CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 247

January 31, 2011

TARIKH: 31/ 01/2011
MUKA SURAT :247
SURAH YUSUF: (AYAT 96-103)


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujukan: Tafseer Al-Qurtubi





ULASAN DAN PERSOALAN

1) Ahmad Daud

a) Perlukah  memohom maaf kepada yang bukan Islam sebagai syarat taubat?

Ust Kama:  Minta maaf perlu sekalipun kepada orang kafir.

b) Apakah kezaliman yang dilakukan kepada yang bukan Islam itu di akhirat kelak akan dibayar dengan pahala kita dan diambil dosanya sebagaimana kezaliman terhadap saudara seislam?

Ust Kama: Dalam hadis hanya menyebut kezaliman ke atas saudara seislam. Jika ke atas orang kafir,tidaklah pahala muslim itu diberikan kepada si kafir dan dosa si kafir itu dipikulkan kepada muslim. Allah maha adil dan Dia akan membalas mengikut keadilanya.


2) Cikgu Marijin

Berapakah umur nabi Yususf dan Yaakob


Ust Kama: Nabi Yusuf meninggal ketika umurnya 120 tahun(menurut satu riwayat).


3) SURADI

a) Kenapa cucu-cucu nabi Yaakob minta bapanya minta ampun  bagi pihak mereka? Tidak dimintanya sendiri?

Ust Kama: Kerana mereka telah berbuat salah kepada datuk mereka dengan menuduh mereka nyanyuk.
b) Apakah doa nabi Yusuf dalam ayat 101 boleh diamalkan oleh kita?

Ust Kama: Tentulah boleh diamalkan.


c) Kenapa semasa jenazah seorang Yahudi lalu, nabi bangun?

Ust Kama: Tangguh jawapan (masa suntuk)

Read more...

DAURAH 246

January 26, 2011

TARIKH: 26/ 01/2011
MUKA SURAT :246
SURAH YUSUF: AYAT...


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujukan: Tafseer Al-Qurtubi









ULASAN DAN PERSOALAN 

1) KHAIRUDDIN

Ulasan: Nabi Yaakob sebagai bapa misali


2) RANGES

a) Baju nabi Yusuf dikatakan diwarisi sejak nabi Ibrahim. Apakah ia ditrim untuk nabi Yusuf?

b)Apakah nasib Bunyamin


3) CIKGU MARIJIN


Apakah ubat peluh untuk mata katarak sudah dijual di pasaran?


4) SURADI


a) Yaakob cakap...

b) Solat hormat waktu itu bagaimana?

Ust Kama: Solat hormat waktu tidak ada asas.



c) Apakah beza antara Ta'abbudi dan taufiqiah?



Read more...

DAURAH 245

January 25, 2011

TARIKH: 25/ 01/2011
MUKA SURAT :245
SURAH YUSUF: AYAT 79-86


PENGERUSI                     :  MAS  SURADI
ULASAN TAJWEED        : MAS SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN DAN PERSOALAN 

1) MARIJIN

Apakah muslihat nabi Yusuf menahan Bunyamin?


2) SURADI


a) Minta penjelasan mengenai 7 wajah bacaan dalam Quran.

b) Dalam kitab "Fathul Mu'in" disebutkan kelebihan minum air sisa wuduk untuk hilangkan penyakit. Minta penjelasan.

c) Apakah hukumnya mengebumikan mayat yang bukan muhram dalam satu liang kubur?

Ust Kama: Tidak menjadi halangan jika dalam situasi darurat. Berkata Imam Nawawi dalam Al-Majmuk: "Haram mengebumikna lelaki dan perempuan dalam satu kubur kecuali kerana darurat". Jika terpaksa hendaklah dipisahkan antara keduanya dengan tanah.

Rujuk:
  1. Madeena 
  2. Islamweb



3) SAMIT
Ulasan tambahan: Menyatakan sebab-sebab mengapa orang Yahudi pandai (Dari aspek tarbiah ibu bapa)



Read more...

DAURAH 244

January 24, 2011

TARIKH: 24/ 01/2011
MUKA SURAT :243
SURAH YUSUF: AYAT 70-78


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAFSIR DAN PERSOALAN
1) MR X

Apakah hukumnya memakai suasa?

2) HJ. JAAFAR

a) Bagaimana pula menggunakan perhiasan yang disadur emas?

b) Apakah hukumnya para penyanyi yang maksiat tetapi waktu dapat anugerah, menyebutkannya Al-hamdulillah?


3) HAZIQ

Bagaimana dengan saudran emas yang original?


4) CIKGU MARIJIN

Apakah benar Yusuf itu mencuri masa kecil dulu sebagaimana tuduhan abang-abangnya?


5) SURADI

a) Nama Allah adalah dengan lafaz makrifah. Bagaimana dengan lagu nasyid yang menyebutnya dengan lafaz nakirah seperti "ya Qadim...Ya Hafiz" dsb?

b) Kenapa Tahun Hijrah bermula dengan Muharram?

Read more...

DAURAH 243

January 19, 2011

TARIKH: 19/ 01/2011
MUKA SURAT :243
SURAH YUSUF: AYAT 64-69


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN 

1) HJ. RANGES
Apakah Nasrul Haq berkaitan dengan al-ain?

Ust Kama: Nasrul haq bukan al-ain. Ia adalah jurus dalam dan merupakan ajaran yang dihukumkan sesat menurut warta Jakim.

2) HJ JAAFAR

Bagaimana nabi Yaakob boleh menangis sampai buta?

3) CIKGU MARIJIN

Apakah al-Ain itu masih ada zaman sekarang?

Ust Kama: Ya, ada sehingga zaman kini.

4) EN SURADI

a) Apakah orang buta ada al-Ain?

Ust Kama: Al-Ain adalah penyakit berkaitan penglihatan mata. Maka, mata yang buta bagaimana hendak melahirkan ain?

b) Apakah benar kata-kata bahawa mata adalah punca segala maksiat?

Ust Kama: Punca segala maksiat datang daripada hati.





Read more...

DAURAH 242

TARIKH: 18/ 01/2011
MUKA SURAT :242
SURAH YUSUF: AYAT 53-63


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1)EN. MOMOH

Apakah taubat seseorang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya (lawwamah) diterima Allah SWT?

2) RANGES

Apakah besa antara hibah dan hadiah?

3) HJ. JAAFAR

Apakah diskaun itu boleh dianggap sedekah?

4) CIKGU MARIJIN

Bagaimana bertaubat dari dosa yang melibatkan manusia lain yang telah meninggal?

5) SURADI

a) Apakah rahmat dan hidayah itu boleh dipohon?

b) Apakah sesuatu Qadha itu boleh diubah?

c) Apakah sebab-sebab sesuatu doa tak diterima Allah SWT?














Read more...

DAURAH 241

January 17, 2011

TARIKH: 17/ 01/2011
MUKA SURAT :241
SURAH YUSUF: AYAT 44-52


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


Yusuf menta’bir mimpi raja.


Raja negeri Mesir yang bernama Rayyan bin Malik,bermimpi melihat 7 ekor lembu yang gemuk keluar dari sungai Nil yang kering kontang. Kemudian,menyusul pula 7 ekor lembu yang kurus.7 ekor lembu yang kurus itu memakan lembu-lembu yang gemuk itu bermula dari telinganya. Hanya dua tanduk lembu tersebut sahaja yang tidak dimakannya. Kemudian, raja itu melihat 7 tangkai gandum  yang hijau dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus itu lalu tinggal lagi 7 tangkai gandum yang kering kontang. Lembu yang kurus itu tidak pula menjadi gemuk dengan sebab memakan 7 ekor lembu yang gemuk dan 7 tangkai gandum yang hijau itu.


Rayyan bin Malik merasa hairan dengan mimpinya itu lalu menjemput para ahli nujum, tukang tenung, bijak pandai dan ahli sihir yang ada dalam negeri. Kepada mereka ditanyakan tentang maksud mimpinya itu. Mimpi raja itu membuatkan mereka kebingunngan dan akhirnya mereka merumuskan bahawa mimpi raja itu hanyalah kecamuk alam mimpi yang  biasa dialami oleh ramai orang. Mungkin raja itu tidak puas hati dengan jawapan mereka lalu mereka mengaku bahawa mereka bukan ahli ta’bir mimpi untuk menyatakan maksud di sebalik mimpi sang raja.


Perihal mengenai raja bermimpi dan para ahli nujum,tukang tenung,bijak pandai serta ahli sihir gagal menta’birnya didengar oleh pelayan raja dalam istana.Pelayan tersebut adalah yang dulu berada dalam penjara bersama nabi Yusuf dan nabi Yusuf telah menta’bir mimpinya dengan tepat dahulu.   Mimpi raja itu membuatkannya teringat semula dengan nabi Yusuf setelah bertahun-tahun berlalu. Sekaligus dia teringat juga permintaan nabi Yusuf agar disebutkan perihalnya yang dipenjarakan secara tidak adil.  Maka,oleh pelayan itu, dimintanya agar dia diutuskan kepada nabi yusuf dalam penjara untuk ditanyakan tentang ta’bir mimpi raja.


Apabila pelayan itu datang bertemu nabi Yusuf sebagai utusan raja untuk bertanyakan maksud mimpi tersebut,tanpa lengah nabi Yusuf menjelaskan maksud mimpi itu dengan satu tindakan yang perlu dibuat oleh raja untuk negeri Mesir. Menurut nabi Yusuf, hendaklah aktiviti pertanian dijalankan dengan bersungguh-sungguh selama 7 tahun  pertama. 7 tahun tersebut adalah tahun-tahun yang subur.   Ia diwakili oleh mimpi raja mengenai 7 ekor lembu yang gemuk dan 7 tangkai gandum yang hijau.


Nabi Yusuf mengatakan bahawa hasil mahsul gandum yang dituai hendaklah disimpan dalam gudang bersama dengan tangkainya. Gandum yang disimpan bersama tangkai lebih tahan lama berbanding gandum yang diceraikan daripada tangkai. Ini kerana selepas 7 tahun yang subur itu, akan datang pula 7 tahun yang gersang dan pada masa itu segala tanaman tidak menjadi. Hujan tidak turun dan lading-ladang tidak dapat diairi. Serangga pula memusnahkan tanaman.


Imam Al-Qurtubi ketika mentafsirkan takwilan nabi Yusuf ke atas mimpi raja itu menyifatkan bahawa ia adalah kewajipan untuk memelihara maslahah. Maslahah adalah menjaga 5 perkara tunggak dalam kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Apa sahaja yang dilakukan untuk mempertahankan 5 perkara tersebut, ia adalah maslahah dan apa sahaja yang dibuat menjejaskan 5 perkara itu, ia adalah mafsadah. 


Setelah menceritakan maksud dari mimpi raja mengenai 7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor lembu yang kurus serta 7 tangkai gandum yang hijau dan kering, nabi Yusuf menceritakan satu lagi yang tidak dimimpi raja itu tahun-tahun kesenangan.  Tahun itu ditandai dengan hujan yang mencurahkan rahmat dan kemurahan hati daripada para dermawan. Kesenangan tersebut adalah khabar gembira buat raja dan rakyat Mesir untuk menyatakan bahawa kesukaran yang bakal mereka tempuhi bukanlah berterusan. Di hujung kesenagan,berwaspadalah dengan kesusahan yang pasti datang. Namun,di hujung kesusahan,pasti ada kesenangan.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR

Apakah benar nafsu perempuan melebihi lelaki?

Ust Kama: Ya, memang benar. Namun, nafsu apa? Bukan seksual semata-mata. Nafsu yang dimaksudkan mempunyai pengertian yang luas.

2)ANWAR TABALON

a) Mana lebih utama, solat qasar dan jamak atau solat sempurna sebagaimana asal?

Ust Kama: Melaksanakan solat jamak dan qasar lebih utama.


b) Bagaimana cara untuk melaksanakan jamak taqdim dan jamak ta'khir?


3) CIKGU MARIJIN

a) Minta jelaskan mimpi raja dan kaitannya dengan ta'bir nabi Yusuf.

Ust Kama: 7 lembu gemuk melambangkan 7 tahun yang makmur. 7 lembu kurus melambangkan 7 tahun yang kontang.  Demikian 7 tangkai gandum yang hijau melambangkan 7 tahun tanaman menjadi. 7 tangkai gamndum yang kering melambangkan 7 tahun gandum tak menjadi. 


4) MAS SURADI

a) Kenapa nabi Ibrahim disebut sebagai bapa para nabi?


b) Mengapa nabi Muhammad terima hadiah dan tidak sedeqah?






Read more...

DAURAH 240

January 12, 2011

TARIKH: 12/ 01/2011
MUKA SURAT :238
SURAH YUSUF: AYAT 38-43


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




Nabi Yusuf menerangkan kepada dua sahabat banduan dalam penjara bahawa ikutannya adalah kepada millah datuk moyangnya nabi Ibrahim A.S, datuknya nabi Ishak dan bapanya nabi Yaakob. Millah mereka adalah millah yang menjauhkan daripada kesyirikan dan hanya kepada Allah mereka mentauhidkan. Sesungguhnya, keberadaan nabi Yusuf di atas garisan yang pernah dilalui moyangnya nabi Ibrahim itu merupakan satu kelebihan anugerah Allah kepadanya. Tidak ramai yang mengikuti jalan tersebut. Kebanyakan manusia adalah adalah mereka yang tidak bersyukur.

 Nabi Yusuf selanjutnya berhujah kepada dua sahabat banduannya itu tentang kepincangan agama yang dipegang oleh mereka yang menyembah pelbagai Tuhan. Adalah satu yang menghairankan bagi golongan kafir untuk menjadikan Tuhan itu satu sebagaimana yang pernah diucapkan oleh golongan kafir Makkah apabila nabi Muhammad saw mengajak mereka kepada ketauhidan. Ini sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam firmannya:


أجعل الآلهة إلها واحدا إن هذا لشيء عجاب
“Adakah dia (Muhammad) mahu menjadikan Tuhan hanya satu? Sesungguhnya ini adalah satu yang ganjil”.
(Surah Sood: Ayat 5)

Ketika mentafsirkan ayat ini para Mufassirun menyebutkan:


لما أسلم  عمر بن الخطاب  شق ذلك على قريش  وفرح المؤمنون . قال الوليد بن المغيرة  للملأ من قريش   - وهم الصناديد والأشراف - : امشوا إلى أبي طالب .  فأتوه ، فقالوا له : أنت شيخنا وكبيرنا قد علمت ما فعل هؤلاء السفهاء ، وإنا أتيناك لتقضي بيننا وبين ابن أخيك . فأرسل أبو طالب  إلى النبي - صلى الله عليه وسلم -  [ ص: 191 ] فدعاه ، فقال [ له ] : يا ابن أخي ، هؤلاء قومك يسألونك ذا السواء ، فلا تمل كل الميل على قومك . فقال : " وماذا يسألوني ؟ " قالوا : ارفضنا وارفض ذكر آلهتنا ، وندعك وإلهك ، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : " أتعطوني كلمة واحدة تملكون بها العرب وتدين لكم بها العجم ؟ " فقال أبو جهل   : لله أبوك ، لنعطينكها وعشر أمثالها ، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : " قولوا لا إله إلا الله " . فنفروا من ذلك ، وقاموا ، فقالوا : أجعل الآلهة إلها واحدا كيف يسع الخلق كلهم إله واحد
Ketika Umar Al-Khattab masuk Islam,orang-orang Quraisy merasa sempit dada sedangkan orang-orang beriman merasa gembira. Lalu Al-Walid bin Mughirah berkata kepada pembesar-pembesar Quraisy yang terdiri daripada orang-orang kaya dan bangsawannya: “Pergilah mengadu kepada Abu Talib”.Lalu mereka pun mendatangi  Abu Talib dan berkata kepadanya: “ Wahai Abu Talib, kamu adalah pemimpin kami dan orang yang tua di kalangan kami. Sesungguhnya kamu pun tahu apa yang dibuat oleh orang-orang bodoh itu (kaum muslimin). Kami datang kepadamu supaya kamu menyelesaikan satu masalah yang berlaku antara kami dan anak saudaramu”. Abu Talib telah menjemput nabi Muhammad SAW supaya datang bertemunya dan dia bertanya kepada nabi SAW:” Wahai anak saudaraku, kaummu itu meminta keadilan, maka janganlah berlebih-lebih sangat terhadap mereka”. Nabi SAW bertanya: “apakah yang mereka minta daripadaku?”. Mereka berkata:” Jangan ganggu kami dan jangan ganggu Tuhan kami, kami pun tidak akan ganggu kamu dan Tuhanmu”. Maka jawab nabi SAW:” Adakah kamu mahu memberikan aku satu kalimah sahaja yang mana dengannya kami akan memerintah bangsa Arab dan dipatuhi bangsa Ajam?”, Maka Abu Jahal berkata: “ Demi Allah dan demi bapamu, kami akan berikan kamu dan  sepuluh kali ganda daripada apa yang kamu minta”. Maka jawab nabi SAW:”Katakanlah Lailahaillalah”. Lalu mereka enggan mengatakannya dan bangun berlalu sambil mengomel: “Adakah patut Muhammad menjadikan Tuhan hanya satu? Bagaimana satu Tuhan akan mentadbir makhluk seluruhnya?”.
Kepelbagaian nama-nama Tuhan yang disembah oleh orang-orang kafir itu hanya rekayasa nenek moyang yang kemudiannya dipanut oleh anak cucu secara membuta tuli.  Bertaqlid kepada nenek moyang menjadikan mereka sesat dan Allah mengutuskan para nabi untuk mencabut keluar ikutan membuta tuli terhadap nenek moyang ini. Islam menggesa supaya digunakan akal untuk berfikir dan mencari hujah dan dalil.

Dengan sebab hilang fungsi akal, manusia kafir mempercaya wujudnya banyak Tuhan. Tuhan-tuhan sembahan mereka wujud dalam bentuk "syuraka" yang berkongsi sandaran keyakinan mereka. Meyakini ada sesuatu yang mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan selain Allah SWT adalah perbuatan syirik. Ia seolah-olah menyembah perkara tersebut miski secara fizikal ia tidak disembah.  Mereka yang percaya kepada tangkal azimat, pelaris, pengasih,susuk dan sebagainya yang diyakini sebagai sekutu dalam kuasa memberi manfaat dan menolak mudarat selain Allah adalah musyrikin sekalipun secara lahiriah mereka muslim dan menyembah Allah SWT.







 
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD DAUD

Mimpi buruk tidak wajar diceritakan. Bagaimanakah jika seseorang menceritakan mengenai mimpinya dapat nombor ekor?

Ust Kama: Mimpi buruk yang dimaksudkan adalah mimpi yang menuntut ta'bir. Jika ia mimpi buruk, hendaklah didiamkan kerana jika ia dita'bir oleh ahli ta'bir, ia akan berlaku sebagaimana yang dita'bir.

2) Mas Suradi

a) Apakah beza antara Zon,Syak dan Waham?

Ust Kama: 
Zon -cenderung kepada yakin
Syak-Sama-sama berat.
Waham- Cenderung kepada tidak yakin.

b) Perlantikan nabi dan Rasul adalah hak Allah kepada siapa sahaja yang dikehendakinya. Mengapa nabi-nabi dan rasul dari keturunan yang sama?


Ust Kama: Keturunan mempunyai pengaruh terhadap kesolehan seseorang tetapi bukan jawapan mutlak untuk menentukan solah atau tidaknya seseorang. Ada anak,bapa dan isteri nabi yang kafir.

c)Terdapat kes-kes sauara baru yang murtad kerana tiada tindakan susulan daripada puhak Jabatan Agama, Apakah mereka akan menanggung dosa atas kemurtadan mereka?

Ust Kama: Setiap orang punya tanggungjawab.

Read more...

DAURAH 239

January 11, 2011

TARIKH: 10/ 01/2011
MUKA SURAT :239
SURAH YUSUF: AYAT 31-37


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST NAZRI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HAJI OTOH SIBIK

Menceritakan mengenai artikal yang dibacanya dalam internet mengenai usaha negara Iran mengeluarkan arak tanpa alkohol. Persoalannya apakah arak tersebut halal?

Ust Kama: Pengharaman arak adalah dengan illat memabukkan. Jika ia memabukkan, jadilah ia haram.

2) AHMAD DAUD

Antara nabi Yususf dan malaikat,mana lebih cantik?

Ust Kama: Kecantikan Yusuf dan Malaikat tidak boleh dibandingkan kerana berlainan kejadiannya. Mungkin boleh bandingkan antara perempuan cantik dengan permandangan yang cantik?

3) EN>MOMOH

Soalan Feqah-Jika imam terlupa tahiyyat awal, apakah tindakan makmum?

Ust Kama: Tahiyyat awal adalah sunat. Makmum boleh menegur kelupaan imam tetapi hendaklah menuruti kelakuan imam. Jika imam buat sujud sahwi, dia ikut. Jika tidak, jangan makmum buat. Jika makmum tidak mahu ikut imam dan mahu lakukan tahiyyat awal, hendaklah dia berniat "mufaraqah".

4 ) MAS SURADI

a) Apakah amalan membaca surah Yusuf masa ibu mengandung dengan tujuan anak lahir cantik bersandarkan sunnah?

Ust Kama: Itu hanya petua dan tidak salah mengamalkannya. Petua yang tidak bertentangan dengan sunnah boleh diamalkan.

b) Apakah malaikat Malik juga cantik?

Ust Kama: Malaikat Malik penjaga neraka. Allah menciptakannya tidak pernah senyum. Tentulah ahli neraka meligatnya tidakcantik kerana melihat kecantikan merupakan satu kenikmatan.

c) Ada sesetengah orang suka memilih untuk solatmenghimpit ke dinding kanan dengan tujuan agar jangan ada orang mengimamkannya. Apakah hukumnya tindakan ini?

Ust Kama: Untuk "ittiba'  imam tidak semestinya disukai oleh imam. Tidak juga menjadi syarat kita mesti berdiri sebelah kanannya. Boleh berdiri sebelah kirinya dan boleh ikutnya walau dia tidak suka diikuti. Yang mengikut dapat pahala jemaah sedangkan imam yang tidak berniat jadi imam,dia terlepas pahala jemaah.






6) RANGES

Siapakah yang mencabut nyawa Nabi Muhammad SAW?

Ust Kama: Malaikat Maut.


Read more...

DAURAH 238

January 10, 2011

TARIKH: 10/ 01/2011
MUKA SURAT :238
SURAH YUSUF: AYAT 23-30


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Hj.Jaafar

Apakah tindakan Al-Aziz terhadap isterinya yang didapati menggoda Yusuf?


Ust Kama: Al-Aziz hanya menasihati agar isterinya bertaubat manakala Yusuf diminta agar berwaspada dan menjauhkan isterinya itu.

2)En. Momoh

Seseorang yang lupa baca surah,apakah perlu sujud sahwi?




Ust Kama: Sekiranya lupa baca surah pada satu rakaat, dia boleh menggantikan pada rakaat yang lain. Sekiranya tak baca juga, maka tidak perlu sujud sahwi.



3) MaS Suradi

a) Terdapat sebuah hadis menyebutkan bahawa Allah menurunkan rahmat kepada orang yang berada di saf pertama.Apakah yang berada di saf lain tidak diberikan rahmat?


Ust Kama: Ia hanya menekankan keutamaan saf pertama. Setiap orang mendapat rahmat yang ditentukan kepadanya.


b) Manusia adalah makhluk yang lebih mulia berbanding jin. Namun,dalam banyak ayat Quran,kenapa jin disebut dahulu daripada manusia?


Ust Kama: Sesetengah ayat yang menyebutkan jin dahulu kerana bilangan jin lebih ramai daripada manusia.

c) Saya membaca sebuah artikal menyebutkan bahawa nama yang berpenghujung Ad-din tidak boleh digunakan. Bagaimana dengan  nama ustaz?


Ust Kama:  Ramai tokoh ulama yang namanya dihujungi dengan Din. Umpamanya nama Jamaluddin Al-Afghani, Jalaluddin Ar-Rumi, Muhammad Taqiuddin dan ramai lagi. Atas dasar apa untuk dikatakan nama tidak boleh dihujungi dengan Din?




Read more...

SOLAT JUMUAT PERTAMA

January 7, 2011

7 Jan, Taman Fajar, Sandakan- Solat Jumuat pertama telah diadakan pada hari di Surau Taman Fajar yang kini dikenali sebagai Masjid Taman Fajar, Sandakan. Perjuangan bertahun untuk mendapatkan pengiktirafan dan kebenaran daripada Jabatan Mufti Sabah bagi melaksanakan solat Jumuat di Masjid Al-Fajar, akhirnya berjaya. Ruang solat yang disediakan pada hari ini penuh dan kehadiran jemaah adalah memberangsangkan. Sebahagian besar adalah murid-murid dari SMK Fajar.

Read more...

DAURAH 237

January 4, 2011

TARIKH: 04/ 01/2011
MUKA SURAT :235
SURAH YUSUF: AYAT 15-22


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Mas Suradi

a) Pembunuhan Qabil berlaku pada zaman manusia belum bertamadun. Kenapa pada zaman nabi Yusuf yang juga telah bertamaddun masih terjadi pembunuhan?

Ust Kama: Pembunuhan tidak berkaitan dengan tamaddun.

b) Apakah hukuman bunuh ke atas pengedar dadah menurut hukum syarak?

Ust Kama: Hukum bunuh ke atas pengedar dadah bukanlah mengikut syarak. Malah, mengedar dadah tidaklah termasuk hukuman yang boleh dijatuhi hukuman bunuh menurut undang-undang Islam.

c) Syaitan diciptakan daripada api. Bagaimana api boleh disiksa dengan api?

Ust Kama: Manusia diciptakan daripada tanah, kenapa sakit bila dipukul dengan tanah?

Rujuk: Jibreen

2) Hj.Yusuf

Bolehkah ustaz terangkan tentang Syiah?

Ust Kama: Syiah banyak puak. Paling hampir dengan ahli sunnah ialah Zaidiyyah. Paling teruk ialah Sabaiyyah. Syiah menjalani akidah yang berbeza dengan ahli sunnah. Rukun penting dalam ajaran syiah ialah mencintai ahlul bait dan mencela sahabat Abu Bakar, Umar, Uthman, Aishah dan ramai sahabat yang lain.


Read more...

DAURAH 236

January 3, 2011

TARIKH: 03/ 01/2011
MUKA SURAT :234
SURAH YUSUF: AYAT ...


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN:

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP