CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 387

July 4, 2012

TARIKH : 04/07/2012
MUKA SURAT :387
SURAH AL-QASAS:14-21


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : EN. MOMOH
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Boleh diucapkan Insya Allah ketika berjanji dengan orang kafir?
Ust Kama: Insya Allah adalah ucapan orang beriman dan boleh kepada orang kafir pun.

2) HJ. MARIJIN

a) Apakah pelancong yang mandi di resort milik kita dalam keadaan telanjang (di pantai), kita menanggung dosa?
Ust Kama: Jika kita tidak terlibat, maka tiada dosa atas kita.

3) NURKAMAL MOONG
Apakah jika kita pergi ke Palestin berjuang lalu mati, maka mati kita syahid?

4) SURADI

Kenapa dikatakan Qabil itu menanggung dosa orang lain yang dibunuh sepanjang zaman?

Ust Kama: 

Rasulullah SAW bersabda:

 لا تقتل نفس ظلماً إلا كان على ابن آدم الأول كفل من دمها لأنه كان أول من سن القتل
 " Tidak membunuh seseorang dengan cara zalim melainkan dosanya ditanggung juga oleh anak Adam yang pertama . demikian adalah kerana dia yang pertama membuat sunnah pembunuhan".
( Hadis Mutafaq alaih)
Demikian kerana siapa yang merintis dosa, dia akan berkongsi bahagian.



 

Read more...

DAURAH DITANGGUH

Daurah pada malam ini ( 4 /07/ 2012) ditangguhkan kerana Moderator Daurah sakit kaki.

Read more...

DAURAH 386

July 3, 2012

TARIKH : 03/ 07/2012
MUKA SURAT :386
SURAH AL-QASAS: 6-13


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : EN. MOMOH
TAFSEER                           : UST KAMA

1) Allah mendatangkan Musa supaya mengembalikan kekuasaan kaum Bani Israil.

2) Kelahiran nabi Musa memperlihatkan bagaimana takdir Allah SWT tidak dapat disangkal sama sekali.

3) Firaun telah membunuh sekitar 70-90 ribu bayi lelaki Bani Israil dalam usaha menghalang takdir Allah SWT.

3) Asiah binti Mazahim merupakan wanita beriman dalam istana Firaun yang kelak di akhirat akan menjadi isteri Rasulullah SAW di syurga.


ULASAN TAMBAHAN / PERSOALAN

1) SURADI

a) Ust menceritakan kisah pembunuhan Masyitah di empat tiang, bagaimana pula dengan cerita yang mengatakan dia dibunuh dengan dilemparkan ke dalam air mendidih?

b) Bagaimana kedudukan solat yang seseorang itu terlupa membaca fatihah dalam rakaat solat dan hanya diingati lepas selesai solat?


2) SAMIT

Manakah yang lebih afdhal antara solat berjemaah secara sempurna atau solat qosar semasa musafir?

3)  HJ. JAAFAR

Apakah hukum makmum masbuk yang tidak menghabiskan bacaan fatihah?


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP