CARI KANDUNGAN BLOG

PENAGGUHAN DAURAH QURAN

November 14, 2010

Daurah Quran bagi tahun 2010 tamat pada Daurah 235 dan insya Allah akan di sambung untuk Daurah 236 pada tahun hadapan.

Sila buat persediaan untuk tafseer pada muka surat 236 Al-Quranul karim.

Read more...

Solat Jumuat tahun depan

November 12, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Surau semalam memutuskan untuk melakukan Solat Jumuat pertama pada 7 Januari 2011. Surat kelulusan daripada Jabatan Mufti telah pun diterima oleh pihak Surau Al-Fajr. Namun, disebabkan kekangan musim cuti sekolah telah pun bermula, maka solat Jumuat hanya akan dimulakan pada tahun hadapan. Sementara itu, pihak surau bercadang untuk membuat sedikit pembaikan ruang solat agar lebih luas. Disasarkan, sebelum menjelang tahun hadapan, pembaikan itu akan siap.

Alhamdulillah, penantian bertahun untuk menaiktaraf surau Al-Fajar menjadi masjid dan medapat hak mengadakan solat Jumuat telah mendapat hasil. Persiapan rapi akan dibuat untuk menjadikan Masjid Al-Fajr sebagai tempat ibadat ummat Islam sekitar.

Read more...

DAURAH 235

November 9, 2010

TARIKH: 09/ 11/2010
MUKA SURAT :235
SURAH HUD: AYAT 118-123
SURAH YUSUF: AYAT 1-4


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Read more...

DAURAH 234

November 8, 2010

TARIKH: 28/ 11/2010
MUKA SURAT :234
SURAH HUD: AYAT 109-117

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

Read more...

DAURAH 233

November 7, 2010

TARIKH: 07/ 11/2010
MUKA SURAT :233
SURAH HUD: AYAT 98-108

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

Read more...

DAURAH 232

November 3, 2010

TARIKH: 03/ 11/2010
MUKA SURAT :232
SURAH HUD: AYAT 89-97
 
PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
 
ULASAN DAN PERSOALAN
1) HJ JAAFAR

Wang riba diberikan kepada orang lain, dapat pahalakah?

2) SAMIT

Adakah terdapat standard tertentu untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan?

3)

Read more...

DAURAH 231

November 2, 2010

TARIKH: 02/ 1/2010
MUKA SURAT :231
SURAH HUD: AYAT 82-88

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN /PERSOALAN
1) Ranges

Bagaimana menggantikan imam kalau imam terbatal solat?

Ust Kama: Imam hendaklah menarik orang di belakangnya ke depan.

2) Hj. Yusuf

Siapakah yang paling berhak di belakang imam?

Ust Kama: Orang yang paling qari selepas imam.

3) Ahmad daud

a) Bagaimana dengan sikap kebanyakan orang yang enggan duduk di belakang imam?

Ust Kama: Jika dia bukan ahlinya, keengganannya itu adalah sikap yang bertanggungjawab.
 b) Mengapa sampai Ali dikutuk dalam khutbah Jumaat pada zaman pemerintahan Bani Umayyah?

Ust Kama: Itu permasalahan politik

4) Hj. Jaafar

Apakah bacaan Al-Quran kepada si mati boleh sampai?

Rujukan:
1) Islamweb
2) Binbaz


5) En Samit

Apakah boleh orang solat tamam ikut orang solat Qasar?

6) Suradi

a) Dimanakah nabi Lut?

Ust Kama: Nabi Lut diutuskan kepada penduduk negeri Sadum.

b) Kenapa dalam kaum Syuaib mengakui nabi Syuaib sebagai "halim" dan "rasyid", mereka masih menentang nabi Syuaib?

Ust Kama: Orang-orang Quraiys menggelarkan nabi "al-Amin". Kendatipun begitu, mereka masih mendustakan nabi.



Read more...

DAURAH 230

October 26, 2010

TARIKH: 27/ 10/2010
MUKA SURAT :230
SURAH HUD: AYAT 72-81

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN 

1) EN. RANGES

Apakah yang dilakukan oleh nabi SAW di gua Hirak? Ada orang kata nabi mendapat ilmu daripada pertapaannya dan ilmu itu diwariskan kepada Ali KW.




2) EN MOMOH

Setelah kaum nabi Lut dimusnahkan, apakah tugasnya sebagai nabi telah ditamatkan?


3) CIKGU M

a) Apakah kaifiat solat ummat terdahulu?

b) Apakah sebab orang Pakistan di Malaysia tidak mengamalkan Jamak?


4) MR. KARKUN


a) Apakah beza antara solat Israq dan solat Duha?

b) Bagaimanakah menentukan waktu solat di Kutub?




5) ANUAR TAVALON


Soalan berkenaan Qasar dan jamak.


6 ) SURADI


a) Apakah nabi-nabi terkena tipudaya Syaitan?

b) Qarin nabi Muhammad SAW dikatakan beragama Islam. Bagaimanakah dengan Qarin-qarin yang lain?

Read more...

DAURAH 229

TARIKH: 26/ 10/2010
MUKA SURAT :229
SURAH HUD: AYAT 63-71

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN DAN PERSOALAN
1) HJ. JAAFAR

a) Apakah hukumnya menyembelih sambil membaca mantera?

b) Ada orang bertanya, jika kau menyembelih binatang, di mana kau simpan nyawanya?


2) MR. X

Ada petua orang tua supayang kambing disembelih tidak berbau.

3) SABARUDDIN

4) SURADI


5) ANUAR TABALON


6) RANGES


Read more...

DAURAH 228

October 25, 2010

TARIKH: 25/ 10/2010
MUKA SURAT :228
SURAH HUD: AYAT 54-62

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
PERSOALAN DAN ULASAN
1) RANGES
Apakah aqiqah adalah amalan nenek moyang?

2) AHMAD DAUD

a) Bagaimanakah doa mengubah Qadha?

b) Bagaimanakah mungkin nabi Adam serahkan umur kepada nabi Daud?

c) Apakah boleh diterima ada planet baru seperti bumi dan mungkin boleh dihuni di masa depan?



3) HJ. JUBAIDI

Apakah hukumnya korban kali kedua?

4) CIKGU M

a) Ada pandangan tulang binatang korban tidak boleh dimakan lalu ditanam sahaja.

b) Apakah tahlil itu bid'ah?



5)  SURADI

a) Apakah hukumnya melambatkan pengebumian jenazah?
b) Mengapa Allah ambil masa 6 hari untuk bina langit dan bumi?
c) Apakah beza antara akidah 'Asyairah dan Muktazilah?

Read more...

DAURAH 226

October 20, 2010

TARIKH: 19/ 10/2010
MUKA SURAT :226
SURAH HUD: AYAT 38-45
 

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
 
ULASAN DAN PERSOALAN
1) MR. X

Di manakah berlakunya kisah Nuh A.s?

2) KHAIRUDDIN

a) Ulasan: Hidayah tidak mengikut keturunan.

b) Apakah doa naik kapal itu sunnah nabi?

3) RANGES

a) Kenapakan nabi Nuh tanam pokok sendiri? Apakah tiada pokok masa itu?

b) Bolehkah niat iktikaf dalam surau?


4) MUDA AJAK

Komen: Hidayah bukan berdasarkan keturunan.
 

5) CIKGU HASHIM

Isu: Bukankah anak itu dilahirkan bersih?


6)  SURADI

a) Apakah hukumnya ceramah pak ustaz yang membuatkan orang ketawa?

b) Di akhir zaman, Nabi Isa akan meruntuhkan berhala atau berhala itu runtuh sendiri?

c) Mengapa saf perempuan paling afdhal di belakang?



Read more...

DAURAH 227

TARIKH: 20/ 10/2010
MUKA SURAT :227
SURAH HUD: AYAT 46-53

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN DAN PERSOALAN
1) SURADI

a) Apakah benar nabi Nuh dibantu jin untuk membina kapal?

b) Apakah maksud Al-Quran diturunkan dengan 7 huruf?
c) Apakah beza antara mazhab Syafie Mutaqaddimin dan Muta'akhhirin?
d) Bolehkah diterangkan apakah maksud ayat muhkamat dan murasyabihat.


2) KHAIRUDDIN

Apakah pandangan Islam mengenai teori perkembangan manusia mengikut tahap zamn seperti zaman batu, gangsa, dan seterusnya?

Read more...

DAURAH 225

October 18, 2010

TARIKH: 18/ 10/2010
MUKA SURAT :225
SURAH HUD: AYAT  29-37
 

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
 
ULASAN DAN PERSOALAN
Tiada-Hujan lebat, ditangguhkan.

Read more...

DAURAH 224

October 14, 2010

TARIKH: 14/ 10/2010
MUKA SURAT :224
SURAH YUNUS: AYAT 
 

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Read more...

DAURAH 223

October 12, 2010

TARIKH: 12/ 10/2010
MUKA SURAT :223
SURAH YUNUS: AYAT 
 

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Read more...

DAURAH 222

October 11, 2010

TARIKH: 11/ 10/2010
MUKA SURAT :222
SURAH YUNUS: AYAT 

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Read more...

DAURAH 221

October 6, 2010

TARIKH: 06/ 10/2011
SURAH YUNUS: AYAT: 107-199
SURAH HUD: AYAT 1-5


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) CIKGU SALLEH

Minta ulasan mengenai ayat nasikh dan mansukh.

Ust Kama: Nasakh dan mansukh merupakan salah satu ilmu ulumul Quran yang penting. Ayat Al-Quran yang diturunkan terikat dengan hukum nasikh dan mansukh. Terdapat 3 jenis nasakh dan mansukh iaitu:

a) Nasakh ayat kekal hukum.
b) Nasakh hukum kekal ayat
c) Nasak ayat dan hukum

2) CIKGU KHAIRUDDIN

Ada kalangan manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat hidup yang diperolehi. Apakah hukumnya?

3) SURADI

a) Apakah boleh diterima alasan sesetengah orang mengatakan bahawa dia belum sampai seru untuk buat haji?

Ust Kama:  Seruan haji telahpun dilaungkan zaman nabi Ibrahim lagi. Mengatakan bahawa belum sampai seruan adalah tidak berasas kerana setiap yang menyahut seruan Islam, seharusnya dia telah terpanggil untuk melaksanakan haji.

b) Dikatakan kiamat akan berlaku bila tiada lagi orang beriman di atas dunia?

c) Apakah syurga hanya berpenghuni sesudah kiamat?

4) MR. X

a) Apakah dikira mampu seseorang yang cukup perbelanjaannya tetapi tidak dapat kouta haji?

Ust Kama: Mendapat kouta haji termasuk dalam makna mampu untuk zaman ini.

b) Apakah semua orang mati dahulu sebelum kiamat?

Ust Kama: Kiamat terjadi apabila tiupan sangkakala dilakukan.  Ketika itu matilah semuanya yang ada di langit dan bumi kecuali yang Allah kehendaki.

Read more...

DAURAH 220

October 5, 2010



TARIKH: 05/ 10/2010
MUKA SURAT :220
SURAH YUNUS: AYAT 98-106

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SABARUDDIN

Minta sebutkan tasbih yang dibacakan nabi Yunus dalam perut ikan.

Ust Kama: Sila rujuk surah Al-Ambiya: Ayat 87

2)  MR. TABLIGH

Jika imam solat jumuat yang baca tidak betul bacaan fatihahnya, apa yang harus kita buat?

Ust Kama: Kalau boleh buat ulang kembali solat jumuat. Jika tidak, lakukan solat zohor.

3) MR. RANGES

4) CIKGU KHAIRUDDIN

5) SURADI

a) Ajar kalimah tauhid kepada orang nak mati, tidakkan itu melawan ketentuan takdir Tuhan?

Ust Kama: Ajar kalimah tauhid adalah sunnah dan bukan melawan takdir. Takdir kematian seseorang, samada beriman atau tidak tidak diketahui selagi dia masih hidup.

b) Bagaimana kalua imam baca doa utk diri sendiri, perlukan diaminkan?

Ust Kama: Imam yang membacakan doa khusus buat dirinya adalah jahil dan melanggar adab berdoa. 

c) Mengenai wehdatul wujud, jika kita menganggap ada wujud selain Allah, apakah kita menjadi syirik?


Ust Kama: Wujud Allah dengan wujud makhluk tidak sama walaupun kedua-dua menggunakan kalimah wujud. Seperti dalam banyak hal lain. Kuasa Allah dengan kuasa makhluk tidak sama. Allah, tidak serupa dengan sesuatu apapun.

Read more...

DAURAH 219

October 4, 2010


TARIKH: 04/ 10/2010
MUKA SURAT :219
SURAH YUNUS: AYAT 89-

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) HJ. RANGES

Apakah boleh seseorang itu puasa 6 hari di bulan Syawal jika dia tidak dapat menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan disebabkan keuzuran?

Ust Kama: Para ulama mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hal tersebut.

2) SABARUDDIN

Ust mengatakan bahawa mengaminkan doa itu satu kelebihan yang diberikan kepada nabi Muhammad dan juga nabi Musa serta Harun. Bagaimana dengan sebutan ameen yang diucapkan oleh orang kristian?

3) MUDA AJAK

Minta ulasan tentang hadis mengenai perpecahan umat Islam kepada 73 puak dan satu puak ke syurga.

Ust Kama: Terdapat perbezaan tanggapan ulama dalam memahami maksud hadis tersebut.

4)MR.  TABLIGH

Minta ulasan tentang bid'ah. Apakah ada bid'ah hasanah?

Ust Kama: Bid'ah adalah perkara baru dalam agama. Bid'ah hasanah tidak ada sebagaimana diulas oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

5) SURADI

Minta ulasan mengenai hukum menyapu atas balutan luka.

Ust Kama:

Menyapu atas balutan luka ada dua cara:

a) Tidak perlu menyapu dengan air maupun tayammum. Basuh anggota wuduk yang boleh dibasuh sahaja.
b) Melalaukan air atas balutan



Read more...

DAURAH 218

September 30, 2010

TARIKH: 29/ 09/2010
MUKA SURAT :218
SURAH YUNUS: AYAT 79-88

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD DAUD

a) Penyebaran Islam ke alam Melayu oleh para pendakwah banyak dibantu oleh karamah yang ada pada mereka. Begitulah yang diperlihatkan menerusi wayang dan filem.  Ada kalangan mereka menunjukkan karamah mereka dan bukan datang dalam keadaan mereka tidak sedar. Apakah ini karamah?

Ust Kama:

Karamah adalah anugerah Allah SWT dan bukan atas usaha. Apa yang diperlihatkan dalam wayang itu tidak boleh dijadikan sandaran. Sedangkan ke atas nabi lagikan ada maudhu', maka apalah jaminan untuk bersihnya para pendakwah daripada cerita tokok tambah orang kemudian. Dakwah mereka yang lalu itu disampaikan  dengan usaha gigih dan bukan melalui ilmu mistik sebagaimana yang ditempelkan kepada banyak daripada pendakwah.

b) Ada tok guru yang berdoakan kepada Allah agar pokok yang mati kembali hidup dan berbuah. Ini cerita yang saya dengar. Apakah ini juga karamah.

Ust Kama: Jika dia berdoa kepada Allah lalu berlaku sebagaimana yang dia doakan, itu adalah karamah.

c) Adakah ma'unah itu boleh diberikan kepada orang bukan Islam?

Ust Kama: Ma'inah Allah boleh kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.


2) MUDA AJAK

a) Apakah hujah yang boleh diterangkan kepada para jemaah sekalian untuk mengatakan boleh kita lewatkan insya untuk majlis ilmu?

b) Minta ulasan mengenai penghinaan terhadap Islam oleh seroang paderi yang berceramah di Sarawak mendakwa bahawa:

i)Mencium hajaral aswad sama seperti mencium kemaluan perempuan
ii) Nabi Muhammad gila seks kerana kawin budak kecil.

 Ust Kama:

Paderi itu ialah Benjamin. Saya sudah menonton clips tersebut sejak tahun 2006 lagi. Ia isu lama.

3) SURADI

a) Apakah ma'unah itu langsung daripada Allah atau melalui perantaraan malaikat?

Ust Kama: Allah boleh memberi pertolongan melalui perantaraan maupun tanpa perantaraan.

b)Iman dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan turun naiknya. Apakah syaitan itu ada iman?

Ust Kama: Imam syaitan sentiasa berkurangan dan terus berkurang. Hinggalah sirnalah imannya.

c ) Apakah yang dimaksud dalam hadis bahawa "perjanjian antara aku dengan ummatku adalah solat"? Jika seseorang itu tidak solat, apakah ia membawa maksud nabi tidak akan memberi syafaat kepadanya di akhirat?

Ust Kama: Solat adalah tiang agama. Siapa tidak mendirikannya, maka runtuhlah agamanya. Sesetengah ulama menghukumkan kafir mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, berdalilkan sebuah hadis yang saheh. Perjanjian dengan nabi maksunya Islam. Siapa yang tidak mendirikan solat, tiadalah dia punya hubungan dengan nabi melalui Islam lagi.

Read more...

DAURAH 217

September 28, 2010

TARIKH: 28/ 09/2010
MUKA SURAT :217
SURAH YUNUS: AYAT 71-78

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SAMIT

a) Terdapat pandangan yang saya dengar bahawa qalam diangkat sebelum baligh dan selepas seseorang berumur dengan umur nabi wafat iaitu 63 tahun. Apakah ini benar dan apakah dalilnya?

Ust Kama:

Mengenai diangkatnya qalam (catatan malaikat) sebelum usia baligh, ada disebut dalam hadis. Manakala dakwaan bahawa qalam diangkat selepas usia 63 tahun, ia tidak berasas dan tidak benar sama sekali.


b) Apakah boleh melakukan solat sunat witir 2 kali untuk semalam sebagaimana di bulan Ramadhan?
Ust Kama: Solat witir adalah sunat. Bagi yang solat taraweh, mereka disunatkan tamatkan dengan witir bersama imam. Kemudian, ketika bangun solat tahajjud mereka boleh melakukan witir lagi.


2)MOMOH
Apakah perbezaan antara kalimah "kaum" dengan "ummat"?

Ust Kama:

Wallahu a'lam.

Kaum lebih umum manakala ummat hanya bagi yang beriman dengan nabi berkenaan. Itulah yang saya fahami.

3) AHMAD DAUD

Kenapa manusia berbeza  warna kulit sedangkan mereka semua berasal dari nabi Adam dan kemudian daripada nabi Nuh dan hanya tinggal di satu tempat sahaja pada mulanya?

Ust Kama:

Perbezaan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor geografi, cuaca dan cara hidup adalah antaranya. Setelah banjir surut, Nuh dan pengikutnya tinggal dan berpenempatan sekitar bukit judi. Lama-kelamaan berlaku migrasi dan dengan itu manusia berkembangbiak serata daratan. Maka, bermulalah perubahan fizikal menurut faktor-faktor tadi.

Samit menambah:

Perbezaan manusia juga disebabkan gen dan kromoson. Kajian sains mengatakan dalam diri seseoranga ada 23 gen dan 46 kromosom.

4) SURADI

a) Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa semua anak Adam berdosa. Apakah termasuk nabi-nabi?

Ust Kama: Nabi-nabi adalah maksum dan terdapat dalil lain yang mentakhsiskan dalil umum tadi.

b) Disebutkan dalam satu tazkirah Ramadhan bahawa syaitan menghalang jalan taqwa orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Bagimana syaitan menghalang sedangkan dia dirantai?

Ust Kama: Syaitan, ada kalangan jin dan ada kalangan manusia.

Read more...

DAURAH 216

September 27, 2010

TARIKH: 27/ 09/2010
MUKA SURAT :216
SURAH YUNUS: AYAT 62-70

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANWAR TABALON

Seorang suami yang telah ditinggalkan isterinya selama kira-kira 3 tahun dan tidak duduk bersama, ketika ditanya tentang isterinya, dia mengatakan telah menceraikan isterinya. Apakah jatuh talaknya. Jika selepas 3 tahun, isterinya pulang dan mereka ingin hidup bersama semula, bagaimana hendak rujuk?

Ust Kama: 
Lafaz yang menggunakan kalimah cerai atau talak, maka ia soreh dan jatuhlah talak. Tempoh iddah dikira dari tarikh si suami mengucapkan kata-kata yang bermaksud cerai tersebut dan tamat setelah berlalunya 3 kali suci.  Setelah tempoh itu, jika meraka ingin kembali hidup bersama, maka perlulah akada yang baru dan mahar baru.


2) SAMIT

Apakah sifat 20 itu berunsur falsafah?

Ust Kama:

Sifat 20 bukanlah falsafah. 20 sifat itu adalah ekstrak dari Al-Quran dan ia adalah hasil susunan ulama lalu untuk mengenalkan murid kepada Allah SWT. Namun, ia bukannya satu-satunya jalan mengenal Allah. Para salafus Soleh tidak pernah mengenal sifat 20 tetapi mereka lebih mengenali Allah SWT. Apa yang menjadi falsafah ialah huraian dan perincian daripada sifat 20 itu seperti sifat ta'aluq, tanjizi qadim, tanjizi hadis, suluhi qadim dan suluhil hadis. Begitu juga beberapa cabang aqaidul iman yang disusun, ia lebih kepada falsafah.

3) SURADI
a) Apakah maksud "kaum yang mendengar" dalam ayat 67 surah Yunus?

Ust Kama:

Kaum yang mendengar adalah orang-orang yang beriman. Orang-orang kafir dalam beberapa ayat yang lain, Allah sifatkan mereka sebagai kaum yang buta, bisu dan pekak.

b) Dinyatakan bahawa jumlah nabi adalah 24 ribu dan 313 daripadanya adalah Rasul. 25 orang daripadanya wajib diketahui. Bagaimanakah cara mengathui 25 orang Rasul?

Ust Kama:

Beriman dengan Rasul bermakna percaya secara ijmal bahawa Allah telah menghantar para Rasul kepada manusia. Secara tafsili ialah mengetahui nama-nama 25 Rasul yang disebutkan Allah dalam Quran. Mengetahuinya bukanlah bermaksud menghafal nama mereka. Memadailah jika ditanya nama antara mereka, maka dapat dibezakan mana rasul mana tidak.



Read more...

DAURAH 215

September 22, 2010

TARIKH: 22/ 09/2010
MUKA SURAT :215
SURAH YUNUS: AYAT 54-61

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) HJ. RANGGES

Apakah hukumnya imam solat asar secara jahar (kuat)?

Ust Kama:Telah menjadi sunnah baginda Rasulullah SAW melaksanakan solat asar secara sir. Membaca jahar dalam solat asar dengan tujuan mengubah sunnah Rasulullah adalah bid'ah.

2) HJ. JAAFAR

Apakah sampaikan kiriman pahala kepada si mati?

Ust Kama: Persalan ini dikhilafkan kalangan ulama. Hadis nabi menyebutkan bahawa amalan seseorang terputus melainkan 3 perkara. Sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan orang tuanya.  Amalan tahlil mengirimkan pahala yang dilakukan dalam masyarakat kita lebih berpaksikan kepada sangkaan sahaja.


3) MAS SURADI

a) Apakah beza antara mukhlisin dengan mukhlasin?

Ust Kama: Mukhlasin adalah mereka yang dibebaskan Allah daripada tipudaya syaitan. Beberapa nama telah disahlan Allah dalam Quran seperti, nabi Yahya, Isa dan Maryam. Mukhlisin pula ialah mereka yang ikhlas. Sesorang yang ikhlas sehingga ke akhir ahayatnya, merekalah mukhlasin. Jika ikhlas hilang, maka mereka bukan lagi mkhlasin dan mereka tidak tergolong kalangan yang selamat dari upaya syaitan.


b) Apakah ikan yang menelan nabi Yunus telah berbuat zalim dengan menelan nabi Yunus?

Ust Kama: Apa yang ikan nun lakukan adalah perintah Allah SWT, justeru, dialah menyelamatkan nabi Yunus.

4) HJ. YUSUF

Read more...

DAURAH 214

September 21, 2010


TARIKH: 21/ 09/2010
MUKA SURAT :214
SURAH YUNUS: AYAT 43-53

PENGERUSI                     :UST KAMA/SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1)  SABARUDDIN


Seseorang yang baru masuk Islam, belum pandai baca fatihah, bagaimana dia mahu solat?


Ust Kama: Dia boleh baca apa yang dia tahu dari Quran. Bismillah itu adalah ayat daripada Quran jika tiaa yang lain dia ingat.

2) LADIS

Jika orang bukan Islam beri salam kepada kita, bagaimana cara menjawabnya?


Ust Kama: Jawablah seumpama yang diucapkan. Atau sekurang-kurangnya "wa'alaikum". Tidak ada masalah juga untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana salam yang diberikan jika pasti salam itu memang salam yang betul.





3) RAMLI NAYAN

a) Seorang lelaki muslim bernikah dengan Cina perempuan yang masuk Islam. Mereka ada anak seorang. Kemudian berlaku penceraian dan si isteri kembali kepada agama asal (budha). Siapakah yang berhak jaga anak itu?

Ust. Kama: Suami yang Islam berhak menjaganya.

4) ANWAR TABALON


Bagaimana jika anak memilih untuk mengikut ibu yang kafir?


Ust Kama: Anak Islam tidak berhak memilih agamanya selain Islam. Pemerintah mempunyai tanggungjawab menjaga agama anak itu.


5) HJ YUSUF

Apakah kita perlu membenarkan kaum kerabat kita yang sudah hampir mati dirawat di hospital sehingga dengan itu kita tidak dapat mentalqinkan kalimah tauhid kepadanya. Maka matilah dia tanpa ucapan kalimah tauhid.

Ust Kama: Usaha untuk mengubat orang sakit perlu dilakukan seoptimanya. Tidak semestinya kalau tidak ditalqinkan kalimah dia mati su'ul khatimah.


6) SURADI

a) Dinyatakan dalam sebuah hadis, "semua dosa diampunkan kecuali dosa  almuzohirin". Apakah dosanya itu menyamai syirik sehingga dia tidak diampunkan?

 Ust Kama: Bukan Al-Muzohirin, tetapi Al-Mujahirin.Sabda nabi SAW:

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله، فيقول : يا فلان، عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه

" Setiap ummatku akan dimaafkan melainkan golongan "almujahirin". Sesungguhnya seorang Mujahir itu, dia berbuat sesuatu pekerjaan buruk pada malam hari lalu dia berpagi dalam keadaan Allah telah tutup keaibannya, namun dia berkata kepada orang lain "wahai si fulan, aku telah lakukan kelmarin begitu begini. Dia tidur dalam keadaan Allah menutup kejahatannya tetapi dia bangun pagi mendedahkan kejahatannya yang ditutup oleh Allah SWT".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa syirik, jika mati dengan kesyirikan itu, Allah tidak akan ampunkan. Semua dosa lain Allah ampunkan sekalipun mati dengan dosa itu. Sementara perbuatan mujahir yang mendedahkan dosanya itu sangat keji kerana tidak menghargai nikmat Allah yang menutup keaiban dan dosanya. Begitu. lalu dikata tidak dimaafkan.

b) Disebutkan tadi bahawa dalam saat penghujung hayat, ditayangkan riwayat hidup kita untuk ditonton. Mana dahulu datang. Tayangan itu atau syaitan?

Ust Kama: Sesungguhnya ketika itu sangat sulit sekali.



Read more...

DAURAH 213


TARIKH
20/09/2010
SURAH
YUNUS :34-43
MUKA SURAT
213
PENEGERUSI
EN SURADI BIN M.ARIF
ULASAN TAJWEED
UST. WAN HELMI
TERJEMAHAN AYAT
EN. MUDA BIN AJAK
TAFSEER AYAT
UST KAMARUDDIN WAHAB

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) EN SAMIT

Apakah anak seorang muslim perlu mengucap 2 kalimah syahadah untuk menjadikan dia seorang Islam?

Ust Kama: Tidak perlu mengucap shahadah lagi untuk menjadikannya Islam kerana dia telah Islam. Seorang anak kecil perlu dididik dengan tarbiah Islam. Dengan tarbiah tersebut, dia akan melalui fasa di mana keluar ungkapan shahadah dari mulutnya. Bila dia baligh, tidaklah perlu lagi dia mengulangi shadahnya. Dia telah mengucapkannya sebelum wajibnya. Maka di saat wajibnya, tidak perlu mengulangi.


Rujuk: Ibn Taimiyyah


2) SURADI MOHD ARIF


a) Dalam Islam, seseorang yang murtad hendaklah diajak kembali kepada Islam. Bukankah dia telah ditentukan murtad, maka apa gunanya lagi membawanya kembali kepada Islam? Tidakkah usaha membawanya kembali kepada ISlam itu menyalahi ketentuan takdir azali Allah SWT?

b) Dalam satu kuliah Subuh, ust Kama menyebutkan bahawa Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang kafir. Apakah ini bermakna mereka yang kafir tidak akan mendapat hidayah Allah SWT selama-lamanya? Bagaimana dengan apa yang kita saksikan, ramai pula orang kafir yang mendapat hidayah dan  masuk Islam?


Ust Kama: Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang kafir. Kata-kata ini terakam dalam firman Allah SWT:


وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ 
  "Dan Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang kafir".

Terdapat banyak lagi ayat Al-Quran yang membawa maksud yang serupa.

Terdapat 2 interpretasi di kalangan ulama dalam memahami ayat-ayat seperti ini:

a)  Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang telah tertulis sejak azali lagi sebagai kafir. 

b) Ayat ini umum untuk semua orang kafir tetapi hendaklah dibaca dengan ayat-ayat lain yang mengkhususkannya.

Syeikh Uthaimin menyebutkan dalam tafsirnya mengenai ayat ini dengan menyatakan bahawa hidayah yang tidak Allah berikan kepada orang kafir itu ialah hidayah taufiq. Adapun hidayah dilalah, maka Allah berikan kepada semua manusia dengan perutusan para rasulNya. Orang-orang kafir yang telah ditentukan kekufurannya sejak azali, mereka tidak ditaufiqkan untuk mencapai hidayah. Allah berfirman dalam Al-Quran:

إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ  وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوْا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

"Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih."

(Surah Yunus: Ayat 96-97)

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ
"Sesungguhnya ada lelakim yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dia dan neraka tinggal sehasta lagi lalu ketetapan Allah telah mendahulunya, maka dia berubah melakukan amal ahli syurga lalu masuklah ia ke dalam syurga".
Kesimpulan: Orang-orang kafir yang tidak diberi hidayah oleh Allah menurut ayat adalah mereka yang telah tertulis sejak azali lagi sebagai kafir. Allah maha mengetahui bahawa  mereka adalah orang-orang jahat dan kafir serta enggan menerima seruan dakwah para rasulnya. Mereka yang sebegini, memanglah Allah tidak akan berikan kepada mereka hidayah lagi. Sementara orang kafir yang dalam catatan azali Allah SWT akan beriman, mereka Allah jadikan berjiwa lembut dan mudah menerima hidayah.

c) Dalam satu kuliah mingguan Ust Wan Helmi menyatakan bahawa memberi salam adalah lebih baik daripada menjawab salam. Bukankah memberi salam itu sunat dan menjawabnya adalah wajib? Bagaimana yang sunat dikatakan lebih baik daripada yang wajib?

Ust Kama: Memberi salam itu sememangnya sunat. Dan menjawab salam pula adalah wajib. Bukanlah soal mengafdhalkan yang sunat melebih wajib. Dalam isu salam ini, dibanding antara memberi dan menjawab, maka memberi itu lebih afdhal. Lagi pula, orang yang memberi salam itu mendapat pahala orang menjawab salam juga kerana ia bertindak sebagai dalilul khair (penunjuk jalan kepada kebaikan). Kalau tidak pemberi salam, manakan ada yang menjawab salam?


Read more...

MAKLUMAN: DAURAH AKAN DI SAMBUNG

September 18, 2010

Alhamdulillah, kita diberi kehidupan oleh Allah SWT sehingga ke saat ini. Puji dan syukur hanya buat Allah SWT. Semoga kehidupan amal soleh kita dapat dipertingkatkan sesudah Ramadhan 1431 yang baru sahaja berlalu.  Kini, 11 bulan mendatang, adalah medan uji buat kita mempraktikalkan apa yang telah kita cernakan sepanjang Ramadhan.

Insya Allah, Daurah akan disambung semula sepertimana maklumat berikut:

Surah                          : Yunus
Muka surat                 :  213
Ayat                           : 34-42
Tarikh akan diadakan  : 20 September 2010
 
Ahli daurah yang sejauh ini mengikuti daurah Quran dengan istiqamah dan setia, diharap dapat meningkatkan kualiti penyertaan dengan membuat ulangkaji dan persediaan. Mudah-mudahan Allah menambahkan ilmu kita semua. Allahumma Ameen.
Dari Ust Kama


Read more...

KUTIPAN JARYAH 50

September 14, 2010

Alhamdulillah, Jaryah 50 yang telah dilancarkan  pada bulan Ramadhan baru-baru ini telah berjaya memungut sejumlah RM11, 361.00. Kerjasama daripada penyelaras dan wakil-wakil serta kemurahan hati serta semangat berlumba-lumba menyumbang semasa Ramadhan daripada para penderma telah membawa kepada terkumpulnya jumlah tersebut. Walaupun jumlah yang disasarkan ialah RM20,000.00, insya Allah jumlah tersebut dapat dipergunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan projek pembaikan yang dirancangkan.

Semoga Allah melipatgandakan ganjaran di dunia dan akhirat bagi mereka yang telah terlibat dalam menyumbang. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan setiap yang diinfaqkan dengan ikhlas. Yang murah hati akan mendapat sesuai dengan kemurahan hatinya. Yang kikir dan bakhil akan mendapat sesuai dengan apa yang dikikirkannya.  

Allahu waliyyut taufiq wal hidayah...allahumma waffiqna lir rashahd!

Read more...

JUMLAH TERKUMPUL TABUNG SURAU SEMPANJANG RAMADHAN DAN IDUL FITRI.

September 11, 2010

Sumbangan  infaq melalui tabung surau sepanjang Ramadhan dan Idul Fitri pada tahun ini berjumlah RM4083.68. Jumlah ini tidak termasuk hasil kutipan JARYAH 50 yang disalurkan kepada penyelaras-penyelaras program.

Terima kasih kepada para penyumbang. Infaq yang disalurkan akan dinilai oleh Allah SWT dan akan mendapat balasan keluasan razeki dan kelapangan hidup di dunia dan di akhirat menanti balasan yang lebih besar.

Read more...

JARYAH 50

August 26, 2010

 Kad "JARYAH 50"

Sempena Ramadhan 1431, kempen mengumpulkan dana untuk pembaikan surau Al-Fajar telah dilancarkan. Kempen tersebut menggunakan nama "JARYAH 50".  Setiap penyumbang mendermakan RM50.00 sebagai amal jariah membangunkan infrastruktur surau Al-Fajar. Jumlah sasaran untuk kempen kali ini RM20,000. 

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia serta dijanjikan gandaan pahala setiap amal, maka kempen ini sebenarnya merupakan peluang kepada setiap "baghial khair" (pemburu kebaikan) untuk mendapat kebaikan di bulan Ramadhan. Nilai RM50 bukanlah besar berbanding kurniaan Allah SWT yang melimpah ruah buat kita. Ia adalah kecil jika hendaklah dinilai dengan fadhilat menderma di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi derma yang menjadi amal jariah yang kekal di muka bumi, insya Allah.

Untuk melestarikan proses mengumpulkan dana tersebut, kad "JARYAH 50" telah dicetak dan diedarkan. Adalah diharapkan setiap yang menerima kad tersebut akan menginfaqkan minima RM50.00. Ini bermakna sebanyak 400 keping kad perlu dikeluarkan. Kad-kad ini telah diedarkan kepada wakil-wakil yang akan menyampaikannya kepada sasaran. Kepada rakan taulan, sahabat handai dan jiran tetangga yang ingin berkongsi pahala amal jariah.

Risalah Ramadhan-siri 2

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan setiap amal yang dilakukan. Infaq dalam keadaan senang atau susah akan diganjari Allah SWT. 

Bagi para sahabat yang tidak sampai kepadanya kad "JARYAH 50" dan berhasrat terlibat sama dalam amal jariah ini, boleh menyumbang terus kepada Akaun Surau Al-Fajr iaitu: No.Akaun: 560027000108 (MAYBANK)


Read more...

JADUAL BERTUGAS

August 11, 2010


JADUAL BERTUGAS
IMAM SOLAT TARAWEH DAN TAZKIRAH
SURAU AL-FAJAR, SANDAKAN
TAHUN 1431/2010



TARIKH
IMAM
BILAL
TAZKIRAH
TEMA TAZKIRAH
1 RAMADHAN
10 OGOS
TN ROSLAN TUAN MUDA
EN. MUDA AJAK
TAZKIRAH RAMADHAN DISAMPAIKAN OLEH IMAM YANG BERTUGAS

JIKA IMAM KEBERATAN MENYAMPAIKAN TAZKIRAH, HENDAKLAH DICARI PENGGANTINYA

MASA  TAZKIRAH  ANDALAH ANTARA 10-15 MINIT SAHAJA

WAKTUNYA ADALAH SETELAH 4 RAKAAT SOLAT TARAWEH

TAZKIRAH SEPATUTNYA BERKISAR TEMA YANG DISENARAIKAN


Ramadhan bulan mentarbiah diri
2 RAMADHAN
11 OGOS
KAMARUDDIN WAHAB
SURADI MAT ARIF
Beberapa isu berkaitan Puasa Ramadhan.
3 RAMADHAN
12 OGOS
WAN HELMI WAN ABD HAMID
HUSSEIN MUIN
Beberapa hukum berkaitan Puasa
4 RAMADHAN
13 OGOS
MAT ISA SAUD
ANUAR TABALUN
Nasihat mengenai solat sempurna
5 RAMADHAN
14 OGOS
YAZIT  MD JAIS
SAMIT ABD SANI
Inna solati wanusuki…
6 RAMADHAN
15 OGOS
SUKRI BIN MAT
MOMOH BIN SIDUM
Gandaan amal: Seruan infaq harta
7 RAMADHAN
16 OGOS
AHMAD SYAHRAN IBRAHIM
HJ. AWANG MAHALI
Dakwah tugas semua
8 RAMADHAN
17 OGOS
HUSAINI BIN MOHAMMAD
HJ AYUNG HASSAN
Sifat-sifat mazmumah
9 RAMADHAN
18 OGOS
AGUS SALIM
EN. MUDA AJAK
Sifat-sifat Mahmudah
10 RAMADHAN
19 OGOS
M. SABRI YUNUS
SURADI MAT ARIF
Sunnah dalam kehidupan
11 RAMADHAN
20 OGOS
1.FADIL HARUN
2.MOHD AZLI ABDULLAH
SAMIT ABD SANI
Tokoh:(Sahabat Rasulullah)
12 RAMADHAN
21 OGOS
FADHIL ALIAS
ANUAR TABALUN
Buah iman adalah amal
13 RAMADHAN
22 OGOS
AHMAD SIDQI DANIAL
HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Kesempurnaan akhlak nabi
14 RAMADHAN
23 OGOS
NAZRI   JUSOH
MOMOH BIN SIDUM
Tokoh:(Tabi’in)
15 RAMADHAN
24 OGOS
RAHIM JUSUH
HJ. AWANG MAHALI
Hadis: Akhir zaman
16 RAMADHAN
25 OGOS
RASHID  SALEH
HJ AYUNG HASSAN
Sifat-sifat Syurga
17 RAMADHAN
26 OGOS
MOHD ZAWARI MOHAMAD
EN. MUDA AJAK
Nuzul Al-Quran
18 RAMADHAN
27 OGOS
KAMARUDIN RAMLI
SURADI MAT ARIF
Sifat-sifat Neraka
19 RAMADHAN
28 OGOS
FAZLI AZIZUDDIN
SAMIT ABD SANI
Alam kubur
20 RAMADHAN
29 OGOS
SYAMSUL RIZAL ZULFATMI
ANUAR TABALUN
Menghidupkan 10 Akhir
21 RAMADHAN
30 OGOS
BUNYAMIN  BAKRI
HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Tahajjud dan Qiamullail
22 RAMADHAN
31 OGOS
TN. ROSLAN BIN TN. MUDA
MOMOH BIN SIDUM
Tanda-tanda Lailatul Qadar
23 RAMADHAN
01 SEPT
WAN HELMI WAN ABD HAMID
HJ. AWANG MAHALI
Hubungan kejiranan dalam Islam
24 RAMADHAN
02 SEPT
YAZIT MAT JAIS
HJ AYUNG HASSAN
Taqwa: Apakah kita memilikinya?
25 RAMADHAN
03 OGOS
MAT ISA SAUD
EN. MUDA AJAK
Kewajipan Zakat Fitrah
26 RAMADHAN
04  SEPT
KAMARUDDIN  WAHAB
SURADI MAT ARIF
Hari raya dan pesiapannya
27 RAMADHAN
05 SEPT
SUKRI MAT
SAMIT ABD SANI
ANUAR TABALUN
Sesudah Ramadhan-ke mana?

28 RAMADHAN
06 SEPT
HUSAINI BIN MOHAMMAD
HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Mendidik isteri permata syurga
29 RAMADHAN
07 SEPT
AHMAD SYAHRAN IBRAHIM
MOMOH BIN SIDUM
Cinta Allah ikut Nabi
30 RAMADHAN
08 SEPT
Malam Aidil Fitri -Takbir

PERHATIAN:

1.     Jadual bertugas solat taraweh ini di susun bagi tujuan kelancaran program Qiam Ramadhan. Oleh itu imam dan bilal yang terlibat  hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

2.     Tugas-tugas yang disenaraikan merangkumi solat fardhu Insya dan juga taraweh serta witir.

3.     Imam dan bilal hendaklah datang awal ke surau pada malam bertugas dan terus mengambil tempat iamam dan bilal.

4.     Senarai tema tazkirah Ramadhan yang diberikan adalah sebuah cadangan agar penyampaian muzakkir tidak berlaku pengulangan keterluan. Muzakkir boleh memilih tema lain yang dikehendakinya.

5.     Jika imam berhalangan dengan sebab sesuatu keuzuran sila maklumkan kepada penyelaras jadual secepat mungkin.



Penyelaras:  Ust Kamaruddin Wahab (Ketua Biro Dakwah)            : 019 8409708  
                       Ust Tuan Roslan Tn Muda (Ketua Biro Kebajikan )      : 019 2083126

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP