CARI KANDUNGAN BLOG

لازم القول ليس بقول

September 25, 2018


Ini adalah salah satu kaedah usul yang dicuaikan oleh ramai orang. Mendengar atau membaca perkataan seseorang lalu difahami perkataan itu, maka dihukumkan orang itu telah mengucapkan sepertimana yang difahaminya. Ini salah!


Misalnya, satu orang datang rumah kita lalu dia berkata:


" Aku lapar sekali"


Lalu, setelah mendengar perkataannya, kita pun faham dia mahu makan. Sebagai tetamu, kita pun hidangkan makanan dan panggil dia makan. Tapi dia memberitahu:


" Saya puasa!"


" Tadi kata lapar", kita menempelaknya, tak puas hati . Rasa macam ditipu. Sebenarnya yang salah adalah kita yang salah faham. Puncanya buat tafsiran sendiri. Tak tanya dia apa maksudnya.


" Saya tak minta pun makan. Saya cuma beritahu saya lapar", balas orang itu.


Yang dia beritahu itu, itulah "alqaul". Bukan yang yang kita faham. Betapapun dekat maksud perkataannya itu dengan apa yang kita faham, faham kita itu bukan jawapannya.


Kan dah silap faham. Sebab itu, apa yang kita faham dari perkataan seseorang bukan apa yang menjadi maksud perkataannya. Justeru, kita tidak boleh menghukumkan atas kata-katanya yang kita faham. Kita perlu minta penjelasan.


Tanya dia, apa maksud kata-katamu? Setelah hilang keraguan, baru boleh buat keputusan.Kalau sekadar interpretasi sendiri, jangan sekali-kali hukumkan seseorang berdasarkan perkataanya. Paling bahaya kalau hukumkan seseorang itu kafir kerana ucapannya yang kita fahamkan sendiri tanpa tanya kepada yang menuturnya. Samalah hukumkannya fasiq, munafiq dan yang seumpamanya.


Islam mengajar kita minta penjelasan dan tidak cepat menghukum orang setelah mendengar perkataannya. Satu nas Quran pun orang faham macam-macam. Apalagi kalam manusia! Faham boleh tergelincir.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP