CARI KANDUNGAN BLOG

TOLAK 10 , TOLAK 9

August 31, 2022

Telah bersepakat para lama ahli sunnah atas keutamaan 10 sahabat yang dikhabarkan berita gembira bahawa mereka ahli syurga. Telah masyhurlah kelebihan dan manaqib mereka. Siapakah yang lebih jahil daripada mereka yang tidak mahu mengakui angka 10 itu ? Atau mereka yang enggan mengiktiraf 10 orang dari kalangan mereka? Mereka membenci sahabat-sahabat terbaik nabi Muhammad SAW. Sahabat-sahabat yang disaksikan untuk mereka syurga Allah SWT. Dalam masa yang sama mereka mengecualikan saidina ali bin Abi Talib.  Ironinya , mereka mengangkat 9 pemimpin sedangkanmereka membenci 9 daripada 10. Mereka marah dan benci kepada seluruh muhajirin dan ansar. Padahal golongan itulah yang merupakan golongan awal masuk Islam. Merekalah yang telah berbai'ah di bawah sepohon kayu dengan Rasulullah SAW.


Merekalah yang Allah firmankan dalam Al-Quran , Surah Al-Fath: Ayat 18:



لقد رضي الله عن المؤمنين إذ يبايعونك تحت الشجرة


"Demi sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang beriman ketika mereka berbai'ah kepadamu wahai Mhmmad saat berada di bawah pokok".




Sesungguhnya telah sabit satu hadis saheh dalam Saheh Muslim diriwayatkan sahabat nabi Jabir R.A bahawa nabi SAW bersabda:

 


لا يدخل النار أحد بايع تحت الشجرة


" Tidak masuk neraka seorang pun yang berbai'ah di bawah pokok".



Para Syiah Rafidah dulu dan kini , mereka berelepas diri daripada seluruh sahabat nabi SAW kecuali sekumpulan yang sedikit sekitar 10 orang.


Read more...

ADAKAH GHANIMAH ITU KHUSUS HARTA RAMPASAN PERANG SAHAJA?

August 14, 2022

Kalangan ulama Ahlu Sunnah menjustifikasikan harta ghanimah hanya harta yang dirampas dalam peperangan sahaja.


Namun , dalam kalangan fuqaha Syiah, mereka meluaskan maknanya susuai dengan pemahaman bahasa iaitu segala harta yang diperolehi tanpa kesulitan maka hendaklah dianggap ghanimah. Dari kerana itu hukum khumus yang menjadi sumber kekayaan besar dalam Syiah hendaklah dikeluarkan daripada semua jenis pendapatan termasuk gaji dan perniagaan.

Lanjut bacaan:


https://almerja.net/reading.php?i=5&ida=44&id=1&idm=6160


Read more...

TAFSIR BID'I-ALLAH MENGAJAR ADAM NAMA-NAMA

August 9, 2022

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 31:


وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا


" Allah telah mengajar Adam nama-nama semuanya"


Menurut Syarif Al-Murtadha (355H-456H), seorang tokoh ulama Syiah kurun ke-4 yang digelar Zul Majdain Alamul Huda, dalam kitabnya Amali Al-Mutadha, nama-nama yang diajarkan Allah SWT kepada nabi Adam itu ialah nama nabi Muhamamd SAW dan 12 imam Syiah Imamiah.

Abdullah As-Soddiq Al-Ghumari dalam kitabnya Bid'u At-Tafasir menyifatkan tafsiran seperti ini adalah antara contoh tafsir bid'ah yang tidak ada asas dalam ilmu tafsir. Ia diada-adakan dengan tujuan untuk memperkuatkan akidah firqah Syiah yang menyeleweng.

Read more...

Raja Ghassan mengumpan Ka'ab bin Malik

August 8, 2022

Ketika Ka'ab bin Malik dalam situasi yang sempit, dipulau oleh nabi dan kaum Muslimin Madinah, datanglah utusan Raja Ghassan membawa surat buatnya. Surat itu adalah surat tawaran kerajaan kafir untuk seorang muslim yang terbuang. Surat itu menawarkan suaka politik buatnya. Dalam surat itu Raja Ghassan menulis:

أما بعد قد بلغنا أن صاحبك قد جفاك ولم يجعلك الله بدار هوان ولا مضيعة فالحق بِنَا نواسك


" Adapun beritamu bahawa kamu telah dipulau oleh pemimpinmu dan Allah tidak sekali-kali akan menjadikan kamu dalam keadaan terhina dan disua-siakan. Ayuhlah, mari kepada kami dan kami akan rawat hatimu".


Namun, Kaab bukan orangnya yang boleh dipalingkan dari Islam. Tawaran raja Ghassan itu dapat dibaca muslihatnya. Itu hanyalah tabiat musuh Islam yang sentiasa mencari titik retak yang boleh dibelahkannya. Kaab membakar surat itu. Dia menegaskan bahawa bala yang sedang dihadapinya akan menjadi kian parah kalau dia gagal menguruskan bala baru yang sednag mengumpannya.

Kaab bin Malik seorang sahabat yang Siddiq. Yang benar dalam imannya.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ



Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan jadilah kamu bersama orang-orang yang benar".

Read more...

Kata-kata Junaid dan As-Syibli tentang Al-Hallaj

August 6, 2022

(Petikan daripada Kitab" Al-Fikrus Sufi; ms 390)

 Apakah Junaid Al-Baghdadi berakidah Wehdatul Wujud juga seperti Abu Mansur Al-Hallaj. 

Pada Saat Al-Hallaj telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh penguasa pada masa itu, Junaid Al-Baghdadi mengurumkan surat kepadanya yang bertulis: "Sesungguhnya kamu telah menyebarkan rahsia ketuhanan lalu Dia memberikan kamu rasa kelazatan besi".


Begitu juga As-Syibli berkata mengenai nasib yang menimpa Al-Hallaj ini.  Katanya: Aku dan Al-Hallaj adalah dua orang yang satu hanya berbeza kerana dia bercakap (Mengenai Wehdatul Wujud ) sedangkan aku tidak". 

Perkataan-perkataan ini boleh difahami bahawa Junaid dan As-Syibli mempunyai keyakinan yangs ama seperti Al-Hallaj. Cuma mereka tidak mewar-warkan akidah mereka. 

Cuma, soalnya apakah benar nisbah perkataan itu kepada dua tokoh besar dalam Islam itu? Apakah tidak mungkin ia adalah takzib ke atas keduya-duanya oleh para pengobar ilmu tasawwif yang berkeyakinan wehdatul wujud?

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP