CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 325

October 12, 2011

TARIKH 12/ 10/2011
MUKA SURAT :325
SURAH AL-AMBIYA: AYAT


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : CIKGU KHAIRUDDIN
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
1) HJ.AYONG HASAN
a) Komen: Adat membakar kayu setanggi ini dikatakan hanya untuk mewangikan. Demikianlah apa yang dikatakan kepada saya oleh mereka yang mengamalkannya.

Ust. Kama: Alasan tersebut boleh dipertikaikan kerana kalau mahu wangi, minyak atar lebih wangi. Kayu Setanggi adalah warisan adat hindu yang meresap ke dalam masyarakat Melayu,sebagaimana banyak adat adat lain yang meresap ke dalam masyarakat Mmelayu seperti persandingan, mandi tolak bala dan sebagainya.

b) Apakah hukumnya persandingan masa kahwin?

Ust Kama: Persandingan sudha tentu diharamkan jika diadakan di khalayak ramai atau kepada yang bukan kerabat. Lebih-lebih lagi kalau ia dilakukan dengan mendedahkan aurat.

c) Cadangan: Saya minta supaya khutbah Jumuat berkisar memperingatkan masyarakat mengenai budaya bersanding yang diharamkan ini disampaikan.

2) AHMAD BIN DAUD


Cadangan: Sepatutnya pasangan penganti yang mahu berkahwin itu diperingatkan dalam kursus penkahwinan lagi tentang persandingan yang bukan dari ajaran Islam dalam perkahwinan. Namun, kenapa Kursus Perkahwinan tidak memasukkan silibus demikian semasa kursus? Inilah yang kita kesalkan.



Read more...

JARYAH LCD PROJECTOR

October 8, 2011

Kempen sumbangan derma untuk membeli LCD Projector bagu kegunaan kuliah-kuliah dan pembentangan multimedia di masjid fajar telah dilancarkan pada penghujung bulan Ramadhan yang lalu. Setelah dikumpulkan semuanya, maka jumlah keseluruhannya ialah RM2120.00. Skrin lengkap dengan kakinya telah disumbangkan oleh seorang anak muda. Insya Allah, urusan pembelian LCD Projector akan disempurnakan dalam masa terdekat. 


Setelah itu, kuliah-kuliah ikhtisas akan dijalankan di masjid Al-Fajar. Kuliah-kuliah ini akan menumpukan ilmu-ilmu pelbagai mengikut kepakaran masing-masing termasuk kuliah IT, Bahasa Arab, Inggeris dan sebagainya yang dirasakan perlu. Konsepnya adalah sama seperti kuliah-kuliah agama yang telah menjadi rutin selama ini di masjid-masjid. Berpegang bahawa semua ilmu yang baik itu adalah ilmu Islam dan perlu disebarkan, maka kuliah ikhtisas ini dirasakan perlu untuk memenuhi tuntutan masyarakat.


Para ahli jemaah yang berjiwa duat, ikhlas dan ingin mencari pahala daripada Allah SWT dipelawa untuk menyatakan kesediaan menjadi penyampai kuliah ikhtisas ini. Semoga Allah menambahkan ilmu orang yang menyampaikan ilmunya.

Read more...

DAURAH 323

October 5, 2011

TARIKH05/ 10/2011
MUKA SURAT :323
SURAH AL-AMBIYA: AYAT 11-21


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST. KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
1) SURADI

Apakah nabi Idris turut mati ketika sangkakala ditiupkan?

Ust Kama: Apabila ditiupkan sangkakala, semuanya musnah kecuali apa yang Allah kehendaki tidak musnah. Para ulama menyebutkan bahawa antara yang tidak musnah adalah syurga dan neraka. Oleh kerana nabi Idris berada dalam syurga, maka dia juga tidak musnah sebagaimana para bidadari dalam syurga tidak musnah. Wallahu a'lam.


Read more...

DAURAH 322

October 4, 2011

TARIKH 04/ 10/2011
MUKA SURAT :322
SURAH AL-AMBIYA: AYAT 1-10


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SAMIT
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
 
1) HJ. MUHAMMAD
Apakah maksud Syafaat dan bagaimana situasinya?
 

2) IKHWAH AIM

Apakah peranan anak dalam menghadapi ibu bapa yang tidak solat dan tidak menjaga batas agama?

3) KHAIRUDDIN

Ulasan-Dewasa ini kedapatan ramai kalangan orang Islam yang malas menuntut ilmu sehingga mereka beramal tidka berdasarkan ilmu. 

4) SAMIT

Ulasan-Mengemukakan kajian saitifik yang mendedahkan bahawa kebiasaan menahan air kencing menyebabkan berlaku gangguan saraf. Keputusan mesyuarat yang para pesertanya menahan air kecing tidak melahirkan resolusi yang memberangsangkan. Ini tentunya membuktikan lagi kehebatan nas hadis yang melarang kita menahan air kencing.


Read more...

DAURAH 321

October 3, 2011

TARIKH  03/ 10/2011
MUKA SURAT :321
SURAH THAHA: AYAT  126-135
 


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
 
1) HJ. YUSUF
a) Apakah kedudukannya seseorang yang mengerjakan solat tetapi tidak pernah faham apa yang dibacakannya dalam solat?

b) Seseorang yang faham surah-surah pendek tertentu dan tidak memahami surah-surah panjang. Manakah yang afdhal dibacakannya dalam solat?
2) PAKCIK B

Seseorang hanya  solat Jumuat sahaja dan tidak solat fardhu. Bagaimana kedudukan solatnya itu?

3) AHMAD DAUD

Apakah kedudukan orang di negara Afrika yang mati sebelum sampai kepada mereka Rasul?

4) SURADI

a) Bagi mereka yang berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak yang mati kecil, akan diimtihankan dengan perutusan Rasul, siapakah rasul itu?

b) Apakah keadaan-keadaan di mana Al-Quran melaknat kita?

c) Bagaimana amalan seseornag yaqng telah ditul;is sejak azali lagi sebagai isi neraka?


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP