CARI KANDUNGAN BLOG

KHAULAH BINTI TSA'LABAH

November 21, 2014

Para wanita pejuang emansipasi sering mengomentari masalah kedudukan mereka yang tidak dimuliakan oleh Islam sebagaimana golongan lelaki mendapat kemuliaan. Sebenarnya perasaan terhina yang mereka alami itu bukan kerana dizalimi Islam. Mereka mungkin jahil tentang syariat Islam serta hikmahnya atau mereka tidak memahami konsep keadilan dalam Islam. Mungkin juga kerana kesalahan para pembawa wajah Islam sehingga Islam dicoret dengan wajah yang hudoh.

Cerita Khaulah binti Tsa'labah yang menjadi sebab turunnya ayat-ayat berhubung hukum zihar sebagaimana dalam surah Al-Mujadalah menjadi bukti betapa Islam mendengar suara dan keluhan para wanita. Ketika Khaulah diziharkan oleh suaminya Aus bin Shomit, dia datang meminta fatwa daripada Rasulullah SAW. Ketika itu belum turun wahyu yang yang mengkhabar jalan keluar daripada masalah itu kecuali keharaman sang isteri yang diziharkan ke atas suaminya yang menziharkan.

Demikian Rasulullah SAW menjawab walau didesak penyelesaian yang melegakan buat dia dan suaminya.

" Kamu diharamkan atas suamimu", demikianlah penegasan Rasulullah.

Khaulah lantas telah berdoa kepada Allah SWT dengan katanya:

" Ya Allah, kepadamu aku mengadu masalahku"

Lalu turunlah perintah kifarat zihar sebagaimana disebutklan dalam surah Al-Mujadalah. Allah telah mendengar kata-kata Khaulah. Itulah lambang kemuliaan wanita mukminah dalam Islam. Suaranya mengawang melepasi langit ke tujuh.

Khaulah binti Tsa'labah dikenang sejarah sebagai wanita beriman yang tegas menjaga hukum, berani dan ahli dalam menutur kata bicara. Belia pernah menasihatkan Umar Al-Khattab tentang pemerintahan sehingga Umar Al-Khattab yang ketika itu bergelar Amirul Mukminin mendengarnya dengan sabar.

"Demi Allah kalau aku terpaksa mendengar katanya dari pagi sampai senja, aku akan sabar...", Umar Al-Khattab mengetahui bahawa Allah mendengar bicara Khaulah binti Tsa'labah. Maka terlibih aula dia mendengarnya.

Read more...

KITA TIDAK SEBERUNTUNG UKASYAH.

November 5, 2014

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, nabi bersabda bahawa 70 ribu dari kalangan ummatnya akan masuk syurga tanpa hisab. Lantas sahabat bernama Ukasyah bangun dan memohon agar dirinya didoakan Rasulullah termasuk kalangan mereka. Rasulullah SAW lantas mengiyakan dan seorang sahabat lain pula bangun memohon agar turut didoakan. Namun Rasulullah mangatakan Ukasyah telah mendahuluinya.


Ukasyah memang beruntung kerana beliau diberitahu masa hidupnya bahawa dia tergolong kalangan yang masuk syurga tanpa hisab.

Syurga nan luas, 70 ribu orang sudah memasukinya tanpa hisab. Jika angka tersbut difahami secara harfiah, pun sudah dapat kita bayangkan dengan akal manusiawi duniawi betapa syurga telah sesak. Apatah lagi jika angka itu difahami membawa maksud ramai yang tidka tehitung jumlahnya. Ditambah pula yang akan masuk syurga telah dihisab.

Sepanjang sejarah ummat Muhammad sehingga kini, banyak sekali orang mengimpikan syurga. Bukan sahaja orang yang bangun beribadat di sepertiga malamnya. Turut menyusun impian adalah sang pendosa yang bergelumang noda tetapi menangguh taubatnya.Justeru, akal kita berandai bahawa penuhlah syurga.

Dalam sebuah hadis, yang menceritakan orang terakhir yang dibebaskan dari neraka dan disuruh masuk ke syurganya. Ketika meninjau syurga untuknya, dia katakan syurga telah penuh. Lalu diperintahkan Allah agar dia dibawa ke syurganya. Dia terkejut dengan keluasan syurganya dan dia pun diberitahu bahawa itulah sesempit syurga ciptaan Allah.

KIta yang ada hari ini tidak seberuntung Ukasyah. Kita pun tidak pasti apakah kita layak ke syurga. Namun, kita perlu bersangka baik dengan Allah. Orang yang bersangka baik dengan Allah, bukan hanya merasakan dirinya akan dimasukkan ke syurga. Orang lain juga akan diharapkannya agar Allah masukkannya ke syurga.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP