CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah14

August 28, 2008

Surah Al-Baqarah: M/S 16
Isi-isi penting
1.Orang Yahudi mendakwa nabi Sulaiman kafir kerana mengamalkan sihir tetapi Allah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa mereka telah ditipu oleh iblis yang sememang kafir.
2. Kisah Harut dan Marut diwarnai oleh campuran Israiliyyat dan kita perlu berwaspada dalam menelan cerita mengenainya.
3. Ilmu sihir adalah satu reati dan kita hendaklah berusaha membebaskan diri dari gangguan sihir jika telah terkena sihir.
4. Al-Ain adalah sejenis sihir yang berbahaya.
(akan disambung...)
Komen
Ust. Hamdan melanjutkan tentang sihir yang pernah terkena kepada nabi angkara Yahudi. Mereka melakukan sihir untuk mencelakakan nabi dengan menggunakan rambut yang dililit pada pelepah tamar dan dibuang ke dalam perigi. Allah telah mengutuskan dua malaykat untuk membebaskan nabi daripada "naffasat " mereka.
Isu-Isu yang ditimbulkan
En Suradi bertanyakan maksud ayat dalam surah al-insan:
Yang bermaksud: Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara kaldai.
Apakah maksud ayat ini dan kenapa kaldai yang dipilih buat perbandingan suara buruk tersebut?

Read more...

Daurah 13

August 25, 2008

Surah Al-Baqarah: M/S 15
Isi-isi penting:
1. Lantaran dakwaan semborono yahudi yang mengatakan mereka tidak akan dimasukkan ke neraka kecuali beberapa hari sahaja dan dakwaan bahawa yang akan masuk syurga itu hanya yahudi atau nasrani, maka Allah mencabar supaya mereka mereka minta mati namun Yahudi tidak akan minta mati kerana mereka takut mati.
2. Meminta mati adalah dilarang jika tujuannya kerana mahu lari daripada musibah dan penderitaan tetapi digalakkan dan sunnat jika kerana cinta kepada Allah dan ingin bertemunya.
3. Orang yahudi dan orang musyrikin arab merupakan golongan yang takut kepada kematian. Kafir musyrikin takut mati kerana sayangkan dunia mereka tetapi Yahud lebih takutkan kematian kerana sayangkan dunia dan takut pembalasan Allah atas penyelewengan mereka.
4. Sebab nuzul ayat96-97 adalah kerana perkataan orang Yahud kepada nabi setelah nabi mengatakan pemimpinnya adalah Jibrail. Yahudi mengatakan: "Jibrail adalah musuh kami.Jika kamu mengatakan Mikail sebagai pemimpinnya, tentu kami akan mengikutimu...".
Komen
Tajweed
Hukum Iqlab-Diterangkan oleh Ust. M. Shahran
Isu-isu yang dibincangkan
1. Ustaz Farihan menimbulkan isu membelakangkan Al-Quran sebagaimana disebutkan dalam ayat terakhir m/s 14. Minta penjelasan mengenai bersumpah memegang Al-Quran.
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa perkara tersebut dihuraikan oleh ramai tokoh dan ulama. Yang jelas bersumpah dengan Al-Quran merupakan satu rekayasa dan bid'ah dalam agama. Ia juga membawa kepada tasyyabbuh bil kuffar yang dilarang.
Maksud membelakangkan Al-Quran adalah tidak melaksanakan kandungannya dan mengambil selain daripadanya.
2. En Suradi menimbulkan 3 isu berdasarkan 3 hadis
.
A. Terdapat hadis yang melarang bersugi pada bulan Ramadhan setelah gelincir matahari. Terdapat juga haduis yang menyebutkan bahawa nabi Muhammad menggalakkan bersugi setiap kali hendak menunaikan solat. Bagaimana mendamaikan antara dua hadis ini yang kelihatan bertentangan. Ust Hakim bin Hamdan, mengulas dengan menyebutkan bahawa hadis larangan bersugi setelah gelincir matahari bagi orang berpuasa adalah lemah sedangkan hadis galakkan bersugi setiap kali hendak solat adalah kuat. Oleh itu, hadis yang kuat hendaklah diutamakan dalam pengamalan.
B. Solat tahiyyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah. Ust Hamdan, menjawab persoalan tersebut dengan mangatakan bahawa para ulama punya pandangan yang berbeza dalam hal ini. Terdapat hadis nabi pernah menyuruh seorang yang masuk ke masjid supaya solat tahiyyatul masjid dahulu padahal ketika itu nabi sedang berkhutbah. Namun, hadis ini dibincangkann kalangan ulama bahawa suruhan nabi itu bukan membawa maksud perlu solat sunat tahiyyatul masjid bila masuk ke dalam masjid miski khatib sedang berkhutbah, tetapi ada sebab yang lain. Ada pandangan mengatakan nabi mahu para sahabat melihat kesusahan lelaki tersebut yang mana selepas itu para sahabat bersedeqah kepadanya. Menurut ust. Hamdan, bila kita memasuki masjid, mendapati ada halaqah pengajian fardhu ain, dan orang yang masuk itu pun baru masuk Islam dan memerlukan ilmu-ilmu fardhu ain, maka duduk dalam majlis lebih utama daripada solat sunat tahiyyatulmasjid. Jika tidak, solat tahiyyatul masjid lebih utama. Antara khutbah jumaat dan solat tahiyyatulmasjid khutbah jumaat adalah wajib dan solat tahiyyatul masjid adalah sunat. Oleh itu, hendaklah mengutamakan yang wajib. Walau bagaimanapun terdapat dua pandangan dan kedua-duanya boleh dipakai.
C. Hadis yang memberi panduan ketika bersujud iaitu menurunkan lutut dahulu disusuli dengan tangan dan dilarang bersujud seperti unta. Apakah maksud bersujud seperti unta? ust. Hakim bin Hamdan menerangkan bahawa tabia'at unta apabila ingin duduk, dadanya ke depan dan turun dahulu. Apabila bangun, buntutnya mendahulu.
3. Ust. Mahyuddin menimbulkan persoalan mengenai bersugi dengan menggunakan kayu sugi dan menggunakan berus gigi biasa, adakah perbezaan di antara keduanya. Ustaz Kamaruddin menjelaskan bahawa bersugi menggunakan kayu sugi adalah sunnah baginda. Jika bersugi menggunakan kayu sugi, seseorang itu mendapat dua pahala iaitu pahala ittiba' Rasulullah dan pahala melaksanakan sunnah bersugi atas prinsipnya. Jika menggunakan berus gigi, dapatlah pahala mengamalkan sunnah bersugi dari segi prinsipnya. Penjelasan ustaz Hamdan mendatangkan perbahsan yang lebih mendalam. Ust. Hamdan menerangkan bahawa sebahagian ulama membahagikan sunnah kepada dua iaitu sunnah tasyri'iyyah dan sunnah ghairu tasyri'iyyah. Dalam kes bersugi, sunnah tasyri'iyyah adalah bersugi membersihkan mulut dan yang ghairu tasyri'iyyahnya adalah menggunakan kayu sugi. Menurutnya, Abu Jahal pun menggunakan kayu sugi dan kayu sugi bukan milik mutlak syariat Islam. Misal yang lain ialah seperti menaiki unta boleh digantikan dengan menaiki kapal terbang kerana menunggang unta bukan sunnah tasyri'iyyah walaupun ia menjadi amalan nabi Muhammad.

TAMBAHAN

Daurah pada malam ini mengucapkan terimakasih kepada Ustaz Hakim dan ayahnya Ust. Hamdan atas kehadiran mereka dan penglibatan serta sumbangan pandangan dan pendapat dalam daurah pada malam ini. Ust. Hakim datang ke Sabah bertemu isterinya yang bertugas di Elopora Bistari. Ayahnya juga datang bersama dan secara kebetulan mereka singgah di Masjid Al-Fajar. Daripada perbualan selepas itu, Ust. Hamdan merupakan ahli daurah pengajian hadis darul Kausar yang dikendalikan oleh Ust Maulana Asri Yusuf.

Read more...

Daurah 12

August 20, 2008

Surah al-Baqarah: m/s 14
Isi penting:
1. Manusia yang berakal cemerlang tidak akan mengutamakan yang fana berbanding yang kekal abadi.Tidak akan mendahulukan barang yang tidak bermutu, murah harganya berbading barang yang berkualiti yang mahal harganya. Kerana itu Allah mencela Yahudi yang memilih kebatilan berbanding kebenaran.
2. Barangsiapa yang tidak dapat beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya, tidak perlu mengharapkan keimanan mereka terhadap apa yang diturunkan kepada orang lain.
3. Al-Quran mengajarkan kepada kita satu kaedah berhujah dan membatalkan dakwaan orang Yahudi iaitu dengan bertanya: Lantas, kenapa kalian membunuh para nabi-nabi jika betul-betul kalian beriman kepada Allah?
Komen
Tahi lembu-orang yahudi diberi makan najis lembu dengan sebab kekufuran mereka. Bandingan ini adalah sesuai dengan kandungan tahi lembu yang mempunyai gas-gas yang mengkhayalkan yang selalu digunakan oleh penagih dadah untuk menambahkan khayal mereka.
Isu-isu yang dibincangkan:
1.
Hj. Muhammad bertanyakan mengenai pemahaman ayat 68 surah Yasin yang bermaksud: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
Ust. Kamaruddin mengulas mengenai fitrah kejadian manusia yang bermula dengan lemah dari segi akal dan fizikal pada mulanya lalu menjadi bijak dan kuat. setelah itu mereka akan dikembalikan kepada kelemahan dari segi akal dan fizikal bila umur tua menjelma.
Seseorang yang telah mencapai usia tua dan nyanyuk sehingga hilang akalnya pada tahap mencacatkan syarat taklifnya, maka tidaklah wajib atasnya melaksanakan tuntutan syariat seperti solat dan sebagainya.
Ust. Farihan menambah bahawa nyanyuk adalah penyakit akal yang sekejap ada dan sekajap hilang. Dalam hal ini, waris perlu memainkan peranan untuk memastikan amalan syariat dapat ditegakkan oleh orang orang tua yang ditimpa penyakit nyanyuk.
2. En Suradi mengemukakan satu hadis dari sunan Ibn Majah yang menyebutkan bahawa pada setiap hari Isnin dan khamis Allah mengampunkan dosa orang-orang Islam kecuali yang bergaduh dengan saudara seislamnya. Persoalannya, apakah pada hari-hari yang lain Allah tidak mengampunkan dosa orang-orang Islam?
Ust. Kamaruddin mengulas bahawa sesuatu nas samada Al-Quran maupun Hadis tidak boleh dibaca secara bersendirian. Hadis di atas tidak boleh dibaca secara terpisah dengan hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang lain di mana menjelaskan bahawa Allah adalah bersifat pengampun dan sentiasa mengampunkan hambanya. Allah tidak hanya mengampunkan pada hari Isnin dan khamis sahaja tetapi Allah mengampunkan setiap saat dan ketika apabila hambanya meminta keampunan. Hadis tersebut hanya menyatakan kelebihan hari Isnin dan khamis.Wallahu a'lam.
3. En Suradi membawakan sebuiah hadis yang lain menganai doa orang zalim akan diterima oleh Allah swt walaupun orang yang dizalimi itu adalah kafir. Persoalannya, bagaimanakah pula doa binatang yang dizalimi.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa manusia yang kafir lebih tinggi kedudukannya daripada binatang. Jika doa orang kafir yang dizalimi pun diterima oleh Allah, apatah lagi doa binatang yang dizalimi. Islam melarang kita menzalimi binatang. Di antara kezaliman terhadap binatang ialah membunuh mereka dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat iaitu dengan membakar. Perbuatan membakar semut kerengga, membakar tikus yang diperangkap dan sebagainya adalah kezaliman terhadap binatang. Membunuh cicak adalah digalakkan berdasarkan hadis, namun membunuhnya berkali-kali adalah juga satu kezaliman dan mengurangkan pahala.

Read more...

Daurah 11

August 19, 2008

Surah Al-Baqarah: M/S 13
Isi-isi penting:
1. Allah telah menyariatkan kepada Bani Israil larangan membunuh sesama mereka dan larangan merampas hak dan milik satu sama lain namun Bani Israil melanggar syariat tersebut.
2. Orang Yahudi juga suka berbuat kemungkaran terang-terangan dan mereka bertolong-tolongan dalam hal kemungkaran.
3. Yahudi juga mengambil sikap beriman dengan separuh kitab dan menolak separuh yang lain berdasarkan kecenderungan hawa nafsu mereka.
4. Mereka adalah orang yang membeli kehidupan dunia dengan harga akhirat.
5. Allah berikan Nabi Isa kemukjizatan dan Jibrail datang sebagai sokongan, namun Bani Israil tetap mendustakannya.
6.Yahudi mendustakan nabi Muhammad padahal sebelumnya mereka sering mengungkapkan doa berikut:
اللهم انصرنا بالنبي المبعوث آخر الزمان، الذي نجد نعته في التوراة
Komen:
Ust. Farihan menarik perhatian tentang kemuncak kejahatan Yahudi. Mereka bukan sahaja mengubah kitab, beriman separuh menurut keinginan hawa nafsu mereka, malah mereka tega mendustakan para Rasul hatta membunuh mereka.
Isu yang ditimbulkan:
1. Bagaimana dengan menceritakan perbuatan jahat diri sendiri pada masa lalu supaya orang mengambil pelajaran? Apakah itu juga dikira sebagai al-muzaahiriin?
Ust. Kamaruddin mengingatkan bahawa perbuatan menceritakan kejahatan masa lalu itu salah atas dua keadaan:
a)Ia adalah perbuatan mendedahkan sesuatu keaiban yang sebenarnya telah ditutup oleh Allah. Kita sepatutnya menyembunyikan apa yang disembunyikan Allah.
b)Menceritakan kejahatan masa lalu dengan niat menjadi pengajaran bukan hanya menunjukkan sempadan, tetapi kemungkinan akan menjadi tauladan.
2. En Suradi menimbulkan persoalan sebuah hadis yang dipetik daripada buku karangan Ust Ismail Kamus bersumberkan kitab Duaf Al-Kabir karangan Aqili menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Pada tahun 135 syaitan yang telah dikurung oleh nabi Allah Sulaiman di tanah Arab akan keluar, sembilan persepulun akan menuju ke Irak dan satu persepuluh akan menuju ke Syam. Beliau bertanyakan dari dua sudut:
a) Bilakan tahun 135 itu?
b) Mengapakah Nabi Allah Sulaiman mengurung syaitan-syaitan itu?
Ust. Kamaruddin menanguhkan jawapan ke satu masa yang lain sehingga diketahui taraf hadis tersebut. Berkemungkinan ia adalah sebuah hadis daif kerana sumbernya adalah dari kitab Duaf Al-Kabir.
3. En Suradi membawakan ayat 9 surah Al-Jumu'ah yang bermaksud:
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.
(Apakah maksud "bersegeralah"?)
Ust. Kamaruddin menjelaskan perkataan "fas'au" dan "sa'i'" yang menjadi salah satu rukun haji berasaskan kata akar yang sama yang bermaksu lari-lari anak. ia adalah simbolik atau kinayah kepada bersegera. Bersegera itu terpulanglah bagaimana caranya. Bersegera tersebut adalah setelah dilaungkan azan kedua.
Dijelaskan juga bawa azan dua kali jumaat mula dibuat pada zaman saidina uthman bin Affan sebagai khalifah. Namun pada masa tersebut, azan pertama dibuat di luar waktu jumaat dan tempatnya pula di tengah-tengah pasar. Bukan sebagaimana amalan dewasa ini yang mana azan pertama dan kedua dibuat dalam waktu zohor dan dalam tempat yang sama iaitu masjid.
Wallahu a'lam...

Read more...

Daurah 10

Surah Al-Baqarah: M/S 12
Isi-isi penting:
1. Bahawa kebanyakan Yahudi adalah buta huruf dan hanya ulama mereka yang mampu membaca taurat.
2. Para ulama Yahudi sewenangnya mengubah ayat Allah dan mendakwa ia adalah dari Allah.
3. Dilarang melebelkan sesuatu perkataan yang bukan datang daripada Rasul dan Allah kerana itu bermakna mendustakan mereka.
4. Dakwaan palsu orang-orang Yahudi bahwa mereka akan masuk neraka beberapa hari sahaja.

Komen

Ustaz Farihan mengimbau kisah pembunuhan hartawan Yahudi dan penyembelihan sapi bertina dengan membawa iktibar bahawa kita ditegah berdolak dalik dalam melaksanakan perintah Allah. Perbuatan dolak dalik ini adalah sikap Yahudi.

Isu-isu yang dibincangkan.

1. En Suradi menimbulkan persoalan mengenai sebuah hadis, sabda Rasulullah:
"إياكم والحسد فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب أو العشب"
Yang bermaksud: Jauhi olehmu hasad. Sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu atau rumput.
(Bagaimanakh cara kedengkian itu memakan kebaikan?apakah ia memakan beransur-ansur atau sekaligus?)
Ust. Kamaruddin mengulas sekaligus menyebutkan hadis yang lain mengenai tidak dibenarkan dengki melainkan dalam 2 keadaan iaitu dengki kepada hartawan yang dermawan dan ilmuan yang budiaman. Ulasan juga dikaitkan dengan sebuah hadis mengenai maksud orang muflis iaitu orang yang datang pada hari kiamat dengan pahala yang banyak tetapi banyak menyakiti orang lain, lalu pahala amalnya diambil dan diberikan kepada orang yang disakiti hatta habis pahalanya. Lau dosa orang yang disakiti pula diambil dan dibebankan atasnya. Dengki juga merupakan satu bentuk perbuatan menyakiti orang lain. Persoalan mengenai bagaimana cara kedengkian itu memakan kebaikan, sama ada di dunia atau pada hari akhirat ditangguhkan kepada daurah berikutnya.

Read more...

Daurah 9

August 14, 2008

Surah Al-Baqarah : M/S 11
1. Kisah penyembelihan sapi betina memberi iktibar bahawa bangsa Bani Israil suka mempersoalkan perintah nabi mereka dan kita ummat Islam dilarang mempersoalkan apa yang telah diperintahkan Allah dan rasul.
2. Bahawa hati orang Yahudi lebih keras daripada batu.
3. Sungai dan mata air keluar daripada batu.
4. Allah memberi ingatan kepada rasululah agar tidak perlu mengharapkan Yahudi beriman kerana mereka telah membaca kita dan memahaminya tetapi masih mengengkarinya


Jawapan Persoalan terdahulu:

Berkenaan soalan daurah terdahulu :

Hadis tersebut adalah seperti berikut:

‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏صلوا في ‏ ‏مرابض ‏ ‏الغنم ولا تصلوا في ‏ ‏أعطان ‏ ‏الإبل
Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasululah saw telah bersabda: "Bersolatlah kamu di kandang kambing dan jangan bersolat di kandang unta"
(Sunan Tarmizi)

Mengenai hadis solat di kandang kambing, terdapat hadis yang menyebutkan mengenainya seperti berikut:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي قَبْلَ أَنْ يُبْنَى الْمَسْجِدُ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ

Daripada Anas beliau berkata : Dulu Rasulullah s.a.w bersembahyang di kandang kambing sebelum dibina masjid.
(Riwayat Al-Bukhari)
Berkata As-Syaukani dalam Nailul Authar: Hadis tersebut menunjukkan keharusan solat di kandang kambing dan keharaman solat di kandang unta.
Imam Malik pernah ditanya tentang hukum solat di kandang unta. Katanya : "Tidak boleh!". Lalu dikatakan kepadanya, seadainya dihamparkan baju?Katanya: "Tetap tidak boleh!".
Merujuk kepada pandangan beberapa sahabat, tujuan surahan dan larangan Rasulullah tersebut adalah kerana perbedaan sifat najis kambing dan unta. Najis kambing yang bulat dan tidak cemar berbeza dengan najis unta yang fizikalnya bertaburan dan cemar.
قال الشوكاني في النيل : والحديث يدل على جواز الصلاة في مرابض الغنم وعلى تحريمها في معاطن الإبل , وإليه ذهب أحمد بن حنبل فقال لا تصح بحال , وقال من صلى في عطن إبل أعاد أبدا . وسئل مالك عمن لا يجد إلا عطن إبل قال لا يصلي فيه , قيل فإن بسط عليه ثوبا قال لا : وقال ابن حزم : لا تحل في عطن إبل , وذهب الجمهور إلى حمل النهي على الكراهة مع عدم النجاسة وعلى التحريم مع وجودها , وهذا إنما يتم على القول بأن علة النهي هي النجاسة وذلك متوقف على نجاسة أبوال الإبل وأزبالها , وقد عرفت ما قدمنا فيه . ولو سلمنا النجاسة فيه لم يصح جعلها علة لأن العلة لو كانت النجاسة لما افترق الحال بين أعطانها وبين مرابض الغنم إذ لا قائل بالفرق بين أرواث كل من الجنسين وأبوالها كما قال العراقي . وأيضا قد قيل إن حكمة النهي , ما فيها من النفور فربما نفرت وهو في الصلاة فتؤدي إلى قطعها , أو أذى يحصل له منها أو تشوش الخاطر الملهي عن الخشوع في الصلاة . وبهذا علل النهي أصحاب الشافعي وأصحاب مالك وعلى هذا فيفرق بين كون الإبل في معاطنها وبين غيبتها عنها إذ يؤمن نفورها حينئذ : ويرشد إلى صحة هذا حديث ابن مغفل عند أحمد بإسناد صحيح بلفظ : لا تصلوا في أعطان الإبل فإنها خلقت من الجن ألا ترون إلى عيونها وهيئتها إذا نفرت . وقد يحتمل أن علة النهي أن يجاء بها إلى معاطنها بعد شروعه في الصلاة فيقطعها أو يستمر فيها مع شغل خاطره : وقيل لأن الراعي يبول بينها . وقيل الحكمة في النهي كونها خلقت من الشياطين , ويدل على هذا أيضا حديث ابن مغفل السابق وكذا عند النسائي من حديثه وعند أبي داود من حديث البراء وعند ابن ماجه بإسناد صحيح من حديث أبي هريرة إذا عرفت هذا الاختلاف في العلة تبين لك أن الحق الوقوف على مقتضى النهي وهو التحريم كما ذهب إليه أحمد والظاهرية . وأما الأمر بالصلاة في مرابض الغنم فأمر إباحة ليس للوجوب . قال العراقي اتفاقا وإنما نبه صلى الله عليه وسلم على ذلك لئلا يظن أن حكمها حكم الإبل أو أنه أخرج على جواب السائل حين سأله عن الأمرين فأجاب في الإبل بالمنع وفي الغنم بالإذن . وأما الترغيب المذكور في الأحاديث بلفظ فإنها بركة فهو إنما ذكر لقصد تبعيدها عن حكم الإبل كما وصف أصحاب الإبل بالغلظ والقسوة ووصف أصحاب الغنم بالسكينة انتهى .
Isu yang dibincangkan:
En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai sebuah Hadis:
Maksudnya: Semua anak Adam binasa, kecuali yang beriman, Semua orang beriman binasa kecuali yang beramal soleh, semua yang beramal soleh binasa kecuali yang ikhlas.
(Persoalannya: Apakah maksud "binasa" di sini?)
Ust Kamaruddin mengulas dengan membawa firman Allah SWT mengenai sumpah setia Iblis sebagaimana dalam surah Al-Hijr Ayat 39-40:
Maksudnya:Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau Telah memutuskan bahwa Aku sesat, pasti Aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti Aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".
Berdasarkan ayat diatas, orang ikhlas sahaja yang selamat daripada tipudaya syaitan. Oleh itu kebinasaan yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah menjadi mangsa perdaya iblis dan syaitan. Wallahu a'lam.

Read more...

Daurah 8

August 12, 2008

Surah Al-Baqarah (m/s 10)
إن الذين آمنوا والذين هادوا والنصارى والصابئين من آمن بالله واليوم الآخر وعمل صالحا فلهم أجرهم عند ربهم ولا خوف عليهم ولا هم يحزنون
A) Maksud الصّابِئِينَ : Para ulama berselisih pandangan mengenainya:
1. Berkata Sufian At-Thauri: Mereka ialah satu kaum antara majusi, yahudi dan nasara yang tidak punya agama.
2. Berkata ishak bin Rahawaih: Mereka adalah satu golongan daripada ahli kitab yang membaca kitab zabur.
3. Pengikut agama nabi Nuh
4. Penyembah malaikat dan bintang
B) Bani Israil yang meminta untuk bercakap dengan Allah telah diangkat gunung atas mereka lalu ditunjukkan kekuasaan Allah dan matilah mereka semua, kemudian dihidupkan.
c)Ashabus sabt-mereka telah ditukar menjadi kera kerana melanggar larangan pada hari Sabtu.
Menurut Ibn Abbas, mereka tidak makan, tidak minum dan tidak melahirkan keturunan dan cuma hidup tak lebih 3 hari
D) Kisah Nabi Musa menyuruh disembelih lembu bagi menyelesaikan kes pembunuhan seorang hartawan. Ustaz Sukri menjelaskan bahawa kenapa binatang lembu yang dipilih untuk disembelih-Kerana lembu disembah oleh segolongan Bani Israil dan untuk menghilangkan rasa hormat kepada lembu, Allah menyuruh disembelih lembu.
Isu-isu yang dibincangkan:
1. Ustaz Farihan mendatangkan Asbabun Nuzul Ayat:
Riwayat daripada Mujahid: Salman al-Farisi menceritakan tentang sahahabat-sahabatnya sebelum dia masuk Islam. Menurutnya, mereka itu solat, berpuasa, beriman dengan nabi Muhammad dan bersaksi bahawa nabi Muhamamd akan dibangkitkan. Nabi Muhammad memberi jawapan kepadanya dengan mengatakan: "mereka adalah ahli neraka".Jawapan Rasulullah itu menyebabkan Salman rasa amat sedih. Lalu turunlah ayat ini memberi jawapan dan menenangkan hati Salman.
Petikan daripada Tafsir Ibn Kathir:
وقال السدي {إن الذين آمنوا والذين هادوا والنصارى والصابئين من آمن بالله واليوم الاَخر وعمل صالحاً} الاَية, نزلت في أصحاب سلمان الفارسي بينا هو يحدث النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر أصحابه فأخبره خبرهم, فقال كانوا يصلون ويصومون ويؤمنون لك ويشهدون أنك ستبعث نبيا, فلما فرغ سلمان من ثنائه عليهم قال له نبي الله صلى الله عليه وسلم «يا سلمان هم من أهل النار», فاشتد ذلك على سلمان فأنزل الله هذه الاَية

2. En Suradi menyebutkan tentang satu sumber yang dikatakan hadis bermaksud;"jika anda solat di kandang kambing, ianya sah. Jika anda solat di kandang unta, tidak sah". Minta cari sumbernya. Jika ada apa maksudnya?

3. En Suradi menimbulkan persoalan maksud "wasata" (Sederhana) dalam hadis:

خير الأمور أوسطها

Diulaskan oleh ust. Kamaruddin dengan menceritakan hadis mengenai 3 sahabat yang datang betemu A'ishah bertanya mengenai ibadat Rasulullah. Mereka bertekad untuk melakukan ibadat yang lebih daripada apa yang ditunjukki oleh Rasululah tetapi ditegur oleh Rasulullah dengan katanya:
"Barang siapa yang tidak sukakan sunnahku...maka dia bukan dari kalangan ummatku".
Justeru, makan kesederhanaan adalah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah. Kesederhanaan adalah apa yang digariskan dalam sunnah baginda.Wallahu a'lam.
Sila rujuk islamonline untuk jawapan lengkap.

Read more...

Daurah 7

August 11, 2008

Surah Al-Baqarah: Ayat 58-61 (m/s 9)
وإذ قلنا ادخلوا هذه القرية فكلوا منها حيث شئتم رغدا وادخلوا الباب سجدا وقولوا حطة نغفر لكم خطاياكم وسنزيد المحسنين
فبدل الذين ظلموا قولا غير الذي قيل لهم فأنزلنا على الذين ظلموا رجزا من السماء بما كانوا يفسقون
وإذ استسقى موسى لقومه فقلنا اضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة عينا قد علم كل أناس مشربهم كلوا واشربوا من رزق الله ولا تعثوا في الأرض مفسدين
وإذ قلتم يا موسى لن نصبر على طعام واحد فادع لنا ربك يخرج لنا مما تنبت الأرض من بقلها وقثائها وفومها وعدسها وبصلها قال أتستبدلون الذي هو أدنى بالذي هو خير اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم وضربت عليهم الذلة والمسكنة وباؤوا بغضب من الله ذلك بأنهم كانوا يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير الحق ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون

1. Allah memerintahkan Bani Israil memasuki Baitul Maqdis. Peristiwa itu berlaku setelah 40 tahun mereka berada di padang pasir Tih. Mereka telah berjaya merampas Baitul Maqdis daripada penguasa kafir yang memerintahnya dengan pimpinan Yusya' bin Nun.

2. Allah memerintahkan mereka masuk dalam keadaan penuh kesyukuran sambil mengucapkan "Hittoton" yang membawa maksud "pengakuan atas dosa dan memohon keampunan daripada Allah".

3. Namun, mereka masuk sambil merangkak dan menyebut "Habbatun" yang bermaksud "bijirin..."

4. Allah mengingatkan juga tentang nikmat Allah kepada Bani Israil iaitu apabila mereka meminta air kepada Musa lalu Allah perintahkan agar Musa memukul pada batu lalu terpancarlah 12 mata air sebagai sumber minuman untuk setiap puak daripada mereka.
Isu-isu yang dibincangkan:
En Suradi minta ulas mengenai kisah
Harut Marut-Ust Kamaruddin menyebutkan bahawa kisah tersebut terdapat dalam m/s 16 dan akan dibincangkan kemudian. Cerita harut dan marut banyak diwarnai oleh Israiliyyat. Sebenarnya harut dan marut adalah 2 malaikat yang taatkan Allah dan tidak berbuat derhaka sebagaimana diceritakan dalam israiliyyat.

Read more...

Daurah 6

August 10, 2008

Surah Al-Baqarah: Ayat 49
Allah telah mengingatkan beberapa nikmat yang telah dikurniakan kepada kaum Bani Israil:
  1. Allah selamatkan mereka daripada dimusnahkan oleh Firaun yang zalim.
  2. Allah selamatkan mereka daripada karam di lautan dengan membukankan kepada mereka 12 lorong merentas laut.
  3. Allah memberi maaf kepada mereka dan menerima taubat mereka setelah mereka derhaka dengan sebab menyembah lembu.
  4. Allah hidupkan mereka semula setelah dimatikan lantaran meminta sesuatu yang besar iaitu melihat Allah secara jahrah.
  5. Allah melindungi mereka dari panas padang pasir dengan awan
  6. Allah kurniakan mereka dua jenis makanan bermutu tinggi iaitu "manna" dan "salwa".
Isu-isu yang dibincangkan:
1.Pada zaman Firaun, anak perempuan dibiarkan hidup dan anak lelaki dibunuh kerana ingin menyekat naiknya lelaki hebat yang boleh merampas kekuasaan daripadanya. Perbuatan seperti ini terus berlaku sehingga hari ini di mana kemuculan lelaki hebat disekat daripada menapak tangga kekuasaan.Sementara itu, pada zaman Arab Jahiliah, anak perempuan pula dibunuh dan anak lelaki dibiarkan hidup.
2. En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai maksud Surah Al-Ambiyaa ayat 69:
Maksudnya: Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim"
Ust. Kamaruddin mengulas mengarah ke arah persoalan akidah, bahawa tiada benda yang memberi bekas dengan izin Allah. Api tidak boleh membakar tanpa izin Allah. Kalau api boleh membakar, tentu api itu mebakar nabi Ibrahim. Namun, kerana atas sifatnya sebagai api, ia tidak bisa memberi kesan bakaran jika tiada izin daripada Allah swt.

Read more...

Daurah 5

August 8, 2008

Surah Al-Baqarah: Ayat 38-48
Isi-isi Penting
  1. Adam dan Hawa ditempatkan di bumi.
  2. Peringatan buat kaum bani Israil agar sentiasa nikmat Allah ke atas mereka.
  3. Larangan menyuruh orang lain berbuat baik tetapi melupakan diri sendiri.
  4. Takutlah hari yang tidak boleh dibantu seseorangpun, tidak boleh memberi syafaat (kecuali dengan izin Allah) dan tidak diterima tebusan.

Isu-isu yang dibincangkan:

Maksud 'Solat Wusta" dalam ayat 238 surah Al-Baqarah (m/s39)

Soalan dikemukakan oleh En. Suradi dalam daurah sebelumnya dan dijelaskan dalam daurah ini oleh Ust. Kamaruddin. Apa yang jelas, para ulama berkhilaf pandangan tentang makna "Solat Wusta". Tafsir Al-Qurtubi telah menyenaraikan 10 pandangan yang berbeza-beza mengenai makna "Solat Wusta". Namun, pendapat yang mengatakan solat wusta adalah solat asar dipegang oleh jumhur para ulama.

Rujukan cadangan:

Solat menurut Al-Quran

Fatwa Al-Azhar mengenai solat Wusta

Tafsir Al Bakri, ayat 238 al baqarah-SOLAT WUSTHO

Jawapan Syeikh Athiah Saqar

Read more...

Daurah 4

surah Al-Baqarah: Ayat 30-37

  1. Kisah kejadian Adam sebagai khalifah Allah du muka bumi
  2. Allah perintahkan malaikat sujud kepada Adam tetapi Iblis engkar
  3. Doa yang dibaca di awal kuliah untuk menyedarkan diri bahawa ilmu milik Allah.
  4. Iblis memperdaya Adam lalu menyingkirkan Adam dan Hawa dari Syurga
  5. Apakah kalimat-kalimat yang diungkapkan Adam lalu Allah menerima taubatnya.

Read more...

Daurah 3

Surah Al-Baqarah:Ayat 25-29

1. Allah menjanjikan syurga sebagai balasan kepada orang beriman yang di dalamnya terdapat:
  • Sungai yang mengalir
  • Buah-buahan yang berlainan rasa
  • isteri-isteri yang suci
2. Allah membawakan nyamuk sebagai bandingan dan Dia tidak malu untuk menjadikan nyamuk sebagai bandingan
3. Nyamuk adalah haiwan kecil yang ajaib
4. Binatang kecil yang juga ajaib adalah lalat.
5. Langit punya tujuh lapisan

Isu-Isu yang dibincangkan:


Makna ayat 29 Surah Ar-Rahman (m/s 532):



يسأله من في السماوات والأرض كل يوم هو في شأن، فبأي آلاء ربكما تكذبان

Maksudnya:
Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadanya. setiap waktu dia dalam kesibukan
Isu ditimbulkan oleh En. Suradi dalam daurah sebelumnya dan dijawab oleh Ust. Kamaruddin dengan membawa satu petikan daripada Tafsir Qurtubi yang mengisahkan makna " Allah sentiasa sibuk setiap hari..." iaitu:


وسأل بعض الأمراء وزيره عن قوله تعالى: "كل يوم هو في شأن" فلم يعرف معناها، واستمهله إلى الغد فانصرف كئيبا إلى منزل فقال له غلام له أسود: ما شأنك؟ فأخبره. فقال له: عد إلى الأمير فإني أفسرها له، فدعاه فقال: أيها الأمير! شأنه أن يولج الليل في النهار، ويولج النهار في الليل، ويخرج الحي من الميت، ويخرج الميت من الحي، ويشفي سقيما، ويسقم سليما، ويبتلي معافى، وحافي مبتلى، ويعز ذليلا ويذل عزيزا، ويفقر غنيا ويغني فقيرا، فقال له: فرجة - عني فرج الله عنك، ثم أمر بخلع ثياب الوزير وكساها الغلام، فقال: يا مولاي! هذا من شأن الله تعالى

Read more...

Daurah 2

Surah Al-Baqarah : 17-24

  1. Perumpamaan golongan munafiq adalah umpama orang berjalan dalam cahaya api yang bernyala kemudian terpadam dan mereka meraba-raba. Mereka juga umpama orang yang berjalan dalam kehujanan malam gelap yang disertai dengan sambaran petir dan guruh, mereka ketakutan sambil menutup telinga mereka.
  2. Allah menjadikan bumi terhampar dan langit terbina di atas
  3. Allah melarang kita memiliki andadan selainya.
  4. Allah mencabar orang mengenkari Al-Quran agar membuat satu ayat seumpama Al-Quran.

Read more...

Daurah 1

Surah Al-Baqarah:1-16
Dalam ayat 6-7 Allah berfirman:
إن الذين كفروا سواء عليهم أأنذرتهم أم لم تنذرهم لا يؤمنون
Sesungguhnya orang kafir, mereka itu tidak akan beriman sama ada kamu (Muhammad) memberi peringatan kepada mereka atau tidak
وقال ابن عباس والكلبي: نزلت في رؤساء اليهود، منهم حيي بن أخطب وكعب بن الأشرف ونظراؤهما
ختم الله على قلوبهم وعلى سمعهم وعلى أبصارهم غشاوة ولهم عذاب عظيم
وقال أهل المعاني: وصف الله تعالى قلوب الكفار بعشرة أوصاف: بالختم والطبع والضيق والمرض والرَّين والموت والقساوة والانصراف والحَمِية والإنكار
Allah meyebutkan ciri-ciri tiga golongan manusia iaitu:-
  1. Golongan yang beriman (muttaqin)
  2. Golongan kafir
  3. Golongan Munafiq

Read more...

Assalamualaikum....

August 7, 2008

أهلا وسهلا بك زائرنا الكريم
Selamat datang kepada para pelawat kami yang dimuliakan
الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده ، أما بعد
Firman Allah Swt:
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Masjid Al-Fajar telah menginisiatifkan satu kaedah pembelajaran umum yang dinamakan "Daurah Quran". Ia adalah satu mekanisma pemantapan ilmu ahli masjid dengan cara berbincang dalam satu kumpulan kecil dengan menjadi terjemahan dan tafsiran Al-Quran sebagai topik.
Daurah adalah medan perbincangan agama yang luas dan tidak terhad. Menjadi Al-Quran sebagai rujukan pembuka dalam daurah adalah simbolik sumber imu yang terbit dari Al-Quran.Para peserta daurah digalakkan membuat research mengenai mukasurat yang akan dibincangkan sebelum sesi daurah bermula. Para peserta daurah juga digalakkan datang dengan persoalan dan kemusykilan yang dicatatkan untuk dibahaskan dan dijawab oleh para ustaz yang merupakan tenaga-tenaga penggerak daurah.
Akhir sekali...Daurah bukan kelas pengajian yang dikendalikan oleh seorang individu tetapi merupakan sistem yang dikendalikan secara kolektif.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP