CARI KANDUNGAN BLOG

Siri mengenali Syiah: Baju nabi Yusuf.

March 23, 2017


Diriwayatkan oleh At-Tusi dan An-Nu'mani daripada Imam Ar-Ridha katanya: "Di antara tanda semasa zahirnya Imam Al-Mahdi ialah dia akan muncul dalam keadaan telanjang di bawah cahaya matahari"

Sumber: Haqqul Yaqin, Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi; MS 347

Namun, dalam Biharul Anwar, Jil. 17 MS 143, disebutkan pula riwayat daripada Abu Abdillah (Jaafar Sadiq) bahawa beliau telah berkata kepada Mufaddol:

" Tahukah kamu apakah itu baju Yusuf Alaihissalam?"

Kata Mufaddol: Tidak tahu

Kata Abu Abdillah: Sesungguhnya Ibrahim Alaihissalam, ketika dinyalakan api untuknya, malaikat Jibrail telah datang membawakan untuknya baju dari syurga dan dipakaikan untuknya. Dengan sebab itu, dia tidak dimudaratkan oleh angin, api atau sejuk.Ketika Ibrahim hampir wafat, dia jadikan baju itu tangkal dan digantung dileher Ishak. Ishak pula kemudiannya menggantungkannya di leher Yaakob. Bila lahirnya Yusuf,Yaakob gantungkan pula di leher Yusuf. Lalu berlakulah apa yang telah berlaku kepada Yusuf...Sehingga Yusuf mengirimkan baju itu kepada Yaakob, lalu sembuhlah dia daripada kebutaannya.

Mufaadol bertanya: Jika demikian, ke manakah pula perginya baju Yusuf itu?

Kata Abu Abdillah: Kepada ahlinya, dan ia kini bersama Al-Qaim. Bila dia keluar (dari sirdab), orang beriman akan mencium baunya di timur dan barat.

Riwayat yang sebegini nampak bertentang antara satu sama lain. Mulanya dikatakan Al-Mahdi yang dipanggil sebagai Al-Qaim itu keluare dalam keadaan telanjang. Tetapi diriwayatkan pula dia akan keluar bersama baju nabi Yusuf.

Perlu diketahui bahawa salasilah nabi Yusuf tidak sampai kepada Al-Mahdi kerana Al-Mahdi bukan keturunan nabi Yaakob yang mempusakai baju itu daripada nabi Ibrahim. Al-mahdi dari keturunan nabi Muhammad SAW. Sebab itu, menyebut bahawa baju Ibrahim itu disimpan oleh "ahlinya" adalah satu yang menimbulkan persoalan. Kalaulah Al-Qaim itu ahli kepada keturunan Ishak, Yaakob dan Yusuf, ternyatalah Al-Qaim itu beketurunan Bani Israil.

Sebenarnya, siapakah Al-Qaim menurut orang Syiah. Dia dari keturunan nabi Muhammad SAW atau keturunan Yahudi?

Memang ada diriwayatkan dalam kitab tafsir tentang asal usul baju yang nabi Yusuf suruh bawa kepada bapanya nabi Yaakob. Dalam tafsir Al-Qurtubi disebutkan riwayat daripada Ibn As-Suddi dan Mujahid bahawa baju itu asalnya kepunyaan nabi Ibrahim yang diberikan oleh malaikat kepadanya semasa dia dilemparkan dalam api. Ia adalah baju daripada sutera syurga.Baju itu diwarisi kepada anaknya nabi Ishak, seterusnya kepada anaknya nabi Yaakob dan seterusnya kepada nabi Yusuf.

Allamah Muhammad At-Tahir bin 'Asyur dalam tafsirnya At-Tahrir Wan Tanwir mengkritik riwayat ini dengan mengatakan bahawa baju nabi Yusuf telah ditanggalkan dan dibawa kepada bapanya Yaakob oleh saudara-saudaranya ketika dia dilemparkan dalam perigi buta. Baju baju itu telah dilumurkan darah palsu untuk mengaburi bapa mereka. Maka dari mana pula baju nabi Ibrahim boleh terus bersama nabi Yusuf. Apa yang sebetulnya ialah, baju yang dikirimkan oleh nabi Yusuf itu adalah bajunya sendiri dan pulihnya mata bapanya itu adalah kemuliaan dan kemukjizatan anugerah Allah untuknya.

Cerita ini hanyalah riwayat. Akal yang kritis tidak boleh menerimanya. Episod sejarah hidup nabi Yusuf membuatkan kita sukar menerima cerita ini sebagai ma'qul. Ada masalah dalam cerita sebegini. Apatah lagi untuk mempercayai omongan yang terdapat dalam kitab-kitab Syiah sebagaimana yang telah disebutkan.

Sebenarnya, dalam kitab Tafsir pun ada riwayat Israiliyyat. Bukan salah para imam mufassirin kerana memasukkan riwayat Israiliyyat dalam kitab mereka. Mereka amanah dengan ilmu mereka dan menintakannya sebagai khazanah untuk orang kemudian. Orang kemudian yang membaca perlulah mengkaji sama ada riwayat tersebut saheh atau tidak.

Read more...

Ghurur dan Gharur.

March 13, 2017

Dalam surah Al-Hadid, ayat 20, kita menemukan kalimah "Al-ghurur".

Firman Allah:


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tetapi, dalam Surah Luqman, ayat 33, kita temui kalimah " Gharur".

Allah berfirman:

فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ

Apakah beza antara "ghurur" dan "gharur"?

Kalimah " الْغُرُورِ " adalah kata masdar (terbitan) bagi kata dasar "غَرّ " yang ertinya ialah menipu.Maka kata " الْغُرُورِ " bererti penipuan.

Manakala kalimah " الْغَرُورُ " pula adalah kata nama bagi yang suka menipu. Makhluk penipu nombor wahid adalah Syaitan. Maka syaitan dinamakan " الْغَرُورُ". Selain syaitan, dunia, harta, perempuan dan pangkat adalah " الْغَرُورُ".

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP