CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 473

August 28, 2013

TARIKH : 28/ 08 /2013
MUKA SURAT :473
SURAH GHAFIR: AYAT50-58


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN
 
 
 1) EN. SAMIT

Apakah dibolehkan kita menjemput ornag bukan Islam hadir ke majlis kita yang mengandungi bacaan doa seperti kenduri doa selamat, tahlil dan sebagainya.

Ust Kama: Boleh, malah itu adalah jalan dakwah.

2) EN MOMOH

Apakah di akhirat nanti kita masih boleh berdoa?

Ust Kama: Memang di akhirat nanti orang hanya boleh berdoa minta rahmat Allah  SWT


3) PEMUDA H

Siapakah ummat Muhammad SAW?


4) MUDA AJAK

a) Apakah metodologi....

b) Apakah tahap kualiti mathurat?


Read more...

DAURAH 472

August 27, 2013

TARIKH : 27/ 08 /2013
MUKA SURAT :472
SURAH GHAFIR: AYAT 41-49


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN
1) HJ. RANGES
Apakah benar roh kembali ke dunia termasuk balik rumahnya?

2) HUSSIN MUIN

Minta diceritakan kisah Barsisa.



Ust Kama: Menceritakan kisahnya secara ringkas. Cerita lengkap sila dengar.





3) MUDA AJAK
a)
b) Apakah surah Ghafir ada nama lain?
c) Minta pandangan mengenai isu kalimah Allah.

4) HJ. MARIJIN

Dikatakan bahawa tempoh masa antara tiupan sangakakala pertama dan kedua adalah 40 tahun. Minta dijelaskan lagi.
 

Read more...

DAURAH 471

August 26, 2013

TARIKH : 26/ 08 /2013
MUKA SURAT :471
SURAH GHAFIR: AYAT34-40


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : EN MOMOH
TAFSEER                           : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN
1) HJ. MARIJIN
a) Apakah Firaun itu sebuah gelaran raja Mesir?

Ust Kama: Firaun adalah gelaran raja-raja Mesir dalam satu tempoh pemerintahan. Mesir diperintah oleh pelbagai dinasti dan bukan semua dinasti menggunakan gelaran tersebut. Yang terakhir sebelum Islam memerintah Mesir, gelaran rajanya adalah Muqauqis.
b) Minta penjelasan lanjut mengenai golongan Murjiah.

Ust Kama: Golongan Murjiah adalah mereka yang memutuskan hubungan antara amal dengan iman. Iman tidka bertambah atau berkurang dan amal tidka memberi kesan kepadanya. Amal adalah ketentuan Allah SWT sebagaimana iman juga ketentuan Allah SWT.

Zaman kini, mereka yang mendakwa kebaikan itu dinilai pada hati dan bukan pad luaran adalah ciri-ciri pemikiran Murjiah.

Rujuk: Makna Murjiah
2) EN. MUDA AJAK
Perkembangan di Mesir menyaksikan dakwah Ikhwanul muslimin yang menghadapi saat getir. Minta penjelasan mengenai peranan Ikhwanul muslimin.


Read more...

DAURAH 470

August 21, 2013

TARIKH : 21/ 08 /2013
MUKA SURAT :470
SURAH GHAFIR: AYAT 26-33


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : EN. MOMOH SIDUM
TAFSEER                           : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1) SURADI


Merujuk kepada cerita ustaz sebelum ini tentang seorang sahabat yang  mati sebelum selesai solat Subuh, apakah dia dihukumkan belum selesai dan mash menanggung kewajipan solat Subuh?

Ust Kama: Tidak menanggung dosa


2) HJ. RANGES


Bagaimana cara menyampaikan salam orang lain yang dikirimkan kepada kita kepada kepada nabi SAW?

Ust Kama: Tidak perlu berkirim salam kepada orang lain untuk disampaikan kepada nabi. Tidak dibuat oleh orang yang terdahulu.




3) PEMUDA X


Jika bapa tidak solat, apakah anak menanggung dosa kelalaian bapanya itu?

Ust Kama: Anak tidak menanggung kelalain bapa. Tugas anak mendakwahi bapanya sama seperti tugasnya mendakwahi orang lain. Namun, bapa punya amanah dan tanggungjawab mengingatkan  anak-anak agar menegakkan solat.


4) CIKGU KHAIRUDDIN


Minta ulasan mengenai isu Syiah dan Mesir.

Ust Kama: Enggan menjelaskannya kerana ia adalah isu yang panjang.

5) HJ. MARIJIN


Apakah kesudahan yang terjadi kepada Firaun?

Ust Kama: Firaun akhirnya mati lemas dalam laut.


Read more...

DAURAH 468

August 19, 2013

TARIKH : 19/ 08 /2013
MUKA SURAT :468
SURAH GHAFIR: AYAT 8-16
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : EN. ANWAR TABALUN
TAFSEER                           : UST KAMA



1) SURADI

a) Bolehkah baca tasbih nabi Yunus sebagai doa dalam sujud solat?

Ust Kama: Membaca Al-Quran dalam sujud bukanlah dari adab yang baik dengan Al-Quran. Sepatutnya dalam sujud tidak dibacakan Al-Quran kerana Al-Quran itu, sesuai dengan kemuliaannya, dibaca semasa semasa duduk atau berdiri. Namun, jika ayat Quran itu mengandungi maksud doa, maka tidak menjaid halangan untuk membacanya sewaktu sujud.
 
b) Minta penjelasan mengenai kes solat taraweh terdahulu yang berlaku kurang satu sujud dalam rakaat.

Ust Kama: Imam yang kurang satu sujud itu hendaklah meneruskan rakaat dan menganggap rakaat yang kurang sujud itu sebagai tiada. 

2) HJ. X

Witir yang manakah paling afdhal? Witir 3 rakaat satu salam atau dua salam?

Ust Kama: Witir 3 rakaat dengan 2 salam yang paling afdhal.
 

3) HJ. MARIJIN

a) Berapakah jumlah orang yang boleh diberi syafaat  oleh seseorang yang diizinkan memberi syafaat oleh Allah di akhirat kelak?

Ust Kama: Jumlahnya tidak ditentukan. Hanya disebutkan dalam hadis jumlah syafaat seorang syahid adalah 70 orang  dan Hafizul Quran sebanyak 10 orang.

b) Seorang bapa yang berbuat syirik dan anaknya hafiz Al-Quran, apakah ia bioleh diberi syafaat untuk masuk syurga?


Ust . Kama: Siapa yang mati syirik, kekal dalam neraka selama-lamanya.Wal Iyazu Billah!

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP