CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 269

March 30, 2011

TARIKH: 30/ 03/2011
MUKA SURAT :269
SURAH AN-NAHLU: Ayat:15-26


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SYABAB X


Apakah hukumnya melihat tarikh lahir untuk menentukan perangai seseorang? Dr. Fadhilah Khamsah selalu menggunakan petunjuk tarikh lahir untuk mengklasifikasikan pernagai seseorang.


2) SURADI


a) Apakah benar dikatakan patung yang dibuat akan minta nyawa daripada pembuatnya di akhirat kelak?

b) Apakah beza antara solat sunat Syuruq dengan solat sunat Duha?
c) Dalam ayat 98 surah Al-Hijr, digunukan sajidin. Kenapa dalam sesetengah ayat lain gunakan kalimah raki'in?

d) Apakah boleh berdoa dalam bahasa melayu ketika solat?

e) Kita disunatkan untuk berdoa dalam sujud. Sujud mana satu?

Read more...

DAURAH 268

March 29, 2011


TARIKH: 29/ 03/2011
MUKA SURAT :268
SURAH AN-NAHLU: Ayat:


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Read more...

DAURAH 267

March 28, 2011


TARIKH: 28/ 03/2011
MUKA SURAT :267
SURAH AL-HIJR: Ayat 91-99
SURAH AN-NAHLU: AYAT 1-6


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN


1) EN MUHAMMAD

Bagaimanakah untuk mengenalpasti bahawa taubat kita diterima oleh Allah SWT?

Ust Kama: Ia dilihat kepada amal soleh yang dilakukan sesudah taubat itu.


2) EN MOMOH

Apakah Abu Jahal dan Abu Lahab itu adalah orang yang sama?

Ust Kama: Abu Lahab adalah bapa saudara nabi SAW. Nama sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Manakala Abu Jahal pula ialah Amr bin Hisyam atau dipanggil juga Abu Al-Hakam





3) CIKGU MARIJIN


Mengapa sampai nabi Muhammad tidak memafkan orang yang mempersendakan baginda itu?

Ust Kama: Mempersenda nabi adalah jenayah berat dan menjadikan pelakunya murtad.


4) SURADI


a) Minta jawab soalan tertunggak mengenai 10 jenis golongan yang solatnya tidak diterima.

b) Apakah menyakiti jiran itu termasuk perbuatan yang membawa kepada muflis di akhirat kelak?


Read more...

Manaqib: Kelebihan Umar Al-Khattab

Berkata Umar Al-Khattab:


وافقت ربي في ثلاث: في مقام إبراهيم، وفي الحجاب، وفي أسارى بدر
 
" Aku menepati Allah dalam 3 perkara: Mengenai maqam Ibrahim, hukum memakai hijab bagi muslimat dan mengenai tawanan perang Badar"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Read more...

Mator ( مطر )

Mator  (مطر)  dalam bahasa Arab bermakna  hujan. kalimah yang sama erti dengannya  adalah " al-ghaith "   ( الغيث). Namun, menurut Ibn Uyainah, Allah tidak menyebut kalimah "mator" dalam Al-Quran melainkan yang dimaksudkannya adalah azab. 

Firman Allah SWT:

وإذ قالوا اللهم إن كان هذا هو الحق من عندك فأمطر علينا حجارة من السماء أو ائتنا بعذاب أليم

Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Quran) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, Maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih
(Surah Al-Anfal: Ayat 32) 
 

*Ibn Uyainah atau namanya Sufyan bin Uyainah Al-Hilali lahir di Kufah pada tahun 107 H bersamaan tahun 725 M.Beliau merupakan seorang Tabi'it Tabi'in dan dikatakan telah bertemu dan belajar dengan sekitar 87 orang dari kalangan mereka. Dia pernah bertemu Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Dia juga menjadi guru kepada Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal.
Baca: Arabnews

Read more...

Ilmu Tafsir: Khabar Masa lalu dan dan masa sekarang

Jika Allah mengkhabarkan dalam Al-Quran mengenai sesuatu dengan menggunakan lafaz kata kerja masa lalu (Feel Madhi), maka ia sama sahaja dan boleh ditukarkan maknanya kepada kata kerja akan datang atau sekarang. Ini kerana apa yang telah Allah khabarkan mengenai masa lalu maupun akan datang pasti berlaku. Seperti firman Allah SWT:

أتى أمر الله فلا تستعجلوه 
" Telah datang perintah Allah maka janganlah kamu minta segerakan"
(Surah An-Nahlu: Ayat 1)

Maksudnya, akan datang perintah Allah (untuk mengazabkan kaum yang sepetutnya menerima azab, maka tidak perlu kamu minta percepatkan. Allah menempelak permintaan orang-orang kafir yang minta dipercepatkan azab ke atas mereka jika benar Rasulullah SAW itu benar rasul utusanNya. Seorang kafir Quraisy bernama  Nadhir bin Al-Harith mengungkapkan satu permintaan kepada Allah :

اللهم إن كان هذا هو الحق من عندك
"Ya Allah! jika benar ini daripadaMu...(turunkan kami azab)


Lihat pula firman Allah dalam surah Al-A'raf, ayat 44:
 
ونادى أصحاب الجنة أصحاب النار

" Dan telah menyeru ahli syurga kepada ahli neraka..."

Peristiwa itu belum berlaku, namun Allah menggunkana lafaz kata kerja yang telah lalu (Feel Madhi). ia bermaksud "akan menyeru". Di sisi Allah, lafaz kata kerja madhi atau mudhari' sa,a sahaja.




Read more...

DAURAH 266

March 23, 2011

TARIKH: 23/ 03/2011
MUKA SURAT :266
SURAH AL-HIJR: Ayat 71-90


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN 

1)HJ.RANGES

Persoalan mengenai solat Qasar dan Jamak. Mana lebih utama, solat tamam atau qasar?

Ust Kama: Qasar lebih utama bagi musafir.


(Isu ini banyak dibincangkan dalam daurah-daurah terdahulu)





2) HJ. OSMAN

Mengapa Allah melarang Adam memakan buah dalam syurga itu?





Ust Kama: Dari sekian banyak perkara halal, hanyak sedikit yang diharamkan.



3) CIKGU MARIJIN

a) Kenapa isteri nabi Luth tergolong dari kalangan yang binasa?

Ust Kama: Istseri nabi Lut mengkhianati nabi Lut. Dia menyebarkan berita kehadiran malaikat utusan kerumah nabi Lut.

b) Ulasan tambahan: Saya juga telah membaca mengenai isu kahwin di masjid itu. Ia ditegah kerana menyerupai Kristian.



 4) MR.R


Mufti Perlis kata nikah di masjid tidak perlu, manakala mufti Kelanatan keta bagus. Mana satu yang betul?

Ust Kama: Bernikah di masjid bukan sunnah Rasulullah SAW. Mengamalkannya tidak bertentangan dengan peranan dan fungsi masjid. 

Read more...

DAURAH 265

March 22, 2011

TARIKH: 22/ 03/2011
MUKA SURAT :265
SURAH AL-HIJR: Ayat 52-71


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN 

1) CIKGU MARIJIN

kaum nabi Lut telah dimusnahkan dan zuriat mereka juga telah terputus, kenapa masih ada lagi orang yang mengamalkan homoseks sehingga sekarang?

Ust Kama: Penyimpangan manusia daripada fitrahnya akan terus berlaku sehingga kiamat.


2) EN. JUBAIDI

Ketika kita masuk ke masjid, kita ada masa sementara menunggu solat jemaah. Manakah kita perlu dahulukan antara solat sunat wuduk, solat sunat tahiyyatul masjid dan solat qabliyyah?

Ust Kama: Jika dibanding antara semuanya, solat rawatib (qabliyyah dan ba'diyyah) menduduki ranking keutamaan teratas.


3) SURADI

a) Kenapa nabi Lut dilarang memandang ke belakang semasa keluar dari negerinya?

Ust Kama: Kerana jika Lut dan keluarga melihat kejadian tersebut, mereka akan mati. Bila Allah menzahirkan jabarutnya ke atas makhluk, ia akan menimbulkan haibah yang membawa kepada kematian sebagaimana yang telah menimpa kaum nabi Musa yang pernah meminta untuk melihat Allah SWT.


b) Minta jawab soalan tertangguh malam kemarin.




(JAWAPAN KEPADA PERSOALAN SEMALAM)

"Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.." ( Al-Anbiya' : 30 )


Asal bumi dan langit bercantum diperkuatkan dengan teori Big Bang. 




Huraian mengenai teori Big Bang

Oleh kerana Al-Quran merupakan mukjizat yang membuktikan kebenaran Islam, maka Allah swt mengajak manusia berfikir tentang kebenaran fakta yang disampaikan melalui Rasulullah saw.

Sesiapa yang mengkaji kebenaran pernyataan Al-Quran, pasti akan menemui Islam sebagai pegangan hidupnya.

Sebagai contohnya ialah teori 'big bang'.

Syaikh Tantawi Jauhari melalui kitabnya Al-Jawahir yang ditulis sekitar tahun 1920-1930 menyebut :

"Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang-bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah swt pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya diketahui pada hari ini"

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.

Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini.

Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Wallahu a'lam.

Read more...

DAURAH 264

March 21, 2011

TARIKH: 21/ 03/2011
MUKA SURAT :264
SURAH AL-HIJR: Ayat 32 -  51


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 

1) MR. HAZIQ


Apakah membaca "bismillahirrahmanirrahim" pada ketika memulakan bacaan Al-Quran sama seperti membaca basmalah di permulaan perkerjaan lain?

Ust Kama: Membaca bismillah sahaja lebih menepati sunnah kerana demikian saranan yang terdapat dalam hadis. Tidak ada penambahan "arrahmanirrahim". Namun, ia bukan perkara besar yang perlu diperdebatkan. Siapa yang mahu berpegang dengan terma harfiah dalam sunnah, beramallah dengan lafaz bismillah sahaja.


2)HJ.JAAFAR

Sifat takbur walau ada sebesar zarah dalam hati, menghalang kita masuk ke syurga. Bagaimana  hendak membuangnya dan membolehkan kita ke syurga?

Ust Kama: ٍSabda Rasulullah SAW:


لا يدخل الجنة من في قلبه مثقال ذرة من كبر ولا يدخل النار من في قلبه مثقال ذرة من إيمان
" Tidak masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya sebesar zarah daripada sifat takbur, dan tidak masuk neraka mereka yang dalam hatinya sebesar zarah iman".


Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa takbur yang dimaksudkan dalam hadis adalah takbur yang menghalang keimanan.



3) EN. MOMOH

Apakah cukup dengan istighfar untuk membersihkan diri dari dosa takbur?

Ust Kama: 



4) CIKGU MARIJIN

Bagaimanakah keadaan ahli syurga yang duduk berhadap-hadapan dalam syurga itu? Bagaimana dengan isteri-isteri mereka? Apakah duduk bersama?

Ust Kama: Dalam syurga, ahlinya telah dibersihkan daripada kekotoran jiwa. 



4) MR. M

Bagaimana dengan keadaan mukminat/isteri-isteri kita dalam syurga? Apakah mereka secantik bidadari?

Ust Kama: Mukminat syurga lebih tinggi darjantnya daripada bidadari.



5) SURADI 



a) Ust kata para nabi-nabi diselamatkan Allah daripada tipudaya Syaitan. Kenapa Adam bileh tertipu dengan syaitan?

b) Neraka wail itu apa pula?

Wail bukan nama neraka. Ia satu tempat dalam neraka.

c)Apakah maksud bahawa dulu bumi dan langit bercantum lalu Allah pisahkan keduanya?


Ust Kama: Jawapan ditangguh ke malam esok.


Read more...

HUKUM PERKAHWINAN MANUSIA DENGAN JIN

Kadang-kadang berlaku ada manusia baik lelaki maupun perempuan berkahwinan dengan jin. Hal ini bukan lagi dakwaan semata, malah telah berlaku dan terbukti. Para ulama mempunyai tiga pendapat mengenai hukum perkahwinan antara jin dan manusia:


a) Haram-Pendapat Imam Ahmad bin Hambal.

b) Makruh- Pendapat Malik, Al-Hakam bin 'Utaibah, Qatadah, Hasan, Uqbah al-'Asom, Al-Hajjaj bin Artot, Ishak bin Rahawaih. Kadang-kadang makna makruh menurut pandangan ini ditafsirkan sebagai haram.Inilah pendapat kebanyakan ahli ilmu sebagaimana disebutkan oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Al-Fatawa.

c) Harus-Pendapat sebahagian ulama Syafiyyah.


Al-Mawardi menolak perkahwinan antara manusia dan jin kerana menurutnya manusia dan jin berasal dari asal yang tidak sama. Tidak sama jenisnya dan tidak sama tabia'atnya. Manusia adalah makhluk kasar dan jin pula makhluk ruhani yang halus. Manusia diciptakan daripada tanah sedangkan jin diciptakan daripada api. Maka, bagaimana mungkin boleh bercampur dua unsur yang berbeza ini. Sebab itu, beliau juga menolak lahinya zuriat daripada perkahwinan tersebut.

Baca selanjutnya: Islamqa

Read more...

Bermimpi Rasulullah

March 20, 2011

Bermimpi melihat Rasulullah SAW? Pernah satu orang mendakwa dia bermimpi melihat Rasulullah SAW, katanya Rasulullah SAW itu tidak berjanggut. Padahal ijmak ulamak ummat ini bahawa dari segi fizikal, Rasulullah SAW adalah seorang yang menyimpan janggut. Pernah pula seseorang mendakwa bahawa Rasulullah SAW dilihat dalam mimpinya berkulit hitam seperti kulit lelaki Habsyah. Kebetulan yang bermimpi itu adalah seorang syeikh tariqat dari sebuah negara Afrika. Ini bertentangan dengan nas Hadis Saheh dan fakta sirah yang menggambarkan nabi SAW itu berbangsa Arab Quraisy dan kulitnya putih kemerahan.

Justeru, atas dasar apa dikatakan yang hadir dalam mimpi itu adalah Rasulullah?Maka dakwa yang bermimpi itu bahawa yang datang dalam mimpi itu mengaku sebagai Rasulullah. 

Rasullah bersabda dalam sebuah hadis: 

من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتمثل في صورتي

"Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya Syaitan tidak boleh menyerupaiku".
(Hadis Muttafaq 'alaih)


Hadis ini menjelaskan kepada kita beberapa perkara yang boleh difahami:

a) Mimpi melihat Rasulullah SAW adalah benar.

b) Syaitan tidak boleh menjelma dalam rupa Rasulullah SAW.

c) Syaitan boleh menjelma rupa sesiapa sahaja yang lain selain Rasulullah SAW,

d) Syaitan boleh menjelma rupa seseorang yang lain dan mendakwa dia adalah Rasulullah.

Sebab itu, dakwaan melihat Rasulullah SAW itu tidak boleh dipercayai dengan semberono. Orang yang mendakwa itu hendaklah daripada kalangan orang yang boleh dipercayai dan sentiasa berada di atas landasan syariat Allah SWT. Sekadar melihat Rasulullah bukanlah menunjukkan hebat seseorang kerana ramai juga mereka yang kufur dan engkar pada zaman nabi melihat Rasulullah SAW. Abu Jahal, Abu Lahab, Umayyah bin Khalaf dan Abdullah bin Ubai adalah antara kalangan mereka yang melihat Rasulullah SAW sedangkan mereka adalah kafir dan mati dengan kekufuran mereka.

Read more...

Hadis: Larangan memulakan salam kepada bukan Islam.

March 17, 2011

Terdapat hadis yang menyebutkan Rasulullah SAW melarang daripada memulakan salam kepada orang bukan Islam. Hadis tersebut terdapat dalam Saheh Muslim, Sunan Tarmizi dan Musnad Ahmad. Dirawayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 
لا تبدءوا اليهود ولا النصارى بالسلام، فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه.

"Janganlah kamu memulakan salam kepada Yahudi dan Nasrani, jika kamu bertemu dengan mereka di jalan, himpitkan mereka ke tepi".

Ada dua perkara dalam hadis ini iaitu:

a) Larangan memulakan salam ke atas Yahudi dan Nasrani (termasuklah semua orang kafir)

b) Perintah menghimpit orang Yahudi dan Nasrani ke tepi jika bertemu di jalan

Oleh itu, jika kita hendak menegaskan tentang haramnya memulakan salam ke atas orang kafir sebagaimana dalam point pertama, bagaimana pula dengan point kedua yang memerintah supaya menghimpit mereka?

Para ulama mempunyai perselisihan pendapat mengenai memberi salam kepada orang kafir dan menjawab salam dari mereka. Kebanyakkan ulama salaf dan khalaf berpendapat haram memulakan salam ke atas orang kafir dan mewajibkan jawapan ke atas salam mereka hanya dengan lafaz "wa 'alaika". Hadis di atas menjadi dalil pengharaman memulakan salam ke atas orang kafir.

Namun, sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi terdapat sebahagian ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada orang kafir. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian. Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).
 
Adapun hadis yang melarang kita memberi salam orang kafir ,mengikut  Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata " Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam" .Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.

Syeikh Muhammad Uthaimin merumuskan persoalan menjawab salam daripada orang kafir kepada 3 bahagian:

a) Jika orang kafir itu mengucapkan "As-samu alaikum", maka kita jawab "wa'alaikum".
b) Jika kita ragu-ragu sama ada dia mengucapkan "As-Samu'alikum" atau "Assalamualaikum", maka jawapan kita ialah "Wa'alaikum".
c) Jika orang kafir mengucapkan "Assalamualaikum" secara jelas dan terang, maka hendaklah kita menjawab "Wa'alaikumussalam".


Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma''aad jilid 2 halaman 424 menuliskan bahwa sebagian ulama membolehkan untuk mendahului orang kafir dalam memberi salam demi kemashlahatan yang kuat dan nyata dibutuhkan. Atau karena alasan takut dari ulah orang kafir itu. Atau karena adanya hubungan kekerabatan denganmereka. Atau karena sebab-sebab lain yang seperti itu.


Rujuk Tulisan Ibn Taimiyyah. 

Bacaan tambahan:

1). Khilafahcenter
2). Islamweb
3). Islamqa



Read more...

Cuti sekolah-Daurah ditangguhkan

March 13, 2011




Minggu ini  cuti sekolah. Daurah pada minggu ini ditangguhkan dan akan diadakan pada minggu berikutnya, insya Allah. Penangguhan ini kerana kemungkinan ramai ahli  Daurah yang akan pergi bercuti, termasuk mentor Daurah. Sehingga bertemu lagi selepas cuti persekolahan.





Read more...

DAURAH 263

March 9, 2011

TARIKH: 9/ 03/2011
MUKA SURAT :263
SURAH AL-HIJR: Ayat 16-31


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN DAN PERSOALAN 

1) AHMAD DAUD


a) Ada pandangan mengatakan jika kita bermimpi, selepas 3 hari baru boleh diceritakan. Apakah pandangan ini berasas?

Ust Kama: Mimpi yang baik boleh diceritakan. Mimpi yang buruk hendaklah disembunyikan. Mimpi itu untuk penta'bir yang pertama. Tidak ada warad nas menyataka selepas 3 hari baru boleh cerita mimpi. 

b) Apakah hukumnya bercakap semasa azan?

 Ust Kama: Bercakap semasa azan tidak ada larangan sama ada oleh muazzin maupun orang yang mendengarnya. Dikatakan ada hadis yang mencela berkata-kata waktu azan, ia adalah hadis yang tidak warad dalam mana-mana sunnan sittah. Hadis itu sama ada daif atau palsu. Sebahagian ulama menghukumkan makruh dan Bin Baz mengatakan bahawa diam semasa azan serta menjawabnya adalah sunnah.

Rujuk: Binbaz




2) EN SAMIT


Ulasan: Rupanya Al-Quran telah mendahului perbincangan masyarakat dunia hari ini mengenai pemanasan global. Dalam Al-Quran telah menyebutkan mengenai keseimbangan ekologi dan ekosistem sebagaimana yang dirakamkan dalam ayat 19 surah Al-Hijr:

والأرض مددناها وألقينا فيها رواسي وأنبتنا فيها من كل شيء موزون


Dan kami Telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan kami tumbuhkan padanya segala sesuatu mengikut imbagan yang tepat (mauzun).

3) SURADI

a) Apakah hukumnya memberi gelaran kepada seseorang? Bukankah nabi telah memberi gelaran Abu Hurairah kepada seorang sahabatnya?

Ust Kama: Hukum menggelarkan seseorang tertakluk kepada jenis gelaran itu dan penerimaan orang yang digelar. Gelaran (laqab) merupakan antara da'bul ulama. Rasulullah sendiri mempunyai gelaran yang pelbagai. Baginda juga memberi gelaran kepada beberapa sahabatnya. Namun, gelaran yang diberikan hendaklah membawa maksud baik dan disukai oleh orang yang dipanggil.

b) Apakah syaitan memang tidak dapat dilihat sejak dulu lagi?

c) Terdapat kalangan yang menyalah gunakan firman Allah yang berbunyi:

أنا الله لا إله إلا أنا
Minta penjelasan...

Ust Kama: Mengambil firman Allah tersebut untuk diungkapkan sebagai kata-kata biasa adalah salah dan membawa kepada kufur. Ungkapan semacam itu samalah seperti ungkapan "ana al-Haq sebagaimana menjadi kalam yang diungkapkan oleh Ibn Arabi yang menyebarkan falsafah wehdatul wujud.  Wehdatul Wujud telah dihukumkan sesat dan terkeluar dari akidah Islam oleh jumhur ulama.




Read more...

Hadis: Syaitan pengintip berita langit

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

إذا قضى الله الأمر في السماء ضربت الملائكة بأجنحتها خضعانا لقوله كالسلسلة على صفوان قال علي وقال غيره صفوان ينفذهم ذلك فإذا { فزع عن قلوبهم قالوا ماذا قال ربكم قالوا } للذي قال { الحق وهو العلي الكبير } فيسمعها مسترقو السمع ومسترقو السمع هكذا واحد فوق آخر ووصف سفيان بيده وفرج بين أصابع يده اليمنى نصبها بعضها فوق بعض فربما أدرك الشهاب المستمع قبل أن يرمي بها إلى صاحبه فيحرقه وربما لم يدركه حتى يرمي بها إلى الذي يليه إلى الذي هو أسفل منه حتى يلقوها إلى الأرض وربما قال سفيان حتى تنتهي إلى الأرض فتلقى على فم الساحر فيكذب معها مائة كذبة فيصدق فيقولون ألم يخبرنا يوم كذا وكذا يكون كذا وكذا فوجدناه حقا للكلمة التي سمعت من السماء

“Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit, para malaikat mengepakkan sayap-sayapnya karena patuh akan firman-Nya, seakan-akan firman (yang didengar) itu seperti gemerincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata. Hal itu memekakkan mereka (sehingga mereka jatuh pingsan karena ketakutan). Maka apabila telah dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata : “Apa yang difirmankan Tuhanmu ?”. Mereka menjawab : “(Perkataan) yang benar. Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar”. Ketika itulah, (syaithan-syaithan) pengintip berita (wahyu) mendengarnya. Keadaan pengintip berita itu seperti ini : sebagian mereka di atas sebagian yang lain – digambarkan oleh Sufyan (perawi hadits – Abul-Jauzaa’) dengan telapak tangannya, dengan direnggangkan dan dibuka jari-jemarinya – maka ketika pengintip  berita (yang di atas) mendengar kalimat (firman) itu, disampaikannyalah kepada yang di bawahnya. Kemudian disampaikan lagi kepada yang ada di bawahnya, dan demikian seterusnya hingga disampaikan ke mulut tukang sihir atau tukang ramal. Akan tetapi, kadangkala syaithan pengintip berita itu terkena syihab (meteor) sebelum sempat menyampaikan kalimat (firman) tersebut, dan kadangkala sudah sempat menyampaikannya sebelum terkena syihab. Lalu dengan satu kalimat yang didengarnya itulah, tukang sihir atau tukang ramal melakukan seratus macam kebohongan. Mereka (yang mendatangi tukang sihir atau tukang ramal) mengatakan : “Bukankah dia telah memberitahu kita bahwa pada hari begini akan terjadi begitu (dan itu benar terjadi)”; sehingga dipercayalah tukang sihir atau tukang ramal tersebut karena satu kalimat yang telah didengar dari langit”
(HR. Bukhari nomor 4424 dan 4522).

Read more...

DAURAH 262

March 8, 2011

TARIKH: 8/ 03/2011
MUKA SURAT :262
SURAH AL-HIJR: 1-


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN

1) MARIJIN

a) Apakah golongan "jahannamiyyin" akan kekal dalam syurga?

Ust Kama: Jahannamiyyin adalah banduan neraka jahannam yang dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga. Sesiapa yang masuk ke syurga, tidak akan pernah keluar lagi sebagaimana penegasan nas Al-Quran sendiri.

b) Apakah seseorang yang tidak dapat pasangan di dunia akan memperolehinya di akhirat?

Ust Kama: Fitrah Allah menjadi setiap sesuatu berpasangan. Maka demikianlah manusia. Jika di dunia dia tidak mendapat pasangan, bukan bermakna dian tidak dijadikan pasangan. Mungkin pasangannya di akhirat. Jika di syurga, pasangannya di syurga. Jika di neraka, pasangannya dalam neraka.


2) SAMIT

Mana lebih baik, baca Quran dengan hafalan sahaja atau sambil melihat naskhah?

Ust Kama: Baca Quran sambil menatap mashaf lebih besar pahalanya.


3) EJEN ASTRO

Seorang anak dinikahkan berwalikan bapa zinanya, sahkah perkahwinannya?


Ust Kama: Bapa zina tidak sah menjadi wali perkahwinan anak hasil zinanya.

4) SURADI

Seseorang yang tidak kahwin sehingga mati kerana tidak bertemu jodoh di dunia, apakah dia termasuk kalangan yang tidak diakui ummat nabi?

Ust Kama: Dalam hadis disebutkan perkataan "benci untuk mengamalkan sunnah nabi". Jika dia mati tidak berkahwin bukan kerana benci berkahwin, dia tidaklah termasuk dalam maksud hadis tersebut.







Read more...

DAURAH 261

March 7, 2011

TARIKH: 7/ 03/2011
MUKA SURAT :261
SURAH IBRAHIM: 


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN DAN PERSOALAN 

1) HJ JAAFAR

Apakah maksud doa nabi Ibrahim:

رب إجعلني مقيم ألصلاة ومن ذريتي

2) MARIJIN

Kuliah semalam menyebutkan bahawa lafaz usolli tidak berasal daripada nabi. Bagaimana dengan solat yang meyebut usolli?

Ust Kama: Lafaz "usolli" bukan sunnah kerana tiada dalil menyarankannya. Melakukannya, sama ada dibolehkan atau tidak, ia adalah masalah furu' yang diperselisihkan. Sebaiknya ditinggalkan. Perlu diketahui bahawa lafaz usolli bukan sebahagian daripada solat.

Rujuk: Islamqa


3) SURADI

a) Jika solat di masjidil Haram itu 100 ribu kali berbanding solat di tempat yang lain, apakah ia boleh menggantikan solat fardhu yang ditinggalkan?

Ust Kama: Tidak bisa

b) Seorang makmum masbuk solat kurang rakaat pada pemerhatian kita, tetapi ketika ditegur mengenainya dia mengatakan dia yakin cukup, bagaimana solatnya?


Ust Kama: Solatnya sah menurut keyakinannya.



4) SAMIT

Makmum yang menggantikan iman ketika sedang solat, apakah dia meneruskan solat imam atau memulakan yang baru?

Ust Kama: Dia meneruskan solat imam.

5) HJ AYUNG HASSAN

Jika solat imam kurang rakaat, biarpun sudah ditegur, dia tetap memberi salam. Apakakah makmum yang yakin kurangnya rakaat imam perlu bangun menambah?

Ust Kama: Wajiblah atas makmum menambahkan yang kurang.

6) RAMLIN
Saya pernah mendengar seorang penceramah mengatakan ada 10 perkara yang jika dilakukan solat seseorang tidak diterima. Saya tak sempat dengar 10 sebab itu sebab terpaksa meninggalkan majlis itu. Boleh terangkan 10 sebab itu?

Ust Kama:  Akan dijawab kemudian.

Carian jawapan:
(Dimasukkan pada 18 Mac 2011)
ٍ
Saya musykil tentang penetapan 10 golongan itu. Ada sesetengah catatan menyenaraikan 7 golongan. Ada yang menyenaraikan 8 golongan. Malah ada yang lebih. Sememangnya terdapat nas hadis yang menyebutkan beberapa golongan yang solat mereka tidak diterima.  Di sini saya cuba senaraikan 7 golongan berserta dalil-dalilnya iaitu:
1) Orang yang mendatangi nujum (arraf);
Sabda Rasulullah SAW:
من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
"Sesiapa yang mendatangi seorang ahli nujum dan bertanya kepada sesuatu, tidak diterima solatnya selama 40 hari"
(Hadis riwayat Muslim)
2) Seorang hamba yang lari daripada tuannya.
Sabda Rasulullah SAW: 

إذا أبق العبد لم تقبل له صلاة 
" Apabila seorang hamba lari dari tuannya, tidak diterima solatnya"
(Hadis riwayat Muslim)

3) Wanita yang memakai minyak wangian dan pergi ke masjid.

Sabda Rasulullah SAW:

أيما امرأة تطيبت للمسجد لم يقبل لها صلاة حتى تغسله عنها اغتسالها من الجنابة
" Mana-mana perempuan yang berwangian lalu pergi ke masjid, tidak diterima solatnya sehingga dia membasuhnya sebagaimana dia mandi jenabah".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud-Disahehkan oleh Albani)


4) Meninggalkan solat jemaah tanpa uzur.

Sabda Rasulullah SAW:
من سمع النداء فلم يجب فلا صلاة له إلا من عذر

"Siapa yang mendengar seruan azan, lalu tidak menyahutnya, maka tidak diterima solatnya melainkan dengan sebab keuzuran".
(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah-Disahehkan oleh Al-Bani)
5) Peminum arak yang tidak bertaubat.

Sabda nabi SAW:

من شرب الخمر لم تقبل له صلاة أربعين صباحاً ، فإن تاب تاب الله عليه

" Siapa yang minum arak, tidak diterima solatnya selama 40 pagi. Jika dia bertaubat, maka Allah maha menerima taubatnya".
(Riwayat Ahmad dan Tarmizi-Lihat Saheh Al-Jami' (6312))

6) Dua orang yang tidak bertegur sapa tanpa sebab yang dibenarkan.
Sabda nabi SAW:

ثلاثة لا يقبل الله لهم صلاة : ... وأخون متصارمان  أي متقاطعان فوق ثالث والمراد التقاطع في الجائز ديناً
" 3 orang yang tidak diterima solatnya:....dan dua orang bersaudara yang bergaduh (lalu  tidak bertegur sapa melebihi 3 hari) dan yang dimaksudkan dengan memutuskan adalah dalam perkara yang harus dari segi agama.
(Hadis riwayat Ibn Hibban dan Ibn Majah-Syuaib Arnut menyifatkan hadis ini punya sanad yang hasan)

7) Anak derhaka dan pemutus silaturrahim
Sabda nabi SAW: 
لا يقبل الله عمل قاطع رحم
" Tidak diterima oleh Allah SWT amalan orang yang memutuskan silaturrahim".
(Riwayat Ahmad)



8) Imam yang tidak disukai makmum

9) Isteri yang derhaka suami


Sabda Nabi SAW:

ثلاثة لا ترفع صلاتهم فوق رءوسهم شبرا : رجل أم قوما ، وهم له كارهون ، وامرأة باتت وزوجها عليها ساخط ، وأخوان متصارمان

" 3 jenis manusia yang solat mereka tidak diangkat melepasi kepala mereka walau sejengkal: Seorang lelali yang menjadi imam solat satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, seorang perempuan yang bermalam dalam keadaan suaminya marah kepadanya dan dua orang saudara muslim yang yang bergaduh".
(Riwayat Ibn Majah dengan sanad yang hasan)



Read more...

DAURAH 260

March 2, 2011

TARIKH: 2/ 03/2011
MUKA SURAT :260
SURAH IBRAHIM: 34-42


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) EN SYUKUR

Rakyat yang bangkit menentang pemerintah mereka di Timur Tengah, terbunuh, apakah kematian mereka shahid?

2) MARIJIN

a) Apakah darjat kelebihan solat di masjid Aqsa?

Ust Kama: 500 darjat berbanding masjid yang lain.

 حديث أبي الدرداء رفعة الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة ،و الصلاة في مسجدي بألف صلاة والصلاة في المسجد الأقصى بخمسمائة صلاة " قال البزاز :إسناده حسن .

b) Apakah hikmah Allah melebihkan ibadat di tiga buah masjid tersebut?

Ust Kama: Masjid tersebut terletak di tanah haram. Ia juga masjid terawal dibina. Allah memuliakan di atas semua masjid yang lain.

3) SURADI

a) Sesiapa yang ziarah jenazah orang mati diberi ganjaran satu qirat. Apakah khusus hanya kepada jenazah muslim?

Ust Kama: Ya, khusus untuk ziarah jenazah muslim kerana itulah haqqul muslim ke atas muslim yang lain.

b) Bolehkah akikah dibuat di tempat lain (bukan tempat asal kita)?

Ust Kama: Akiqah boleh dibuat di mana sahaja.

c) Apakah imam perlu melantik penggantinya jika solatnya terbatal atau biarkan sahaja orang di belakangnya menggantikannya?


Ust Kama: Imam hendaklah menarik makmum di belakangnya untuk menggantikan tempatnya.

Read more...

DAURAH 259

March 1, 2011


TARIKH: 1/ 03/2011
MUKA SURAT :259
SURAH IBRAHIM: Ayat 25-33


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : SABARUDDIN
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ. JAAFAR
Hadis yang menceritakan kedatangan malaikat-malaikat  dan malaikat maut saat seseorang itu akan mati. Bukankah saat itu ramai saudara mara di sisi si mati. Di mana malaikat maut duduk pula?

 Ust Kama: Malaikat berada dalam dimensi yang lain.

2) EN. MOMOH

a) Kalimah yang buruk itu apa?

Ust Kama: kalimah buruk adalah kalimah yang berlawanan dengan kalimah tauhid.

b) Apakah syurga dan neraka telah ada sekarang?

Ust Kama: Ya, Syurga dan Neraka telah pun ada sekarang. Ini berdalilkan nas Al-Quran dan hadis yang menggambarkan bahawa ia telah ada.

Rujukan :Islamqa


3) MARIJIN


Harta yang ditinggalkan si mati, jika dibelanjakan ke arah kejahatan oleh anaknya, apakah dia mendapat dosa?

Ust Kama: Seseorang itu tidak menanggung dosa yang dilakukan orang lain.

4) ANWAR TABALON
Apakah soal mungkar nakir dialami oleh orang kafir?

Ust Kama: Menurut Abdul Barr, sial mungkar dan nakir dalam kubur khusus untuk orang Islam termasuklah munafiq kerana mereka juga mengucap shahadah. Namun pendapat Jumhur ulama , soal mungkar dan nakir adalah meliputi Islam dan Kafir. Ibn Qayyim dalam kitabnya Ar-Ruh  menyatakan bahawa dalil Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa soal mungkar dan nakir itu ke atas muslim dan kafir.

Rujuk: Risalatul Islam

5) HJ. RANGES

Apakah hukumnya mencium mayat (jenazah)?

Ust Kama: Mencium mayat adalah diharuskan untuk kaun kerabat, mahram dan juga isteri/suami si mati. Dengan kata lain, siapa yang harus menciumnya masa hidup, haruslah masa matinya. Ketika Uthman bin Maz'un meninggal, Rasulullah SAW menciumnya. Demikian juga Abu Bakar, mencuim Rasulullah setelah wafatnya baginda.

Rujuk:
1) Islamweb
2) Islamway


6) HJ AYONG

a) Minta ulas punca-punca orang Islam tidak solat.

Ust Kama: Persoalan ini sangat luas untuk dihuraikan.

b) Apakah perkara-perkara syirik yang sering berlaku dan kita leka tentangnya?

Ust Kama: Syirik itu lebih seni dari semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.






Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP