CARI KANDUNGAN BLOG

PENGUMUMAN: PENANGGUHAN DAURAH QURAN

May 27, 2010

Daurah Quran dihentikan buat sementara berikutan cuti persekolahan selama 3 minggu. Insya Allah Daurah siri ke 193 akan diadakan semula pada:

21 Jun 2010

Selamat bercuti kepada rakan-rakan guru...!

Kepada ahli daurah yang selama ini istiqamah mengikuti daurah Quran, semoga kita semua diberi kekuatan untuk melanjutkan daurah pada siri yang berikutnya selepas daurah dibuka semula.


Catatan: Ahli daurah digalakkan untuk membuat ulangkaji perbincangan yang lalu dan membuat semakan awal bagi ayat-ayat yang akan dibincangkan dalam daurah yang akan datang.

Read more...

DAURAH 192

May 26, 2010

TARIKH: 26/ 05/2010
MUKA SURAT :192
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 32-36

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN


1) AHMAD DAUD



a) Apakah masih  ada ahlil kitab dewasa ini sedangkan kitab taurat dan injil sudah diubah?

Ust Kama: Ahli kitab ialah mereka yang beriman dengan kitab Taurat dan Injil. Sekalipun kitab yang ada di tangan mereka itu sudah diubah, mereka masih dipanggil ahli kitab. Perubahan dalam kitab Taurat dan Injil telah pun berlaku pada zaman nabi Muhammad dan wahyu diturunkan mengenai mereka dengan seruan ":wahai ahli kitab". Justeru, jika orang Yahudi dan nasrani yang hidup pada zaman nabi dipanggil ahli kitab, mengapa tidak boleh dikatakan nasrani dan Yahudi pada hari ini dipanggil ahli kitab. Kitab pegangan mereka, sama ada di zaman nabi maupun zaman kini, sama-sama sudah mengalami perubahan.

Nasrani pada zaman nabi sudah berakidah 'trinity'. Yahudi pada zaman nabi sudah berakidah bahawa Uzair itu anak Allah. Sekalipun cemar akidah mereka, mereka masih diseru dengan seruan "wahai ahli kitab".

Maka, kitab yang diubah bukan alasan untuk mengatakan bahawa Yahudi dan Nasrani hari ini bukan ahli kitab!

Bacaan tambahan:

1) . Islamweb 1
2).


b) Apakah amalan baca doa arwah  yang dikendalikan oleh imam-imam lalu diberikan upah berupa wang dan sebagainya boleh disamakan perbuatan Ahbar dan Rahban yang makan harta manusia secara salah?

Ust Kama: Bacaan arwah, sama ada sampai atau tidak kepada si mati, jawapan paling baik adalah "wallahu a'lam". Namun, untuk mengatakan sampai, kita memerlukan dalil yang muktamad. Sejauh yang saya nampak, dalil-dalil yang dihujahkan oleh orang yang mengatakan sampai bukan dalil langsung (direct) yang menyebutkannya sampai. Ia lebih merupakan pemahaman daripada dalil-dalil daripada Al-Quran maupun hadis yang masih terbuka kepada pro dan kontra.

Namun, dalil jelas daripada hadis menyebutkan bahawa apabila matinya anak Adam, terputus amalnya melainkan 3 iaitu, Sodaqah Jariah, Ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan bagi kedua ibu bapanya. Setiap orang akan melihat apa yang dia amalkan, sama ada baik atau buruk walau sebesar zarah.  Siapa yang tidak beramal untuk akhiratnya, maka tiadalah bagi nasib. Dalil-dalil yang menegaskan hal ini cukup jelas untuk difahami bahawa dunia adalah tempat beramal. Siapa mensia-siakan peluang hidupnya, janganlah diharap ada pahala lagi buatnya.

Kebanyakan yang mengatakan boleh mengirimkan pahala kepada si mati, mendakwa boleh mengupa seseorang berbuat amal lalu pahalanya dikirimkan kepada si mati. Dakwaan ini cukup keliru kerana beberapa sebab:

i) Mana ada pahala bagi mereka yang beramal mendapat upah di dunia.


ii) Kalau pun seseorang itu diberi pahala, pahala buklan milinya. Pahala milik Allah. pahala bukan seperti harta yang kita miliki dan boleh sedeqahkan. Kalau pahala itu bukan kita miliki, bagaimanakah mungkin kita mensedeqahkannya.


iii) Kalau pahala boleh diperolehi dengan mengupah orang lain, buat apa Allah menggesa dalam banyak ayat agar kita bersegera membelanjakan harta sebelum mati. Tentu para raja-raja dan orang kaya paling untung kerana dengan wang mereka, mereka boleh wasiatkan ahli waris mereka membeli pahala sebanyak mungkin.  Bagi yang miskin, gigit jari sajalah. Di manakah keadilan Allah kalau begitu?Tentulah agama Islam bukan begitu.

Perbuatan sesetengah imam menjual amal untuk dapatkan nilai dunia dengan cara ini menyamai amalan pendeta Yahudi dan Rahib Nasrani yang menggunakan kedudukan agama mereka untuk mempengaruhi orang lain buat menyerahkan harta mereka kepadanya.

c) Pernah hadir jemputan baca tahlil arwah lalu diberikan upah berupa kain pelikat.  Kehadiran yang ikhlas pada mulanya berubah.

Ust Kama: Sesuatu amal yang dibuat tanpa ikhlas adalah rosak. Rasa tidak ikhlas itu boleh datang sebelum beramal, sedang beramal dan sesudah beramal.


2) SAMIT



Ulasan Tambahan: Saya pernah bersahabat dengan Arab muslim dari negara-negara Arab seperti Jordan dan Mesir. Saya mendapati mereka makan sembelihan ahli Kitab. Mereka mengamalkan keharusan makan sembelihan ahli kitab sebagaimana yang disebutkan dalam Quran. INi menunjukkan bahawa di kalangan Arab Muslim, mereka masih menyifatkan penganut kristian hari ini sebagai ahli kitab.



 3) UST KAMARUDDIN RAMLI


Ada pandangan yang mengatakan sampai bacaan orang hidup kepada si mati berdasarkan beberapa dalil:

a) Peristiwa nabi meletakkan pelepah tamar yang hidup atas kubur dan mendoakan mudahan ahli kubur itu diringankan azab selagi ia belum kering. Daripada hadis ini, mereka memahami bahawa jika pelepah tamar boleh bertasbih untuk si mati, apalagi manusia yang hidup dunia.

Ulasan Ust Kama: Peristiwa nabi melatakkan pelepah tamar itu merupakan khususiat bagi nabi. Keringanan bagi ahli kubur itu bukan dengan sebab tasbih pelepah tamar. Kalau mahu dikira tasbih, setiap helai rumput, kerikil batu dan pasir di atas kubur itu, bertasbih semuanya. Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa semua makluk di muka bumi bertasbih memujinya. Mempercayai bahawa tasbih pelepah tamar nabi itu penyebab keringanan azab kubur menyebabkan ramai pula orang menanam pokok kemboja dan sebagainya di atas kubur. Ada yang mengatakan batui nisan hendaklah dari jenis batu bukit dan bukan batu nisan   buatan. Mereka mengatakan tasbih setiap helai daun kemboja dan pokok di atas kubur dapat membantu si mati. Batu bukit hidup dan bertasbih sementara batu nisan buatan adalah batu mati yang tidak bertasbih. Kubur yang sepatutnya lapang dan luas serta tanahnya tidak berselirat akar pokok yang mengganggu pengebumian lain sudah menjadi penuh dengan pokok-pokok.Ini adalah antara kesan buruk akibat salah tanggapan tersebut.


b) Cerita yang saya dengar mengenai seorang yang disangka mati kemudian keluarganya membuat tahlil buatnya selama 3 hari. Rupanya dia masih hidup. Bila dia pulang, dia menceritakan bahawa selama 3 hari kehilangannya, dia merasa pelik kerana sentiasa kenyang. Sama ada cerita ini benar atau tidak, wallhu a'lam.


4) SURADI


Apakah yang boleh kita katakan mengenai kenyataan menteri kesihatan baru-baru ini bahawa peratus kematian telah turun disebabkan peningkatan kesedaran kesihatan dan pemulihan prasarana horpital di negara ini? Apakah kata-kata sebegini tidak menolak ketentuan takdir Tuhan mengenai ajal?

Ust Kama: Allah memang menjadikan semuanya. Tetapi Allah menjadikan bagi setiap sesuatu sebab. Antara sebab bagi kematian adalah merebaknya penyakit. Sebaliknya, sebab bagi kurang kematian pula adalah meningkatnya kualiti kesihatan berikutan kesedaran dan pengurusan kesihatan oleh pihak berwajib. Dengan menyebutkan faktor sebab musabab ini, tidak menyebabkan seseorang itu rosak imannya.

5 ) MUDA AJAK


Telah muncul berbagai persatuan berdasarkan bangsa di Sabah ini. Saya melihat kemunculan perlbagai persatuan berdasarkan bangsa ini adalah mainan musuh Islam untuk memecah belahkan ummat Islam dengan menanamkan semangat kebangsaan.

Ust Kama: Perjuangan atas dasar asobiyyah adalah ditolak oleh Islam!




Read more...

DAURAH 191

May 25, 2010

TARIKH: 25/ 05/2010
MUKA SURAT :191
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 27-31
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) UST TN ROSLAN TN MUDA

Menyebut beberapa isu untuk perkongsian:

a) Terdapat kepercayaan di kalangan masyarakat tempatan tertentu di Sabah bahawa seseorang yang masuk Islam dikehendaki mandi lumpur. 

b) Seorang wanita bukan Islam yang masuk Islam, disuruh bersunat.

c) Di kalangan masyarakat tertentu, mereka mendakwa bahawa sunat ada banyak macam. Saya pernah menimbulkan persoalan banyak macam itu, apakah maksudnya. Mereka mendakwa bahwa banyak macam itu bermaksud reka bentuk zakar yang mahu dibuat.

2) AHMAD DAUD

Menimbulkan beberapa persoalan:


a) Apakah hukumnya orang bukan Islam membacakan Al-Quran?Apakah perlu mendapat keizinan orang Islam sebagai keizinan untuk memasuki masjid daripada orang Islam?

Ust Kama: Al-Quran diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Ia bukan diturunkan hanya untuk orang Islam, tetapi untuk sesiapa yang ingin mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya dari kalangan manusia. Adalah salah untuk mendakwa bahawa orang Islam ada hak eksklusif untuk membaca Quran. Dalam lembaran sejarah, kita mendengar terdapat banyak kes di mana orang bukan Islam membaca Al-Quran. Di zaman dakwah nabi Muhammad SAW di Makkah, ayat Al-Quran sering dibaca oleh orang bukan Islam kepada  sesama mereka untuk tujuan menilai dan seterusnya mencari jalan mempersendakannya. Dewasa ini pun, berapa ramai orang bukan Islam dalam dunia yang membaca Quran untuk pelbagai maksud, apakah kita dapat menghalang mereka?

b) Apakah Ahli Kitab masih ada pada zaman ini?

Ust Kama: Ahli kitab ada sehingga hari akhir zaman. Sehingga turunnya nabi Isa a.s.

c) Apakah hukumnya seorang Islam yang tidak bersunat dan telah berkahwin sertta beranak pinak? Apakah hukum persetubuhannya dan apakah hukum anak-anak yang lahir?

Ust Kama: Persetubuhan itu halal dan ia tidak ada sangkut paut dengan sunat atau tidak. Sementara keesahan sesebuah perkahwinan tidak berkait dengan  bersunat atau tidak. Justeru, selagi anak-anak itu dilahirkan melalui perkahwinan yang sah, mereka adalah anak sah taraf.

3) OTING 

Datuk saya pada zaman British adalah orang yang ditugaskan memungut cukai kepada daripada rakyat. Rakyat yang dikehendaki membayar cukai kepadanya tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Apakah cukai kepala yang diperkenalkan oleh British itu mempunyai persamaan dengan jizyah yang dibayar oleh orang kafir kepada Kerajaan Islam?

Ust Kama: Jizyah adalah bayaran tertentu ke atas orang kafir zimmi yang tinggal dalam negara Islam. Orang Islam bayar zakat, orang kafir bayar jizyah. Kutipan cukai zaman British itu tidak ada persamaan langsung dengan konsep jizyah. British adalah penjajah kafir dan kuitpan itu pula dibuat ke atas semua rakyat tanpa mengira agama. Kadarnya pula menindas rakyat.

4) EN MOMOH

Apakah pemimpin puak Hawazin, Malik bin Auf dari Taif yang akhirnya datang memeluk Islam diiktiraf sebagi sahabat nabi?

Ust Kama: Ya, beliau telah datang bertemu Rasulullah di Ji'ranah dan masuk Islam. Rasulullah mengembalikan keluarganya yang ditawan dan diberika 100 ekor unta serta dilantik menjadi ketua bagi puaknya.


Read more...

DAURAH 190

May 24, 2010

TARIKH: 24/ 05/2010
MUKA SURAT :190
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 21-26

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) UST MAT ISA

Ulasan: Kita dilarang memilih pemimpin daripada kalangan orang kafir. Pemimpin yang mempunyai kuasa menentukan dasar negara. Kita hendaklah berhati-hati memilih pemimpin sekalipun dari kalangan orang Islam kerana jika kita tersilap pilih akan naiklah pemimpin yang tidak beriman menguasai negara.

2) SAMIT 

Apakah orang yang meliwat atau diliwat dikira sebagai berjunub dan wajib mandi?

Ust Kama: Allahu a'lam.

3) HJ JAAFAR

Apakah solat-solat 5 waktu itu mempunya tingkatan keutamaan yang berbeza antara satu sama lain?

Ust Kama: Ya, ada keutamaan antara satu sama lain. 

4) SURADI

Seseorang yang solat berdiri dan sedang membaca fatihah, tiba-tiba dia rasa lemah lalu duduk. Apakah dia perlu mengulang semula fatihahnya dari awal atau menyambung sahaja bacaannya?

Read more...

DAURAH 189

May 19, 2010

TARIKH: 19/ 05/2010
MUKA SURAT :189
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 14-20

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) SURADI

a) Pada zaman nabi Yusya' bin NUn, seorang lelaki yang tidak ada anak dilarang menyertai peperangan. Apakah larangan ini terdapat dalam sejarah peperangan Islam di zaman nabi?

Ust Kama: Sejauh yang saya tahu, terdapat ramai sahabat yang muda belia menyertai peperangan jihad zaman nabi. Saidina Ali menyertai peperangan sejak belasan tahun sebelum dia berkahwin dengan Fatimah dan punya anak. Kita juga pernah dengar kisah hanzalah yang baru berkahwin dan malam pertamanya ditinggalkan isterinya setelah bersama isterinya  sebelum mandi junub sehingga para malaikat memandikan jenazahnya yang syahid. Banyak kisah sirah yang menunjukkan bahawa tiada larangan orang yang tidak punya anak untuk menyertai peperangan.

Sementara zaman nabi Yusya' bin Nun yang dikatakan ada larangan tersebut, wallahu a'lam. Saya tidak pernah tahu hal itu setakat ini.

b) Apakah ghanimah hanya dihalakan kepada umamt nabi Muhamamd?
Ust Kama: Ya, halalnya ghanimah adalah salah satu 5 perkara yang nabi Muhammad sebutkan sebagai anugerah Allah yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumnya.

c) Apakah memberikan sedekah makanan untuk jemaah masjid termasuk dalam aktiviti memakmurkan masjid Allah?

Ust Kama: Setiap aktiviti baik yang dilakukan untuk meramaikan orang ke masjid atau membangunkan struktur masjid, adalah imarah masjid.




Read more...

DAURAH 188

May 18, 2010

TARIKH: 18/ 05/2010
MUKA SURAT :188
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 7-13

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST WAN HELMI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN



1) UST TN ROSLAN 

Menyebutkan beberapa isu:

a) Dilarang solat berimamkan 2 orang satu masjid serentak.

b) Puasa ramadhan, tanpa disusuli puasa 6 hari bulan Syawal, tidak sempurna.

2) UST WAN HELMI

a) Persoalan tentang ayat 13 surah At-Taubah:

Mengapa Allah menggunakan lafaz : ألا تقاتلون قوما

Apakah ada peristiwa tertentu yang menyebabkan Allah membuat teguran itu?

3) HAZIQ

Apakah hikmah nabi tidak memerangi orang munafiq sedangkan mereka lebih merbahaya daripada orang kafir?


4) SURADI

Apakah maksud bahawa apabila Qabil telah membunuh Habil, maka Qabil akan menaggung dosa setiap orang yang membunuh manusia lain sepanjang zaman?

Read more...

PENGUMUMAN: Pembatalan Daurah.

May 17, 2010

Daurah Quran pada malam ini dibatalkan untuk memberi laluan kepada satu kuliah yang akan disampaikan oleh seorang guru Tariqat Naqsyabandiah-Qodiriyyah yang dibawakan khas dari Tawau oleh pengerusi Surau Al-Fajr. Guru Tariqat itu bernama Abd Manaf.

Kuliah pada malam ini membicara tentang pentingnya mengucapkan kalimah 'La ilaha illallah' sebagai zikir afdhal disamping zikir hasanah yang lain. Beliau juga menyebutkab bahawa ada 42 tariqat muktabarah dan salah satunya tentu tariqat yang dibawanya.

Dalam kesempatan kuliah ringkas pada malam ini, beliau menceritakan kisah mursyidnya yang pernah tinggal lama di Makkah sehingga dia menubuhkan tariqat ini.

Wallahu waliyut taufiq wal hidayah....allahummahdina ila toriqatil muhammadiyyah...wakafa billahi rabba...wa Muhammadin nabiyyan wa rasulan wa mursyidan.

Read more...

DAURAH 187

May 12, 2010

TARIKH: 12/ 05/2010
MUKA SURAT :187
SURAH AT-TAUBAH: AYAT1-6

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) CIKGU KHAIRUDDIN


Apakah kita disunatkan membaca auzubillah ketika membaca potongan ayat di pertengahan sesuatu surah?

Ust Kama: Setiap kali membaca Al-Quran, sama ada di awal surah atau pertengahan surah, disunatkan membaca ta'awwuz.

 Firman Allah SWT:


"Maka apabila kamu ingin membaca Quran, maka mohonlah perlindungan Allah daripada Syaitan yang direjam:



2) EN MOMOH

a) Terdapat perkataan yang saya dengar bahawa Kaabah tidak akan masuk ke syurga sehinggalah semua orang yang pernah bertawaf di kelilingnya masuk ke syurga. Apakah benar?

Ust kama: Inilah adalah perkataan yang ajaib. Bagaimana dengan Abu Lahab, Abu Jahal dan seluruh musyrikin yang pernah bertawaf sekeliling Kaabah dalam keadaan telanjang dan bersiul serta bertepuk tangan? Apakah hendak ditunggu mereka masuk ke syurga dahulu baru kaabah akan masuk ke syurga?

Apakah Kaabah akan masuk ke syurga? Wallahu a'lam. Hanya manusia dan jin sahaja yang akan dihisab dan ditentukan tempatnya di syurga atau neraka. Kaabah bukanlah mukallaf dan kaabah tidak pun dihisab.

Ini adalah cerita-cerita orang tua yang tak punya sandaran dalil.

Dalam sebuah hadis yang terdapat dalam Saheh Bukhari dan juga Muslim disebutkan bahawa di akhir zaman, Kaabah akan dirobohkan. Sabda Rasulullah SAW:

يخرب الكعبة ذو السويقتين من الحبشة

" Akan meruntuh kaabah lelaki yang berbetis kecil dan pendek daripada Habsyah".


b) Kalau Kaabah masuk syurga apakah peranannya dalam syurga?

Ust Kama: Tiada riwayat yang mengatakan kaabah akan masuk syurga. 

3) SALLEH WALI

Apakah hukumnya membaca fatihah dalam solat tidak membaca basmalah, adakah sah solat?

Ust kama:

Apakah bacaan basmalah termasuk dalam fatihah, adalah masalah khilaf kalangan ulama. Menurut Jumhur, ia bukan sebahagian fatihah. Menurut mazhab Syafie, ia adalah sebahagian fatihah. Masing-masing punya hujah dan dalil.

 Rujuk: Islamweb


Syeikh Othaimin menyebutkan dalam Fatwa Nur 'alar darbi  mengenai hujjah  kedua-dua pandangan  dan beliau mentarjihkan pandangan bahawa basmalah bukanlah sebahagian daripada fatihah.

Rujuk: Bin Othaimin

Perbezaan dalam perkara furu' tidak menghalang iqtida' makmum kepada imam. Ibn Qudamah menyebutkan hal ini dalam Al-Mughni dan membawa hujah bahawa para sahabat saling mengikut antara satu sama lain sedangkan mereka berbeza dalam perkara furu'.Oleh itu sah solat orang tidak membaca fatihah atas dasar pandangan yang mengatakan ia bukan sebahagian fatihah. sah juga orang yang mengikutnya.

Rujuk: Islamweb


4) EN HAZIQ

Ketika saya menziarahi rumah adik beradik yang bukan Islam, mereka hidangkan saya makanan (tentunya yang halal) dalam pinggan mangku yang kemungkinan pernah disikan dengan daging babi. Saya mengambil sikap tidak memeriksanya kerana terdapat pandangan ulama yang mengatakan yang diharamkan tentang babi itu adalam makan dagingnya. Maka bekasnya tidak menjadi masalah. Apa pandangan ustaz?



Ust Kama: Memang adalah masalah khilafiah di sana. Jika kita mengetahui dalil dan cenderung kepada kekuatan dalilnya, kita boleh beramal dengan pandangan tersebut. Sesungguhnya agama itu mudah dan tidak menyusahkan. Namun bukan untuk dimudah-mudahkan.

5) HJ. OSMAN

Apakah memekai susuk itu perbuatan syirik?

Ust Kama: Susuk adalah perbuatan syirik kalau melibatkan bantuan makhluk halus.

6) SURADI

Apakah yang dimaksudkan dengan haji mabrur dan bagaimanakah menentukannya?


Ust Kama: Haji mabrur adalah haji yang diterima Allah SWT.Sesuatu amal sama ada diterima atau tidak dapat diketahui menerusi tandanya sahaja. Hakikat sebenarnya adalah  terletak kepada Allah SWT.


Hadis nabi SAW:


من حجّ فلم يرفث ولم يفسق خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه


"Sesiapa yang berhaji, maka dia meninggalkan cakap kotor dan  perbuatan fasiq, dia keluar daripada dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan". 
(Hadis Bukhari)


Read more...

DAURAH 186

May 11, 2010

TARIKH: 11/ 05/2010
MUKA SURAT :186
SURAH AL-A'RAF: AYAT 70-75
PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) ANUAR BIN TABALUN

Apa beza antara orang Islam dengan orang beriman?

Ust Kama:Orang  Islam ialah mereka yang mengucap dua kalimah syahadah.  Manakala orang beriman  ialah mereka yang tasdik dalam hati  ikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota tubuh. Tidak semua orang Islam beriman,. tetapi semua orang beriman itu Islam.

2) EN MOMOH

a) Adakah boleh seorang yang tidak anak mengambil anak angkat sejak kecil lalu dibinkan dengannya?

Ust Kama: Haram membinkan dengan bukan bapa.

b) Apakah anak angkat layak menerima harta pusaka?

Ust Kama: Anak angkat bukan ahli waris. Namun bapa angkat boleh memberikan harta tersebut semasa hayatnya dengan cara hibah, sedekah,hadiah dan sebagainya. Bapa angkat juga boleh berwasiat tak lebih daripada 1/3 hartanya untuk anak angkatnya sesudah matinya.

3) EN HAZIQ

a) Apakah seorang yang baru masuk Islam perlu menukarkan namanya?

Ust Kama: Nama yang baik dalam bahasa lain tak perlu ditukar. Para sahabat nabi, mereka mengekalkan nama asal. Nama zaman sebelum Islam. Mereka tidak pula menukarkan nama mereka dengan Islam. Kecuali beberapa kes yang namanya tidak cocok dengan akidah dan akhlak  Islam seperti Abd Syams.

Kalangan orang Melayu Islam, ramai yang masih memakai nama-nama seperti Cempaka, Buyung, Teruna, Aduka dan sebagainya. Mengapa melayu tidak perlu tukar nama tetapi bila cina dan India masuk Islam, kita bebankan mereka dengan pertukaran nama? Ini double stabndard yang kita ciptakan.


b) Apakah ada sandaran supaya muallaf dibinkan dengan Abdullah?

Ust Kama: Masuk Islam tidak bermakna perlu dihilangkan bin kepada bapa asal yang kafir. Para sahabat nabi masih dibinkan dengan bapa mereka yang musyrik. Umar bin Alkhattab. Siapa yang namanya al-Khattab itu? Sampai sekarang pun kita membinkan Umar dengan Al-Khattab. Kenapa bukan Islam di Malaysia yang masuk Islam kita suruh binkan dengan Abdullah? Apa dasarnya?

4) SURADI

a) Apakah anak susuan boleh menerima harta pusaka?

Ust Mat Isa: Hubungan kerana susuan tidak melayakkan pewarisan. Hanya hubungan nasab sahaj yang melayakkan pewarisan.

b) Apakah hukumnya tentera yang menyertai peperangan jihad dengan tujuan mahukan harta ghanimah?

Ust Kama: Sesiapa yang mahukan dunia, Allah berikan dunia dan tiadalah baginya habuan di akhirat.

c) Apakah benar bahawa dalam peperangan 3 pilihan diberikan kepada orang kafir iaitu masuk Islam, bayar jizyah atau perang?Apakah ada sandaran hadis dalam hal ini?

Ust Kama: Perkara tersebut memang sabit dalam beberapa hadis yang menyebutkan tentang pesanan Rasul ketiuka mengirimkan siryah ke daerah-daerah.


Read more...

DAURAH 185

May 10, 2010


TARIKH: 10/ 05/2010
MUKA SURAT :185
SURAH AL-A'RAF: AYAT62-69

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) AHMAD DAUD DAHLAN

a) Kalau fungsi masjid tidak terbatas kepada hal-hal ibadat sahaja, megapa kalangan ulama UMNO tidak menekankan peranan masjid sebagai pusat kegiatan politik. Apakah mereka tidak tahu bahawa masjid berperanan dalam semua aspek kehidupan? Bagaimana pula dengan corak politik hari ini untuk dibawa masuk ke dalam masjid?

Ust Kama:

Masjid pada masa Rasulullah digunakan untuk urusan politik. Namun semenjak amalan politik kita bergerak di bawah sitem demokrasi dan ditambah pula dengan gaya machieveli, politik telah dipandang kotor dan jijik. Sebenarnya politik islam ialah mentadbir dunia dan menegakkan agama. Menjelaskan kepada orang ramai tentang politik Islam adalah dibolehkan dalam masjid. Agar masyarakat tidak jahil politik Islam. Bagaimana Islam mengurus dunia dan perlunya kita berjuang menegakkan agama dalam pemerintahan.

Inilah politik yang kita perlu bicarakan hatta ke dalam masjid pun!

Namun, jika politik permusuhan dan pergaduhan, tentunya ia tidak layak dibawa ke dalam masjid.

b) Mengapa wahyu lambat turun kepada Rasulullah dalam soal tawanan perang badar sehingga Rasulullah memutuskan untuk menerima tebusan sedangkan Allah menghendaki supaya tawanan perang Badar itu dibunuh sebagaimana pendapat Umar Al-Khattab.

Ust Kama: Antara lain hikmahnya adalah untuk membuktikan bahawa nabi dibimbing oleh wahyu. Nabi sendiri ditegur wahyu. Kalau dia yang merekacipta  Quran, tentu tiada ayat yang akan menegurnya.


 2) EN SYUKUR

Apakah komen tentang pengampunan yang diberikan oleh Sultan pahang terhadap pesalah minum arak wanita yang ditukarkan hukumannya menjadi kerja sosial?

Ust Kama:
i) Hukuman tersebut bukan hukuman Islam.
ii) Hukuman ciptaan manusia , boleh diubah oleh manusia. 
iii) Jika hukuman Islam (40 sebatan ) sultan tiada kuasa untuk merubahnya. Malah Sultan sekalipun boleh dihukum di bawah undang-undang Islam.


3) SURADI

Kata ustaz Hadis bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu adalah maudhu'. Bagaimana dengan gesan nabi dalam sebuah hadis kepada seorang pemuda yang mahu pergi berjihad supaya menjaga ibunya kerana di sana ada syurga?Apakah ada kaitan antara hadis ini dengan syurga di bawah tapak kaki ibu?



Ust Kama:

Lafaz yang dikatakan hadis tetapi sebenarnya maudhu' adalah:


الجنة تحت أقدام الأمهات ، من شئن أدخلن ، ومن شئن أخرجن

"Syurga di bawah kaki-kaki para ibu. Siapa yang mereka mahu dimasukkannya. Siapa yang mereka mahu, dikeluarkannya".
Adapun hadis yang saheh adalah sebagai berikut:

Daripada Mu'awiyah bin Jahimah bahawa beliau berkata kepada Rasulullah SAW:

يا رسول الله أردت أن أغزو، وجئت أستشيرك ؟ فقال: "هل لك من أم"؟ قال نعم: قال: "فالزمها فإن الجنة تحت رجليها

"Ya Rasulullah, aku ingin berperang dan aku datang meminta nasihatmu. Maka kata Rasulullah:Adakah bagimu ibu? Katanya: Ya, ada. Kata Rasulullah : Jagalah dia, maka sesungguhnya syurga di bawa ke dua kakinya".
(Riwayat Nasa'i, Ahmad dan Tabrani)
Hadis dengan lafaz ini adalah saheh menurut Al-Hakim dan disokong oleh Az-Zahabi.

Tambahan: Menentukan sesuatu hadis itu Saheh perlu dinilai dari lafaznya juga. Walau maknanya hampir sama tetapi jika bukan lafaz yang Rasulullah ucapkan, maka ia adalah maudhu'. 

Read more...

DAURAH 184

May 5, 2010

TARIKH: 05/ 05/2010
MUKA SURAT :184
SURAH AL-A'RAF: AYAT 53-61



PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ. JAAFAR

Apakah perbezaan antara kafir dengan munafiq?

Ust Kama: Kafir ialah mereka yang menzahirkan kekufurannya manakala munafiq ialah mereka yang menzahirkan keimanan tetapi menyembunyikan kekufuran mereka.

2) HJ JUBAIDI

a) Hari ini kita melihat kehebatan ketentaraan Amerika Syarikat dengan segala kelengkapannya. Bagaimanakah Islam akan mengalahkan mereka? Apakah dengan persenjataan yang setanding dengannya atau dengan bantuan Allah sedangkan keadaan ummat Islam pada hari ini bergelumang dengan pelbagai kemelut keruntuhan morah dan agama?

Ust Kama: Allah telah memenangkan nabi dalam perang badar sedangkan keadaan tentera Islam pada masa itu lemah dari segi bilangan dan juga persenjataan. Dalam banyak peperangan yang dimenangi tentera Islam, persenjataan maupun bilangan tentera kuffar melebihi tentera Islam. Justeru, untuk menewaskan Amerika syarikat, bukanlah perlu mengatasi persenjataan mereka. Islam pasti menang dan caranya Allah maha mengetahui.

Dr. Yusuf Al-Qartadhawi ketika menjelaskan maksud sebuah hadis akhir zaman yang menyebutkan bahawa Islam akan menawan Rom Timur dan Rom Barat, beliau mengatakan Rom Timur telah tertawan dengan jatuhnya Kostantinopel ke tangan tentera Islam pimpinan  Muhammad Al-Fatih.Rom Timur pula ialah Vetican City dan ia akan jatuh dengan jalan damai iaitu dakwah. hari ini, ummat Barat sedang berbondong-bondong masuk ke dalam Islam.

b) Pandangan : Kita melihat negara China sedang bangkit dan bakal menjadi gergasi ekonomi dan ketenteraan. Setelah kejatuhan Amerika Syarikat, jika Islam tidak mengambil peluang memenuhi kekosongan, Chinalah yang berkemungkinan besar mengisi kekosongan itu.

3) SURADI

a) Seorang makmum yang ingin solat berjemaah bersama imam tak sempat menyempurnakan takbiratul ihrammnya kerana imam mengucapkan salam. Apakah dia dikira mendapat solat jemaah itu?

Ust Kama: Seseorang itu dikira masuk ke dalam solat setelah sempurna lafaz takbiratul ihramnya. Jika sebelum habis lafaznya, imam sudah memberi salam, maka, makmum itu tidak dapat pahala jemaah. Dia solat sendirian.

b) Dikatakan bahawa Allah akan mengangkat Al-Quran di akhir zaman. Bagaimanakah caranya Allah mengangkat Al-Quran itu? Apakah dengan cara mematikan ulama atau dengan menmghilangkan catatannya dalam mashaf?

Ust Kama: 

4) UST WAN HELMI

a) Ulasan Tambahan: 
-Nifaq teerbahagi kepada 2 iaitu nifaq perbuatan dan nifaq akidah. Demikian juga pembahagian kafir, terbahagi kepada 2 iaitu kafir perbuatan dan kafir akidah.
- Sebuah negara Islam perlu memelihara 5 Dururiyyat. Agama, Nyawa, Keturunan, Akal dan maruah. Apakah dalam sebuah negara Malaysia telah menjaga 5 perkara ini sepenuhnya. Ambil sahaja dururiyyat yang pertama iaitu agama. Ketika agama terancam dengan kemurtadan ornag Islam di dalamnya, apakah kerajaan punya langkah mengawalnya?

5) HJ. YUSUF

Apakah dalam keadaan di malaysia ini yang parti A dan B di mana parti yang satu tidak mahu melaksanakan perundangan Islam dan yang satu lagi memperjuangkan perundangan Islam, tindakan mengundi parti yang tidak mahu memperjuangkan Islam itu dikiran berdosa?

Ust Wan Helmi: Mereka yang tidak bertahkim kepada hukum Allah itu, imma zalim, imma kafir dan imma fasiq. Cenderung kepada orang zalim adalah dilarang. Mengundi orang zalim bukan lagi cenderung tetapi sudah bersekongkol. Redha dengan kekufuran adalah kufur.

Read more...

DAURAH 183

May 4, 2010

TARIKH: 04/ 05/2010
MUKA SURAT :183
SURAH AL-A'RAF: AYAT46-52

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) MUDA AJAK

a) Ulasan Tambahan: Ayat 46-Perpecahan antara ummat Islam serata dunia menyebabkan Islam menjadi lemah. 

b) Persoalan: Ketika bertembung antara tuntutan haji dengan tuntutan jihad fi sabilillah yang mendesak sumbangan ummat, manakah yang patut diutamakan?

2) SURADI

a) Apakah asal usul mazhab Wahabi?

Ust Kama:

- Wahabi bukan sebuah mazhab. Untuk dinamakan mazhab, sesuatu kumpulan itu, antara lain  perlu mempunyai kaedah istimbat hukum dan pandangan-padangan fekah. Wahabi tidak punya ciri ini. Malah mazhab yang banyak digunakan oleh golongan wahabi adalah mazhab Hambali.

-Ia adalah sebuah gerakan yang dilancarkan pada mulanya oleh Syeikh Muhammad bin Abd Wahab dari daerah Najd di Arab Saudi pada zaman kejatuhan Khilafah Othmaniyyah. Gerakan itu adalah gerakan tajdid untuk membersihkan bumi Arab daripada bid'ah dan kesyirikan yang berleluasa seperti pemujaan keterlaluan kepada perkuburan dan campur aduk ajaran yang memasukkan bid'ah dalam ibadat dan akidah.

-Pada mulanya gerakan ini dinamakan gerakan muwahhidun. Namun kebelakangannya ia dikenali sebagai WAHABI. Ada pandangan mengatakan nama Wahabi adalah dibewrikan oleh penjajah kerana penjajah selalu menisbatkan sesuatu pertubuhan kepada pengasanya. Misalnya, mereka tidak menyebut undang-undang Islam sebagai 'Islamic Law' tetapi 'Muhammadan Law'.

b)Apakah maksud berkuasa/berkemampuan dalam melaksanakan ibadah haji?

Ust Kama: 'istito'ah' adalah subjektif. ia tidak punya standard tetap dan berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Pada hari ini, dalam koteks zaman moden yang memerlukan visa haji yang diberikan secara kouta mengikut negara, mendapat koata haji juga termasuk dalam makna istito'ah.

c) Kedapatan kalangan yang pergi haji mengupah orang untuk mengusungnya melakukan tawaf. Apakah ini tidak megurangkan pahala haji?

Ust kama: Beribadat adalah mengikut kemampuan. Jika tidak mampu melakukan tawaf sendiri, maka sah haji jika mengupah oranbg untuk mengusungnya/menolak kerusi rodanya. Apakah pahalanya kurang, wallahu a'lam. Apa yang penting, sah hajinya.


Read more...

DAURAH 182

May 3, 2010

TARIKH: 03/ 05/2010
MUKA SURAT :182
SURAH AL-A'RAF: AYAT 41-45

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ YUSUF

Bagaimanakah cara untuk mengenali ahli bait?
 
Ust Kama: Para ulama punya pandangan yang berbeza tentang maksud ahli bait Rasulullah. Kalangan mereka ada yang mengatakan ahli bait Rasululah ialah isteri-isterinya, zuriatnya dan kerabatnya daripada bani hasyim dan Abdul Mutalib. Ada yang mengatakan orang-orang Islam yang bertakwa, mereka adalah ahli baitnya. Ada juga mengatakan bahawa seluruh ummatnya adalah ahli baitnya.

Pendapat yang rajih adalah : Semua isterinya, zuriat-zuriatnya dan kerabatnya dari kalangan Bani Abdul Mutallib dan Bani Hasyim adalah ahli baitnya.Namun, untuk dinamakan ahli baitnya, hendaklah dari kalangan mereka yang bertakwa.



2) SURADI

Allah menyebutkan cara pembahagian harta ghanimah 1/5 daripadanya. Bagaimanakah pula dengan 4/5 lagi?

Ust Kama: 4/5 daripada ghanimah, Allah diamkan mengenai pembahagiannya. Maka, menurut pendapat ualama, ini menunjukkan bahawa Allah menyerahkan peersoalannya kepada imam. Jika imam mahu dia membahagi-bahagikan kepada tentera sebagaimana nabi lakukan dalam perang Badar. Jika imam mahu, dia menahannya daripada pembahagian atau membagikan kepada sebahagian tentera sebagaimana nabi lakukan dalam perang fathu Makkah dan perang Hunain.


3) MUDA BIN AJAK

Ulasan Tambahan: Pada malam ini kita membicarakan mengenai peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Peperangan antara Islam dengan musuh ini berlanjutan sehingga ke zaman sekarang. Sekarang, satu bentuk peperangan yang merbahaya dan memakan banyak korban di kalangan muslimin adalah peperangan pemikiran.

Ust Kama: Sila tonton "The Arrivals".Klik 2 kali di atas paparan video untuk menonton siri-siri seterusnya.



Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP