CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 145

January 30, 2010

TARIKH: 30/01/2010
MUKA SURAT : 145
SURAH AL'AN'AM: 132-137

PENGERUSI            : SURADI
TAJWID                   : SURADI
TERJEMAHAN        : HJ. YUSUF
TAFSIR                    : UST KAMA


Read more...

KUTIPAN JARYAH 50 (2)

January 29, 2010

Pada malam wakil-wakil kutipan "JARYAH 50" membuat penyerahan wang sumbangan sebanyak RM 1665.00. Ini menjadikan jumlah kutipan mencecah RM 6236.00. Menurut En. Suradi dan En Ramlin yang banyak berperanan dalam pengedaran kad "JARYAH 50" ke seluruh kenalan dan sahabat, beberapa sumbangan baru masih boleh diharapkan. Kita akan menunggu beberapa hari lagi sehingga kempen "JARYAH 50" menutup tirai.

Wahai Allah...permudahkan urusan kami. Tambahkan razeki orang yang telah bermurah hati dan gandakan apa yang Kau berikan.

KIRAAN

                                     

Read more...

KUTIPAN JARYAH 50

January 28, 2010

Jumlah kutipan yang terkumpul setelah sumbangan ahli jemaah digabungkan pada malam ini ialah RM4571.00. Jumlah ini melebihi sasaran RM2500.00 yang dikehendaki bagi menyempurnakan  projek pembaikan lantai Surau Al-Fajr. Sesugguhnya keberhasilan ini adalah hasil kerjasama beberapa sahabat ahli jemaah Surau Al-Fajr yang memainkan peranan  menyebarluaskan kad "JARYAH 50" yang telah dilancarkan pada malam tanggal  22 Januari 2010 yang lalu.

Jumlah ini belum dimuktamadkan kerana masih terdapat beberapa wakil yang belum menyerahkan kutipan masing-masing. Insya Allah, dalam sehari dua ini jumlah sebenar kutipan hasil kempen JARYAH 50 akan diumumkan.


Kepada sahabat yang bertungkus lumus menggerakkan kutipan kali ini ribuan terima kasih diucapkan. Kepada para penyumbang yang telah membuat pelaburan akhirat dalam menjayakan projek pembaikan surau, semoga Allah melipatgandakan razeki anda semua. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalan anda semua. Janji Allah adalah memberi gandaan sehingga 700 kali adalah termaktub dalam Al-Quran.

Allahumma barik liman yunfiq...

Dari,

Ust Kamaruddin Wahab

Read more...

DAURAH 144

January 26, 2010

TARIKH: 26/01/2010
MUKA SURAT : 144
SURAH AL'AN'AM: 125-131

PENGERUSI            : SURADI 
TAJWID                   : Ust. Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN      : Suradi
TAFSIR                    : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1) En Ladis.

a) Soalan: Apakah hukumnya menderma kepada orang bukan Islam yang memungut derma untuk tujuan agama mereka seperti membina gereja, majlis keagamaan dan sebagaimnya?


Ust Kama: Menderma untuk tujuan keagamaan orang bukan Islam adalah dilarang (haram) kerana ia termasuk dalam bertolongan dalam perkara maksiat. Kekufuran adalah kemaksiatan terbesar.


b) Soalan: Apakah mendengar bacaan Al-Quran pada CD diberikan ganjaran pahala?


Ust Kama: Sama ada membaca Al-Quran atau mendengar bacaan Al-Quran, masing-masing ada ganjaran pahalanya.


2) Hj. Jafar


Soalan: Apakah jin boleh mengganggu manusia?


Ust Kama: Gangguan jin ke atas manusia adalah diperakui oleh nas Al-Quran maupun Hadis.


3) Mr. X (tak dapat dipastikan nama)


a) Soalan: Apakah kedudukan ibu mentua bagi seorang menantu?


Ust Kama: Kedudukan ibu mentua bagi menantu adalah sama seperti ibu sendiri.


b) Soalan: Mana yang lebih patut ditaati oleh seorang isteri? Suami atau ibu bapa?


Ust Kama: Suami lebih utama daripada ibu bapa bagi seorang isteri.


4) Hj. Osman


Soalan: Di manakah keududukan syurga al-Khuldi?


Ust Kama: Wallahu 'alam


5) Suradi


Soalan: Bagaimanakah keadaan seorang makmum masbuk yang bertakbiratul ihram untuk solat berjemaah tetapi imam memberi salam sebelum sempat habis bertakbir?


Ust Kama: Dia tidak mendapat solat berjemaah.

Read more...

DAURAH 143

January 25, 2010

TARIKH: 25/01/2010
MUKA SURAT : 143
SURAH AL'AN'AM: 119-124

PENGERUSI            : SURADI 
TAJWID                   : Ust. Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN      : Suradi
TAFSIR                    : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN


1) UST TN ROSLAN
a) Soalan: Apakah hukumnya orang Islam makan daging aqiqah?

Ust Kama: Jika aqiqah wajib, haram dimakan. Jika Aqiqah sunat, dibenarkan. (Rujuk Ulasan di sini)


b) Apakah kedudukan keguguran anak? Apakah ia dihukumkan dengan hukum perempuan yang nifas?

Ust Kama:


2) HJ JAAFAR


Soalan : Apakah hukumnya sembelihan 2 kali?


3)CIKGU KHAIRUDDIN


Soalan: Apakah hukumnya binatang yang ditembak dengan senapang?


4)  PAKCIK GAPAR


Soalan : Apakah hukum sembelihan kristien?


5) SURADI

Soalan: Terdapat hadis yang menyebutkan bahawa Allah melaknat orang buat orang lain ketawa. Apakah hukumnya jadi pak lawak?



Read more...

DAURAH 142

January 24, 2010

TARIKH: 24/01/2010
MUKA SURAT : 142
SURAH AL'AN'AM: 111-118

PENGERUSI            : SURADI 
TAJWID                   : Ust. Sukri bin Mat
TERJEMAHAN      : Suradi
TAFSIR                    : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1) Ust Sukri Mat


a) Maksud ayat 111-Soalan: Apakah Allah tidak berlaku zalim kepada orang tidak beriman kerana Dia yang menyesatkan mereka?


2) Mr. M ( tidak tahu nama)


Soalan mengenai Qarin


3) Hj. Osman


Siapakah Qarin nabi?


4) Suradi


a) Hidayah Allah...


b) Zalim


c)Makhluk pertama dicipta?

Read more...

DAURAH 141

January 23, 2010

TARIKH: 23/01/2010
MUKA SURAT : 141
SURAH AL'AN'AM: 102-111

PENGERUSI            : SURADI 
TAJWID                   : Ust. Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN      : Samit
TAFSIR                    : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1)EN. LADIS

Soalan: Perlukah menjawab salam daripada Radio?

Ust Kama: Jika siaran langsung maka hukumnya adalah wajib kerana umumnya nas yang memerintahkannya. Namun kewajipannya adala Fardhu kifayah. Jika siaran rakaman, tidak wajib.

Imam Nawawi menyebutkan dalam Al-Adzkar (ms 247) bahawa wajib menjawab salam yang diucapkan dari belakang dinding atau ditulis dalam surat ataupun disampaikan melalui orang lain.

Sesetengah ulama menghukumnya sunat sahaja.

Rujuk:

1). Ijabah
2). Islamqa



2) EN. OTING


Soalan: Apakah salam daripada bukan Islam perlu dijawab?

Ust Kama: Ya, perlu dijawab dengan ucapan yang sama atau lebih baik.


3) HJ. JAAFAR


Soalan: Apakah maksud "sembah Allah seolah-olah nampak Allah" ? Apakah nampak Zat Allah?

Ust Kama: Ia adalah dimensi ihsan yang merupakah satu daripada 3 cabang pokok Islam. Maksudnya menyembah Allah seumpama Allah di hadapan. Demikian dekatnya dia. Itu tak mampu dilakukan dan memang pun tidak mampu dilakukan kerana Allah tidak bisa dilihat. Justeru, percayalah bahawa Allah melihat kita.


4) EN SURADI


a)Apakah asal muasal  azan?

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Zaid terdapat bagaimana azan pertama mula lahir dan dilaungkan sebagai cara memanggil solat.



b) 3 Perkara yang dikurniakan kpd nabi SAW di malam Israk. Apakah maksud penutup surah Al-Baqarah?

Ust Kama: Nabi dikurniakan solat 5 waktu.

Read more...

DAURAH 140

January 18, 2010

TARIKH: 18/01/2010
MUKA SURAT : 140
SURAH AL'AN'AM: 94

PENGERUSI          : SURADI 
TAJWID                 : UST TN ROSLAN TN MUDA
TERJEMAHAN     : EN SAMIT
TAFSIR                   : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

Read more...

DAURAH 139

January 17, 2010

TARIKH: 17/01/2010
MUKA SURAT : 139
SURAH AL'AN'AM: 91-94

PENGERUSI          : SURADI 
TAJWID                 : UST TN ROSLAN TN MUDA
TERJEMAHAN      : EN SAMIT
TAFSIR                  : UST KAMA
 
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) EN. SABARUDDIN

Soalan: Kawan-kawan beragama Kristian mendakwa bahawa mereka mempunya kita injil yang berbagai-bagai.  Mereka bertanya saya, apakah Quran mempunyai kepelbagaian yang sama. Bagaimana menjawab persoalan ini?

Jawapan (Ust Kama): Al-Quran cuma satu versi dan tidak ada pelbagai versi. Dakwaan bahawa Al-Qurab ada beberapa versi membawa kepada kufur kerana menafikan pemeliharaan Al-Quran oleh Allah SWT. Dakwaan Syiah bahawa ada surah-surah tertentu yang tersimpan pada imam mereka yang ghaib, adalah dakwaan yang dusta dan merosakkan akidah. Demikian juga dakwaan bahawa bahawa Al-Quran ada 40 juzuk sebagaimana yang masyhur di kalangan beberapa kalangan, adalah dakwaan sesat. Al-Quran yang ada di depan kita, itulah satu-satunya al-Quran yang tiada ragu padanya.

2) Cikgu Khairuddin

Boleh ceritakan sejarah pengumpulan Al-Quran yang boleh menjelaskan kepada pihak-pihak yang merendahkan ketulinan Al-Quran.

3)En Suradi

a) Minta penjelasan yang lebih mengenai maksud ayat 93 ".. ." alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu...",

b)Bagaimana menguruskan bahan-bahan masjid yang tidak digunapakai lagi, seperti papan, atap dan sebagainya berikutan pembaikan atau pembinaan masjid yang baru?


c) Apakh hukum membina kubur dalam masjid?

Ust Kama: Membuat kubur dalam masjid adalah haram.



قال الإمام ابن القيم رحمه الله ( وعلى هذا فيهدم المسجد إذا ابني على قبر، كما ينبش الميت إذا دفن في المسجد، نص على ذلك الإمام أحمد وغيره، فلا يجتمع في دين الإسلام مسجد وقبر، بل أيهما طرأ على الآخر منع منه، وكان الحكم للسابق، فلو وضعا معاً لم يجز، ولا يصح هذا الوقف ولا يجوز، ولا تصح الصلاة في هذا المسجد لنهي رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك، ولعنه من اتخذ القبر مسجداً، أو أوقد عليه سراجاً، فهذا دين الإسلام الذي بعث الله به رسوله ونبيه بين الناس كما ترى ) انظر زاد المعاد في هدي خير العباد لابن القيم ( 3/572). 
Berkata Ibn Qayyim rahimahullah:
Atas dasar ini, apabila sesebuah masjid dibina di atas kubur, hendaklah diruntuhkan masjid itu. Demikian pula jika ada mayat yang dikebumikan dalam masjid, hendaklah mayat itu dibongkar dari kubur itu. Hal ini telah dinaskan dalam hadis riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya. Dalam Islam, kubur dan masjid tidak boleh berhimpun. Mana-mana yang kemudian hendaklah dilarang dan yang ada dahulu hendaklah dikekalkan. Jika diletakkan kedua-keduanya serentak, ia adalah haram. Tidak sah waqaf untuk tujuan tersebut dan tidak sah sah solat dalam masjid yang begini kerana terdapat larangan daripada Rasululah SAW daripadanya.Dilaknak sesiapa yang menjadi kubur sebagai masjid atau menyalakan lampu di atasnya. Sebagai mana anda lihat,  inilah syariat agama Islam yang diutuskan kepada manusia melalui kebangkitan Rasulullah.
(Lihat Zadul Ma'ad; Ibn Qayyim-3/572)


Read more...

DAURAH 138

January 12, 2010

TARIKH: 12/01/2010

MUKA SURAT : 138

SURAH AL-AN'AM: 73-



PENGERUSI             : EN. SURADI

TAJWID                     : UST SUKRI MAT

TERJEMAHAN        : EN SAMIT

TAFSIR                     : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


Entry tidak dimasukkan kerana catatan tak lengkap.



Read more...

DAURAH 137

January 11, 2010

TARIKH: 11/01/2010

MUKA SURAT : 137

SURAH AL-AN'AM: 69-73



PENGERUSI             : EN. SURADI

TAJWID                     : UST TN ROSLAM

TERJEMAHAN        : HJ. YUSUF

TAFSIR                     : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) Cikgu Khairuddin
Ulasan Tambahan: Allah yang memberi hidayah.
2) Ust Nasir
a) Apakah Beza antara Taufik dan Hidayah

Hidayah ialah petunjuk yang dianugerahkan Allah manakala taufiq ialah kekuatan yang dianugerahkan Allah untuk menjalani jalan hidayah itu.
b) Minta jelaskan bayi yang boleh bercakap semasa kecil.

3) Suradi
Apakah perbezaan antara wali dan keramat?

Wali ialah insan mukmin yang menjadi kekasih Allah di muka bumi. Manakala karamah ialah kemuliaan yang Allah kurniakan kepada mereka.

Read more...

MAKLUMAN

January 6, 2010

Assalamualaikum wrm wbt...

Alhamdulillah...kita dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk mencicip udara segar tahun baru 1431 hijriyyah dan 2010 masihihiyyah. Semoga peluang yang Allah kurniakan ini dapat kita manfaatkan dan jadikan pertambahan umur kita ini sebagai pertambahan pula dalam amal dan kebaikan. Marilah kita jadikan tahun ini lebih baik daripada tahun yang telah berlalu. Sebenarnya, umat Islam bukan darijenis ummat yang menunggu tahun baru baru hendakmenyusun tekad dan mengubah keadaan. Umat Islam menjadikan setiap hari yang berlalu itu sebagai hari-hari yang penuh perubahan. Perubahan itu tentunya sebuah perubahan yang mengandung makna hijrah.

Daurah Al-Quran tahun lalu telah ditangguhkan pada siri yang ke 135 iaitu sehingga surah Al-An'am, ayat 68.

Tahun 1431 /2010 ini, daurah seterusnya akan dimulakan pada mukasurat 135 bermula ayat 69.

Insya Allah, ia akan dimulakan pada:




10 JANUARI 2010 (AHAD)



Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP