CARI KANDUNGAN BLOG

MUHALLIL YANG MENGHALALKAN PERTARUHAN

June 20, 2019

Sepuluh orang masuk pertandingan meniti atas jambatan pinang yang licin. Jambatan itu merentas di atas sebatang cerok (anak sungai kecil). Setiap orang yang masuk pertandingan tesebut kena bayar RM10. Maka pihak penganjur pertandingan ada RM100 hasil yuran yang dipungut. Untuk jadikan pertandingan itu mencabar, batang pinang itu dilumur minyak kelapa. Siapa yang boleh lepas ketika meniti batang pinang itu dialah pemenang. Jika tiada yang berjaya, maka tiadalah yang diberi hadiah,

Pertandingan sebegini ini satu perjudian. 

Agar ia tidak jatuh dalam perjudian, maka dari 10 peserta tadi, hendaklah 4 orang masuk tanpa dikenakan yuran penyertaan. Mereka yang 4 orang itu adalah peserta bebas yang sama kemampuan macam peserta lain. 4 Orang peserta itu adalah untuk melengkapkan 1/3 daripada penyertaan  hendaklah sebagai Muhallil

Mereka itulah yang dinamakan Muhallil dalam sayembara.

Read more...

MATI ANTARA NAFI DAN ITHBAT

June 19, 2019

Kalimah tauhid, La Ilaha Illallah mengandungi dua seksyen iaitu nafi dan Ithbat. Nafi ialah kalimah "Tiada Tuhan". Manakala Ithbat ialah menetapkan iaitu "Melainkan Allah".

Ada seorang Sufi, namanya Syeikh Syazili, beliau tidak berzikir dengan kalimah tauhid ini. Akan tetapi lebih lebih suka menggunakan kalimah mufrad iaitu Allah.  Ketika ditanya orang mengenai sebabnya, maka dijawapnya:

 أخاف أن أموت بين النفي والإثبات

"Aku takut kalau akau mati antara nafi dan Ithbat".

Ibn Taimiyyah, dalam Majmuk Fatawa mengkritik perkataan sedemikian dengan mengatakan bahawa seseorang itu dilihat kepada niatnya ketika menyebut kalimah tersebut. Sekalipun dia mati sebelum menyebut ithbat kalimah tauhid itu, apa yang dikira adalah niatnya. Jika itu menjadi masalah, apalah guanya perintah nabi supaya ajarkan orang yang akan mati kalimah itu. Mengapa tidak diajar sahaja kalimah "Allah". Namun, nabi katakan, siapa yang akhir kalamnya kalimah La ilaha Illallah, maka matinya masuk syurga. 


Read more...

BACA KISAH-KISAH ORANG BIJAK-IBN JAUZI

June 18, 2019

Read more...

ABU MUSLIM AL-KHAULANI

June 17, 2019

Nama beliau adalah Abdullah bin Tsaub.

Beliau beasal daripada Yaman dan masuk Islam di zaman Rasulullah SAW tetapi tidak pernah bertemu dengan Rasululullah. Kerana itu beliau termasuk kalangan Tabi'in. Di kalangan ahli hadis, mereka yang semacam ini diletakkan pada satu tempat khusus yang bukan sahabat dan bukan tabi'in . Ada yang menyebutkan sebagai Kibar Tabi'in. 

Abu Muslim Al-Khaulani adalah dibilang salah seorang daripada 40 orang yang digelar sebagai "Al-Mukhadram" iaitu seorang yang mendapat dua zaman dalam hidupnya iaitu zaman Islam dan zaman Jahiliyyah.

Ketika Abu Aswad Al-'Ansi muncul di Yaman dan berdakyah bahawa dia nabi, Abu Muslim telah mempertahankan keimananya dengan kuat dan tidak mengakui kenabian Abu Aswad.

Ketika berhadapan dengan Abu Aswad Al-Ansi, dia ditanya:
"Apakah kau mengakui bahawa mUhamamd itu Rasul Allah?
Kata Abu Muslim Al-Khaulani: Ya
Apakah kau mengakui bahawa aku Rasulullah?
Kata Abu Muslim: apa? Aku tak dengar!
Jawapan itu diulang setiap kali ditanya .
Abu Aswad merasa marah lalu dia diperintahkan agar dibakar dengan api. Akan tetapi, sehingga api padam, ia tidak menjejaskan Abu Muslim Al-Khaulani .  Kerana tidak mahu kes Abu Muslim Al-Khaulani itu menggugatkan sokongan orang kepadanya, maka Abu Aswad Al-Ansi telah mengambil keputusan membuangnya dari Yaman.

Lalu pergilanAbu Muslim Al-Khaulani ke Madinah dengan harapan untuk bertemu dengan nabi SAW. Dia tidak tahu berita kewafatan nabi SAW. Sampai di Madinah, dia bertemu Abu Bakar As-Siddiq

Ketika berjumpa Abu Bakar As-Siddiq, beliau bertanya Abu Muslim Al-Khalulani.
" Apakah kau ada dengar tentang apa yang dilakukan Abu Aswad Al-Ansi terhadap Abu Muslim Al-Khaulani?
Kata Abu Muslim...
Ya..aku ada dengar kisahnya
Umar Al-Khattab yang melihatnya, lalu berkata
" Apakah engkau Abu Muslim Al-Khaulani?"
Kata Abu Muslim Al-Khaulani: Ya..
Umar bawakan Abu Muslim kepada Abu Bakar. Kata Abu Bakar As-Siddiq:

 الحمد لله الذي لم يمتني حتى أراني في أمة محمد من صنع به كما صنع بإبراهيم الخليل عليه الصلاة والسلام
Alhamdulillah yang tidak mematikan daku sehinggalah aku sempat melihat dalam kalangan ummat nabi Muhammad seorang yang telah diperbuatkan ke atasnya atasnya sebagaimana yang  diperbuatkan ke atas nabi Ibrahim Khalilullah!


Beliau seorang yang sangat berani dan tegas.  Ketika pemerintahan Mu'awiyah, beliau menegur keras tindakan Mu'awiyah yang  menamatkan beberapa pemberian yang diberikan kepada orang Islam. Maka, dalam masa khutbah jumaat, dia berucap membantah ajakan Mu'awiyah supaya dengar dan taat kepadanya. 

" Tiada dengar dan tiada taa't!" katanya.
Mu'awiyah bertanya, kenapa dan dia beritahu bahawa perkataannya itu disebabkan tindakan Mu'awiyah yang memberhentikan beberapa bentuk pemberian yang sebelum ini diperolehi kaum Muslimin itu. Mua'wiyah akhirnya menerima walaupun dia sangat marah.

Hubungan Abu Muslim Al-Khaulani dengan Muawiyah sangat rapat. Pernah terjadi satu hari, dia pulang ke rumah sebagaimana biasa, dia ucapkan takbir depan pintu. Biasanya isterinya akan membalas takbirnya. Haru itu tidak berlaku. Dia masuk ke dalam rumah, dan bertakbir lagi. Isterinya tak jawab. Dia cari rupanya isterinya ada , sengaja tak menjawab. Isterinya rupanya sedang meragam.

Isterinya berkata: patutkan seorang yang dekat dengan Amirul Mukminin Muawiyah tetapi tidak ada orang gaji? Apakah tidka boleh kau minta bantuannya agar dapatkan buat kita orang gaji

Abu Muslim tahu bahawa seseorang telah menghasut isterinya. Beliau berdoa agar Allah membutakan orang yang merosakkan fikiran isterinya dengan idea tersebut. Perempuan itu adalah kawan isterinya. Matanya menjadi buta tiba-tiba. Dia pun sedar apa sebabnya matanya buta. Itu kerana kesalahan kepada Abu Muslim. Dia segera pergi minta maaf. Abu Muslim pun berdoa dan matanya pulih kembali.

Beliau meninggal di negeri yang dikuasai Rom. Kata Bukhari tak jauh daripada Damsyiq. Waktu itu Rom berkuasa di daerah tersebut.


Kisah Selamat daripada bakaran api Aswad Al-'Ansi:



جاء في صفة الصفوة لابن الجوزي عن شرحبيل بن مسلم الخولاني قال: تنبأ الأسود بن قيس العنسي باليمن فأرسل إلى أبي مسلم فقال له: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم، قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما اسمع . قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع . قال: فأمر بنار عظيمة فأججت وطرح فيها أبو مسلم فلم تضره فقال له أهل مملكته: إن تركت هذا في بلادك أفسدها عليك . فأمره بالرحيل فقدم المدينة وقد قبض رسول الله صلى الله عليه وسلم واستخلف أبو بكر . فقام إلى سارية المسجد يصلي فبصر به عمر بن الخطاب، فقال: من أين الرجل؟ قال: من اليمن - قال: فما فعل عدو الله بصاحبنا الذي حرقه بالنار فلم تضره؟ قال: ذاك عبد الله بن ثوب . قال: نشدتك بالله عز وجل أنت هو؟ قال: اللهم نعم . قال: فقبل ما بين عينيه، ثم جاء به حتى أجلسه بينه وبين أبي بكر وقال: الحمد لله لم يمتني حتى أراني في أمة محمد صلى الله عليه وسلم من فعل به كما فعل بإبراهيم خليل الرحمن عليه السلام . - See more at: http://www.alkhaleej.ae/supplements/page/53c26feb-aae4-418c-a7eb-7fa0b3ede93f#sthash.rAdOKfM6.dpuf
جاء في صفة الصفوة لابن الجوزي عن شرحبيل بن مسلم الخولاني قال: تنبأ الأسود بن قيس العنسي باليمن فأرسل إلى أبي مسلم فقال له: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم، قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما اسمع . قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع . قال: فأمر بنار عظيمة فأججت وطرح فيها أبو مسلم فلم تضره فقال له أهل مملكته: إن تركت هذا في بلادك أفسدها عليك . فأمره بالرحيل فقدم المدينة وقد قبض رسول الله صلى الله عليه وسلم واستخلف أبو بكر . فقام إلى سارية المسجد يصلي فبصر به عمر بن الخطاب، فقال: من أين الرجل؟ قال: من اليمن - قال: فما فعل عدو الله بصاحبنا الذي حرقه بالنار فلم تضره؟ قال: ذاك عبد الله بن ثوب . قال: نشدتك بالله عز وجل أنت هو؟ قال: اللهم نعم . قال: فقبل ما بين عينيه، ثم جاء به حتى أجلسه بينه وبين أبي بكر وقال: الحمد لله لم يمتني حتى أراني في أمة محمد صلى الله عليه وسلم من فعل به كما فعل بإبراهيم خليل الرحمن عليه السلام . - See more at: http://www.alkhaleej.ae/supplements/page/53c26feb-aae4-418c-a7eb-7fa0b3ede93f#sthash.rAdOKfM6.dpuf



Read more...

AHLI BID'AH ADALAH PEMBENCI NABI

June 16, 2019

Nama nabi diangkat Allah. Kekal namanya dan disebut nama nabi bersama nama Allah SWT. Ketika nabi kematian anaknya yang lelaki dan hanya perempuan yang hidup, kaum kafir mengolok-olok Nabi dengan menyebutkan Nabi SAW sebagai "ABTAR". Lantas Allah membalas dengan mengatakan dalam Surah Al-Kauthar, ayat 3: " Sesungguhnya yang membencimu itu wahai Muhamamd, merekalah yang ABTAR". Nabi terus hidup dalam jiwa manusia hari ini, penentang nabi seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Umayyah bin Khalaf telah dilupakan orang dan keturunannya juga tidak dihargai lagi sebagaimana orang menghargai keturunan nabi SAW.

Mereka yang membuat bid'ah dalam agama, adalah penentang Sunnah nabi. Menentang Sunnah nabi samalah halnya dengan membenci Nabi. Orang yang membela Sunnah akan kekal disebut orang dan penerus perjuangannya akan berlangsung. Namun, pengobar Bid'ah akan jadi "ABTAR".

Ibn Taimiyyah menukilkan dalam kitabnya Majmuk  Al-Fatawa (13/172):

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP