CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 209

July 30, 2010


TARIKH
28/07/2010
SURAH
YUNUS :7-14
MUKA SURAT
209
PENEGERUSI
EN SURADI BIN M.ARIF
ULASAN TAJWEED
UST. KAMARUDDIN BIN RAMLI
TERJEMAHAN AYAT
HJ. YUSUF BIN OMAR
TAFSEER AYAT
UST KAMARUDDIN WAHAB


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) KHAIRUDDIN

a) Sebagai guru, kekadang kita memarahi murid dan kata-kata yang seperti doa yang tidak baik buatnya. Bagaimanakah cara mengawal keadaan ini?

Ust Kama: Bersabarlah...

b) Apakah hukumnya menyertai musabaqah Quran dengan niat meraih hadiah?

2) EN SABARUDDIN

Ada seorang yang asalnya kristian lalu memeluk Islam. Dia mendakwa bermimpi bertemu dengan nabi Isa yang datang kepadanya menceritakan kebaikan dan keburukan Islam. Orang ini juga mendirikan solat dengan cara yang ganjil. Sekali pandang dia cuma berdiri seumpama ibadat dalam gereja. Apakah hukumnya ISlam orang seperti ini?


3) EN MOMOH

Ayat 7 Surah Yunus menyebutkan "mereka yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah dan redha dengan kehidupan dunia". Kepada siapakah ayat ini ditujukan?

Ust Kama: Ayat ini ditujukan kepada kalangan kafir musyrikin. Tetapi, ia boleh difahami secara umum kepada siapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

4) EN. SURADI

a) Dalam hadis dinyatakan bahawa sesiapa yang menunaikan hajat seseorang di dunia, Allah akan menunaikan hajatnya di akhirat. Apakah hajat di akhirat itu?

Ust Kama: Daripada Ibn Umar R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:

المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه. من كان في حاجة أخيه ؛ كان الله في حاجته ، ومن فرج عن مسلم كربة ؛ فرج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة ، ومن ستر مسلماً  ستره الله يوم القيامة
" Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Tidak harus menzaliminya dan membiarkannya. Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya, Allah akan menyempurnakan hajatnya. Sesiapa yang melepaskan seorang muslim daripada satu kepayahan, Allah akan melepaskannya daripada satu kepayahan di antara kepayahan-kepayahan yang ada di hari kiamat. Siapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di hari akhirat.
(Hadis Muttafaq alaih)
Di hari kiamat, manusia sangat berhajat kepada Allah. Pada hari itu manusia berdepan dengan kepayahan demi kepayahan. Bermula daripada kebangkitan semula, penantian di mahsyar, perhitungan hari mahsyar yang teliti, dan kemudian cabaran melintasi titian, seterusnya penentuan sama ada ke syurga atau ke neraka. Semua ini adalah kepayahan akhirat dan kita amat mengharapkan belas kasihan Allah SWT. Itulah hajat kita., iaitu selamat daripada azab Allah SWT

b) Apakah boleh dan mendapat ganjaran pahala kita membantu orang kafir?

Ust Kama: Bantuan tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Boleh dan digalakkan membantu orang kafir sekalipun asalkan bukan pada perkara kemaksiatan.

5) HJ YUSUF

Kerajaan Malaysia telah membantu membina kuil dan gereja tidak berapa lama dulu. Apakah hukumnya membantu membina rumah ibadat orang kafir dengan wang negara?

Ust Kama: Membantu  membina gereja atau kuil adalah termasuk dalam membantu kemungkaran. Tidak ada kemungkaran yang lebih besar daripada kesyirikan. Sebuah kerajaan Islam tidak harus menggunakan wang negara untuk tujuan tersebut. Jika tidak, ia bukanlah sebuah kerajaan Islam. Bantuan itu boleh jika dari tabungan khusus dari orang kafir sahaja.



Read more...

DAURAH 208

July 27, 2010

TARIKH: 27/ 07/2010
MUKA SURAT :208
SURAH YUNUS: 1-6
 
PENGERUSI                     : SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MOHD ISA
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SURADI

a) Seseorang yang solat kurang bilangan rakaatnya, apabila ditegur selepas salam dan diberitahu mengenai kekurangan dalam rakaat solatnya, bagaimana cara untuk membetulkan keadaan?

b) Wanita yang mahu menegur kesalahan imam dalam solat adalah dengan cara tepuk tangan. Bagaimana cara tepuk tangan tersebut?

c) Diriwayatkan dalam hadis nabi bahawa nabi SAW pernah membukakan pintu ketika solat. Apakah ini bermakna tidak menjejaskan solat dalam keadaan tertentu bila beralih dada daripada arah kiblat?


Read more...

NISFU SYA'BAN

July 26, 2010

Daurah Quran pada malam ini ditiadakan bagi memberi laluan kepada majlis sempena nisfu Sya'ban. Majlis pada malam ini ialah bacaan yasin (satu kali), tahlil dan jamuan makan.

Sebagaimana termaklum, sambutan malam Nisfu Sya'ban telah menjadi satu adat yang sesetengah orang melihatnya sebagai syariat. Di sesetengah tempat, ritual tradisi membaca yasin 3 kali dengan doa-doa yang tertentu bagi setiap kali bacaan yasin masih diteruskan.Hal ini telah dibincangkan oleh ramai kalangan sarjana Islam dan pengetahuan mengenainya ketidaksahihannya dari kacamata sunnah telah hampir merata di kalangan masyarakat. 

 Membaca yasin hanya sekali pada malam ini adalah satu manifestasi anjakan yang telah berlaku di kalangan masyarakat khususnya ahli jemaah surau Taman Fajar. Dalam menangani amalan tradisi yang disyariatkan, kita semua perlu berlapang dada dan berhemah. Sejajar dengan pertambahan ilmu, ketulinan beragama akan tegak memayungi amalan masyarakat di masa mendatang. Ia tidak perlu dipaksakan.

Read more...

DAURAH 207

July 21, 2010

TARIKH: 21/ 07/2010
MUKA SURAT :207
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 123-129
PENGERUSI                     :  SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANUAR TABALON


a) Apakah hukumnya berubat dengan bomoh bukan Islam yang menjampi serapah?

Ust Kama:

Berubat dengan ahli perubatan bukamn Islam, pada dasarnya tidak dilarang. Rasullullah SAW sendiri pernah menyuruh sahabatnya berubat dengan seorang bukan Islam. Namun, jika ahli perubatan itu menggunakan sihir, maka ia adalah dilarang. Sebenarnya, bukan sahaja yang bukan Islam,yang beragama Islam pun kita dilarang mendapatkan rawatan daripadanya. Menjampi dengan menggunakan ruqyah yang kita tidak ketahui maknanya atau yang kita ketahui maknanya dan mengandungi seruan kepada jin dan syaitan adalah dilarang.

b) Apakah boleh berubat dengan bomoh bukan Islam yang menggunakan bacaan Quran sebagai jampinya?

Ust Kama: Orang bukan Islam yang menggunakan Quran sebagai jampinya termasuk mereka yang menyalahgunakan Quran. Bukan tujuan jampian Al-Quran diturunkan. Ia diturunkan untuk diimani. Orang beriman tidak akan redha dengan penyalahgunaan Quran. Justeru, tidak harus bagi yang beriman berubat dengan orang kafir yang menyalahgunakan Quran.





2) MUDA AJAK


a) Menceritakan pengalaman masa muda mendapatkan ubat kepada seorang bomoh untuk menjadikan seorang gadis pujaan menyukai dirinya. Momoh menggunakan cara berubat dengan memasukkan paku ke dalam tubuhnya dan mensyaratkan agar tidak boleh mandi dan tidak boleh berwuduk selama beberapa hari.

Menasihati ahli jemaah agar tidak berubat dengan cara sebegini kerana syaratnya bertentangan dengan Islam.

b) Semasa saya berkurusus di sebuah hotel, saya melihat seorang lelaki yang mengamalkan sunnah makan dalam talam dalam situasi yang jika dilihat pada keadaan hotel, boleh menjatuhkan aib diri. Apakah maksud sunnah makan dalam talam itu?





Ust Kama: Sebahagian orang memahami sunnah secara harfiah. Sebahagian mengamalkan sunnah  dengan memahami prinsip di sebalik setiap amalan lalu menerapkannya. Makan dalam talam diamalkan secara harfiah oleh sebahagian orang. Sebahagian mengamalkan prinsip makan berjemaah sekalipun dalam bekas berasingan. Kedua-kedua kelompok ini mendapat ganjaran mengamalkan sunnah berdasarkan niat masing-masing. Jika kita melihat seseorang makan dalam talam, janganlah pula kita memperlecehkannya. Berlapang dadalah menghadapi perbezaan tafsiran terhadap sunnah.


3) SURADI

Apakah hukumnya melabuhkan pakaian di bawah buku lali?

Ust Kama: Berpakaian labuh di bawah buku lali adalah dilarang  hadis yang soheh. Ia diistilahkan sebagai isbal. Menanggapi larangan ini, ada cara orang memahaminya. Memahami secar harfiah dan mehamai secara prinsip. Raikan kedua-duanya.

Read more...

DAURAH 206

July 20, 2010

TARIKH: 20/ 07/2010
MUKA SURAT :206
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 118-122



PENGERUSI                     :  SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST WAN HELMI
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

1- Tiga orang sahabat yang dimaksudkan dalam ayat 118 Surah At-Taubah itu ialah:

a) Kaab bin Malik
b) Mirarah bin Rabi'ah Al-Amiri
c) Hilal bin Umayyah A-Waqifi

2- Cerita Kaab dan 2 sahabat yang lain dipulau selama sehingga 50 hari kerana tidak ikut serta perang Tabuk merupakah sebuah cerita yang menggambakan kesetiaan sahabat kepada Rasulullah.

3- Orang yang ikut serta dalam perjuangan tidak sama dengan merekayang tercicir daripada perjuangan.

4- Tidak semua perlu keluar ke medan jihad. Sebahagian hendaklah tinggal dalam negeri buat mempelajari ilmu agama untuk mengingatkan kaum yang pulang dari berjihad.



ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN


1) TUAN ROSLAN

Tambahan: Mandi Wajib:

Terdapat kalangan anggota masyarakat yang tidak mengetahui hukum mandi wajib. Beberapa kisah dinyatakan melibatkan murid sekolah yang tidak tahu mandi wajib.Ada yang mendakwa bahawa dia dimandikan oleh ibunya. Ada ibu yang sudah beranak 7 tetapi tidak pernah mandi wajib.


2) UST WAN HELMI


Persaoalan:

Dalam Al-Quran,Allah menyebutkan bahawa amalan infaq harta fi Sabilillah diganjari 700 pahala. Apakah semua amal mendapat gandaan sampai 700 pahala dan apakah minimanya 10 pahala?

Ust Kama: Sesuatu amal baik yang dilakukan,pahala yang diberikan adalah antara 10 sehingga 700, kecuali amalan puasa.

Firman Allah SWT: 

من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها ومن جاء بالسيئة فلا يجزى إلا مثلها وهم لا يظلمون

3) SURADI

a) Apakah dalam sekelompok orang yang menuntut ilmu mendapat pahala yang sama padahal mereka berbeza-beza tahap penguasaan ilmu?


Ust Kama: Orang yang sama-sama menuntut ilmu tidaklah sama pahalanya.Ada yang mengajar,belajar, mendengar dan mengasihi. Tentulah antara mereka tidak sama ganjaran pahalanya. Penguasaan ilmu dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Rasulullah SAW pernah menyatakan dalam khutbah wida' bahawa apa yang dikatakannya hendaklah disampaikan kepada orang yan tidak mendengar khutbahnya kerana kemungkinan orang yang disampaikan itu lebih faham daripada orang yang mendengar.

b) Kenapakah nabi tidak menjawab salam Kaab bin Malik? Bukankah menjawab salam itu wajib?


Ust Kama: Menurut cerita Kaab sebagaimana diriwayatkan dalam saheh Muslim "aku tertanya-tanya dalam hatiku apakah baginda  menjawab salamku dengan menggerakkan bibirnya atau tidak". Kaab merasakan Rasulullah tidak menjawab salamnya tetapi mungkin Rasulllah menjawab dengan hanya gerak bibir sahaja. Kendatipun Rasulullah tidak menjawab, ia tidaklah meninggalkan yang wajib kerana perintah Rasulullah agar memulau Kaab dengan tidak bercakap dengan mereka boleh dikatakan sebagai menasakhkan kewajipan tersebut dalam kes Kaab.


4) HJ AYUNG HASSAN


Apakah tidakmenjawab salam itu dihukumkan berdosa?


Ust Kama: Menjawab salam merupakah salah satu daripada 5 hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain. Apabila disebutkan hak, maka pengabaian terhadap hak adalah satu dosa.

Sabda Rasulullah SAW: 



حق المسلم على المسلم خمس رد السلام و عيادة المريض و اتباع الجنائز و إجابة الدعوة و تشميت العاطس
 
 "Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan, menyambut jemputan (kenduri) dan menjawab bersin".
(Hadis Muttafaq 'Alaih)


Read more...

DAURAH 205

July 19, 2010

TARIKH: 19/ 07/2010
MUKA SURAT :205
SURAH AT-TAUBAH: AYAT

PENGERUSI                     : SURADI
ULASAN TAJWEED        : SURADI
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

 1-Orang yang beriman hendaklah memiliki sifat-sifat berikut:-
a) Suka bertaubat
b) Selalu bersyukur
c) Selalu berpuasa
d) Mendirikan solat
e) Menyuruh orang berbuat baik
f) Melarang perbuatan mungkar
g) Menjaga batasan yang telah ditetapkan Allah.

2-Allah melarang nabi dan orang-orang beriman memohon keampunan buat mereka yang telah mati sebagai kafir sekalipun mereka adalah kaum kerabat sendiri 

3- Ibu bapa nabi SAW telah mati sebagai kafir, demikian juga Abu Talib, pakcik nabi SAW.

Rujuk: Islamweb , Saaid.net, Islamqa

4-Istighfar nabi Ibrahim buat bapanya tidak boleh dijadikan hujjah kerana apabila telah nyata bapanya mati sebagai kafir, Ibrahim tidak lagi memohn keampuna buat bapanya.
5- Allah tidak menghukumkan sesat sesuatu perbuatan yang dilakukan sebelum Rasul diutuskan memberi peringatan.

6- Allah menerima taubat segolongan orang-orang beriman yang tidak menyertai perang Tabuk.



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) HJ OSMAN



a) Apakah memadai satu kali taubat untuk semua dosa?

Ust Kama: Seorang yang melakukan pelbagai dosa besar, memadai buatnya bertaubat nasuha daripada segala dosanya sekaligus dengan melengkapi 3 syarat iaitu menyesal, meninggalkan dosa dan bertekad tidak mengulanginya. Jika melibatkan orang lain, ditambah syarat ke-4 iaitu meminta maaf kepadanya.

b) Merujuk kepada cerita si penggali kubur yang menzinai mayat, apa yang terjadi seterusnya kepada mayat wanita tersebut?

Ust Kama: Wallahu a'lam. Riwayat tidak mendetailkannya.


2) SURADI


Siapakah yang membunuh Yakjuj dan Makjuj?

Ust Kama: Nabi Isa berdoa agar Allah membinasakan Yakjuj dan Makjuj, lalu Allah jadikan pada setiap Yakjuj dan Makjuj itu ada ulat yang memakan halqumnya sehinggalah semuanya binasa.

Disebutkan dalam Saheh Ibn Majah sebuah hadis panjang yang riwayatkan oleh Abu Said Alkhudri  bahawa matinya Yakjuj dan Makjuj adalah seumpama matinya belalang. Mereka bertidihan antas satu sama lain (lantaran banyaknya).



3) EN MOMOH


Apakah yakjuj dan makjuj itu membiak?


Ust Kama: Yakjuj dan Makjuj beranak pinak sehingga banyak keturunannya. Dinyatakan dalam athar bahawa nisbah jumlahnya berbanding manusia saat dia keluar membuat kerosakan ialah 999:1

Read more...

DAURAH 204

July 14, 2010

TARIKH: 14/ 07/2010
MUKA SURAT :204
SURAH AT-TAUBAH: AYAT106-112


PENGERUSI                     : UST M. SYAHRAN/  SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

1-Abu Amir Ar-Rahib adalah seorang nasrani dari puak Khazraj yang berperanan penting di sebalik pembinaan Masjid Dirar. Dia mendorong 12 orang munafiq untuk membinanya sebagai pencetus bahaya, penyebar kekufuran, bermotif memecahkan kesatuan muslimin dan pusat pengintipan.

2- Mereka mahu Rasulullah solat di masjid itu tetapi sepulang dari Tabuk, turun wahyu Allah mengenainya.

3- Allah menyifatkan masjid yang dibina atas asas taqwa lebih baik dan masjid yang dibina bukan atas dasar taqwa laksana binaan di tebing yang runtuh ke dalam neraka jahannam.

4-Sesetengah orang mengaitkan ayat 109 surah At-Taubah dengan tragedi 11 september 2001 di mana menara Twin Tower di New York runtuh. Perkaitan ini tidak benar kerana dan dipertikaikan oleh sejumlah ulama kerana beberapa alasan. Alasan paling utama ialah mentafsir Al-Quran berdasarkan i'jaz raqami tidak wajar.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD BIN DAUD


a) Merujuk kepada perkaitan ayat 109 surah At-Taubah dengan tragedi 11 September yang menyaksikan runtuhnya twin tower di New York, saya berpandangan ia adalah satu yang menarik dan boleh mendorong orang kafir untuk mengkaji Al-Quran. 

Ust Kama: Perkaitan itu memang menarik tetapi tidak boleh disandarkan. Pertamanya, perkaitannya berdasarkan kiraan tahun masihi sedangkan Islam mempunyai perkiraan tahun sendiri. Keduanya, ia akan mendorong sesetengah orang melihat Quran hanya sebagai kitab ramalan. Rashad Khalifa dengan Kod 19 nya selalu mentafsirkan Al-Quran menggunakan kaedah penomboran begini. Terdapat kalangan tertentu mentafsirkan ayat 3 surah Yusuf yang menceritakan tentang jumlah kaukab dan dikaitkan dengan saudara Yusuf dari aspek ramalan bintang.

Al-Quran bukanlah sebuah kitab ramalan. Ramalan ada masanya tepat dan masanya salah. Al-Quran sentiasa benar!

b) Mengapa terdapat Arab kristian yang menggunakan nama-nama Islam?

Ust Kama: Mereka bangsa Arab. Maka nama-nama mereka daqam bahasa Arab. Kristian Arab suka memilih nama-nama seperti Harun, Musa, Imran, Yusuf dan sebagainya daripada kalangan tokoh sanjungan mereka. Mereka jarang sekali menamakan diri mereka dengan nama-nama Islam.

c) Semasa nabi SAW dibawa pakciknya ke Syam, seorang pendetak Nasrani menasihati Abu  Talib agar membawa pulang nabi ke Makkah kerana bahaya di Syam. Dia melihat tanda kerasulan pada nabi Muhammad. Mengapa bila nabi diutuskan, pendeta Nasrani tidak bersikap serupa pendeta itu?

Ust Kama: Pendeta itu adalah Buhaira. Dia adalah satu mutiara kalangan Nasrani. Manusia yang meyakini hari akhirat dan percaya kepada nabi-nabi ada secara berselerak pada zaman itu. Waraqah bin Naufal, pakcik kepada Khadijah juga meyakini kerasulan Nabi Muhammad. Cuma dia meninggal sebelum nabi Muhammad diperintahkan menyebarkan ISlam. Dikatakan terdapat penyair-penyair Aranb yang mempunyai keimanan kepada hari akhirat seperti Zuhair bin Abi Salma dan Umru'ul Qais.


2) SURADI


a) Apakah dajjal telah lahir atau belum?


Ust Kama: Dajal telah ada dan akan lahir (muncul) di akhir zaman. Terdapat riwayat menyebutkan bahawa bahawa di Madinah ada seorang kanak-kanak yang sifat yang digambarkan oleh Rasulullah mengenai dajal itu ada padanya. Namanya Abu Sayyad. Umar meminta izin Rasulullah SAW untuk membunuhnya tetapi Rasulullah tidak membenarkannya. Kata baginda:

"Seandai dia betul dajjal...maka engkau tidak akan mampu membunuhnya dan seandainya dia bukan dajjal yang dimaksudkan maka adalah tidak baik untuk membunuhnya".
Wallahu a'lam.

b) Ust menjelaskan sebelum ini bahawa anak luar nikah tidak berdosa dan yang berdosa adalah ibu bapanya. Tetapi, kenapa dikatakan bila dajal muncul kelak, pengikut dajal adalah anak-anak luar nikah?

Ust Kama: Soalan ini saya tidak tahu bagaimana menjawabnya. Perlu diingat bahawa Yahudi akan menjadi pendokong utama dajal. Yahudi adalah bangsa yang sering melanggar perintah Tuhan. Mereka suka berzina dan minum arak. Mungkin, di saat Yahudi menjadi pendokong dajal, keseluruhan mereka alah bangsa yang lahir daripada percampuran haram (zina).

Wallahu a'lam.

Read more...

DAURAH 203

July 13, 2010

TARIKH: 13/ 07/2010
MUKA SURAT :203
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 100-106


PENGERUSI                     : SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF 
TAFSEER                          : UST KAMA




1- Para ulama mempunyai tafsiran yang berbagai tentang maksud "Al-Sabiqunal Awwalun" . Ada mengatakan mereka ialah orang yang berhijrah dan pernah solat dua kiblat. Ada mengatakan mereka yang terlibat dalam perang Badar. Paling lewat, ada pandangan mengatakan sahabat yang terlibat dalam Bai'atur Ridhwan. 

2- Abd Rahman bin Auf adalah salah seorang Sabiuqunal Awwalun sedang Khalid Al-Walid bukan. Sebab itu jawapan Rasulullah dalam perytikaian mereka berdua memihak kepada Abd Rahman bin Auf.

3- A'rab adalah orang-orang pendalaman tak kira dia bangsa Arab atau bukan.  Mereka kurang ilmu dan dengan sebab itu nifaq bersarang kuat dalam hati mereka.

4-Allah mengampunkan dosa sebilangan yang tidak menyertai perang Tabuk dan memerintahkan Rasulullah agar mengambil denda daripada mereka berupa harta.

Jawapan kepada persoalan semalam:

Hadis mengenai nabi Musa menampar malaikat maut sehingga terkeluar biji mata adalah hadis Saheh yang terdapat dalam Hadis Bukhari dan Muslim. Memahami beberapa kemuskilan dalam hadis ini adalah seperti berikut:

a) Tindakan nabi Musa menampar malaikat itu tidak bertentangan dengan akhlak nabi. Ini kerana nabi Musa memerintah satu kaum yang degil dan kasar dan sesuai diperintah dengan ketegasan. Kita melihat bagaimana cara nabi Mua memerintah mereka dan apa akibatnya apabila kuasa pemerintahan di pangku oleh nabi Harun.

b) Nabi Musa menampar malaikat sewaktu malaikat dalam rupa manusia. Pada sangkaan itu adalah manusia dan ingin mencabar kekuasaannya. 

c) Malaikat, apabila dia berupa manusia, maka kesan tamparan hingga terkeluar biji mata tidaklah menghairankan. Ia boleh terjadi. Lebih-lebih lagi yang menampar adalah lelaki gagah perkasa seperti nabi Musa.



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ. JAAFAR

Dikatakan mati itu sakit. Apakah kesakitan ketika mati itu dirasai oleh semua orang termasuk yang mati secara husnul khatimah?

Ust Kama: Kesakitan mati akan dirasai oleh semua orang sama ada yang mati secara baik atau secara jahat.  Itulah yang dinamakan 'sakaratul maut'. Nabi SAW sendiri merasai sakarat sebagai hadis yang diriwayat daripada Aishah yang menceritakan perihal Rasulullah ketika hendak wafat.

إن رسول الله ÷ كان بين يديه ركوة أو علبة فيها ماء فجعل      
يدخل يديه في الماء فيمسح بها وجهه ويقول
(( لا إله إلا الله إن للموت سكرات ))
ثم نصب يده فجعل يقول : (( في الرفيق الأعلى )) حتى قبض ومالت يده
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan juga Muslim)


2) UST SUKRI MAT

a) Ulasan: Nabi SAW dicabut nyawanya paling lembut oleh malaikat maut.

b) Persoalan: Apakah seseorang itu hanya dikira amalan akhirnya? Bagaimana amalannya sepanjang hidupnya?

Ust Kama: Sememangnya khatimahlah penentu amal. Yang dimaksudkan dengan amal semasa khatimah itu ialah kalimah "La ilaha Illallah". Dengan lain perkataan, mati dengan mempunyai iman. Jika mati tanpa iman, tiadalah berguna semua amal yang dibuat sepanjang hidup.

Mati dengan amal baik adalah mati dengan iman kerana iman itu adalah amal. Tidak beriman kalau orang yang tidak berimal kerana syarat beriman hendaklah taqrir, tasdiq dan amal.


3) SURADI

a) Dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah mengingatkan azab di dunia, dalam kubur dan dalam neraka untuk golongan munafiq. Apakah ketiga-tiga azab ini akan mengenai semua manusia?

Ust Kama: Orang kafir, orang munafiq dan orang yang derhaka kepada Allah SWT akan disiksa oleh Allah semasa di dunia, dalam kubur dan dalam neraka sesuai dengan kejahatan masing-masing.


b) Dalam ayat ditafsirkan bahawa amal orang yang hidup akan diperlihatkan kepada orang mati dalam kubur dan jika baik mereka bergembira. Apakah amalan jahat juga diperlihatkan?

Ust Kama: Ya...amalan baik maupun jahat yang hidup diperlihatkan kepada kaum kerabat dan keluarga dalam kubur. Ibn Kathir menyebutkan dalam tafsirnya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إن أعمالكم تعرض على أقربائكم وعشائركم في قبورهم, فإن كان خيراً استبشروا به, وإن كان غير ذلك قالوا: اللهم ألهمهم أن يعملوا بطاعتك
"Sesungguhnya amalan-amalan kamu akan dibentangkan kepada kaum kerabat dan keluarga kamu dalam kubur meeka. Jika amalan itu baik, mereka akan bergembira dengannya. Jika amalan itu jahat mereka akan berdoa:" Wahai Allah...berilah ilham kepada mereka agar beramal taat kepadamu".

c) Apakah menghantar pahala kepada si mati itu sampai?


Ust Kama: Ada perbezaan pendapat dalam hal ini. Dalam sesi daurah ini, saya menegaskan bahawa terdapat hujah-hujah meyakinkan bahawa amal seseorang itu hanya di dunia dan tidak boleh seorangpun memberikan pahalanya kepada si mati. Oleh itu, sementara hidup, beramallah sebanyak mungkin.


Read more...

DAURAH 202

July 12, 2010

TARIKH: 12/ 07/2010
MUKA SURAT :201
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 94-99

PENGERUSI                     : SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) SALLEH BIN WALI

Apakah 4 bulan yang diharamkan?

Ust Kama: 4 bulan yang diharamkan ialah Zulhijjah, Zulkaedah. Muharam dan Rejab.

2) UST TUAN ROSLAN

a) Ulasan: Kedapatan amalan orang tua-tua yang menggabungkan solat 5 waktu sekaligus.




Response Ust Kama: Kemungkinan pegangan sebegitu pengaruh daripada feqah  syiah. Dalam masyarakat Melayu, terdapat banyak kesan pengaruh syiah. Akar kayu dan ramuan ada yang dinamakan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Dikatakan terdapat satu hikayat yang bacaan pembakar semangat di zaman kesultanan Melaka iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah, yang dikatakan anak kepada saidina Ali.

b) Solat sunat Rawatib adalah antara amalan sunat yang amat digalakkan terutama bila umur sudah mencapai 40 tahun.


3) SURADI

Saya telah membaca sbuah hadis riwayat Abu Hurairah menyebutkan bahawa nabi Musa telah menampar malaikat maut sehingga buta. Kenapa nabi Musa menampar malaikat sehingga buta?


Ust Kama: Wallahu a'lam. Insya Allah jawapannya akan diberitahu malam esok.


Read more...

CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ

July 11, 2010

Pada malam ini, sempena menyambut ulang tahun peristiwa Israk dan Mikraj yang dikatakan berlaku pada 27 Rejab, Surau Al-Fajar mengadakan ceramah Israk dan Mikraj di samping jamuan. Penceramah yang dirancang adalah akhi Syamsul Rizal Zulfatmi tetapi disebabkan faktor last minute, ceramah beliau digantikan dengan perkesahan yang disampaikan oleh Ust. Tuan Roslan.

Walaupun malam ini bukanlah malam ke 27 Rejab, tidaklah menjadi masalah untuk memperingat Israk Mikraj pada malam ini.  Memperingati peristiwa besar dalam Islam, sama ada peristiwa hijrah, kelahiran Rasul, Israk Mikraj, Nuzulul Quran atau sebagainya tidak semestinya pada tarikh yang ditetapkan. Malah memperingati nya sepanjang hayat adalah amat dituntut.

Islam bukan agama perayaan tetapi agama penghayatan.

Gambar-gambar sekitar program:



Read more...

DAURAH 201

July 7, 2010

TARIKH: 07/ 07/2010
MUKA SURAT :201
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 87-93


PENGERUSI                     : SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDIN BIN RAMLI
TERJEMAHAN                : EN LADIS BURAW
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) SURADI

a) Apakah digalakkan kita bersedekah kepada pengemis di kaki lima sedangkan dengan bersedekah itu kita seolah-olah menggalakkan lagi perbuatan pengemis?

 Ust Kama: Bersedeqah adalah amalan mulia. Apabila kita bersedeqah, maka tidak harus disusuli dengan cercaan kepada pengemis. Perkataan yang baik dan mulia adalah lebih baik daripada sedeqah yang disusuli dengan cercaan. Jika kita tidak sudi bersedeqah kepada pengemis di kaki lima itu dengan sebab-sebab tertentu, maka janganlah kita mencerca mereka.  Berkatalah yang baik atau diam.


b) Jika suami datang ke masjid, isteri di rumah mendapat pahala. Bagaimana jika suami pergi ke tempat maksiat, apakah isteri di rumah juga mendapat dosa?

Ust Kama: Seseorang itu tidak akan menaggung dosa seseorang yang lain. Jika suami berbuat dosa, si isteri tidak akan menanggung dosa suami itu. Seseorang itu akan berkongsi dosa dengan pelakunya jika dia menyumbang ke arah dosa itu atau reda dengan dengan perlakuan dosa itu. Dalam sebuah hadis dinyatarakan bahawa redha dengan kufur itu kufur. Maka demikianlah, redha dengan dosa itu dosa.

2) CIKGU KHAIRUDDN

Melihat kepada pertelingkahan sejarah kalangan sahabat, timbul pertanyaan dan persoalan. Bagaimana kita sepatutnya menanggapi sejarah pertelingkahan para sahabat?

Ust Kama: Sabda nabi yang bermaksud:
"Sesiapa yang berijtihad lalu benar, baginya 2 pahala. Jika salah baginya satu pahala".

Para sahabat nabi adalah ahli ijtihad. Ali KW merupakan seorang mujtahid. Demikian Mu'awiyah, seorang mujtahid. Mereka telah berijtihad dalam politik sehingga asing-masing mengambil haluan sendiri. Kita yang hidup di zaman kini tidak tahu perkara sebenar di sebalik peristiwa yang dicatatkan dalam sejarah. Tidak sayugia kita mencela sebahagian sahabat. Mencela sahabat adalah perbuatan dosa.


Read more...

DAURAH 200

July 6, 2010

TARIKH: 06/ 07/2010
MUKA SURAT :200
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 80-86


PENGERUSI                     :UST M.SYAHRAN
ULASAN TAJWEED        : SURADI
TERJEMAHAN                : EN LADIS BURAW
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) SURADI M ARIF

a) Apakah ada kaitan antara ayat 85 dengan kes berkahwin dengan orang kafir yang masuk Islam.
Ust Kama: Tidak ada kaitan.

 b) Apakah boleh menerima derma daripada orang kafir untuk membina masjid.

Ust Kama: Membina masjiod hendaklah daripada sumber yang halal. Jika derma itu dari sumber yang halal, maka bolehlah menerima derma tersebut untuk membina masjid.

2) EN. MOMOH

a) Apakah boleh meminta ampun untuk orang munafiq?

b) Bagaimana sikap kita terhadap orang munafiq semasa hidupnya tetapi dicurigai bahawa dia bertaubat sebelum matinya.
Ust Kama:

3) EN MOMOH

Ust kata kita dilarang duduk membaca Quran di atas tanah perkuburan sedangkan amalan tersebut dilakukan oleh para mufti semasa kemangkatan raja-raja.
Ust kama:


Read more...

DAURAH 199

July 5, 2010

TARIKH: 05/ 07/2010
MUKA SURAT :199
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 73-79

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : EN LADIS BURAW
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ. JAAFAR

Apakah boleh kita bersedekah ke masjid dengan memilih masjid. Umpamanya Masjid Pangeran Galpandengan Surau Al-Fajar, dipilih surau Al-Fajar kerana masjid Pangeran Galpan dirasakan sudah banyak orang bersedekah pada hari jumuat di sana.
Ust Kama: Bersedekah kepada orang miskin lebih baik daripada bersedekah kepada orang kaya.

2) SURADI

a) Apakah ibu bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak tergolong kalangan yang muflis di hari akhirat?

Ust Kama: Orang yang muflis sebagaimana dinyatakan dalam hadis ialah mereka yang datang dengan pahala yang banyak di akhirat tetapi semasa hidupnya dia menyakiti orang. 

b) Dikatakan niat buat baik sudah dapat pahala. Apakah bila buat baik dapat pahala yang lain pula?

Ust kama: Niat untuk berbuat baik sememangnya dituliskan baginya pahala. Kemudian apabila berbuat amal baik yang diniatkan itu, ditulis baginya pahala. Hal ini tidak sama dengan niat buat jahat dan berebuat jahat. Niat buat jahat tidak ditulis. Berbuat jahat juga tidak terus ditulis sebagai dosa. Ia ditangguhkan untuk memberi peluang taubat. Jika tidak bertaubat, baru ditulis. Kemudian apabila bertaubat di kemudian hari, ia dipadamkan.

Sesungguhnya rahmat Allah begitu luas.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP