CARI KANDUNGAN BLOG

GENERASI SAHABAT MENDAHULUI KEBAIKAN

January 23, 2020

Sebuah hadis nabi SAW diriwayatkan dalam Saheh  Muslim, daripada  Abu Zar :


ذهب أهل الدثور بالأجور، يصلون كما نصلي، ويصومون كما نصوم، ويتصدقون بفضول أموالهم، قال: ((أوَليس قد جعل الله لكم ما تصدقون؟ إن لكم بكل تسبيحةٍ صدقةً، وكل تكبيرةٍ صدقةً، وكل تحميدةٍ صدقةً، وكل تهليلةٍ صدقةً، وأمرٍ بالمعروف صدقةً، ونهيٍ عن منكرٍ صدقةً، وفي بُضْعِ أحدكم صدقةً))، قالوا: يا رسول الله، أيأتي أحدنا شهوته ويكون له فيها أجرٌ؟ قال: أرأيتم لو وضعها في حرامٍ، أكان عليه وزرٌ؟ فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له أجرٌ



Hadis ini menggambarkan ketamakan para sahabat terhadap kebaikan. Tiada kebaikan yang ada dalam Islam, melainkan sahabat telah mendahuluinya.  Oleh itu, salah besarlah jika sesiapa yang mengatakan:

"Perkara ini baik dalam agama walaupun sahabat tidak buat..."

Tidak...jika ia baik dalam agama, para sahabat telah mendahului. Allah mentakdirkan nabi dikelilingin sahabat sebagai role model dalam agama. Jika ada orang kemudian yang cuba mendakwa bahawa dia lebih "advance" daripada sahabat dalam beberapa urusan agama, maka orang itu sebenarnya tertipu, dusta dan termasuk dajjalin.

Read more...

ALI ALMADINI MENDAIFKAN BAPANYA

January 12, 2020

Kata Ibn Hibban dalam "Al-Majruhin" (jil 2, ms 15):


سئل علي بن المديني عن أبيه ؟ فقال : " اسألوا غيري " فقالوا : سألناك ، فأطرق ، ثم رفع رأسه وقال : " هذا الدين ، أبي ضعيف 

Nama bapanya ialah Abdullah bin Ja'far bin Najih  Madini dan digelar Abu Ja'far. Beliau tinggal dio Basrah.

Read more...

NABI-NABI DI LANGIT

January 9, 2020

Untuk ingat nabi dan langit yang dihuninya seperti yang nabi SAW saksikan di malam Israk dan Mikraj, ingatlah sahaja kalimah ini:



أعياهما

ا =أدم
ع= عيسى ويحيى
ي = يوسف
 ا = أدريس
ه = هارون
م = موسى
ا= إبراهيم

Read more...

Beza Antara Nuh dan Hud

Firman Allah dalam surah Al-A'raf: 68


أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ (68)
 " Aku menyampaikan risalah-risalah Tuhanku dan aku adalah penasihat yang jujur untuk kamu sekalian".

Daurah semalam menemukan aku dengan ayat ini.  Para ulama tafsir menyebutkan mengenai uslub bahasa yang digunakan oleh nabi Hud ketika berdakwah kepada kaumnya 'Ad dan perbezaan uslub yang digunakan oleh nabi Nuh A.s. Ketika nabi Nuh berkata dengan nada yang hampir sama kepada kaumnya seperti dirakamkan dalam ayat 62 surah Al-A'raf:



أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ 

Perbezaannya ialah Nuh berdakwah siang dan malam dan berulang-ulang mengajak kaumnya. Kerana itu lafaz feel mudhari' digunakan. Sementara Hud tidaklah sampai ke peringkat  nabi Nuh dalam merayu dan mengajak kaumnya. Sebab itu digunakan lafaz fa'el. 

Maka, Nuh diberikan title nabi Ulul Azmi.
 


ما معن

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP