CARI KANDUNGAN BLOG

AL-KHAZIN

August 22, 2017

Nama sebenarnya ialah Ali bin Muhammad bin Ibrahim As-Syaihi Alauddin dan terkenal dengan Al-Khazin.

Lahir pada tahun 678H di Baghdad dan meninggal pada tahun 741H di Halab.

Pengarang kitab tafsir Lubab At-Takwil Fi Ma'ani At-Tanzil yang dikenali juga sebagai Tafsir Al-Khazin.

Beliau ada juga seorang Faqih Syafie

Read more...

AL-QUSYAIRI

August 21, 2017

Al-Qusyairi menghikayatkan daripada Ibn Najih.....

Al-Qusyairi lahir pada tahun 439H dan meninggal pada tahun 514H

Beliau seornag ahli nahu, ahli kalam dan faqih Syafie.

(Ada Al-Qusyairi Bapa dan Al-qUSYAIRI ANAK)

AKAN DISEMAK SEMULA!

Read more...

ABDULLAH IBN ABI NAJIH

Beliau adalah hamba kepada Sahabt nabi bernama Syuraiq

Meninggal pada tahun 131 H.

Kata Ibn Uyainah, beliau adalah Mufti penduduk Makkah selepas Amru ibn Dinar.

Beliau meriwayatkan daripada sebilangan nTabiin sepeerti Mujahid, Ato dan Towus. Menurut Az-Zahabi, beliau tidak menjumpai guru Ibn Najih dari kalangan sahabat.

Yahya Al-Qattan mengatakan beliau seorang muktazilah.

Yaakob As-Sudusi menyebutkan beliau sebagai seorangb yang Tsiqah tetapi Qodariyyah.

Read more...

ABU MIKHNAF

August 17, 2017

Abu Mikhnaf adalah kunyah untuk Lut bin Yahya bin Said bin Mikhnaf bin Sulaim Al-Ghamidi Al-Azdi.

Datuknya Mikhnaf adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau meriwayatkan beberapa hadis dan Ibn hajar Al-Asqalani menyebutkan namanya dalam Al-Isobah Fi Tamyiz As-Sohabah.

Datuknya adalah pemimpin kaum Azd di Iraq dan merupakan pendokong Khlaifah Ali bin Abi Tolib bersama penduduk Kufah.

Abu Mikhnaf lahir di Kufah dan sanalah dia membesar dan menimba ilmu. sejarah awalnya tidak banyak diketahui. Dikatakan dia bermazhab syiah imamiyah.

Beliau meriwayat daripada beberapa orang Majhul sehingga dengan sebab itu riwayat Abu Mikhnaf ditinggalkan oleh para ulama hadis dan dia dianggap tidak tsiqah.


Az-Zahabi menyebutnya sebagai penulis dan sejarawan.

Meninggal pada tahun 157H

Kata Ibn Al-Qumi, Ibn Mikhnaf adalah sejarawan besar kaum Syiah.

Read more...

IBN JARIR AT-TOBARI

Nama Beliau adalah Abu Ja'far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib dan terkenal dengan nama Imam At-Tobari, pengarang kitab Tafsir bernama Jami'ul Bayan FiTa'wilil Quran (terkenal dengan nama Tafsir At-Tobari) dan kitab  Tarikh Umam Wal Muluk (terkenal dengan nama Tarikh Tobari).

Beliau lahir tahun 224H di sebuah bandar di Tibristan.

Sejak kecil beliau terkenal cerdik dan pintar dan hafal Quran sejak kecil. Bapanya selalu menggalakkannya dan menceritakan mimpinya tentang anaknya itu. Bapanya bermimpi melihat anaknya duduk depan rasulullah SAW dan membawa raga bersisi batu yang digunakan untuk melontar.  Ahli takwil mimpi memberitahu bapanya bahawa anaknya akan menjadi penasihat agama dan oorang besar di belakang hari. Bapa At-Tobari diriwayatkan menjadi cerita mimpinya itu sebagai cerita yang diulang-ulangkan untuk anaknya bagi membakar semangatnya.

Pada zaman At-Tobari, Mazhab Hambali menguasai daerah Iraq dan telah berlaki pertantangan antara pendokong mazhab Hanabalah dengan beliau. Beliau dilarang mengajar dan tidka diberikan tauliah untuk menyampaikan ilmu. Lalu beliau hanya berkurung dalam rumahnya sehinggalah beliau meninggal pada tahun 310H.

Beliau ditohmah dengan tuduhan sebagai Syiah. Puncanya adalah kerana beliau menzahirkan cintanya kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan menyebutkan kelebihan-kelebihan Ali bait dalam karyanya. Tuduhan ini adalah melampau dan mencintai Ali Bait nabi adalah bahagian daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Beliau pernah berdebat dengan Daud Az-Zohiri dan Daud Az-Zahiri menulis menilis kitab menuduhnya sebagai rafidhah.

Beliau juga dituduh Syiah kerana banyak meriwayatkan daripada Lut bin Yahya yang dikenali sebagai Abu Mikhnaf. Abu Mikhnaf disebut oleh Az-Zahabi sebagai Syiah dan pendusta  dalam Siyar A'lam An-Nubala'.

Muridnya yang bernama Abu Bakar Ad-Dinuri meruwayatkan: 

أنه في يوم الاثنين الذي تُوفِّي فيه ابن جرير طلب ماءً ليتوضأ أو ليجدد وضوءه، فقيل له: تُؤخِّرُ صلاة الظهر - التي كان يستعد لها - وتجمع بينها وبين العصر؛ لأن الله سبحانه رخص الجمعَ بين الصلاتين للمريض وأهل الأعذار في حديث ابن عباس وأبي هريرة وغيرهما، لكنه رحمه الله أبى، وصلى الظهر مفردة، والعصر في وقتها، صلاهما أتمَّ صلاةٍ 
وأحسنها، ثم توفي في آخر اليوم.


Ibn Jarir adalah dari kalangan ulama al-'Uzzab.











Read more...

SENARAI AHLI TAFSIR TAHUN 1 H HINGGA TAHUN 1000 HIJRAH

Bagi sesiapa yang mendalami tafsir Al-Quran , sudah semestinya mendengar sejumlah nama yang disebutkan dalam kitab-kitab tafsir.  Nama seperti Ikrimah, Mujahid, Hasan, Al-waqidi, Ibn Ishak daln ramai lagi sering berulang-ulang disebut dalam kitab-kitab Tafsir. 

Siapakah mereka?

Kita menyemak biodata ringkas tentang mereka daripada laman web ini. Sila klik wikiversity

Read more...

IKRIMAH

August 16, 2017

Ikrimah Abu Abdullah Al-Barbari , merupakan hamba kepada Ibn Abbas berketurunan Barbar. Ibn Abbas adalah gurunya. Beliau mahir dalam tafsir dan maghazi. Hasan Al-Basri menahan diri daripada menafsirkan Al-Quran dan berfatwa selama Ikrimah masih ada.

Ikrimah, bila dia menceritakan tentang kisah-kisah maghazi, dia seolah-oleh melihat peristiwa itu.

Ikrimah sempat bertemu dengan sekitar 200 orang sahabat nabi.

Riwayat yang menyebutkan perkataan Ibn Umar kepada khadamnya Nafi' mengenai tahzir terhadap  Ikrimah adalah tidak benar.

" Bertakwalah kepada Allah wahai nafi', janganlah berdusta atas namaku seperti berdusta oleh Ikrimah atas nama Ibn Abbas!".

Riwayat perkataan Ibn Umar ini adalah melalui jalan sanad Yazid bin Abi Zayyad yang didaifkan oleh ramai para muhaddisin.

Ada tuduhan dilempar ke atasnya sebagai Haruriyyah/ khawarij

Kata Qotadah, orang paling alim tentang tafsir adalah Ikrimah.

Az-Zahabi menyebutkan siyar a'lam perkataan Abd Rahman bin Hasan berkata: Aku mendengar Ikrimah berkata, aku telah belajar selama 40 tahun, kemudian aku mula memberi fatwa di muka pintu rumah Ibn Abbas  sedangkan Ibn Abbas memberi fatwa di dalam rumah.
 

Read more...

JUBAIR BIN NUFAIR AL-HADHRAMI

August 15, 2017

 Beliau adalah dari kalangan "kibar Tabi'in".

Lahir pada zaman jahiliyyah dan masuk Islam pada zaman nabi  SAW ketika beliau di Yaman. Beliau tidak bertemu dengan nabi dan kerana itu tidak dibilang kalangan sahabat.

Anaknya Abd rahman meriwayatkan hadis daripada Jubair bin Nafir:


أدركت الجاهلية وأتانا رسول رَسُولِ الله صَلَّى الله عليه وسلم باليمن فأسلَمْنا
" Aku hidup pada zaman jahiliyyah dan telah datang kepada kami di Yaman berita kenabian Rasulullah, lalu kami pun masuk Islam".


Ada pendapat mengatakan juga bahawa dia masuk Islam di zaman Abu Bakar.

Beliau datang ke Madinah pada zaman Abu Bakar dan kemudian menetap di Homs

Jubair meriwayatkan hadis daripada Abu Bakar, Umar, Mu'az, Abu Zar, Abu Darda', Miqdad dan Abu Tsa'labah.

Daripadanya pula meriwayatkan hadis oleh Ali bin Al-madini, anaknya Abdul Rahman, Khalid bin Ma'dan dan lain-lain .


Beliau meninggal pada tahun 80 hijrah pada zaman pemerintahan Abdul malik bin Marwan. Usianya 120 tahun.

Antara hadis yang diriwayatkan menerusi jalan Jubair bin Nufair adalah:

مَثَلُ الَّذِينَ يَغْزُونَ، وَيَأْخُذُونَ الجُعَلَ يَتَقَوَّوْنَ بِهِ عَلَى عَدُوِّهِمْ، مَثَلُ أُمِّ مُوْسَى تَأْخُذُ أَجْرَهَا وَتْرْضِعُ وَلَدَهَا
" Perumpamaan orang yang berperang (Fi sabilillah) dan mengambil Ju'al untuk menguatkan dirinya mendepani musuhnya, seperti ibu Musa yang mengambil upah untuk menysuskan anaknya".
* Jua'h bermaksud satu bentuk elaun ataus satu kerja yang diminta siapkan....



Read more...

MUJAHID

August 14, 2017

Siapakah Mujahid?

Dalam kitab-kitab tafsir seperti, namanya sering disebut.

Beliau adalah Mujahid bin Jabr (Atau disebut juga Jubair).Lahir pada tahun 21 H dan meninggal pada tahun 104H. Beliau adalah hamba kepada As-Saib bin Abi As-Saib Al-Makhzumi Al-Qursyi. Beliau merupakan seorang imam, faqih, tsiqah dan Ahlul Hadis. Beliau cemerlang dalam qiraah dan tafsir Al-Quran serta  periwayatan hadis.

Mujahid berguru dengan para sahabat terutamanya Ibn Abbas. Beliau telah membentang bacaan Qurannya depan Ibn Abbas sebanyak 3 kali dan setiap kali itu dia akan berhenti pada setiap ayat dan bertanyakan tentang tafsirnya dan sebab nuzulnya.

Beliau juga berguru dengan Aisyah, Abu Hurairah, Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah, Saad bin Abi Waqqas, dan Abu Said Al-Khudri.

Di antara murid-murid Mujahid adalah Ato', Ikrimah, A'masy dan ramai yang lain.  Tiga orang tokoh dan imam dalam Qiraatul Quran iaitu Ibn Mahison, Ibn kathir dan Abu 'Amru bin 'Ala' Al-Basri  adalah antara yang berguru dengannya.

Oleh kerana ketinggian ilmunya dalam bidang Al-Quran, Imam As-Thauri berkata:

" Ambillah ilmu Tafsir daripada 4 orang iaitu, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah dan Ad-Dhohak".

Beliau punya kitab tafsir sendiri yang dinamakan "Tafsir Mujahid"

Imam Az-Zahabi meyebutkan dalam Siar A'lam An-Nubala'  riwayat-riwayat dari pelbagai tokoh yang memuji kupayaan ilmu dan keperibadian Mujahid.


قال الأعمش : كان مجاهد لا يسمع بأعجوبة إلا ذهب فنظر إليها ، ذهب إلى بئر برهوت بحضرموت ، وذهب إلى بابل وعليها وال صديق لمجاهد , فقال له مجاهد : تعرض علي هاروت وماروت ، فقال اليهودي : يشترط أن لا يدعو الله عندهما ، قال مجاهد : فذهب بي إلى قلعة فقطع منها حجرا ثم قال : خذ برجلي فهوى بي حتى انتهى إلى جوبة ، فإذا هما معلقين منكسين كالجبلين العظيمين ، فلما رأيتهما قلت : سبحان الله خالقكما ، فاضطربا فكأن جبال الدنيا تدكدكت ، فغشي علي وعلى اليهودي ، ثم أفاق اليهودي قبلي فقال : قم قد أهلكت نفسك وأهلكتني.


Rujukan Tambahan:Alsofwa

Mujahid meninggal pada tahun 100H ( atau 101, 102, 103 dan 104H berdasarkan khilaf riwayat)  dalam keadaan sedang sujud dan usianya ketika itu adalah 80 tahun lebih.


Read more...

RUJUK KITAB FIQH MANHAJI-FEQAH SYAFIE

August 10, 2017



KLIK GAMBAR KITAB DI ATAS....

Kitab ini adalah kitab Feqah Mazhab Syafie. Pengarangnya tiga orang iaitu:
Dr. Mustafa Sa'id Al-Khan-lahir tahun 1923 di Damsyiq.
Dr. Mustafa Dib Al-Bugha-Lahir di Desa Al-Maidan, Damsyiq pada tahun 1938.
Ali As-Syarbaji-lahir tahun 1928 di sebuah bandar bernama Daria, dekat dengan Damsyiq.
 

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP