CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 59

March 30, 2009

TARIKH: 24 /03 /2009 (SELASA)
MUKA SURAT: 59
SURAH ALI IMRAN AYAT 71-77

PENGERUSI : Ust. Mohd Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED : Ust Syukri Mat
TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Samit


a) Apakah kedudukan seseorang yang berbuat syirik dalam keadaan dia tidak tahu bahawa perbuatannya adalah syirik?

Ust Kama: Kejahilan adalah dimaafkan. Tetapi dia berdosa kerana kejahilan itu.

b) Apakah taubat daripada syirik diterima?

Ust. Kama: Allah maha menerima taubat, termasuk taubat orang syirik.


2). Ust. Nasir

a) Apakah orang yang berbuat syirik itu kekal dalam neraka selama-lamanya?

Ust Kama: Ya, orang syirik akan kekal selamanya dalam neraka jika mati tidak bertaubat.

Sabda Rasulullah SAW:


b) Apakah boleh beristinjak dengan bahan lain sahaja dan tidak menggunakan air dalam keadaan ada air?

Jawapan:

Boleh, memadai dengan batu sahaja. Tetapi dengan air adalah lebih afdhal. Rujuk jawapan lengkap di islamqa


c) Apakah sama ganjaran solat jemaah di rumah dan di masjid?

Ust Kama: Tentu tak sama


3) Ust. Syukri
Menimbulkan persoalan mengenai hadis bahawa barang siapa yang ada iman walau sebesar zarah, dia akan masuk ke syurga. Bagaimana jika seorang yang mensyirikkan Allah itu masih ada iman, apakah akan kekal dalam neraka?

Ust Kama: Orang yang mensyirikkan Allah adalah kekal dalam neraka. Fatwa oleh Lajnah Daimah menyebutkan perbuatan syirik seumpama menjamu sembelihan kepada jin, jika pelakunya mati dengan amalan tersebut dan tidak bertaubat, maka akan kekallah ia dalam neraka. (Rujuk)

Firman Allah SWT:

انه من يشرك بالله فقد حرم الله عليه الجنة ومأواه النار

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun".

(Surah Al-Maidah: Ayat 72)

Rasulullah bersabda:

وعن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أتاني آتٍ من ربي فأخبرني –أو قال بشرني- أنه من مات من أمتي لا يشرك بالله شيئًا دخل الجنة. فقلت: وإن زنى وإن سرق؟ قال: وإن زنى وإن سرق

" Dan daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Telah datang kepadaku seseorang memberitahuku (memberi khabar gembira kepadaku)-bahawa sesiapa yang mati dari kalangan ummatku dan dia tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, dia akan masuk ke syurga. Maka aku berkata: Apakah (akan masuk syurga) walau dia berzina atau mencuri?Katanya: Ya, walaupun dia berzina dan mencuri."


4). En. Mauluddin
Bagaimana cara solat dalam saf seorang di belakang saf yang telah penuh?


5). Hj. Osman
a) Apakah beza antara fasik dan syirik?

Ust Kama: fasik tidak merosakkan akidah sebaliknya syirik memusnahkan akidah.


6) Suradi
a) Bukankah anjing itu najis mughallazah?kenapa Ashabul kahfi membelanya?


b)Minta tafsirkan surah Al-Kahfi: Ayat 22.

Ust Kama: Akan ditafsirkan bila sampai di sana nanti.

Read more...

DAURAH 58

TARIKH: 23/03/2009 (ISNIN)
MUKA SURAT : 58
Surah Ali Imran: Ayat 62-70

PENGERUSI : Ust. M. Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED : Ust M. Nazri Jusuh-Mad Silah
TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Ust. Nasir
a) Jumlah kitab dan beza dengan suhuf.
b) Bagaimanakah nabi Ismail diselamatkan daripada sembelihan bapanya?Apakah pisau tidak memutuskan atau Ibrahim menyembelih kibas yang digantikan tanpa disedarinya?
c) Apa maksud hilang rasa dalam proses menyucikan najis mutawassitah?


2)Hj. Osman
Apakah bangsa nabi Ibrahim?


3) En. Hussin bin Muin
Apakah hukumnya makan makanan yang disediakan oleh Ahli Kitab?


4). Suradi
a) Minta penjelasan mengenai hadis mengenai minuman dimasuki lalat, mengapa perlu direndamkan?
b) Apakah membasuh dengan menggunakan mesin basuh automatik itu suci?


5) Samit
Minta jelaskan perbezaan antara air mani. mazi dan wadi.

Read more...

DAURAH 57

TARIKH: 22/03/2009 (AHAD)
MUKA SURAT:57
Surah Ali Imran: Ayat 53-61


PENGERUSI: Ust. Kama
TAJWEED: Ust. Tuan Roslan Tuan Muda
TERJEMAHAN: Tn. Hj. Yusuf
ULSAN TAFSIR: Ust. Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1). Ust. Tn Roslan
Membacakan mesej dakyah kristian dari hp.
2). Ust. Syukri bin Mat
Mengulas tafsiran ayat 55: Maksud "mutawaffika" adalah mengambil dan mengambil.
3). Suradi
Persoalan:
a) Kenapa Allah tidak selamatkan nabi Isa sebagaimana Allah selamatkan nabi Ibrahim daripada api dan selamatkan nabi Ismail daripada pisau sembelihan bapanya?
Ust. Kama menjelaskan bahawa pengangkatan nabi Isa ke langit adalah satu cara Allah selamatkan nabinya. Allah mempunyai pelbagai cara untuk menyelamatkan nabi-nabinya.
b) Apakah itu jodoh?

Jodoh adalah satu perkataan yang mempunyai tafsiran fleksibel. Ia mungkin untuk beberapa lama atau mungkin untuk sepanjang hayat. Mungkin juga untuk di hari akhirat.

Read more...

DAURAH 56

March 20, 2009

Daurah Malam ini : 17/3/2009-Selasa
Muka Surat 56
Surah Ali Imran:Ayat 46-52
Pengerusi: Ust. M Shahran
Tajweed: Ust. Raheed-Ikhfa' Syafawi
Terjemahan: Hj. Yusuf
Ulasan Tafsir: Kamaruddin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
A. En Suradi menimbulkan beberapa persoalan:
1. Apakah peranan imam Mahdi di muka bumi?
2. Apakah benar cerita yang saya dengar bahawa dajal akan datang memikul syurga dan neraka untuk dipersembahkan kepada manusia?
3. Bagaimanakah munculnya imam Mahdi?

B. Hj. Jaafar bertanya mengenai sikap ibu bapa Maryam bila mendengar maryam melahirkan anak tidak berbapa.


C. Hj. Osman menimbulkan beberapa persoalan:
1. Apakah ayat yang boleh menghalang fitnah dajal.
2. Apakah kelawar halal dimakan?
3. Apakah hukumnya makmum sujud terlalu lama sedang imam telah bangun dari sujud?
Jawapan tidak dimasukkan. Hanya yang hadir ke daurah tahu. Sila hadir ke daurah al-Quran.

Read more...

DAURAH 55

March 17, 2009

Daurah Malam ini : 16/3/2009-Isnin
Muka Surat 55
Surah Ali Imran:Ayat 38-45
Pengerusi: Ust. M. Shahran Ibrahim
Tajweed: Ust. Tn. Roslan-Mad Aridh Lis Sukun
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust. Kamaruddin bin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
Ust. Syukri menimbulkan soalan mengenai nabi Isa. Baginda diangkat ke langit dan belum mati hinga sekarang. Kalau begitu dia adalah paling panjang umurnya.
Suradi menimbulkan kefahaman maksud ayat 43. Kenapa dikatakan rukuklah bersama orang yang rukuk dan tidak dikatakan sujudlah bersama orang yang sujud?
Suradi bertanyakan soalan mengenai kanak-kanak yang bercakap semasa kecil. Adakah tiga sahaja? Bagaimana kanak-kanak lain seperti anak masyitah, budak dalam kisah nabi Yusuf dan sebagainya?
Ust. Syukri menimbulkan soalan mengenai ayat 43, mengapa didahulukan sujud daripada rukuk?
Suradi bertanya soalan merujuk kepada ulasana tafsir oleh ust. Kamaruddin bahawa nabi bersabda bahawa dajal tak akan masuk ke Makkah dan Madinah. Kenapa dajal tak masuk ke sana?

Read more...

DAURAH 54

Daurah Malam ini : 15/3/2009-AHAD
Muka Surat 54
Surah Ali Imran:Ayat 30-37
Pengerusi: En. Suradi
Tajweed: Ust. Tn. Roslan-hukum Mad Iwadh
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust. Kamaruddin bin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1) Hj. Ghafar bertanya mengenai hukum berzanji menyambut kelahiran anak.
Ust. kamaruddin menjelaskan beberapa perkara:
a) Kitab berzanji bukan Al-Quran
b)Membacanya tidak menjadi ibadah
c)Perkara-perkara yang disunatkan bagi bayi yang baru lahir ialah, memberikan nama, memasyhurkan namanya, tahnik, bercukur dan timbang rambut lalu sedekah nilai seberat timbangannya dan melaksanakan aqiqah.
d) Berzanji menyambut kelahiran bukan amalan sunnah.
e) Melakukannya tidak menjadi ibadat dan tidak disunatkan.
f) Melakukannya hanya adat kebiasaan.
g) Adat kebiasaan selagi tidak bertentangan dengan agama, boleh teruskan.
h)Sebaiknya buat yang sunnah tunjukkan.
i) Boleh raikan adat kebiasaan.
2) En Ramlin menimbulkan persoalan adat menimbang anak(Bertimbang)
Ust. Kamaruddin menyatakan bahawa itu bukan amalan yang disunatkan. Ia adalah adat kebiasaan dan jika tiada unsur kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan akidah dan pegangan Islam, ia kekal sebagai adat. Boleh teruskan adat yang tidak mencabar Islam.
3) En Mauluddin ( Dari Pahang) bertanya mengenai ayat seribu dinar dan mengamalkannya.
Ust. Kamaruddin menjelaskan beberapa perkara:
a) Nama ayat seribu dinar bukan datang daripada nas. Ia lahir di zaman mutaakhhirin.
b)Al-Quran adalah penawar dan rahmat untuk seluruh alam.
c) Membaca ayat Al-Quran untuk tujuan murah razeki adalah dibenarkan berdasarkan konsep Al-Quran sebagai penawar dan rahmat.
4) En Suradi menimbulkan soalan mengenai nazar ibu bapa yang meninggal, perlukah waris menunaikan nazar tersebut.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa nazar itu perlu dilaksanakan berdasarkan hadis Bukhari:
حديث ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَمَاتَتْ قَبْلَ أَنْ تَحُجَّ أَفَأَحُجَّ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَتَهُ قَالَتْ نَعَمْ فَقَالَ اقْضُوا اللَّهَ الَّذِي لَهُ فَإِنَّ اللَّهَ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ
5) Tn. Haji Yusuf bertanyakan mengenai berat amal baik dan amal jahat. Adakah orang berat amal jahat akan masuk neraka dahulu dan akan masuk syurga.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa penentuan akhir amal seseorang itu ialah timbangan mizan. Penerimaan kitab dari sebelah kiri atau kanan hanyalah petanda amal baik dan amal jahat.

Read more...

DAURAH 53

March 9, 2009

Daurah Malam ini : 10/3/2009-Selasa
Muka Surat 53
Surah Ali Imran:23-29
Pengerusi : Ust. Mohd Shahran Ibrahim
Tajweed: Ust. Syukri bin Mat-Cara menyebut kalimah Allah.
Terjemahan: Hj Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust.Kamaruddin Wahab
Ulasan Tambahan & Soalan
1) En Suradi mengemukakan soalan:
a. Apakah hukumnya memberikan nama kepada anak-anak dengan nama Allah.
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa nama Allah tidak harus digunakan sebagai nama sendiri. Namun, perlu diingat bahawa sesebuah nama menjadi nama Allah jika ia disebut dengan lafaz ma'rifah dan bukan nakirah. Sebagai contoh, nama Al-Mannan adalah nama Allah sebab ia disebut dengan lafaz ma'rifah , namun jika mannan, ia bukan nama Allah kerana ia disebut dengan lafaz nakirah.
b. Bolehkah diletakkan Abdul sebelum nama Allah seperti Abdul Qari dan sebagainya?
Ust Kamaruddin menjelaskan ia adalah dilarang kecuali pada nama yang telah masyhur sebelum jahiliah seperti Abdul Mutalib, nama Datuk Nabi.
c. Perlukan menukarkan nama yang dilarang tersebut?
Memang perlu menukarnya. Jika sulit menukar di atas dokumen pengenalan diri, tukarkan dari segi panggilan dan masyhurkan nama baru yang tidak dilarang.
2) Hj. Yusuf
a. Apakah hukumnya seorang yang sudah pergi haji, tetapi dia tetap pergi haji setiap tahun sedangkan ada saudara maranya yang belum pergi kerana kemiskinan.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa pergi ke Makkah bagi menunaikan haji kali pertama adalah wajib, manakala kali kedua dan seterusnya adalah sunat. Siapa yang pergi ke Makkah berulang kali, ia tidak dilarang untuk berbuat demikian. Namun, kebijaksanaan dalam ibadat menuntutnya mempertimbangkan untuk menaja saudara mara yang belum menunaikan haji kerana dengan cara tersebut dia akan mendapat dua kali pahala berbanding dia pergi sendiri.
b. Apakah hukumnya menyimpan duit untuk masa depan anak-anak tetapi tidak pergi melaksanakan haji.
Melaksanakan haji adalah wajib bagi yang mampu. Jika dia menyimpan untuk anak-anak, keutamaan tidak mendesak, maka dia tidak terlepas daripada kewajipan melaksanakan haji dan berdosalah jika mati tak sempat menunaikan haji.
3) Ust. Nasir
a. Bertanya mengenai maksud hadis bahawa orang yang paling bakhil adalah orang yang bila disebut nama nabi, dia tidak menjawabnya dengan solawat.
b. Apakah orang yang membunuh dirinya juga telah ditentukan oleh Qadha dan Qadar?
c. Apakah Kaedah mufaraqah daripada solat berimam dengan imam solat jema'ah? Ada pihak mendakwa bahawa kita perlu berundur daripada saf solat.
4) Hj Jaafar
Apakah hukumnya bersin dan mengucapkan "alhamdulillah" ketika sedang membaca fatihah.
5) En.Ramlin
Apakah hukumnya solat tak ikut cara nabi?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa solat tak ikut cara nabi tentulah tidak sah malah diharamkan. Namun, perlu dipastikan apakah maksud tak ikut cara nabi itu. Ia bukan bermaksud tidak ikut cara sesuatu mazhab.

Read more...

DAURAH 52

Daurah Malam ini : 9/3/2009-Isnin
Muka Surat 52
Surah Ali Imran: Ayat 16-22
Pengerusi: USt M. Shahran Ibrahim
Tajweed: Ust. Rasheed
Terjemahan: Hj. Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust Kamaruddin wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1. Ust. Nasir menimbulkan beberapa soalan.
a) Bukankah agama yang diterima di sisi Allah hanya Islam? Kenapa sembelihan orang ahli kitab masih boleh dimakan?
b) Apakah hukumnya sujud dengan anggota sujud selain dahi berlapik?Apakah sah sujud itu?
c) Apakah hukumnya air yang kurang 2 kolah dan mengalir, jatuh najis ke dalamnya?
2. Hj. Jaafar bertanyakan soalan mengenai memberi salam dan menjawab soalan daripada bukan Islam.
3. En Ramlin bertanyakan perbezaan antara sirah dan hadis?
4. En Ladis bertanyakan 2 soalan:
a) Hukum solat memakai sarung kaki(stoking)
b) Apakah makna kafir dan apakah ahli kitab termasuk orang kafir?
5. Hj. Osman bertanya:
a)Hukum mendengar azam tapi tak datang solat.
b) Apakah hukumnya menggerak-gerakan jari dalam tasyahud?
c) Apakah hukumnya goyang-goyang badan ketika qiam solat?
6. Suradi bertanya soalan
a) ketika solat, bunuh pijat di badan, ada darah. Darah tak membatalkan solat tetapi kulit pijat yang membatalkan solat. Apakah benar dan minta ulasan.
b)Bagaimanakah solat "faqidut tahurain"?
Perhatian: Jawapan kepada pertanyaan di atas ada dalam simpanan moderator dan tidak dipublishkan. Sila rujuk moderator untuk mengetahui jawapannya.

Read more...

SAMBUTAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

March 8, 2009

Pada malam ini, tanggal 8 mac 2009, masjid Al-Fajar mengadakan majlis mengingati kelahiran Rasulullah. Daurah pada malam ini ditunda.

Read more...

Tafsir Ayat 7 Surah Ali Imran:Mutasyabihat & Muhkamat.

March 2, 2009


 المحكم و المتشابه
 
هُوَ الّذِيَ أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مّحْكَمَاتٌ هُنّ أُمّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمّا الّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاّ اللّهُ وَالرّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنّا بِهِ كُلّ مّنْ عِندِ رَبّنَا وَمَا يَذّكّرُ إِلاّ أُوْلُواْ الألْبَابِ 



قال القرطبي في تفسيره

خرج مسلم عن عائشة رضي الله عنها قالت: تلا رسول الله صلى الله عليه وسلم "هو الذي أنزل عليك الكتاب منه 
آيات محكمات هن أم الكتاب وأخر متشابهات فأما الذين في قلوبهم زيغ فيتبعون ما تشابه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تأويله وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون في العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولوا الألباب" قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا رأيتم الذين يتبعون ما تشابه منه فأولئك الذين سماهم الله فاحذروهم). 

وعن أبي غالب قال: كنت أمشي مع أبي أمامة وهو على حمار له، حتى إذا انتهى إلى درج مسجد دمشق فإذا رؤوس منصوبة؛ فقال: ما هذه الرؤوس؟ قيل: هذه رؤوس خوارج يجاء بهم من العراق فقال أبو أمامة: كلاب النار كلاب النار كلاب النار شر قتلى تحت ظل السماء، طوبى لمن قتلهم وقتلوه - يقولها ثلاثا - ثم بكى فقلت: ما يبكيك يا أبا أمامة؟ قال: رحمة لهم، (إنهم كانوا من أهل الإسلام فخرجوا منه؛ ثم قرأ "هو الذي أنزل عليك الكتاب منه آيات محكمات. .." إلى آخر الآيات. ثم قرأ "ولا تكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات..." [آل عمران: 105]. فقلت: يا أبا أمامة، هم هؤلاء؟ قال نعم. قلت: أشيء تقوله برأيك أم شيء سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال: إني إذا لجريء إني إذا لجريء! بل سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم غير مرة ولا مرتين ولا ثلاث ولا أربع ولا خمس ولا ست ولا سبع، ووضع أصبعيه في أذنيه، قال: وإلا فصُمَّتا - قالها ثلاثا - ) ثم قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: تفرقت بنو إسرائيل على إحدى وسبعين فرقة واحدة في الجنة وسائرهم في النار ولتزيدن عليهم هذه الأمة واحدةً واحدةٌ في الجنة وسائرهم في النار



و جاء في الدر المنثور

أخرج ابن المنذر عن سعيد بن جبير قال {المتشابهات} آيات في القرآن يتشابهن على الناس إذا قرأوهن. ومن أجل ذلك يضل من ضل، فكل فرقة يقرؤون آية من القرآن يزعمون أنها لهم، فمنها يتبع الحرورية من المتشابه قول الله (و من لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكافرون) (المائدة الآية 44) ثم يقرؤون معها (والذين كفروا بربهم يعدلون) (الأنعام الآية 1) فإذا رأوا الإمام يحكم بغير الحق قالوا: قد كفر فمن عدل بربه، ومن عدل بربه فقد أشرك بربه. فهؤلاء الأئمة مشركون.

وأخرج البخاري في التاريخ وابن جريرمن طريق ابن اسحق عن الكلبي عن أبي صالح عن ابن عباس عن جابر بن عبد الله بن رباب قال "مر أبو ياسر بن أخطب، فجاء رجل من يهود لرسول الله صلى الله عليه وسلم. وهو يتلو فاتحة سورة البقرة (الم، ذلك الكتاب لا ريب فيه).

فأتى أخاه حيي بن أخطب في رجال من اليهود، فقال أتعلمون؟ والله لقد سمعت محمدا يتلو فيما أنزل عليه (الم، ذلك الكتاب) فقال: أنت سمعته قال: نعم. فمشى حتى وافى أولئك النفر إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم. فقالوا: الم تقل أنك تتلو فيما أنزل عليك (الم، ذلك الكتاب)؟ فقال: بلى، فقالوا: لقد بعث بذلك أنبياء ما نعلمه بين لنبي منهم ما مدة ملكه، وما أجل أمته غيرك. الألف واحدة، واللام ثلاثون، والميم أربعون، فهذه إحدى وسبعون سنة.
ثم قال: يا محمد هل مع هذا غيره؟ قال: نعم. (المص) قال: هذه أثقل وأطول الألف واحدة، واللام ثلاثون، والميم أربعون، والصاد تسعون، فهذه احدى وثلاثون ومائة. هل مع هذا غيره؟ قال: نعم. (الر) قال: هذه أثقل وأطول الألف واحدة، واللام ثلاثون، والراء مائتان. هذه إحدى وثلاثون ومائتا سنة. هل مع هذا غيره؟ قال: نعم. (المر) قال: هذه أثقل وأطول. هذه احدى وسبعون ومائتان. ثم قال: لقد لبس علينا أمرك حتى ما ندري أقليلا أعطيت أم كثيرا.
ثم قال: قوموا عنه. ثم قال أبو ياسر لأخيه ومن معه: ما يدريكم لعله قد جمع هذا كله لمحمد. إحدى وسبعون، وإحدى وثلاثون ومائة، وإحدى وثلاثون ومائتان، وإحدى وسبعون ومائتان، فذلك سبعمائة وأربع سنين. فقالوا: لقد تشابه علينا أمره، فيزعمون أن هذه الآيات نزلت فيهم :هو الذي أنزل عليك الكتاب منه آيات محكمات هن أم الكتاب وأخر متشابهات
وأخرج ابن جرير وابن المنذر وابن أبي حاتم من طريق علي عن ابن عباس {فأما الذين في قلوبهم زيغ} يعني أهل الشك. فيحملون المحكم على المتشابه، والمتشابه على المحكم، ويلبسون فلبس الله عليهم {وما يعلم تأويله إلا الله} قال: تأويله يوم القيامة لا يعمله إلا الله.
وأخرج عبد بن حميد وابن جرير عن مجاهد في قوله {فيتبعون ما تشابه منه} قال: الباب الذي ضلوا منه وهلكوا فيه {ابتغاء تأويله} وفي قوله {ابتغاء الفتنة} قال: الشبهات.

و قال السعدي رحمه الله في تفسيره

يخبر تعالى عن عظمته وكمال قيوميته أنه هو الذي تفرد بإنزال هذا الكتاب العظيم الذي لم يوجد ولن يوجد له نظير أو مقارب في هدايته وبلاغته وإعجازه وإصلاحه للخلق وأن هذا الكتاب يحتوي على المحكم الواضح المعاني البين الذي لا يشتبه بغيره ومنه آيات متشابهات تحتمل بعض المعاني ولا يتعين منها واحد من الاحتمالين بمجردها حتى تضم إلى المحكم فالذين في قلوبهم مرض وزيغ وانحراف لسوء قصدهم يتبعون المتشابه منه فيستدلون به على مقالاتهم الباطلة وآرائهم الزائفة طلبا للفتنة وتحريفا لكتابه وتأويلا له على مشاربهم ومذاهبهم ليضلوا ويضلوا وأما أهل العلم الراسخون فيه الذين وصل العلم واليقين إلى أفئدتهم فأثمر لهم العمل والمعارف فيعلمون أن القرآن كله من عند الله وأنه كله حق محكمه ومتشابهه وأن الحق لا يتناقض ولا يختلف فلعلمهم أن المحكمات معناها في غاية الصراحة والبيان يردون إليها المشتبه الذي تحصل فيه الحيرة لناقص العلم وناقص المعرفة فيردون المتشابه إلى المحكم فيعود كله محكما ويقولون آمنا به كل من عند ربن.ا

قال ابن كثير في تفسيره:

يخبر تعالى أن في القرآن آيات محكمات, هن أم الكتاب, أي بينات واضحات الدلالة لا التباس فيها على أحد, ومنه آيات أخر فيها اشتباه في الدلالة على كثير من الناس أو بعضهم, فمن رد ما اشتبه إلى الواضح منه وحكم محكمه على متشابهه عنده فقد اهتدى ومن عكس انعكس ولهذا قال تعالى {هنّ أم الكتاب} أي أصله الذي يرجع إليه عند الاشتباه {وأخر متشابهات} أي تحتمل دلالتها موافقة المحكم وقد تحتمل شيئاً آخر من حيث اللفظ والتركيب لا من حيث المراد


Ringkasan:

Disebutkan dalam hadis Muslim bahawa Aisha R.A menyatakan ketika Rasulullah SAW membacakan ayat yang berbunyi:

هو الذي أنزل عليك الكتاب منه آيات محكمات هن أم الكتاب وأخر متشابهات فأما الذين في قلوبهم زيغ فيتبعون ما تشابه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تأويله وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون في العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولوا الألباب


Rasulullah SAW telah bersabda:

 إذا رأيتم الذين يتبعون ما تشابه منه فأولئك الذين سماهم الله فاحذروهم 

" Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikut mengelirukannya maka mereka itulah yang dinamakan oleh Allah dalam ayatnya, maka waspadailah mereka!". 

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP