CARI KANDUNGAN BLOG

Membina Kata-kata refleks yang baik

July 11, 2015

Seseorang akan terbiasa dengan kebiasaannya. Jika dia biasa berbicara yang keji, maka yang kejilah akan keluar dari mulutnya biarpun ketika dan tidak berhasrat menutur yang keji. Begitulah sebaliknya. Jika seseorang. mengabadikan hidupnya untuk menuturkan kata-kata yang baik, akan terbitlah kata-kata yang baik itu ketikadia tidka merancnag untuk menuturkannya.


Dalam hidup ini, ada kalanya kita melakukan apa yang kita rancangkan. Kita mengucapkan apa yang mahu ucapkan. Namun, sebahagian besar daripada apa yang kita lakukan atau tuturkan adalah apa yang di luar kawalan kita. Ia didorong oleh kebiasaan. ia adalah sebuah reflek yang mengikut kebiasaan kita.


Umpama musang yang biasa makan ayam, walau cuba untuk berhenti makan ayam, pada saat yang di luar kudratnya untuk menolak, ia akan menangkap dan membaham ayam juga.


Sebab itu, Islam menyarankan kita sentiasa berkata yang baik. Kalau tidak ada kata-kata baik yang mahu diucapkan, baik diam sahaja. Kita disuruh ulang tasbih, tahmid dan takbir selepas solat. Kita diajar mengulang-ulang beberapa amal yang serupa agar ia menjadi perangai kita dan ia akan membentuk satu reflek dalam kehidupan kita.


Nabi SAW bersabda:


إن العبد ليتكلم بالكلمة من رضوان الله لا يلقي لها بالا يرفع الله بها في الجنة درجات


"Sesungguhnya seseorang hamba itu akan berbicara yang Allah Redha, tidak dia ucapkan dengan sengaja (kerana kebiasaannya kalam baiknya), dan Allah angkat darjatnya dalam syurga (dengan sebab ungkapan baiknya itu)"
(Riwayat Bukhari)


Dalam sabda nabi SAW lagi:


إن العبد ليتكلم بالكلمة من سخط الله لا يلقي لها بالا تهوي بها في النار سبعين خريفا




'Sesungguhnya seseorang hamba itu akan berbicara dengan perkataan yang dimurkai Allah bukan dari kemahuannya, dan dengan sebab apa yang diucapkannya itu dia dimasukkan ke neraka selama 70 khirrif".

(Riwayat Bukhari)


Oleh sebab itu, berhati-hatilah berkata-kata (termasuklah menulis), kerana pada satu ketika yang kita tidak jangka, ia akan menjadi satu tindakbalas refleks. Kalau biasa makan yang haram waktu senang, yang haram juga akan dicari susah.








Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP