CARI KANDUNGAN BLOG

MAKLUMAN

November 18, 2009

DAURAH QURAH bagi tahun ini ditamatkan dengan SIRI ke 135. Insya Allah, Daurah akan disambung pada tahun hadapan bagi siri ke 136.

Read more...

Daurah 135

November 17, 2009

TARIKH:17/11/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 135
Surah Al-An'am:60-68

PENGERUSI                                   : Suradi
ULASAN TAJWEED                     : Suradi
TERJEMAHAN                               : Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                          :  Ust Kama


ULASAN DAN PERSOALAN

1) En Muda

Merujuk kepada ayat 68, surah al-An'am, apakah  kedai-kedai orang Islam yang menyewa dalam premis orang bukan Islam yang di dalamnya ada iklan jualan arak termasuk dalam makna duduk bersama orang yang mempersendakan ayat-ayat Allah?


Ust Kama: Boleh duduk malah bekerja dalam kedai yang menjual arak, daging khinzir atau benda-benda haram lain asalkan kita tidak terlibat dalam mu'amalah haram tersebut. Rujuk Fatwa: Islamqa 



2) Ust Nasir

a) Apakah tindakan kita jika dalam usaha untuk mencegah sesuatu kemungkaran itu, kita berdepan dengan sesuatu mudarat?

Ust Kama: Kita lihat kepada mudarat tersebut, manakah yang lebih besar.

b) Apakah malaikat Mungkar dan Nakir seorang atau ramai?

3) En Momoh

Apakah malaikat maut itu mencabut nyawa sendirian untuk seluruh makhluk atau ada malaikat lain yang membantunya?

4) Hj Osman

a) Apakah perlu orang yang meninggalkan solat berpuluh tahun mengqadhakan solatnya semuanya jika dia bertaubat?

b) Ada dalam hadis bahawa akan masuk syurga 70 ribu dan setiap orang akan mendapat pula 70  ribu bidadari. Kalau begitu, sudah berbilion dalam syurga. Sesaklah syurga.

5) Suradi

a) Apakah tidak pergi solat dengan alasan hujan lebat dikira sebagai uzur syari'e?

Ust Kama: Seseorang boleh jamak solatnya kerana hujan lebat.

b) Apakah malaikat Kiraman Katibin itu Raqib dan Atid?

c) Dikatakan ummat Muhammad diselamat daripada bencana hunjaman dari langit dan ditelan bumi. Kedapatan orang yang mati disambar petir. Bagaimana mentafsirkan hal ini?


Ust Kama: An-nadir, la hukma lah. Perkara yang jarang berlaku tidak diambil sebagai satu kesimpulan.

d) Apakah salah dalam menyebut lafaz takbiratul ihram (Allahu Akbar) membatalkan solat?


Read more...

Daurah 134

November 16, 2009

TARIKH: 16/11/2009
MUKA SURAT : 134
SURAH AL'AN'AM: 53-59

PENGERUSI          : SURADI 
TAJWID                 : SURADI
TERJEMAHAN      : HJ YUSUF
TAFSIR                  : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1)  HJ GAFAR

Bagaimana keadaan solat Jumaat yang tidak cukup bilangan ?

Ust Kama: Bilangan jumat ditanggapi oleh para fuqaha pada jumlah yang pelbagai. Mazhab Syafie mengatakan jumlah minimanya adalah 40 orang.

Namun, di atas maslahat dakwah, bagi sesuatu tempat yang tidak memungkinkah jumlah ini dicapai, adalah baik dilakukan solat jumuat.


2) SURADI

a) Jika solat Jumaat tidak cukup bilangan, perlukan dijabar dengan solat zohor?

Ust Kama: Jika kita berpegang kuat dengan pendapat yang menetapkan bilangan tertentu, justeru bila tidak cukup bilangan hendaklah dijabarkan dengan zohor. Tetapi, Islam bukan agama yang menyusahkan. Bagi keadaan di mana jumlah 40 orang tak pernah didapat, tidaklah perlu diberatkan dengan jabar dengan Zohor.

b) Adakah pecahan satu juzuk Quran itu Quran?

c) Dikatakan hukuman kepada ummat Muhammad ditangguhkan, tidak seperti ummat terdahulu yang dihukum terus. Bagaimanakah dengan hukuman bunuh kerana Qisas?Tidakkah ia satu hukuman segera?

d) Apakah boleh berdoa minta mati?

Ust Kama: Doa minta mati adalah petanda putus asa dengan hidup. Putus asa adalah dilarang. 
Sabda Rasulullah SAW:
لا يتمن أحدكم الموت إما مُحسناً ، فلعله يزداد، وإما مسيئاً فلعلهُ يستعتب
 " Janganlah seseorang kamu bercita-cita untuk mati. Jika dia orang baik, mudahan akan bertambah kebaikan dengan kehidupannya. Jika dia orang jahat, mudahan dia akan bertaubat daripada kejahatannya".
(Muttafaq alaih)

Jika tak mampu menanggung hidup lagi dan mahu mati sahaja dalam fikiran, nabi SAW bersabda:

لا يتمنين أحدكم الموت لضرً أصابهُ، فإن كان لابد فاعلاً، فليقل : اللهم أحينى ما كانت الحياة خيراً لي، وتوفني إذا كانت الوفاة خيراً لي
(Muttafaq alaih)



e) Azan dengan sebutan yang salah, apakah hukumnya?

Read more...

November 15, 2009

TARIKH: 15/ 11/2009
MUKA SURAT :133
SURAH AL-AN'AM: AYAT 45-52

PENGERUSI                     : SURADI
ULASAN TAJWEED        : SURADI
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
 
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
 
1) HJ OSMAN
 
Apakah yang dimaksud dalam hadia kahir zaman bahawa bumi Arab akan kembali hijau? Apakah akan ada pokok-pokok kayu?
2) HJ AYUNG

a) Bagaimana lafaz azan.
b) Bagaimana cara mufaraqah dalam solat?

3) HUSSIN


4) EN LADIS

Apakah hukumnya berniaga menjual kulit buaya?


5 SURADI

a) Apakah maksud "tiada paksaan dalam agama"?
b) Apakah wahyu turun dalam mimpi nabi?
c)

Read more...

Daurah 126

October 27, 2009




TARIKH:27/10/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 126
Surah Al-Maidah:109-113


PENGERUSI                                : Ust Tn Roslan Tn Muda
ULASAN TAJWEED                   : Ust Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN                            : Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                      :  Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) En. Suradi

a) Apakah maksud Ruhul Qudus dalam ayat 110?

Ust Kama: Ruhul Qudus dalam ayat tersebut adalah malaikat Jibrail

b) Allah mencipta Adam daripada tanah, Mengapa Hawa dicipta daripada tulang rusuk dan tidak daripada tanah seperti Adam juga?

Ust Kama: Allah maha berkuasa mencipta sesuatu daripada apa sahaja yang Dia mahu.

c) Jika imam yangh solat tak mampu berdiri dipertengahan solat, lalu dia duduk, bagaimana keadaan makmum di belakangnya?

JAWAPAN DITUNDA.

d) Apakah hukumnya solat Jumaat di surau?

Ust Kama: Solat Jumaat disyaratkan hendaklah dilakukan dalam bangunan dan bangunan itu boleh sahaja sekalipun dewan.

e)Apakah hukumnya perkahwinan antara anak bapa saudara dengan anak saudara kita?

Ust Kama: Mereka bukanlah muhram, oleh itu perkahwinan mereka adaslah sah.

2) Hj. Yususf

Berhubung dengan membuat patung, apakah hukumnya tugu negara yang selalu dikunjungi pemimpin negara pada hari pahwlawan dan bertafakkur di sana?

Ust Kama: Tugu negara adalah berhala dan membangunkannya adalah maksiat dan meruntuhkannya adalah ibadat. Perbuatan bertafakkur di sana adalah haram dan syirik.



Read more...

Daurah 125

October 25, 2009

TARIKH:26/10/09 (Isnin)

MUKA SURAT: 125

Surah Al-Maidah:104-108





PENGERUSI                                : Ust Tn Roslan Tn Muda

ULASAN TAJWEED                   : Ust Tn Roslan Tn Muda

TERJEMAHAN                            : Hj. Yusuf

ULASAN TAFSIR                        :  Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) TN ROSLAN

Menyentuh beberapa isu:
  • Rasul Melayu
  • Budak yang ada ayat Quran di tubuh.
  • Sejadah berdiri
  • Nenek moyang jadi ikutan tanpa ilmu
 2) Suradi


a) Apakah soal kubur itu bersama akal?

b) Apakah hukumnya bangun ketika jenazah lalu?


c) Konsep wasiat 1/3 daripada harta


3) HJ. Yusuf

a) Minta ulasan mengenai istiadat pertabalan raja dan kaitan dengan amalan nenek moyang.


b) Bagaimana kalau harta sedikit, apakah kiraan 1/3 untuk wasiat?





Read more...

Makluman

Daurah pada malam ini ditunda. Moderator sedang dalam perjalanan dari Kundasang kerana menghadiri Konvensyen IT. Daurah 125 akan diadakan pada malam esok. Insya Allah...

Read more...

Daurah 124

October 20, 2009

TARIKH: 20 OKTOBER 2009
MUKA SURAT: 124
SURAH AL-MAIDAH: AYAT96-103

Pengerusi: Ust Tn Roslan
Ulasan Tajweed: Ust Tn Roslan
Terjemahan : Hj. Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust Kama


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Ust Nasir

a) Apakah hukumnya ikan makan benda kotor?

Ust Kama: Ada dua perkara yang perlu diteliti dalam hal berkaitan ikan makan benda kotor. Pertama, binatang yang halal dimakan tetapi menjadikan benda kotor sebagai bahagian terbesar makanannya, dinamakan jallalah. Tidak kiralah sama ada binatang itu ayam, kambing, lembu ataupun unta. Apabila binatang itu jallalah, ia hendaklah dikurung. Ini tsabit dalam hadis nabi SAW: 

Para ulama mempunyai limitasi yang berbeza mengenai jumlah hari ia dikurung. Dalam hadis disebutkan 3 hari. Namun, sebahagian ulama mengatakan bahawa hukum kurung 3 hari itu bagi ayam. Jika binatang itu kambing, ia dikurung selama seminggu. Dalam sebuah hadis dalam kitab Subulus Salam, disebutkan bahawa jika binatang itu lembu atau unta, ia dikurung selama 40 hari sesuai dengan badannya yang besar.

Kedua, dalam sebuah hadis nabi menyebutkan bahawa ikan yang hidup di air itu halal sekalipun bangkainya.

(akan disambung catatan)

b) Apakah hukumnya ikan makan lemak babi?


2) Hj. Jaafar

a) Perbuatan melepaskan ayam dalam hutan kerana bayar nazar, apakah sama dengan  amalan bahirah dan saibah?

3) Hj. Osman

a) Bagaimana jika ikan dipancing yang makan tahi?

b) Sebab apa dinamakan tanah haram?


4) Suradi

a) Siapakah yang membuat seruan haji kali pertama?

b) Bolehkah dam dilakukan di luar Makkah?

c) Kubur yang penuh air, macam mana nak tanam mayat?

Read more...

Daurah 123

October 19, 2009

TARIKH:19/10/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 123

Surah Al-Maidah:



PENGERUSI                           :
ULASAN TAJWEED              :
TERJEMAHAN                      :  Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                   :  Ust Kama























Read more...

Daurah 122

October 18, 2009









TARIKH: 18 OKRTOBER 2009
MUKA SURAT 122
SURAH AL MAIDAH: AYAT 83-89

Pengerusi: Ust Tn Roslan
Ulasan Tajweed:  Ust Rasheed
Terjemanhan: Hj Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Suradi

a) Solat Ghaib
b ) Apakah kedudukan Sumpah jawatan?
c) Hadis bahawa nabi tak terima hadiah tapi terima sedekah, kenapa ?

2) Samit

Sumpah " Wallahi...aku tidak berbohong". Tiba-tiba dia berbohong. Apakah kena kifarat sumpah?

3) Khairuddin

Konsep


4) Ust Syukri

a) Lafaz sumpah yang tidak menggunakan lafzul jalalah.

b) Sumpah dengan menggunakan kitab

Read more...

Hajjan Mabrura Wazamban Maghfura...

October 16, 2009



Ust Mohammad Syahran , selaku salah seorang yang sering mempengerusikan Daurah Quran, mendapat peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Bagi pihak seluruh warga Dauratul Quran, ucapan tahniah disertakan dengan doa agar mendapat haji yang mabrur diberikan kepada beliau.


Sehubungan itu, Ust Muhammad Syahran  sudah mengambil cuti haji dan pulang ke kampungnya di Kelantan pada tanggal 14 Oktober 2009 untuk membuat persiapan sebelum bertolak ke Tanah Suci.Menurutnya, tikit penerbangan adalah padas 24 Oktober 2009, melalui KT14 dan akan ke madinah dimana miqatnya adalah di Bir Ali.




Read more...

Daurah 121

October 13, 2009


TARIKH:13/10/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 121

Surah Al-Maidah: 77-82



PENGERUSI                           :  Ust Tn Roslan
ULASAN TAJWEED              :  Ust Sukri Muhammad
TERJEMAHAN                      :  Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                   :  Ust Kama




ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Tn Roslan


Ulasan: Kita perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat. Terlalu menumpukan akhirat sehingga mengabaikan dunia adalah perbuatan melampau yang dilarang dalam agama.



2) En  Ar-Razziq



a) Apakah larangan melantik pemimpin kafir sebagaimana yang disebutkan dalam ayat, termasuk juga melantik pemimpin yang nubafiq dan fasiq?

Ust Kama: Larangan tersebut adalah khusus melantik orang kafir menjadi pemimpin. Orang kafir tidak sama dengan orang munafiq dan orang fasiq. Orang munafiq adalah orang menzahirkan keislamannya sedangkan batinnya kufur. Sementara orang fasiq adala orang bergelumang edngan dosa kecil dan melakukan dosa besar serta tidak bertaubat, Dalam sejarah, terdapat beberapa pemimpin yang tergolong dalam kalangan ini. Hajjaj bin Abu Yusuf As-Saqafi aalah pemimpin yang tercatat sebagai fasiq dengan sebab kezalimannya, tetapi para sahabat yang hidup pada zaman itu tidak menolak kepimpinanya. Kezaliman itu adalah haknya dengan Allah. Padahal, dia masih menghormati undang-undang Allah untuk ditegakkan dalam daulah pada masa itu.

b) Seseorang yang dinamakan mu'allaf, berapa tahun dia perlu dinamakan muallaf?

Ust kama: Tiada tempoh muktamad untuk menentukan seseorang itu berstatus muallaf. Kembali kepada maksud muallaf, iaitu mereka yang masih jinak hatinya dengan ISlam, mereka layak digelar muallaf, seberapa tahun pun mereka telah masuk Islam. Seorang yang baru masuk Islam tetapi telah mantap keislamannya seperti Ustaz Farid Ravi, Riduan Tee dan selainnya, tidaklah layak lagi dikatakan muallaf. Malah, konsep muallaf turut mencakupi orang kafir yang sedang menunjukkan minat kepada Islam dan berjinak-jinak dengan Islam. Dengan zakat, diharapkan hatinya makin cenderung kepada Islam.

Rujuk: Fatwa negeri Selangor DE



3) En Momoh

1) Apakah jika kita solat insya secara sendirian dan di masa yang lewat malam, kita disunatkan menjaharkan bacaan?

Ust Kama: Solat Insya adalah solat yang termasuk dalam solat kategori jahar bacaannya. Bila pun waktunya dan sekalipun seorang. sunnat menjaharkan bacaan itu tetap ada.


2) Apakah hukumnya solat subuh lewat kerana lewat bangun? Apakah perlu niaat Qadhaan?

Ust Kama: Solat bagi orang yang terbangin lewat subuh adalah saat dia bangin. Tidak timbul persoalan niat tunai atau qadha.Sabda nabi SAW:

من نسي صلاة أو نام عنها ، فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها ، لا كفارة لها إلا ذلك

Sesiapa yang terlupa solat atau tertidur (hingga tidak solat) maka kifaratnya ialah dengan melakukannya apabila dia ingat. Tiada kifarat baginya melainkan dengan yang demikian itu".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Jika kita solat subuh lewat kerana terjaga lewat, apakah perlu bacaannya dijaharkan?


3) Bagaimana jika terjaga melewati Zuhur, apakah perlu solat subuh dahulu atau zuhur dahulu? (soalan dikemukakan oleh En Arraziq)

4) En Suradi


a) Merujuk kepada hadis yang menyebutkan : siapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka bukanlah dari kalanganku", bagaimanakah situasi seseorang yang tak kahwin disebabkan meninggal sebelum kahwin?

Ust Kama: Hadis yang dimaksudkan itu adalah hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain mengenai tiga lelaki yang datang bertemu isteri nabi iaitu Aishah dan bertanya mengenai ibadat nabi SAW. Apabila diceritakab perihal ibadat nabi, mereka merasakan ibadat nabi sedikit sahaja. Tetapi sedikitnya ibadat nabi itu tidaklah boleh dituruti kerana baginda telah diampunkan dosa yang terdahulu dan kemudian. Lalu bertekadlah setiap orang untuk melakukan ibadat yang termasuk dalam 'alghuluw'. Hal itu dilarang oleh nabi dengan sabdanya:



أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني

Maksud hadis adalah mereka yang tidak mengikut sunnah nabi kerana benci. Jika tidak sengaja tidaklah termasuk dalam makna hadis. Umpama sunnah perkahwinan, bagi anak muda yang tidak mampu kahwin atau seseorang yang mati sebelum sempat berkahwin, tidaklah dia termasuk dalam makna hadis tersebut.


b) Apakah hukumnya menempah tanah perkuburan sebelum mati sebagaimana yang dilakukan sesetengah orang?

Ust Kama: menempah tanah perkuburan adalah haram jika tanah perkuburan tersebut adalah tanah waqaf. Namun jika ia tanah persendirian, tidaklah menjadi masalah. Kemungkinan akan tiba satu masa, tanah perkuburan menjadi perniagaan lantaran sempitnya kawasan. Ketika itu, lahir pengusaha-pengasa yang menawar ruang tanah perkuburan lalu ada orang yang membuat tempahan, maka dalam kondisi itu, tidaklah dilarang.



5) En Samit


 Apakah hukumnya zakat dikeluarkan tidak melalui amil?

Ust Kama: Amil hanya salah satu daripada lapan asnaf yang layak menerima zakat. Jika seseorang itu mahu memberikan zakat kepada orang lain selain amil, asalkan termasuk dalam lapan asnaf, maka tidaklah menjadi larangan dari segi syarak. Malah dalam situasi tertentu, orang berada patut mengeluarkan zakat sendiri kepada asnaf yang terdiri dari fakir, miskin, fi sabililah, orang berhutang, orang terlantar, muallaf dan hamba tebusan. Ini bagi merapatkan hubungan si kaya dengan mereka yang memerlukan dan mengikis dengki khianat kepada si kaya.

Read more...

Daurah 120

October 12, 2009



TARIKH:12/10/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 120

Surah Al-Maidah: 71-



PENGERUSI                           :  Ust Tn Roslan
ULASAN TAJWEED              :  Ust Tn Roslan
TERJEMAHAN                      :  Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                   :  Ust Kama



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Ust Tn Roslan

Ulasan Tambahan: Nabi Isa mermbawa kebenaran kepada kaum Bani Israil. Baginda adalah utusan Allah yang dilihirkan oleh seorang ibun tanpa ayah. Itu merupakan tanda kekuasaan Allah yang melakukan sesuatu mengikut kehendakNya.

2) Hj. Yusuf

a) Apakah jarak masa yang munasabah antara iqamah dan azan untuk mendirikan solat?

Ust Kama: Jarak masanya boleh ditentukan jika masjid yang ada imam rawatib.


2) Mr Z.

a) Apakah benar kalau kita tidak pergi solat Jumaat dengan sebab sesuatu keuzuran, kita tidak boleh solat zohor sehinggalah solat Jumaat telah selesai?

Ust Kama: Solat sah bila masa waktu. Keesahan solat tidak digantung sudah atau belum solat jumaat. Itu cuma perkataan orang tua-tua yang tidak didasari dengan nas. Agama hendaklah didasari dengan nas.

3) Hj. Ayung

Memberi respons tentang persoalan Hj. Yusuf dalam konteks surau Al-Fajr. Apakah pandangan ahli jemaah tentang cara terbaik untuk menentukana masa iqamah selepas azan?

Ust Kama: Pada hemat saya, surau Al-Fajr tidak perlu menentukan waktu senggangan antara azan dan iqamah. Kita pulangkan kepada kebijaksanaan bilal. Ini kerana surau Al-Fajr tidak ada imam rawatib yang dilantik. Jika bilal telah melihat ada orang yang layak sebagai imam, dan tiada lagi orang mengerjakan solat sunat, dia boleh sahaja iqamah bagi melaksanakan solat fardhu berjemaah.


4) En Suradi

a) Dalam hadis, disebutkan bahawa ummat Yahudi akan berpecah kepada 71 golongan, sedangkan ummat Nasrani akan berpecah kepada 72 golongan, manakala ummat Islam akan berpecah kepada 73 golongan. Hanya satu golongan yang selamat. Sedangkan dalam Al-Quran dikatakan agama yang diterima di sisi Allah hanya Islam. Bagaimana mungkin ada kalangan yang beragama Yahudi dan Nasrani yang akan selamat dan masuk Syurga?

Ust. Kama: Yang selamat dari kalangan umat Yahudi dan Nasrani itu ialah yang beragama Islam kerana agama yang diajar oleh semua nabi-nabi adalah Islam.

b) Saya pernah menghadiri ujian bacaan Al-Fatihah. Sebilangan yang hadir bersama tidak lulus. Bagi yang tidak lulus itu, ustaz yang mengendalikan kursus itu mengatakan bacaan mereka hanya untuk diri sendiri dan tidak boleh untuk orang lain. Oleh itu tidak digalakkan mereka menjadi imam solat. Apakah maksud perkataan ustaz tersebut?

Read more...

Daurah 119

October 10, 2009

TARIKH:11/10/09 (Ahad)
MUKA SURAT: 119

Surah Al-Maidah:65-70

PENGERUSI                         : En Suradi
ULASAN TAJWEED            : En Suradi
TERJEMAHAN                      : Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                    Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Hj. Osman

Apakah perbezaan antara Nasrani dengan Bani Israil?

2)  En Suradi

a) Apakah hukumnya menyanyikan lagu atau memainkan filem orang yang telah mati?Apakah Jika lagu dan filem itu maksiat, si mati menadapat akibatnya dan bagaimana pula jika memainkan kaset-kaset mengaji orang yang telah mati?

b) Apakah hukumnya kita menerima sedekah seseorang, lalu kita berikan pula sedekah itu kepada orang lain?

Read more...

Daurah 118

October 6, 2009

 
TARIKH:06/10/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 118
Surah Al-Maidah:58-64
 

PENGERUSI                           :  En Suradi
ULASAN TAJWEED              :  En Suradi
TERJEMAHAN                      :  Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                   :  Ust Kama


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Hj. Jaafar


Minta ulasan mengenai 7 anggota sujud dan apakah hukumnya solat tidak di atas 7 anggota?

2)  En Ali

Apakah minum sambil berdiri itu termasuk dalam sunnah?

3) Ust Nasir


a) Apakah taubat perlu dinyatakan kesalahan?

b) Apakah pinjamana peribadi yang dilakukan di Bank Rakyat mengamalkan hailah yang dilarang?


(Jawapan ditangguhkan kerana moderator tak tahu mengenainya. Harap siapa yang tahu boleh mengulas)



4 ) En Momoh


Apakah cara meminta maaf di hari raya dengan kata-kata "maaf zahir batin", lalu diiyakan oleh orang yang kita buat salah kepadanya, memadai sebagai syarat taubat bagi dosa berkaitan manusia.



Read more...

Berkahwin dengan kitabiyyat.

Firman Allah SWT:


اليوم أحل لكم الطيبات وطعام الذين أوتوا الكتاب حل لكم وطعامكم حل لهم والمحصنات من المؤمنات والمحصنات من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم


Pada hari Ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu Telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. barangsiapa yang kafir sesudah beriman (Tidak menerima hukum-hukum Islam) Maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.
(Surah Al-Maidah: Ayat 5)

Menikahai wanita ahli kitab adalah dibenarkan oleh Islam berdasarkan dalil yang saheh dari Al-Quran, Hadis dan amalan nabi Muhammad dan para sahabat. Walau bagaimanapun para ulama berbeza pandangan mengenai syarat-syarat untuk mengahwini wanita ahlil kitab.


Terdapat pendapat yang meletakkan dua syarat iaitu:
  • Hendaklah wania ahlil kitab itu beasal dari kaum bani Israel
  • Hendaklah wanita itu dari kalangan yang 'muhsonat' (Yang memelihara dirinya dari zina)
Kebanyakan ulama hanya mensyaratkan wanita itu hendaklah muhsonat sahaja. Adakalangan para sahabat yang mereka menikahi wanita nasrani dan wanita nasrani  itu bukan dari kalangan Bani Israel dan mereka melihat itu tidak menjadi halangan. Sungguhpun begitu,Ibn Umar melarangnya.

Walaubagaimanapun,menikahi wanita kitabiyyah hendaklah pilihan terakhir dan jika ada peluang-peluang dakwah di sana. Ia tidak harus didahulukan daripada wanita muslimah dan tidak harus dipraktikan oleh lelaki yang dibimbangi agama islamnya sendiri.


Sumber rujukan: Islamweb

Read more...

Ahli Kitab itu kafir

Al-Quran banyak sekali membicarakan tentang Ahki Kitab. Secara mudah, Ahli Kitab yang disebut dalam Al-Quran merujuk kepada Yahudi dan Nasrani. Ini kerana kepada Yahudi telah diberikan kitab Taurat dan kepada nasrani telah diberikan kitab Injil.

Namun, di atas semua penerangan tentang ahli kitab itu, mengenai kehalalan sembelihan mereka, dan halalnya wanita mereka dinikahi oleh lelaki muslim, mereka tetap dihukum kafir.

Penghukuman kafirnya mereka dan penghalalan makanan dan wanita mereka adalah dua hal yang berasingan.

Lanjutkan pembacaan di: Islamweb

Read more...

Konsep kewalian

Firman Allah SWT

إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون

"Sesunnguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat,mengeluarkan zakat serta mereka rukuk (kepada Tuhan mereka)"

Siapa wali Allah? Persoalan ini sering bermain dalam fikiran sesetengah orang. Sesetengah orang memanipulasi persoalan dengan mengaku dirinya wai Allah atau mengangkat guru, syeikh atau pimpinannya sebagai wali Allah. Ramai yang tergelincir kerana persoalan wali Allah ini.

Seseorang yang mengikut satu ajaran mengatakan gurunya sebagai wali Allah.Pada mulanya mungkin dia kata wali Allah. Namun,lama kelamaan tingkat itu dinaikkan menjadi tingkat yang lebih tinggi. Seumpama ajaran Al-Arqam yang mengkultuskan Asaari Muhamamd. Mungkin pada mula gerakkan Al-Arqam dulu,  Asaari dianggap biasa sahaja. Insan biasa dan kalau pun lebih,mungkin dianggap guru atau mursyid. Namun, lama-kelamaan, kepercayaan pengikut meningkat dan terakhir dia dianggap "Sohibuz zaman".

Bagi yang larut dalam pengagungan terhadap wali Allah, mereka percaya wali punya kerajaan tersendiri. Wali ada tingkat-tingkat dan kastanya. Ada wali namanya wali qutub, wali autad, wali abdal dan sebagainya. Sohibuz Zaman mungkin di atas semua wali-wali itu bagi satu-satu  zaman. Mereka mempercayai wali-wali ini boleh mengatur takdir bala bencana,kematian dan sebagainya. Beberapa kepercayaan berhubung penglibatan para wali dalam pengaturan takdir Allah memperlihat lemahnya Allah sebagai al-Khaliq. Ini tentunya merosakkan akidah orang yang berpegang dengannya.

Kita mungkin biasa mendengar nama Syeikh Abdul Qadir Jailani.Beliau memang seorang ulama yang hebat pada zamannya. Tetapi,pengkagum kehidupan para wali telah menamakan dia sebagai Sultanul Auliya. Kepada semua para wali, kononnya dialah sultan. Persoalannya, apakah jika semua para wali itu dikumpulkan, Syeikh Abdul Qadir Jailani itu lebih hebat daripada sahabat-sahabat nabi? Kalau para wali itu punya sultan, Abu Bakar As-Sidiq lah yang paling layak menjadi sultan. Sesudah nabi Muhammad, dialah insan paling utama di kalangan umat ini!


Sebab itu, kita perlu merujuk semula konsep kewalian berdasarkan nas.Cerita-cerita dongeng mengenai para wali,kabinet dan kerajaannya tak ubah cerita dongeng dewa dewi dalam hikayat Mahabrata atau Ramayana.

Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 62-63:

ألا إن أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون * الذين آمنوا وكانوا يتقون

"Bukankah para wali Allah itu, mereka tidak takut dan tidak pula berdukacita. Merekalah orang yang beriman dan bertakwa".
As-Syaukani berkata:

المعيار الذي تعرف به صحة الولاية ، هو أن يكون عاملاً بكتاب الله سبحانه وبسنة رسوله- صلى الله عليه وسلم - مؤثراً لهما على كل شيء ، مقدماً لهما في إصداره وإيراده ، وفي كل شؤونه ،فإذا زاغ عنهما زاغت عنه ولايته

" Ukuran yang digunakan untuk mengenali seseorang itu wali Allah atau tidak ialah sejauh mana dia beramal dengan Kitab Allah (Al-Quran ) dan sunnah Rasulullah SAW.  Sejauh mana dia mementingkan kedua-duanya di atas segala yang lain, mengutamakan kedua-duanya dalam perlakuan dan kehendaknya dan segala urusannya. Apabila dia tergelincir dari kedua-duanya, dia telah tergelincir dari jalan wali Allah".

Semoga Allah memelihara kita daripada tipudaya syaitan yang mempesona.

Bacaan tambahan: Toriqul Islam 



Read more...

Daurah 117

October 5, 2009


TARIKH:05/10/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 117
Surah Al-Maidah:


PENGERUSI:En Suradi
ULASAN TAJWEED:Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting


Rujuk Tafsir 


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

A)  En Momoh


Apakah perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi  munafiq pada zaman ini?

Ust Kama: Munafiq itu terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Munafiq Aqidah
  • Munafiq sifat.
Munafiq aqidah itu menyebabkan seseorang itu keluar daripada millah dan balasan di akhirat adalah sebagaimana digambarkan Allah dalam Al-Quran:

إن المنافقين في الدرك الأسفل من النار ولن تجد لهم نصيرا

Sesungguhnya orang-orang munafiq itu akan ditempatkan di neraka yang paling bawah dan tiada bagi mereka yang dapat menolong.
(Surah An-Nisak: Ayat 145)

Munafiq sifat adalah sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadisnya:


آية المنافق ثلاث: إذا حدَّث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا أؤتمن خان

Tanda orang munafiq itu tiga: Bila bercakap dia berdusta, bila berjanji dia mungkir, bila diberi amanah dia khianat.

Sekiranya kita memiliki sifat-sifat munafiq kategori pertama (wal iyazubillah) kita akan menjaid munafiq aqidah. Antara ciri-ciri munafiq aqidah yang disebutkan dalam Al-Quran ialah:

1.     Cakap lain di hati lain.
2.     Memperdaya orang-orang yang beriman.
3.     Membuat kerosakan di muka bumi dengan perkataan dan perbuatan
4.     Mempersendakan orang yang beriman.
5.     Bersumpah dusta untuk menutup kesalahan mereka.
6.     Membantu orang kafir memerangi orang beriman.
7.     Bekerja siang malam untuk menghina orang beriman dan memalukan mereka.
8.     Menguruskan siasat jahat ke tas orang beriman.
9.     Meninggalkan berhukum dengan hukum Allah.
10. Menikam belakang dan menimbulkan keraguan terhadap orang beriman.

Sumber:



B) Mr.x

1) Seseorang yang tidak membayar zakat harta, apakah ia menjadi murtad?

Jika seseorang tidak membayar zakat, baik fitrah maupunn harta, sementara dia masih mengakui kewajipan zakat itu, dia dikira melakukan dosa besar. Tetapi jika dia mengengkari kewajipannya, dia menjadi murtad. 

2) Apakah hukumnya berikan zakat 2 kali?  Kali pertama zakat kepada amil yang dilantik. Seterusnya diberikan sendiri kepada sasaran di kampung.Katanya zakat kepada amil itu adalah kepada kerajaan.

Ust kama: Pertama- Zakat yang wajib cuma sekali. Zakat kali kedua menjaid sunat. Kedua-Adalah satu kejahilan mengatakan ada zakat kepada kerajaan. Amil yang dilantik hanya salah satu daripada 8 asnaf yang ditentukan oleh Al-Quran.

C) Pakcik Taman Bahagia

1) Bolehkah orang murtad bertaubat?

Ust Kama: Allah menerima taubat sesiapa sahaja, sekalipun daripada dosa syirik. Jika orang yang murtad bertaubat, maka hendaklah dia melunaskan semula segala amalnya yang terdahulu sebelum kejadian murtadnya kerana segala amalnya itu telah musnah. Itu juga menjadi bukti bahawa dia benar-benar bertaubat.


D) En Suradi


1)Persoalan mengenai kenapa dosa tidak bersih semasa buang air kecil boleh diazab dalam kubur?

Ust Kama : Hadis mengenai 2 orang yang diazab dalam kubur, kerana buang air kecil tidak istibra' dan kerana namimah (Adu domba) .  Kedua-duanya bukan dosa besar. Islam ingin memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya kebersihan, jasmani dan rohani. Kekotoran membawa kepada azab kubur.


2)Apakah kanak-kanak yang belum bersunat duduk antara saf boleh memutuskan saf?



c) Apakah maksud ayat 51:  إن الله لا يهدي القوم الظالمين . Apakah Allah tidak akan memberi hidayah lagi kepada orang zalim?



Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP