu tersebut keluar. Kos pengangkutan adalah RM170.00 untuk seekor. Kerana kelewatan sampai, pengangkutan kemalaman di estate. Walau bagaimanapun pengangkutan diteruskan juga. Alhamdulilah, lembu-lembu tersebut dapat dihantar sampai ke lokasi menjelang tengah malam hari raya. Lembu-lembu tersebut diturunkan di pelbagai lokasi seperti SMK elopura 2, SMK Merpati, SK. Kg. Padas, SMK Sandakan 2,  Masjid Tinusan dan Masjid Al-Fajr. 4 ekor diturunkan di Masjid Al-Fajr. Dua ekor lembu lagi yang menjadi korban di masjid Al-Fajr adalah didatangkan daripada pihak Kastam dan sumbangan peribadi seorang pemimpin tempatan.

Korban lembu di masjid Al-Fajr pada kali ini dibuat setelah beberapa tahun berselang tiada program korban dilaksanakan. Kedatangan orang ramai sangat menggalakkan. Lembu-lembu yang hendak dikorbankan ditumbangkan oleh 'Kumpulan Matador' yang telah dibentuk dalam mesyuarat perlaksanaan sebelumnya. Dengan kerjasama erat para petugas, kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar. Lembu-lembu yang telah siap disembelih oleh muzabbih yang telah dilantik dengan segera dilapah oleh kumpulan yang telah dibentuk. Kemudiannya ia diproses oleh jawatankuasa pembahagian dan dibungkus. Daging bungkusan untuk peserta ditimbang sebanyak 2.3 kg.  Peserta juga diberikan tulang sebangak sekilo dan perkakas dalaman seperti hati, limpa dan jantung. Dianggarkan 1/3 lagi bahagian lembu korban adalah untuk sedekah dan 1/3 lagi adalah untuk masakan orang ramai yang datang.









Menjelang Zohor, masakan siap dan jamuan dihidangkan selepas solat Zohor. Secara keseluruhannya, program korban pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Insya Allah...pada tahun-tahun mendatang program seumpama ini boleh diulang lagi dan dikembangkan dengan perancangan yang lebih awal.

Read more...

DAURAH DITANGGUHKAN

November 7, 2011

SEMPENA EIDUL ADHA, DAURAH DITANGGUHKAN

Read more...

DAURAH 330

November 1, 2011

TARIKH 01/ 11/2011
MUKA SURAT :330
SURAH


PENGERUSI                     : HJ. YUSUF
ULASAN TAJWEED        :UST KAMA
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN

Read more...

DAURAH 325

October 12, 2011

TARIKH 12/ 10/2011
MUKA SURAT :325
SURAH AL-AMBIYA: AYAT


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : CIKGU KHAIRUDDIN
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
1) HJ.AYONG HASAN
a) Komen: Adat membakar kayu setanggi ini dikatakan hanya untuk mewangikan. Demikianlah apa yang dikatakan kepada saya oleh mereka yang mengamalkannya.

Ust. Kama: Alasan tersebut boleh dipertikaikan kerana kalau mahu wangi, minyak atar lebih wangi. Kayu Setanggi adalah warisan adat hindu yang meresap ke dalam masyarakat Melayu,sebagaimana banyak adat adat lain yang meresap ke dalam masyarakat Mmelayu seperti persandingan, mandi tolak bala dan sebagainya.

b) Apakah hukumnya persandingan masa kahwin?

Ust Kama: Persandingan sudha tentu diharamkan jika diadakan di khalayak ramai atau kepada yang bukan kerabat. Lebih-lebih lagi kalau ia dilakukan dengan mendedahkan aurat.

c) Cadangan: Saya minta supaya khutbah Jumuat berkisar memperingatkan masyarakat mengenai budaya bersanding yang diharamkan ini disampaikan.

2) AHMAD BIN DAUD


Cadangan: Sepatutnya pasangan penganti yang mahu berkahwin itu diperingatkan dalam kursus penkahwinan lagi tentang persandingan yang bukan dari ajaran Islam dalam perkahwinan. Namun, kenapa Kursus Perkahwinan tidak memasukkan silibus demikian semasa kursus? Inilah yang kita kesalkan.



Read more...

JARYAH LCD PROJECTOR

October 8, 2011

Kempen sumbangan derma untuk membeli LCD Projector bagu kegunaan kuliah-kuliah dan pembentangan multimedia di masjid fajar telah dilancarkan pada penghujung bulan Ramadhan yang lalu. Setelah dikumpulkan semuanya, maka jumlah keseluruhannya ialah RM2120.00. Skrin lengkap dengan kakinya telah disumbangkan oleh seorang anak muda. Insya Allah, urusan pembelian LCD Projector akan disempurnakan dalam masa terdekat. 


Setelah itu, kuliah-kuliah ikhtisas akan dijalankan di masjid Al-Fajar. Kuliah-kuliah ini akan menumpukan ilmu-ilmu pelbagai mengikut kepakaran masing-masing termasuk kuliah IT, Bahasa Arab, Inggeris dan sebagainya yang dirasakan perlu. Konsepnya adalah sama seperti kuliah-kuliah agama yang telah menjadi rutin selama ini di masjid-masjid. Berpegang bahawa semua ilmu yang baik itu adalah ilmu Islam dan perlu disebarkan, maka kuliah ikhtisas ini dirasakan perlu untuk memenuhi tuntutan masyarakat.


Para ahli jemaah yang berjiwa duat, ikhlas dan ingin mencari pahala daripada Allah SWT dipelawa untuk menyatakan kesediaan menjadi penyampai kuliah ikhtisas ini. Semoga Allah menambahkan ilmu orang yang menyampaikan ilmunya.

Read more...

DAURAH 323

October 5, 2011

TARIKH05/ 10/2011
MUKA SURAT :323
SURAH AL-AMBIYA: AYAT 11-21


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST. KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
1) SURADI

Apakah nabi Idris turut mati ketika sangkakala ditiupkan?

Ust Kama: Apabila ditiupkan sangkakala, semuanya musnah kecuali apa yang Allah kehendaki tidak musnah. Para ulama menyebutkan bahawa antara yang tidak musnah adalah syurga dan neraka. Oleh kerana nabi Idris berada dalam syurga, maka dia juga tidak musnah sebagaimana para bidadari dalam syurga tidak musnah. Wallahu a'lam.


Read more...

DAURAH 322

October 4, 2011

TARIKH 04/ 10/2011
MUKA SURAT :322
SURAH AL-AMBIYA: AYAT 1-10


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SAMIT
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
 
1) HJ. MUHAMMAD
Apakah maksud Syafaat dan bagaimana situasinya?
 

2) IKHWAH AIM

Apakah peranan anak dalam menghadapi ibu bapa yang tidak solat dan tidak menjaga batas agama?

3) KHAIRUDDIN

Ulasan-Dewasa ini kedapatan ramai kalangan orang Islam yang malas menuntut ilmu sehingga mereka beramal tidka berdasarkan ilmu. 

4) SAMIT

Ulasan-Mengemukakan kajian saitifik yang mendedahkan bahawa kebiasaan menahan air kencing menyebabkan berlaku gangguan saraf. Keputusan mesyuarat yang para pesertanya menahan air kecing tidak melahirkan resolusi yang memberangsangkan. Ini tentunya membuktikan lagi kehebatan nas hadis yang melarang kita menahan air kencing.


Read more...

DAURAH 321

October 3, 2011

TARIKH  03/ 10/2011
MUKA SURAT :321
SURAH THAHA: AYAT  126-135
 


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
 
1) HJ. YUSUF
a) Apakah kedudukannya seseorang yang mengerjakan solat tetapi tidak pernah faham apa yang dibacakannya dalam solat?

b) Seseorang yang faham surah-surah pendek tertentu dan tidak memahami surah-surah panjang. Manakah yang afdhal dibacakannya dalam solat?
2) PAKCIK B

Seseorang hanya  solat Jumuat sahaja dan tidak solat fardhu. Bagaimana kedudukan solatnya itu?

3) AHMAD DAUD

Apakah kedudukan orang di negara Afrika yang mati sebelum sampai kepada mereka Rasul?

4) SURADI

a) Bagi mereka yang berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak yang mati kecil, akan diimtihankan dengan perutusan Rasul, siapakah rasul itu?

b) Apakah keadaan-keadaan di mana Al-Quran melaknat kita?

c) Bagaimana amalan seseornag yaqng telah ditul;is sejak azali lagi sebagai isi neraka?


Read more...

DAURAH 320

September 28, 2011

TARIKH 28/ 09/2011
MUKA SURAT :320
SURAH ...


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST. KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

Read more...

DAURAH 319

September 27, 2011

TARIKH:     27/ 09/2011
MUKA SURAT :319
SURAH THAHA: AYAT


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

Read more...

DAURAH 318

September 26, 2011

TARIKH:     26/ 09/2011
MUKA SURAT :318
SURAH THAHA: AYAT 65-76


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

Read more...

AKEDEMI SIHIR FIRAUN

September 22, 2011

Kerajaan Firaun di Mesir membentuk pusat latihan sihir yang bertujuan menyokong kerajaannya. Sebelum nabi Musa diutuskan kepada Firaun, telah wujud graduan-graduan akedemi sihir tersebut. Apabila Firaun memerlukannya, dengan mudah dia mengumpulkan sejumlah besar ahli sihir untuk menentang mukjizat nabi Musa a.s.

Demikianlah Allah SWT mengisahkan mengenai mereka dalam Al-Quran:

قَالَ أَجِئْتَنَا لِتُخْرِجَنَا مِنْ أَرْضِنَا بِسِحْرِكَ يَمُوسَىَ * فَلَنَأْتِيَنّكَ بِسِحْرٍ مّثْلِهِ فَاجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ مَوْعِداً لاّ نُخْلِفُهُ نَحْنُ وَلاَ أَنتَ مَكَاناً سُوًى * قَالَ مَوْعِدُكُمْ يَوْمُ الزّينَةِ وَأَن يُحْشَرَ النّاسُ ضُحًى فَتَوَلّىَ فِرْعَوْنُ فَجَمَعَ كَيْدَهُ ثُمّ أَتَىَ * قَالَ لَهُمْ مّوسَىَ وَيْلَكُمْ لاَ تَفْتَرُواْ عَلَى اللّهِ كَذِباً فَيُسْحِتَكُم بِعَذَابٍ وَقَدْ خَابَ مَنِ افْتَرَىَ * فَتَنَازَعُوَاْ أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ وَأَسَرّواْ النّجْوَىَ * قَالُوَاْ إِنْ هَـَذَانِ لَسَاحِرَانِ يُرِيدَانِ أَن يُخْرِجَاكُمْ مّنْ أَرْضِكُمْ بِسِحْرِهِمَا وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ الْمُثْلَىَ * فَأَجْمِعُواْ كَيْدَكُمْ ثُمّ ائْتُواْ صَفّاً وَقَدْ أَفْلَحَ الْيَوْمَ مَنِ اسْتَعْلَىَ  قَالُواْ يَمُوسَىَ إِمّآ أَن تُلْقِيَ وَإِمّآ أَن نّكُونَ أَوّلَ مَنْ أَلْقَىَ * قَالَ بَلْ أَلْقُواْ فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيّهُمْ يُخَيّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنّهَا تَسْعَىَ


Berkata Fir'aun: "Adakah kamu datang kepada kami untuk mengusir kami dari negeri kami (ini) dengan sihirmu, Hai Musa? Dan kamipun pasti akan mendatangkan (pula) kepadamu sihir semacam itu, Maka buatlah suatu waktu untuk pertemuan antara kami dan kamu, yang kami tidak akan menyalahinya dan tidak (pula) kamu di suatu tempat yang pertengahan (letaknya). Berkata Musa: "Waktu untuk pertemuan (Kami dengan) kamu itu ialah di hari raya dan hendaklah dikumpulkan manusia pada waktu matahari sepenggalahan naik".  Maka Fir'aun meninggalkan (tempat itu), lalu mengatur tipu dayanya, Kemudian dia datang.Berkata Musa kepada mereka: "Celakalah kamu, janganlah kamu mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, Maka dia membinasakan kamu dengan siksa". dan Sesungguhnya Telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan.  Maka mereka berbantah-bantahan tentang urusan mereka di antara mereka dan mereka merahasiakan percakapan (mereka). Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang Ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama. Maka himpunkanlah segala daya (sihir) kamu sekalian, Kemudian datanglah dengan berbaris. dan Sesungguhnya beruntunglah oran yang menang pada hari ini.(Setelah mereka berkumpul) mereka berkata: "Hai Musa (pilihlah), apakah kamu yang melemparkan (dahulu) atau kamikah orang yang mula-mula melemparkan?"  Berkata Musa: "Silakan kamu sekalian melemparkan". Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka, terbayang kepada Musa seakan-akan ia merayap cepat, lantaran sihir mereka.


Surah Thaha: Ayat 57-66

Read more...

DAURAH 317

September 21, 2011

TARIKH 21/ 09/2011
MUKA SURAT :317
SURAH THAHA: AYAT 77-87


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


SOALAN DAN ULASAN



1) HJ. RANGES


Apakah maksud bahawa nabi bertaubat 100 kali sehari?

Ust Kama: Nabi SAW bersabda:

والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

" Demi Allah, sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadanya pada setiap hari lebih banyak daripada 70 kali".
(Hadis riwayat Bukhari)



2)MR.T

a) Minta ulasan tentang Bid'ah.

b) Apakah boleh kaum wanita memimpin lelaki?

3) CIKGU MARIJIN

Apakah nabi Musa melihat Allah SWT semasa bercakap dengan Allah SWT?

4) SURADI

Kenapa nabi Musa bergerak membawa kaum bani ISrail pada waktu malam?

Read more...

DAURAH 316

September 20, 2011

TARIKH:     20/ 09/2011
MUKA SURAT :316
SURAH THAHA: AYAT 65-76


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

1)  PAKCIK X

Apakah komen ustaz mengenai azan dalam kubur?





2) CIKGU MARIJIN

a) Bagaimanakah cara memulihkan seseorang yang terkena sihir?


b) Bagaimanakah kalau seseorang solat tidak khusyuk?



3) MR.K

Apakah hukumnya membunuh ular semasa solat?

Ust. Kama: Membunuh ular yang hendak mendatangkan bahaya nyawa adalah wajib sekalipun dalam solat. 



4)MR.F

Bagaimanakah cara ummat terdahulu melakukan solat?

Ust. Kama: wallahu 'alam. Saya hanya boleh katakan bahawa solat sejak zaman dahulu ada dua amal asas iaitu rukuk dan sujud. Mengenai kaifiat solat ummat terdahulu, pengetahuan tentangnya tidak mengkayakan ilmu kita. Demikian jawapan kibar ulama jika ditanya mengenainya.





5) SURADI

 Apakah benar nama asiah dilarang digunakan kerana dia isteri Firaun?


Ust. Kama: Tidak benar...menjadi isteri Firaun bukan alasan namanya buruk. Nama yang buruk ialah kalau 'asiah yang bererti perempuan derhaka.

Read more...

DAURAH 315

September 19, 2011

TARIKH:     19/ 09/2011
MUKA SURAT :315
SURAH THAHA: AYAT 


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

1) SAHABAT AIM

Apakah peranan kita sebagai rakan sepejabat apabila melihat sahabat kita tidak menunaikan solat?

2) PAKCIK H


Ada jemaah dakwah mengatakan adalah berdosa jika kita solat dalam masjid sedangkan orang yang lalu lalang depan masjid tidak solat tidak diajak. Apakah benar dakwaan sebegini?


3) SURADI




3) SURADI



Read more...

DAURAH 314

September 14, 2011

TARIKH:     14/ 09/2011
MUKA SURAT :314
SURAH THAHA: AYAT 


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST. KAMARUDDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

Read more...

DAURAH 313

September 13, 2011

TARIKH:     13/ 09/2011
MUKA SURAT :313
SURAH THAHA: AYAT 


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

Read more...

DAURAH 312

September 12, 2011

TARIKH:     12/ 09/2011
MUKA SURAT :312
SURAH MARYAM: Ayat:96-98
SURAH THAHA: AYAT 1-11


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

Read more...

KUTIPAN JARYAH 'ISYRIN

August 31, 2011

Alhamdulillah...Hasil kerjasama wakil-wakil kutipan Jaryah 'Isyrin yang bekerja menyebarkan phamplet Jaryah serta sumbangan tidak berbelah bagi para penyumbang, jumlah terkumpul bagi kutipan Jaryah 'Isyrin sebagaimana diumumkan pada Eidul Fitri kelmarin adalah RM16,431.00

Allahumma barik....bagi mereka yang telah menyumbang, insya Allah ia akan menjadi sumbangan tetap Jaryah yang akan dapat diambil semula di hari akhirat. Ameen.

Read more...

Kisah Wahsyi membunuh Hamzah.

August 16, 2011

وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ


126. Dan jika kamu memberikan balasan, Maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, Sesungguhnya Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. 127. Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.
(Surah An-Nahlu: Ayat 126-127)

Terdapat riwayat dalam kitab sirah yang bersumberkan perkataan Ibn Ishak mengenai kesyahidan Hamzah binAbdul Mutalib. Dikatakan bahawa yang membunuh Hamzah bin Abdul Mutalib itu ialah seorang lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Beliau adalah orang upahan Hindun,isteri Abu Sufyan bin Harbin yang merupakan ibu kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan.

Mengenai Ibn Ishak ini, sebahagian ulama menolak riwayatnya dan menganggapnya sebagai pendusta. Namun, agak sukar menafikan secara total riwayat Ibn Ishak ini. Ini kerana riwayatnya dipetik oleh imam-imam tafsir yang besar seperti Al-Qurtubi dan Ibn Kathir.  Ibn Ishak ini seorang yang "muttaham" dengan agenda "tasyayu'". Oleh itu, sebahaian ulama bersikap lebih selektif dalam menilai riwayat daripada Ibn Ishak. Jika riwayatnya berkaitan dengan keluarga ahlibait dan Bani Umayyah, maka riwayatnya tidakakan diterima.


Read more...

TADARUS AL-QURAN

August 8, 2011

Tahun 1432 ini, program tadarus Al-Quran di masjid Fajar berlangsung agak meriah. Sebanyak enam kumpulan telah disenaraikan, termasuk satu kumpulan khusus untuk kalangan remaja. Kumpulan-kumpulan yang telah dibentuk akan membacakan juzu' yang telah ditentukan setiap malam. Majlis berlangsung selama kira-kira satu jam seusai solat taraweh dan witir.

Suasana masjid yang berhawa dingin dan lapang dewasa ini menimbulkan suasana yang merangsang semangat para peserta. Semoga, ihya Ramadhan pada tahun ini akan diterima Allah sebagai amal pahala di akhirat kelak.




Read more...

MANUSIA MAKHLUK PEMBANTAH

July 28, 2011

Firman Allah SWT:


وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
"dan adalah manusia itu sangat suka membantah".
Surah Al-Kahfi: Ayat 54

Manusia sememangnya makhluk yang suka membantahi perintah. Bantahan itu termasuklah ke atas perintah-perintah dari Allah SWT sebagai pencipta dan juga perintah-perintah Rasul Allah. Sikap suka mebantah ini menjadi perangai manusia semasa di dunia, malahan akan juga menjadi pembawaan sehingga ke hari akhirat.

Dalam keadaan tententu,di luar sedar, perangai ini akan terbit. Seorang sahabat agung, Saidina Ali R.A juga pernah dilihat sebagai membantahi perintah Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis.


حدثنا أبو اليمان قال: أخبرنا شعيب، عن الزهري قال: أخبرني علي بن الحسين: أن الحسين بن علي أخبره: أن علي بن أبي طالب أخبره: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم طرقه وفاطمة بنت النبي عليه السلام ليلة، فقال: (ألا تصليان). فقلت: يا رسول الله، أنفسنا بيد الله، فإذا شاء أن يبعثنا بعثنا، فانصرف حين قلنا ذلك ولم يرجع إلي شيئا، ثم سمعته وهو مول، يضرب فخذه، وهو يقول: وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

Telah menceritakan kepada kami Abul-Yamaan, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepada kami Syu’aib, dari Az-Zuhriy, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepadaku Ali bin Al-Husain : Bahwasannya Al-Husain bin ‘Aliy pernah mengkhabarkan kepadanya : Bahwasannya Ali bin Abi Thaalib pernah mengkhabarkan kepadanya : Bahwasannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi dan membangunkannya dan Faathimah di satu malam, lalu bersabda : “Tidakkah kalian berdua akan shalat (tahajjud) ?”. Lalu aku (‘Ali) menjawab : “Wahai Rasulullah, jiwa-jiwa kami berada di tangan Allah. Seandainya Dia berkehendak untuk membangunkan kami, niscaya Dia akan membangunkan kami”. Maka beliau berpaling ketika kami mengatakan hal itu dan tidak kembali lagi. Kemudian kami mendengar beliau membaca firman Allah sambil memukul pahanya : ‘Manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah’ (QS. Al-Kahfi : 54)” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1127. Lihat juga no. 4724 & 7347 & 7465].

Tentunya perbuatan Ali bin Abi Talib yang menjawab sebegitu kepada Rasulullah SAW tidak menjatuhkan kedudukannya sebagai sahabat yang mulia. Namun ia menjadi bukti bahawa beliau juga insan biasa yang kekadang diruntun oleh sifat asal manusia yang suka membantah. Secara tidak langsung dapat menjadi dalil untuk renungan golongan Syiah yang keterlaluan dalam meletakkan Ali bin Abi Talib di atas semua sahabat utama nabi yang lain.

Sikap suka membantah ini bukan sahaja di dunia. Di akhirat, manusia akan terus membantah prosedur pembuktian yang telah Allah letakkan buat mereka di mahsyar. Berapa banyak saksi yang dibawa kepada manusia untuk menunjukkan kelancangan mereka terhadap perintah Allah SWT, mereka akan mencari jalan dalih. Sehingglah saksi itu datang dari pihak diri sendiri dan tidak ada lagi jalan berdolak dalik.

Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


يؤتى بالرجل يوم القيامة من الكفار فيقول الله له ما صنعت فيما أرسلت إليك فيقول رب آمنت بك وصدقت برسلك وعملت بكتابك فيقول الله له هذه صحيفتك ليس فيها من ذلك فيقول يا رب إني لا أقبل ما في هذه الصحيفة فيقال له هذه الملائكة الحفظة يشهدون عليك فيقول ولا أقبلهم يا رب وكيف أقبلهم ولا هم من عندي ولا من جهتي فيقول الله تعالى هذا اللوح المحفوظ أم الكتاب قد شهد بذلك فقال يا رب ألم تجرني من الظلم قال بلى فقال يا رب لا أقبل إلا شاهدا علي إلا من نفسي فيقول الله تعالى الآن نبعث عليك شاهدا من نفسك فيتفكر من ذا الذي يشهد عليه من نفسه فيختم على فيه ثم تنطق جوارحه بالشرك ثم يخلى بينه وبين الكلام فيدخل النار وإن بعضه ليلعن بعضا يقول لأعضائه لعنكن الله فعنكن كنت أناضل فتقول أعضاؤه لعنك الله أفتعلم أن الله تعالى يكتم حديثا فذلك قوله تعالى : " وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

Seorang lelaki kafir dibawa ke hadrat Allah SWT pada hari kiamat, lalu Allah bertanya kepadanya: Apakah yang telah anda lakukan dengan Rasul yang kuutuskan kepadamu?Lalu, lelaki kafir itu berkata: Aku telah beriman denganMu, membenarkan Rasul utusanMU dan beramal dengan isi kandungan kitabMU. Lantas Allah SWT berkata kepadanya: Ini kitab amalmu, tidak pula menyebutkan sepertimana yang kamu katakan.Si kafir itu berkata: Wahai Tuhan, aku tidak menerima (sebagai hujah) catatan dalam kitab ini. Lalu dikatakan pula kepadanya: Ini malaikat "hafazah" yang menjadi saksi ke atasmu. Berkata orang kafir itu: Aku tidak menerima mereka sebagai saksi. Wahai Tuhan, apakah aku patut memerima mereka sedangkan mereka bukan saksiku dan bukan daripada pihakku? Allah berkata pula: Ini dia catatan di Luh Mahfuz menjaid bukti kekafiranmu. Lalu, si kafir itu berkata: Wahai Tuhan, apakah aku tidak boleh dibebaskan daripada kezaliman ini? Allah berkata: bahkan, kamu tidak akan dizalimi. Kata si kafir: Aku tidak akan menerima sebarang saksi melainkan dari pihak aku sendiri. Allah mengatakan kepadanya: Sekarang akan kubawakan saksi daripada pihakmu sendiri.Maka, tertanya-tanyalah si kafir itu siapakan saksi dari pihaknya sendiri itu. Lalu ditutupkan mulutnya (daripada bicara) dan dipercakapkan anggotanya menyaksikan kesyirikannya.Kemudian kelulah kata-kata si kafir itu dan diapun dimasukkan ke dalam neraka. Maka saling melaknat dia dan  anggotanya. Dia berkata kepada anggotanya: Celaka engkau, kerana kalianlah aku sesat. Lalu anggotanya pun mencelanya dan berkata: Celakalah engkau! Tidakkah kamu tahu bahawa hari ini Allah SWT telah mengucikan bicara mulut? Maka demikianlah maksud firman Allah: Adapun  manusia itu sangat banyak perbantahannya".

(Hadis Riwayat Muslim)

Orang yang beriman akan sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang disampaikan melalui lidah rasulNya. Hanya ada satu pilihan bagi yang beriman iaitu mengikut kehendak Allah dan rasulNya. Tidak ada dolak dalik. Tiada khiyarah!


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP