CARI KANDUNGAN BLOG

TABIAT MANUSIA MENGGEROGOTI DUNIA.

May 30, 2016

Manusia seperti kalkatu memburu lampu.
Manusia seperti semut menghurungi air gula.

Kerana dunia, sanggup berperang dan berbunuhan.
Kerana dunia sanggup putus saudara berntakan silaturrahmi.
Tidak mengapa menderita di akhirat yang abadi
demi nikmat dunia yang sekejab cuma.

Sabda Rasululah SAW dalam sepotong hadis:

لَا تَقُومُ اَلسَّاعَةُ, حَتَّى يَحْسِرَ اَلْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مَنْ ذَهَبٍ يَقْتَتِلُ اَلنَّاسُ عَلَيْهِ, فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ, وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ: لَعَلِّي أَنَا اَلَّذِي أَكُونُ أَنْجُو

" Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terdedah dalam sungai Furat (Euphrates) gunung daripada emas, lalu manusia berbunuhan untuk merebutnya. Maka, akan terbunuh 99 orang daripada setiap 100 orang. Setiap daripada mereka akan berkata: Mungkin akulah seorang yang selamat itu (lalu dapat memiliki harta segunung emas)-Hadis Riwayat Muslim.

Dalam riwayat yang lain dalam saheh Bukhari dan juga muslim, disebutkan nasihat Rasulullah SAW kepada sesiapa yang melihat peristiwa tersebut, janganlah mengambil sedikitpun daripada khazanah tersebut. Ini kerana ia adalah bencana, musibah dan pembawa kemusnahan dalam hidup di dunia, lebih-lebih lagi di hari akhirat.

Ada kalangan yang mentafsirkan hadis tersebut sebagai khabar tentang terjumpaan telaga minyak sehingga mengundang perebutan manusia. namun, zahir hadis menyebutkankan tentang keringnya sungai dan kelihatan gunung emas. Sifat telaga minyak tidak seperti itu. Maka, kita menyakini apa yang nabi khabarkan seadanya.

Tidak perlu terlalu asyik mentakwil nas dariapda lafaz yang dinaskan. Banyak orang tergelincir kerana mabuk takwil sehinggakan kemukjizatan nas menjadi hilang kerana takwilan macam-macam yang diada-adakan.

Iktibar yang penting. Bahawa manusia akan dimabukkan oleh dunia. Di antara sekian banyak manusia, yang dapat bertahan cuma sedikit. Selalulah beringat agar kita jadi orang yang selamat. Orang yang selamat adalah orang yang tidak tidak menghulurkan tangannya mengambil bahagian dalam perebutan manusia.

Manusia berebut emas.
Manusia juga berebut pangkat dan kedudukan.
Manusia berebut kemegahan dan sanjungan.
Semuanya itu, jika direbuti akan mendatangkan musibah dan bencana buat diri.

Allahumma nasta'in ilaik!.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP