CARI KANDUNGAN BLOG

TAFSIRAN QURAN YANG TERCELA

December 31, 2022

Antara tafsiran Quran yang tercela(mazmum) adalah sebagaimana yang dibuat oleh puak Muktazilah, Rafidhah, Batiniyyah dan lain-lain. Tafsiran mereka tercela kerana ia menyalahi usul tafsiir yang disepakati.

Ada dua sebab yang mendorong berlakunya tafsir Al-Quran yang mazmum ini:

1) Salah dalam iktikad akidah lalu cuba menafsirkan Quran untuk menegakkan iktikad yang salah itu. Jenis ada ada dua kategori:

a) Mereka yang menafikan lafaz Quran yang mennjukkan sesuatu makna

b) Mereka yang cuba menggunakan lafaz Quran untuk sesuatu maksud yang bukan dimaksudkan oleh Quran.

Maka, kedua-dua golongan ini membuat kesalahan: 
  • Kesalahan  dalam dalil dan juga madlul 
  • Mungkin hanya salah dalam dalil dan benar dalam madlul.

Contoh Salah dalam dalil dan madlul adalah tafsiran puak muktazilah ayat yang menafikan untuk nabi Musa melihat Allah.


لن ترانى


Ayat itu tidak ada kaitan dengan melihat Allah dia akhirat. Muktazilah menafikan bahawa Allah boleh dilihat berdasarkan ayat ini. Maka salahnya mereka adalah pada dalil kerana ambil ayat yang salah untuk menegaskan madlul mereka yang (Allah tidak boleh dilihat) yang salah.




Bagi contoh yang salah dalam dalil dan tidak dalam madlul adalah sebagaimana tafsiran kaum Sufi tentang ayat:


إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ

(Al-Baqarah :249)

Ayat ini dijadikan dalil bahawa dunia ini umpama sungai. Ada manusia yang gelojoh mengambil dunia. Ada pula yang menolak dunia. Ada juga yang ambil sekadar perlu. Ketiga-tiga jenis ini berbeza kedudukannya di sisi Allah. Inilah madlul yang cuba didalilkan dari ayat tersebut. Maka tafsiran seperti ini salah dari segi dalil. Ayat ini menceritakan kisah tentera Talut. Itulah maksud ayat. Bukan cerita mengenai tiga kelompok manusia dalam dunia. Namun, madlul yang dibawa adalah benar.Cuma jadikan makna ayat sebagai dalil, ia adalah salah dan mazmum dalam dunia penafsiran.


Satu penafsiran yang salah dari segi dalil dan madlul adalah ketika menghalalkan tarian berdasarkan ayat:


ارْكُضْ بِرِجْلِكَ


(Sad: Ayat 42)

Jadikan ayat dalil diharuskan tarian adalah salah. Madlulnya, yakni tarian yang dikatakan halal , itupun salah.


Perbahasan mengenai perkara ini boleh disemak dalam Kitab Al-Fusul Fi Usulit Tafsir Oleh Dr Sulaiman At-Toyyar, MS 49-51


Read more...

JALAN-JALAN PENAFSIRAN QURAN (TURUQ)

 Dalam penafsiran Quran, kita akan menemui 6 turuq yang dipakai oleh para ulama iaitu:


1) Tafsir Quran dengan Quran

2) Tafsir Quran dengan Hadis

3) Tafsir Quran dengan Qaul para Sahabat nabi.

4) Tafsir Quran dengan Qaul para Tabi'in.

5) Tafsir Quran dengan bantuan ilmu bahasa Arab.

6) Tafsir Quran dengan pandangan dan ijtihad

Read more...

Usul Tafsir: Pembahagian Tafsir

December 30, 2022

Tafsir diambil kira berdasarkan perkara-perkara berikut:



1) Apa yang difahami oleh orang

Ibnu Abbas menyebutkan bentuk-bentuknya:

a) Apa yang orang Arab faham.
b) Tafsiran yang tidak dimaafkan kejahilan tentangnya.
c) Tafsiran yang hanya diketahui oleh orang berilmu.
d) Tafsiran yang hanya diketahui oleh Allah SWT.

2) Bagaimana cara sampai kepada penafsiran itu


a) Cara Tafsir Ma'thur
b) Cara Tafsir Bi Ra'yi

3) Melihat kepada Uslub Tafsir itu:

a) Tafsir Tahlili
b) Tafsir Ijmali
c) Tafsir Muqaran (Perbandingan)
d) Tafsir Maudhu'i

4) Melihat kepada haluan/cara berfikir seseorang mufassir.

  • Ada mufassir, haluannya salafi seperti Ibn Jarir, Ibn Kathir dan Syanqiti.
  • Ada mufassir haluannya muktazilah seperti Zamakhsyari
  • Ada mufassir haluannya Asy'ari seperti Ar-razi
  • Ada haluan linguistik seperti ma'anil Quran oleh Al-farra'.
  • Ada haluan nahu spt Al-bahrul Muhit oleh Ibn Hayyan.
  • ada haluan balaghah spt At-tahrir wa tanwir oleh Ibn 'Asyur.


 

Read more...

BERMULANYA KITAB TAFSIR DIKARANG

September 14, 2022

Ilmu tafsir mula ditulis pada akhir zaman pemerintahan khilafah Bani Umayyah dan Awal kemunculan Daulah Abbasiyyah. Dalam tempoh tersebutlah , sejarah Islam menyaksikan budaya menulis ilmu-ilmu agama mula menjadi perhatian orang Islam. Madrasah-madrasah yang mengajarkan ilmu-ilmu Islam mula muncul dan menjemput ramai para muta'allimin.

Mengenai ilmu tafsir, para pengkaji Islam berbeza pendapat tentang siapakah pemulanya. Ada pendapat menyebutkan bahawa perintisnya adalah Ibn Juraij (Abdul Malik bin Juraij) dan Ibnu Nadim menyebutkan bahawa orang yang mula menulis tafsirul Quran ialah Al-Farra.

Namun Ibn Hajar Al-Asqalani menyebutkan bahawa Abdul Malik bin Marwan ada diriwayatkan mengarahkan agar Said bin Jubair (Meninggal: 96H)menulis tafsir dan Ato' bin Dinar menemui dalam dewan dan dia pun meriwayatkannya secara Mursal.

Keadaan berlangsung demikian di mana tafsir wujud dalam bentuk risalah yang yang tidak lengkap hinggalah menjelang zaman Tabi'i tabi'in.

Pada zaman pengikut Tabi'in, bentuk penafsiran Quran mula membentuk 3 pola iaitu:

1) Pola Tafsir bil Ma'thur

2) Pola Tafsir Linguistik

3) Pola Tafsir Bil Bayan


Bacaan rujukan:

https://islamonline.net/%D8%A7%D9%84%D8%AA%D9%81%D8%B3%D9%8A%D8%B1-%D9%88%D8%A7%D8%AA%D8%AC%D8%A7%D9%87%D8%A7%D8%AA%D9%87/





Read more...

ABDULLAH BIN JAHSYIN

September 13, 2022

 Beliau adalah Ubaidillah bin Jahsyin bin Riab Al-Asadi

Ibunya bernama Umaimah binti Abdul Mutallib

Oleh itu, beliau merupakan anak makcik Nabi SAW. Pangkat dengan nabi adalah sepupu.

Saudara perempuannya bernama Zainab binti Jahsyin yang telah berkahwin dengan Zaid bin Harithah dan kemudiannya berkahwin dengan Nabi SAW.

Beliau adalah suami kepada Ummu Habibah binti Abi Sufyan yang kemudiannya berkahwin dengan nabi setelah Ubaidillah bin Jahsyin meninggal di tanah Habsyah.

Ubaidillah bin Jahsyin ketika berkahwin dengan Ummu Habibah, dapat seorang anak perempuan bernama Habibah. Sebab itu isterinya dipanggil Ummu Habibah. Namanya yang sebenar adalah Ramlah binti Abu Sufyan. Habibah itu kelaknya berkahwin Daud bin Urwah bin Mas'ud As-Tsaqafi.

 Saudara Ubaidillah bernama Abdullah bin Jahsyin yang juga kalangan awal yang masuk Islam dan mati syahid dalam perang Uhud

Selain ada juga saudaranya bernama Abu Ahmad Abdin bin Jahsyin, Zainab (disebutkan di atas), Hamnah (isteri kepada Mus'ab bin Umair) dan Ummu Habib binti Jahsyin (atau sesetengah menyebutkannya sebagai Ummu Habibah dan berkahwin dengan Abdul Rahman bin Auf dan tidak punya anak)


Read more...

Ada ulama yang melarang rakyat melawan pemerintah zalim.

September 1, 2022


Ulama melarang rakyat memberontak lawan pemerintah. Selagi pemerintah tidak menyuruh ke arah maksiat, rakyat hendaklah taat. Soal pemerintah zalim, biarlah. Solah pemerintah rasuah, biarlah. Soal pemerintah buat maksiat, biarlah. Asalkan pemerintah tak suruh rakyat buat maksiat, wajiblah taat. 

Beginilah cara ulama berfikir. Mereka bersandarkan dalil-dali yang memerintahkan rakyat mentaati pemimpin, baik dalil Quran maupun hadis. Sementelahan natijah daripada menentang pemerintah akibatnya adalah lebih buruk daripada faedah yang diharapkan.


Menghadapi penguasa yang zalim, rasuah, dan jahat adalah dengan menkoreksi diri. Jahatnya penguasa adalah kerana jahatnya rakyat. Allah fitnahkan rakyat dengan dapat pemimpin jahat kerana kemaksiatan yang rakyat lakukan!!



Komen penulis: Aku tidak tahulah, apakah aku boleh terima hujahan yang sedemikian. Aku teringat satu hadis yang diriwayatkan oleh Mustaurad Al-Qursyi mengenai perkataan Amru bin Al-As mengenai  kelebihan istimewa bangsa Rom. Kata Amru bin Al-As, antara sebab mengapa bangsa Rom jadi bangsa paling ramai di akhir zaman adalah kerana mereka bangsa yang tidak rela dizalimi penguasa. Itulah nilai terbaik di antara semua faktor keunggulan bangsa Rom.



Jika pandangan-pandangan mencegah rakyat melawan kezaliman penguasa dijadikan andalan, tindakan rakyat Syiria bangkit melawan basyar Al-Asad adalah salah. bahkan, sesiapa yang menelaah sejarah umat Islam, dia akan dapati banyak penguasa zalim digulingkan rakyat. Sudah menjadi fitrah manusia tidak boleh merelakan diri dizalimi. Akan terdorong bangkit menentang.




Apakah kita mahu jadikan agama kita mandom dan kaum muslimin jadi kaum yang lemah dan merelakan tengkuk mereka dipatahkan sesuka hati?

la haula wala Quwwata illa billah.



Read more...

TOLAK 10 , TOLAK 9

August 31, 2022

Telah bersepakat para lama ahli sunnah atas keutamaan 10 sahabat yang dikhabarkan berita gembira bahawa mereka ahli syurga. Telah masyhurlah kelebihan dan manaqib mereka. Siapakah yang lebih jahil daripada mereka yang tidak mahu mengakui angka 10 itu ? Atau mereka yang enggan mengiktiraf 10 orang dari kalangan mereka? Mereka membenci sahabat-sahabat terbaik nabi Muhammad SAW. Sahabat-sahabat yang disaksikan untuk mereka syurga Allah SWT. Dalam masa yang sama mereka mengecualikan saidina ali bin Abi Talib.  Ironinya , mereka mengangkat 9 pemimpin sedangkanmereka membenci 9 daripada 10. Mereka marah dan benci kepada seluruh muhajirin dan ansar. Padahal golongan itulah yang merupakan golongan awal masuk Islam. Merekalah yang telah berbai'ah di bawah sepohon kayu dengan Rasulullah SAW.


Merekalah yang Allah firmankan dalam Al-Quran , Surah Al-Fath: Ayat 18:



لقد رضي الله عن المؤمنين إذ يبايعونك تحت الشجرة


"Demi sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang beriman ketika mereka berbai'ah kepadamu wahai Mhmmad saat berada di bawah pokok".




Sesungguhnya telah sabit satu hadis saheh dalam Saheh Muslim diriwayatkan sahabat nabi Jabir R.A bahawa nabi SAW bersabda:

 


لا يدخل النار أحد بايع تحت الشجرة


" Tidak masuk neraka seorang pun yang berbai'ah di bawah pokok".



Para Syiah Rafidah dulu dan kini , mereka berelepas diri daripada seluruh sahabat nabi SAW kecuali sekumpulan yang sedikit sekitar 10 orang.


Read more...

ADAKAH GHANIMAH ITU KHUSUS HARTA RAMPASAN PERANG SAHAJA?

August 14, 2022

Kalangan ulama Ahlu Sunnah menjustifikasikan harta ghanimah hanya harta yang dirampas dalam peperangan sahaja.


Namun , dalam kalangan fuqaha Syiah, mereka meluaskan maknanya susuai dengan pemahaman bahasa iaitu segala harta yang diperolehi tanpa kesulitan maka hendaklah dianggap ghanimah. Dari kerana itu hukum khumus yang menjadi sumber kekayaan besar dalam Syiah hendaklah dikeluarkan daripada semua jenis pendapatan termasuk gaji dan perniagaan.

Lanjut bacaan:


https://almerja.net/reading.php?i=5&ida=44&id=1&idm=6160


Read more...

TAFSIR BID'I-ALLAH MENGAJAR ADAM NAMA-NAMA

August 9, 2022

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 31:


وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا


" Allah telah mengajar Adam nama-nama semuanya"


Menurut Syarif Al-Murtadha (355H-456H), seorang tokoh ulama Syiah kurun ke-4 yang digelar Zul Majdain Alamul Huda, dalam kitabnya Amali Al-Mutadha, nama-nama yang diajarkan Allah SWT kepada nabi Adam itu ialah nama nabi Muhamamd SAW dan 12 imam Syiah Imamiah.

Abdullah As-Soddiq Al-Ghumari dalam kitabnya Bid'u At-Tafasir menyifatkan tafsiran seperti ini adalah antara contoh tafsir bid'ah yang tidak ada asas dalam ilmu tafsir. Ia diada-adakan dengan tujuan untuk memperkuatkan akidah firqah Syiah yang menyeleweng.

Read more...

Raja Ghassan mengumpan Ka'ab bin Malik

August 8, 2022

Ketika Ka'ab bin Malik dalam situasi yang sempit, dipulau oleh nabi dan kaum Muslimin Madinah, datanglah utusan Raja Ghassan membawa surat buatnya. Surat itu adalah surat tawaran kerajaan kafir untuk seorang muslim yang terbuang. Surat itu menawarkan suaka politik buatnya. Dalam surat itu Raja Ghassan menulis:

أما بعد قد بلغنا أن صاحبك قد جفاك ولم يجعلك الله بدار هوان ولا مضيعة فالحق بِنَا نواسك


" Adapun beritamu bahawa kamu telah dipulau oleh pemimpinmu dan Allah tidak sekali-kali akan menjadikan kamu dalam keadaan terhina dan disua-siakan. Ayuhlah, mari kepada kami dan kami akan rawat hatimu".


Namun, Kaab bukan orangnya yang boleh dipalingkan dari Islam. Tawaran raja Ghassan itu dapat dibaca muslihatnya. Itu hanyalah tabiat musuh Islam yang sentiasa mencari titik retak yang boleh dibelahkannya. Kaab membakar surat itu. Dia menegaskan bahawa bala yang sedang dihadapinya akan menjadi kian parah kalau dia gagal menguruskan bala baru yang sednag mengumpannya.

Kaab bin Malik seorang sahabat yang Siddiq. Yang benar dalam imannya.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ



Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan jadilah kamu bersama orang-orang yang benar".

Read more...

Kata-kata Junaid dan As-Syibli tentang Al-Hallaj

August 6, 2022

(Petikan daripada Kitab" Al-Fikrus Sufi; ms 390)

 Apakah Junaid Al-Baghdadi berakidah Wehdatul Wujud juga seperti Abu Mansur Al-Hallaj. 

Pada Saat Al-Hallaj telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh penguasa pada masa itu, Junaid Al-Baghdadi mengurumkan surat kepadanya yang bertulis: "Sesungguhnya kamu telah menyebarkan rahsia ketuhanan lalu Dia memberikan kamu rasa kelazatan besi".


Begitu juga As-Syibli berkata mengenai nasib yang menimpa Al-Hallaj ini.  Katanya: Aku dan Al-Hallaj adalah dua orang yang satu hanya berbeza kerana dia bercakap (Mengenai Wehdatul Wujud ) sedangkan aku tidak". 

Perkataan-perkataan ini boleh difahami bahawa Junaid dan As-Syibli mempunyai keyakinan yangs ama seperti Al-Hallaj. Cuma mereka tidak mewar-warkan akidah mereka. 

Cuma, soalnya apakah benar nisbah perkataan itu kepada dua tokoh besar dalam Islam itu? Apakah tidak mungkin ia adalah takzib ke atas keduya-duanya oleh para pengobar ilmu tasawwif yang berkeyakinan wehdatul wujud?

Read more...

JANGANLAH BUATKAN ORANG MENCELA KITA

July 21, 2022

(نسلم ويسلمون خير من أن نؤجر ويأثمون)

" Kita selamat dan mereka selamat lebih baik daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa".

Ungkapan di atas diutarakan oleh Ibrahim An-Nakhai kepada Sulaiman bin A'masy pada satu hari tatkala mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah  masjid di Kota Kufah.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Al-jauzi dalam kitabnya Al-Muntazim:

Ibrahim An-Nakha'i adalah  buta mata sebelah sementara Sulaiman bin A'masy pula rabun kedua-dua matanya.

Ibrahim An-Nakha'i berkata kepada Sulaiman bin A'masy : Wahai Sulaiman, kau ikut jalan lain dan aku ikut jalan lain! Aku bimbang kalau kita jalan bersama-sama, nanti orang ramai yang melihat kita akan mengatakan orang buta sebelah mata memimpin ornag rabun. Mereka akan mengumpati kita dan mereka mendapat dosa.

Sulaiman A'masy pun berkata: Oh Abu Imran, apa yang kau nak kisahkan. Mereka menuai dosa sedangkan kita menuai pahala.

Lalu kata Ibrahim an-Nkha'i: Subhanalah!, adalah lebih baik kita selamat dari dosa dan mereka pun selamat dari dosa  daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa!

Pada masa kini, kita sering dengar ornag mengungkapkan kata-kata bila mereka dicela di media sosial lantara ulah yang dibuatnya:

" Tak apa, mereka kata kepada saya, mereka dapat dosa sedangkan saya dapat pahala!".


Seorang melakukan sesuatu yang mengundang celaan orang, Lalu bila orang mencela, mengata dan mengejinya, dia beranggapan bahawa dia dapat pahala. Di manakah nilai cinta dan kasih kepada saudara muslim kalau begitu sikapnya?


Kalau kasih kepada saudara muslim, bukan dia bergembira dengan umpat keji orang kepadanya. Patutnya, dia cari jalan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa celaan orang!

Read more...

TUDUHAN YANG TIDAK MELIBATKAN ZINA BUKANLAH QAZAF

July 19, 2022

Jika seandainya seseorang menuduh orang lain dengan tuduhan melakukan perbuatan fasiq seperti khulwat, minum araq, mencuri, berciuman , menonton video lucah dan seumpanya, maka tuduhan itu bukanlah termasuk dalam jenayah Qozaf. Tidak perlu bawa 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuyktikan tuduhan tersebut. Qozaf hanyalah bila tuduhan itu melibatkan tuduhan zina. Jika gagal bawa 4 saksi, maka penuduh boleh dihukum dengan hukuman 80 kali sebatan.

Tuduhan zina sangat berat kerana ia boleh membawa kepada hukuman hudud kepada yang dituduh jika tsabit.

Penjelasan mengenai khususnya tuduhan ini bagi jenayah zina disebutkan dalam kiita-kitab fekah. Antaranya kitab fekah Hanafi seperti Al-jauharah aN-NIRAH FI Fiqhil Ahnaf (Bab jenayah Qozaf) 

جاء في الجوهرة النيرة في فقه الأحناف (باب حد القذف): الأصل فيه قوله تعالى: وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء. والمراد بالرمي الرمي بالزنا بالإجماع دون الرمي بغيره من الفسوق، والكفر وسائر المعاصي وفي النص إشارة إليه وهو اشتراط أربعة من الشهود وذلك مختص بالزنا.


Read more...

PENGEMBARAAN ANGKASA ZULQARNAIN-TEORI DR. AHMAD MANSUR

June 27, 2022

 Apa yang diceritakan dalam Quran mengenai Zulqarnain yan mengembara ke "maghribisyams" , Matla'isyyams" dan ke negeri kaum pinggir gunung yang sering diganggu Yakjuj dan Makjuj adalah cerita yang berlaku bukan di planet bumi. Namun ia adalah episod yang terjadi planet-plenet angkasa. Kalimah "sababa" yang terokai oleh Zulqarnain adalah merujuk kepada perjalanan angkasa berdalilkan ayat-ayat Quran yang lain yang mengunakan kalimah yang serupa seperti sababin dan asbab yang merujuk kepada jalan ke atas angkasa. Sementara jalan di permukaan bumi selalu diistilahkan dengan Sabil atau subul. 

Maka, dengan sebab itu Dr. Ahmad Mansur membawa pandangan di luar kerangka tafsiran para ulama salaf mengenai kisah Zulqarnain. 


Sebuah kisah yang mencabar minda untuk dipercayai. Lebih mencabar berbanding untuk percaya bahawa Fir'aun pernanh membina menara setinggi 15km!

Siapa yang percaya Firaun pernah membina menara setinggi itu, maka hendaklah dia percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj bukan makhluk penghuni bumi, sebaliknya makhluk penghuni planet yang lain kerana kalau merujuk kepada hadis-hadis yang menyifatkannya tentang jumlahnya, masakan mampu bumi menanggungnya? 

Kena percaya dan tambatkan kepercayaan itu dengan kata" Allah berkuasa" dan " ia bukan perkara mustahil!".


Rujuk Artikal:

Teori pengembaraan angkasa


Read more...

Yasir Al-habib sang keji yang mencela Ummul Mukminin Aisyah

April 26, 2022

 



Read more...

Kafir menafikan kemanusiaan nabi SAW

April 16, 2022

Menafikan kemanusiaan nabi SAW dengan mengatakan baginda adalah cahaya , adalah kufur. Ini kerana perkataan itu menolak penegasan Allah dalam Quran dan penegasan nabi SAW dalam hadis:

Firman Allah SWT:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ [الكهف:110]


Sabda nabi SAW:


(إنما أنا بشر مثلكم، أنسى كما تنسون، فإذا نسيت فذكروني))

Hadis riwayat Bukhari(401) dan Muslim (572)-


Apakah masih mukmin atau muslim orang yang menolak walau satu ayat dalam Quran???

Read more...

MELIHAT NABI MUHAMMAD SAW SECARA YAQAZAH.

April 14, 2022

 Isu Yaqazah menjadi titik panas di kalangan ahli ilmu. Bertitik tolak daripada dakwaan berlakunya Yaqazah, beberapa ajaran dan tarikat di Malaysia dihukumkan sesat. Antaranya ajaran Al-Arqam. Apabila pemimpinnya mendakwa bertemu dengan nabi secara Yaqazah, maka ia menjadi antara point penting ajaran itu diistiharkan menyeleweng dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Demikianlah juga dengan satu tariqat yang banyak diperkatakan dewasa ini iaitu tariqat Naqsyabandiyyah Al-Aliyah. Kerana ada dakwaan syeikhnya bahawa dia bertemu dengan nabi secara Yaqazah, tariqat itu juga dihukumkan sesat.

Maka, bagaimana sebenarnya menanggapi isu Yaqazah ini?

Syeikh Ali Jum'ah, yang pernah menjawat posisi mufti Negeri Mesir pernah mendakwa:


(كنت منهمكاً في قراءة كتب السيرة .. قرأت قرابة الأربعين كتاب .. ثم تجلى لي النبي فرأيته يقظة ) 


"Aku  pernah menyibukkan diri dengan membaca buku-buku Sirah. Aku telah membaca hampir 40 buah buku Sirah. Kemudian nabi pun muncullah di depanku secara Yaqazah".


Dakwaan oleh Syeikh Ali Jumu'ah ini bukan pertama kalinya datang daripada tokoh-tokoh besar dalam agama. Sejak zaman dahulu, telah ramai orang yang hebat mendakwa melihat nabi secara Yaqazah.


Namun, ramai pula ulama yang membantah dakwaan tersebut. Lihat bagaimana jawaban Al-Hafiz As-Sakhawi dalam kitab Al-Mawahib Al-Laduniyyah (5/295 ), karyaAl-Qostalani.

لم يصل إلينا ذلك ـ أي ادعاء وقوعها ـ عن أحد من الصحابة ولا عمن بعدهم وقد اشتد حزن فاطمة عليه‏ صلى الله عليه وسلم حتى ماتت كمدًا بعده بستة أشهر على الصحيح وبيتُها مجاور لضريحه الشريف ولم تنقل عنها رؤيته في المدة التي تأخرتها عنه


Begitulah juga apa yang disebutkan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari:

أن ابن أبى جمرة نقل عن جماعة من المتصوفة أنهم رأوا النبي في المنام ثم رأوه بعد ذلك في اليقظة وسألوه عن أشياء كانوا منها متخوفين فأرشدهم إلى طريق تفريجها فجاء الأمر كذلك  ، ثم تعقب الحافظ ذلك بقوله: وهذا مشكل جدًا ولو حُمِل على ظاهره لكان هؤلاء صحابة ولأمكن بقاء الصحبة إلى يوم القيامة ويعكر عليه أن جمعًا جمًا رأوه في المنام ، ثم لم يذكر واحد منهم أنه رآه في اليقظة وخبر الصادق لا يتخلف - (فتح الباري) (12/385).



Ulasan tentang hadis:


 من رآني في المنام فسيراني في اليقظة


أما حديث (من رآني في المنام فسوف يراني) فهو "مبتور", والراوي نفسه لم يذكر (فسوف يراني) وسكت, إنما قال في روايته عن حديث النبي: ( من رآني في المنام فسوف يراني أو لكأنما رآني في اليقظة ) وهذه التكملة تدل على وقوع الشك في رواية الراوي, لإن رواية البخاري ليس فيها هذا اللفظ (فسوف يراني) إنما لفظ البخاري هو (فقد رآني) فقط, من غير زيادة ولا نقصان.

وقال الشيخ شحاتة صقر: والرواية أخرجها مسلم (حديث رقم 2266) ، وأبو داود (حديث رقم 5023) ، و أحمد (5/306) الذي فيه اللفظ المذكور بلفظ «فسيراني في اليقظة. أو لكأنما رآني في اليقظة » وهذا الشك من الراوي يدل على أن المحفوظ إنما هو لفظ «فكأنما رآني » أو «فقد رآني»؛ لأن كلًا منهما ورد في روايات كثيرة بالجزم وليس فيها شيء شك فيه الراوي.

فيتضح أن رواية الحديث الذي استدل به المفتي عفا الله عنه مبنية على الظن لقول الراوي (أو لكأنما رآني) وبالتالي نحن نأخذ المُحكَم ولا نأخذ المتشابه, والرواية المحكمة في الحديث هي (فقد رآني) أي أن رؤية النبي في المنام هي رؤية حق لإن الشيطان لا يتلبس بالنبي صلى الله عليه وسلم, وبالتالي فرؤيته في اليقظة مستحيلة من كل وجه.



 Rujuk ulasan:


https://islamic-content.com/hadeeth/606







 

Read more...

Kitab Al-Jafru

March 19, 2022

 Kaum Syiah percaya bahawa ada kitab bernama Al-Jafru. Ia adalah kitab yang ditulis oleh nabi SAW dan diberikan kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan ia diwarisi oleh para imam 12. Dalamnya tertulis segala macam ilmu dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku hingga kiamat. Kitab ini terbuat daripada kulit kambing.

Jika akal digunakan, akan timbul pertanyaan, bagaimana kulit kambing dapat menghimpunkan segala macam ilmu. Tentu memerlukan banyak sekali kulit kambing. Berjilid jilid lembaran kitab diperlukan untuk menulis segala ilmu yang diperkatakan itu. Ertinya, berapa ribu ekor kambing yang diperlukan? 

namun, otak yang disumbat dengan khurafat akan pecaya tanpa pertikai. Inilah yang diajar dalam ajaran Syiah. Dan inilah juga yang diasak ke dalam pemikiran Sufi.

Percaya khurafat yang nyata bertentangan dengan akal!

Read more...

ILMU LADUNNI-DARI ALLAH ATAU SYAITAN?

March 17, 2022

 








Read more...

Fatwa Syeikh Atiyyah Saqar-Berkata Madad Ya...

 


Read more...

ٍSyiah Pendusta Besar!

March 15, 2022

قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله 


 الرَّافِضَةَ أَكْذَبُ طَوَائِفِ الْأُمَّةِ عَلَى الْإِطْلَاقِ ، وَهُمْ أَعْظَمُ الطَّوَائِفِ الْمُدَّعِيَةِ لِلْإِسْلَامِ غُلُوًّا وَشِرْكًا - انتهى من "مجموع الفتاوى" (27 /175) 

Read more...

Peringatan untuk para Qussas

March 8, 2022

Tak tahulah....apakah aku seorang Qussos atau tidak. Apabila aku bercermaah di masjid dan surau, lalu aku bawakan ayat Quran dan Hadis, apakah ketika itu aku seornag Qussas? Inilah yang perlu menjadi pertanyaan buatku dan buat seluruh penceramah!


Imam As-Suyuti dalam kitabnya Tahzirul Khawas bin Akazib Al-Qussos, ms 163-165 menyatakan satu kondisi yang meresahkan aku. Kata beliau, jika seorang Qussos menukilkan hadis nabi SAW tanpa mengetahui hadis itu Saheh atau tidak (Saqim), maka dia terjatuh ke dalam kancah dosa. Jika hadis yang dinukilkan itu kebetulan Saheh, dia tetap berdosa kerana menukilkan apa yang dia tidak tahu.Demikian, jika hadis yang dinukilkannya tidak saheh dan dia tidak tahu, dia tetap berdosa!

Lalu, apa jalan keluarnya?

Mau tidak mahu, seorang yang mahu menukilkan hadis, hendaklah tasabbut hadis tersebut biar dia tahu dengan yakin bahaw ahadis itu saheh. Kejahilan taraf hadis itu tidak meletakkannya di pihak yang diberikan kemaafan.

Bahkan, Imam As-Suyuthi dalam kitabnya itu, memetik perkataan Al-hafiz Al-Iraqi dalam kitabnya Al-baa'is 'alal Khalas min hawadisil Qussos menyatakan bahawa menukilkan hadis daripada kitab, sekalipun kitab Saheh Bukhari dan Muslim adalah tidak dibolehkan selagi belum dibacakan di depan orang yang ahli dalam ilmu hadis!

Kalau yang ini memang banyaklah ustaz penceramah fail. Manalah ada peluang nak bacakan hadis itu di depan ahli hadis. Cukup merujuk dan membaca kitab hadis saheh, maka dia pun sebarkan hadis itu. Bahkan dalam banyak keadaan, cukup dengan membaca hadis yang ditakhrijkan dalam mana-mana maqalah sebagai saheh, ia pun disebarkan kepada orang ramai.







Itu sudah kira teliti. Di sana, ada golongan penceramah yang baca di mana-mana kitab dan jumpa hadis, walaupun tidka dinyatakan status hadis itu, dia pun sebarkan. Atas sangka baiknya kepad pengarang kitab, dia sebarkan hadis yang ada di dalamnya. Katanya, takkan ulama silap!







Read more...

Ulama yang menetapkan Jihah buat Allah SWT

March 3, 2022

 Sila rujuk sebuah kitab bernama "Matan Ar-Risalah oleh Ibn Abi Zaid Al-Qairawani, seorang ulama dalam Mazhab Maliki (meninggal tahun 386H) . Apa katanya tentang Allah di atas Arasy. 

Apakah perkataan seperti dalam petak merah ini boleh dilebelkan sebagai Mujassimah? Kalau berani, katakan Ibn Abi Zaid Al-Qairawani sebagai Mujassimah sebagaimana dikatakan Ibn Taimiyyah serta Muhamamd bin Abdul Wahab sebagai Mujassimah! Ibn Abi Zaid hidup pada kurun ke-3 .

Namun sebagaimana biasa, kewujudkan kata-kata "Allah berada di atas arasy dengan zatnya" telah dilihat oleh beberapa kalangan ulama 'Asyairah seperti Tajuddin As-Subki dan Ibn 'Asakir sebagai madsus oleh kalangan Muktazilah.
Wallahu a'lam.


Read more...

GOLONGAN MEREMEHKAN AKAL

February 27, 2022

 Perhatikan ayat-ayat golongan Batiniyah samada batiniyyah itu bertopengkan kesufian atau yang  bertopengkan manhaj Asya'irah, mereka akan merobohkan fungsi akal. Itulah gerbang ke arah menjayakan misi mereka untuk meracunkan orang ramai agar menerima dakwaan sesat mereka. Jika mereka dapat memandulkan akal, maka pertahanan awam telah mula lemah dan di situlah mudah bagi mereka menipu orang ramai.

Asyairah memuliakan akan. Bahkan As'yairah merupakan ahli dalam hujjah. Dustalah kalau ada orang mengakui Asya'irah sedangkan dia menceritakan hal-hal yang tidak ma'qul dan mengajak orang mempercayainya.

Golongan Ahli hadis juga menjunjung akal. Hadis-hadis yang mejatuhkan martabat akal dihukumkan palsu dalam banyak keadaan.

Read more...

Orang yang diharamkan zakat kepada mereka

February 16, 2022

 Secara ringkasnya, ada 6 golongan iaitu:

1) Orang kaya

2) Orang yang kuat untuk bekerja

3) Orang kafir

4) Orang bawah tanggungan (Dua ubu bapa, Anak dan Isteri)

5) Orang yang tenggelam dalam kefasikan

6) Bani Hasyim


Rujuk untuk bacaan tambahan:

https://alrashedoon.com/?p=2276


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP