CARI KANDUNGAN BLOG

Ikhtilaf dalam pentafsiran: Ikhtilaf Tanawwu' (Kepelbagaian) dan Ikhtilaf Tadhad( Berlawanan)

February 4, 2023

Wujud Ikhtilaf di kalangan mufassirin dalam memahami Al-Quran dan ikhtilaf itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:



a) Ikhtilaf At-tanawwu' (Variasi)

b) Ikhlaf At-tadhad ( Kontradik)


Bentuk  Ikhtilaf Tanawwu':


1) Variasi nama dan sifat.


Seperti barat untuk pedang yang berbeza: Al-hindi dan As-sorim.

Umpamanya perbezaan dalam menafsirkan "Siratal mustaqim" dalam surah al-Fatihah. Ada kata ia adalah Al-Quran dan ada yang kata ia adalah Islam. Ada juga tafsirkanya sebagai Sunnah wal jama'ah, jalan ubudiyyah dan taat kepada Allah dan Rasul.

Demikian ketika menafsirkan maksud " Salwa" ada kata ianya burung itu dan ini.Berbagai-bagai tafsiran tentangnya, namun semuanya boleh diterima. Tidak berlawanan satu sama lain.

Umpamanya dalam menafsirkan makna DIHAQAN aa perbezaan tafsirannya kepada beberapa makna dan ianya adalah misal kepada apa yang dimaksudkan: Dihaqan diertikan PENUH, BERTURUT-TURUT dan lain-lain

Maka, yang berlaku adalah variasi sifat tetapi mausuf tetap sama!


2) Tafsir dengan cara mendatangkan misal/contoh.


ثم لتسألن يومئذ عن النعيم

Kalimah NA'IM ditafsirkan dengan AMAN, SIHAT, MAKAN& MINUM.

Ia juga ditafsirkan "keringanan syariaat Muhammadiyyah". Juga diertikan dengan IDRAK yang ada pada pancaindera yang lima.

3) Menafsirkan kalimah yang diihtimalkan dua makna sama ada ia MUSYTARAK atau MUTAWATI'

Kalau MUSYTARAK ialah seperti tafsir QASWARAH.

Firman Allah SWT:

فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَة

QASWARAH boleh diertikan pemanah, anak panah atau singa.


4) Ditafsirkan dengan makna yang berhampiran



Contoh:


Firman Allah SWT:


ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب


Kalimah Lughub diertikan dengan: Penat (Nasabun), Beban ( 'Ana')dan Kejemuan (Sa'aamah)


Rujuk: Qalamedu



IKHTILAF TADHAD


Perbezxaan pendapat mufassirin yang tidak ada titik temu dan berlawanan antara satu sama lain disebut Ikhtilaf Tadhad. Ianya adalah perbezaan Kontradik. Apabila diambil pandangan salah satunya, maka pandangan yang lain hendaklah dibuang. Inilah yang dimaksudkan dengan Ikhtilaf Tadhad. Ia berlaku di kalangan mufassirin, namun tidak banyak.

Contoh ikhtilaf jenis ini ialah sebagaimana berlaku dalam memahami firman Allah SWT dalam Surah As-Saffat, ayat 100-113:


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ * فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ * فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ الصَّابِرِينَ * فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ * وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ * قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ * إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ * وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ * وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ * سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ * كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ * إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ * وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِنْ الصَّالِحِينَ * وَبَارَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَى إِسْحَاقَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَظَالِمٌ لِنَفْسِهِ مُبِينٌ

Apa yang dikhilafkan ialah mengenai siapa Ghulam Halim tersebut. Ada pendapart kata dia adalah Ismail dan ada kata dia adalah Ishak. Maka anak yang disembelih nabi Ibrahim lalu digantikan dengan kibasy itu menurut pendapat Qatadah, Hasan ibn Juraij dan Kaab Al-Ahbar adalah nabi Ishak. Manaka menurut pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar, Said bin Al-Musayyab, Said bin Jubair dan lain-lain, anak yang dimaksudkan itu ialah nabi Ismail. Kedua-dua pandangan ini membawa hujjah masing-masing dan syubhat yang dikenakan atas pandangan sebaliknya. 

Contoh lain yang boleh didatangkan untuk menjelaskan ikhtilaf ini ialah perbezaan tafsir makna quru'   dalam Surah Al-Baqarah, ayat 228:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاثَةَ قُرُوءٍ 

Tafsiran pertama makna Quru' ialah Haid dan ia adalah pendapat Jumhur (Pendapat Umar Al-Khattab, Ali, Ibn Mas'ud,  Ikrimah, Ad-Dhohak dan lain-lain. 


Tafsiran kedua ialah Quru' adalah Suci dan ia menjadi pendapat sebilangan Salaf seperti Ibn Umar, Zaid bin Tsabit dan Aisyah Ummul Mukminin

Kedua-dua penafsiran atas makna Quru' ini adalah kontradik dan tidak boleh didudukkan bersama. Satu pendapat menafikan pendapat yang lain.







Read more...

PENAFSIRAN QURAN DARI SUDUT BAHASA SEMATA-MATA

Abu Ubaidah Ma'mar bin Al-Muthanna Al-Mu'tazili adalah seorang ahli tafsir aliran muktazilah yang mengggunakan tafsiran secara bahasa semata-mata. Beliau tidak merujuk kepada asbab nuzul dan lain-lain panduan dalam tafsir. Dia bergantung kepada bahasa sahaja. Seolah-olahnya Quran adalah sebuah kitab bahasa dan ini menjadi punca kesilapannya dalam penafsiran. Ibn Taimiyyah mengkritik kaedahnya ini dalam Muqaddimah Fi Ulumi Tafsir, Ms 81.

Ulama sezamannya (Abu Ubaidah) juga ramai menolak pendekatannya dalam tafsir seperti Al-Asomma'i, Abu Hatim As-Sijistani, Al-Farra', Abu Umar Al-Jurmi, At-Tobari dan lain-lain.

Sebagai contoh ialah penafsirannya bagi ayat 11 Surah Al-Anfal:

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ


11. (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).


Beliau menafsirkan makna "tathbit bagi Aqdam" ialah kesabaran hati untuk menghadapi musuh sedangkan makna zahirnya adalah kaki-kaki menjadi mantap berjalan di atas pepasir kerana hujan yang turun telah mengejapkan struktur pasir itu.

Read more...

BENTUK PENAFSIRAN AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

February 3, 2023

Tafsiran paling tinggi darjatnya ialah bilka Al-Quran sendiri menafsirkan Quran. Ayat Quran yang lain datang manafsirkan ayat Quran yang telah diturunkan sebelumnya. Tafsiran sebegini boleh dikihat dalam Quran datang dalam beberapa bentuk:

1) Penjelasan apa yang bersifat umum (Mujmal)-BAYAN MUJMAL

Contoh:

Firman Allah dalam Surah Al-An'am: Ayat 1.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ أُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيمَةُ الْأَنْعَامِ إِلَّا مَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ




Ayat di atas adalah Mujmal, yakni umum. Semua binatang ternakan dihalalkan kecuali apa yang disebutkan (sebagai haram). Mana yang disebutkan sebagai haram itu? Maka ia boleh ditemukan dalam ayat yang lain



2) Dikaitkan dengan sesuatu yang lain-TAQYID MUTLAK




3) MENGHKHUSUSKAN YANG UMUM (TAKHSIS AM)

Contohnya adalah ayat mengenai wanita yang ditalakkan hendaklah beriddah selama 3 Quru'. Firman Allah SWT:

والمطلقات يتربصن بأنفسهن ثلاثة قروء

Ayat di atas meliputi semua perempuan yang ditalakkan, tidak kira bagaimana keadaanya sekalipun. Bagaimana jika peempuan itu ditalakkan sedangkan dia dalam keadaan sedang mengandung. Ini satu kategori khusus wanita yang ditalakkan. Maka, datang ayat lain yang menjelaskan pengkhususan ini. Firman Allah SWT:


وأولات الأحمال أجلهن أن يضعن حملهن

Maka dalam kes khusus untuk wanita yang diceraikan sedangkan dia mengandung, maka iddahnya adalah sehingga dia melahirkan kandungannya.


4) MENAFSIRKAN MAFHUM AYAT DENGAN AYAT YANG LAIN

Apa yang dimaksudkan dengan mafhum ayat ialah apa yang difaham daripada lafaz dalam ayat.  Misalnya firman Allah SWT:

كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّمَحْجُوبُونَ


" Sekali-kali tidak!, sesungguhnya mereka akan terhijab daripada Tuhan mereka".


Apa yang difahami daripada kata "terhijab" dalam ayat dia atas. Terhijab daripada apa? Bagaimana mahu faham maksud kata terhijab itu?

Maka, ada ayat lain yang menjelaskan mafhum dari kata terhijab itu. Firman Allah SWT:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ . إلى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ


"Wajah-wajah meeka pada hari itu putih berseri. Mereka memandang kepada Tuhan meeka".


Maka apa yang difahami dari kata "terhijab" dalam ayat sebelumnya, adalah terhijab daripada memandang Tuhan yang disebutkan dalam ayat yang kedua. Kaedah ini disebut TAFSIR MAFHUM AYAT DENGAN MAFHUM AYAT.


5)TAFSIR LAFAZ DENGAN LAFAZ YANG LAIN.

6) TAFSIR MAKNA SATU AYAT DENGAN MAKNA YANG ADA DALAM AYAT YANG LAIN.

Contoh:










7) TAFSIR USLUB QURAN DENGAN AYAT YANG LAIN

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP