CARI KANDUNGAN BLOG

Fidyah Puasa ( nota 3)

July 7, 2016

1) Nas-nas menyebutkan bahawa zakat fitrah, kafarat sumpah dan fidyah hendaklah dilangsaikan dengan mengeluarkannya dalam bentuk makanan yang menjadi asasi bagi penduduk dalam negeri.

2) Pendapat yang masyhur di kalangan Malikiah dan Syafi'iyyah ialah tidak harus mengerluarkan zakat fitrah, kifarat sumpah atau fidyah puasa selain dalam bentuk makanan sesuai dengan nas-nas yang menyebutkan tentangnya.

3) Pendapat yang mengharuskan kadar zakat, kifarat sumpah atau fidyah itu ditukarkan kepada nilai matawang adalah daripada pendapat ulama Hanafiah.

4) Bagi Imam Ahmad bin Hambal, beliau mengharuskan pada situasi tetentu dan melarangnya pada situasi yang lain. Kesimpulan pandangan itu dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah dalam Fatawanya bahawa keharusan mengeluarkan dalam bentuk nilai matawang adalah jika ada hajat dan keperluan serta lebih baik bagi fakir dan miskin. Jika tidak, hendaklah ia dikeluarkan dalam bentuk makanan.

Ummat Islam di Malaysia telah mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk matawang. Dalam bab ini para Syafi'iyyun di Malaysia telah bertukar menjadi Hanafiyyun. Maka, jika zakat telah lepas, fidyah puasa bukanlah masalah lagi. Sesiapa yang telah keluarkan zakat pakai duit, jelaskanlah fidyah puasa yang ditinggalkan itu dengan duit juga. Jika dia masih istiqamah dengan pendapat dalam mazhab Syafi'i yang mensyaratkan Qut (ruji) maka dalam bab fidyah puasa ini seeloknya dia istiqamah.

Namun, umat Islam awam di manapun bukan pengikut mazhab 4 yang tulin. Mereka adalah pengikut pendapat yang dipilih oleh mufti yang berfatwa. Fenomena ini sudah berlangsung lama. Lebih menyerlah dalam zaman global merentas sempadan ini. Di Malaysia, dakwaan bahawa mazhab yang diamalkan dalam negeri-negeri tertentu sebagai Syafi'i telah dilonggarkan dan banyak sekali dilanggari.
Tidak mengapa...asal di bawah lembayung "Ahlul Sunnah Wal Jama'ah"

Read more...

Fidyah Puasa ( nota 2)

Kadar Fidyah Puasa adalah dikhilafkan kalangan ulama:

1) Malikiah dan Syafi'iyyah mengatakan kadarnya adalah 1 Mud ( cupak) iaitu menyamai 750 gram. Ia adalah 1/4 So' (gantang) yang mana nilai adalah 3 Kg.


2) Hanafiah mengatakan kadar fidyah adalah 1 So' iaitu 1 gantang menyamai 3 Kg. Namun dibezakan antara kadar tamar dengan gandum yang mana gandum dan yang seumpamanya berkadar setengah gantang iaitu 1.5 Kg.

3) Hambaliah mengatakan bahawa kadar fidyah adalah setengah gantang iaitu 1.5 Kg kecuali bijirin seperti gandum dan seumpamanya maka kadarnya adalah secupak iaitu 750 kg.

Maka, berdasarkan pandangan di atas, fidyah puasa untuk negara Malaysia yang makanan rujinya adalah nasi, maka kadarnya adalah 750 gram beras bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Read more...

Fidyah Puasa ( nota 1)


1) Diharuskan bagi seorang yang berusia tua lalu lemah daripada puasa atau yang sakit tidak ada harapan sembuh untuk berbuka puasa Ramadhan.

2) Maka setiap hari yang ditinggalkan puasa itu digantikan dengan fidyah.


3) Kadar fidyah adalah khilaf kalangan ulama tetapi kadar satu cupak (750 gram) makanan yang menjadi ruji dalam negeri berkenaan adalah yang paling rajih.

4) Boleh juga masak makanan dan menjemput orang miskin memakannya seperti yang pernah dibuat oleh Anas bin Malik R.A.

5 ) Jika mahu berikan fidyah untuk semua hari yang ditinggalkan itu kepada satu orang miskin sahaja, tidak menjadi larangan.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP