CARI KANDUNGAN BLOG

TAFSIR SURAH HUD: AYAT 11-12

May 30, 2021


 إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (11فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ أَن يَقُولُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ كَنزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَا أَنتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (12)


" Melainkan orang-orang yang sabar dan beramal soleh, bagi mereka diberikan kemapunan dan pahala yang besar. Mungkin kamu (wahai MUhamamd) tidak menyampaikan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadamu dan merasa sempit dada untuk menyampaikannya kerana orang-orang kafir itu berkata : Kenapa tidak diturunkan sahaja kepada Muhammad perbendaharaan atau datang bersama-samanya malaikat? Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi amaran dna kepada Allahlah tempat berserah segala sesuatu".

Ayat 11

Setelah Allah menyebutkan dalam ayat sebelumnya sifat buruk sebahagian manusia yang mendapat nikmat dan ujian dna kegagalan mereka dalam menguruskan dua perkara ini, Allah menyebutkan pula orang yang berjaya mengendalikannya dengan baik. Iaitulah mereka yang sabar ketika ditimpa musibah dan beramal soleh sewaktu mendapat nikmat.

Sisebutkan dalam Hadis:



والذي نفسي بيده ، لا يصيب المؤمن هم ولا غم ، ولا نصب ولا وصب ، ولا حزن حتى الشوكة يشاكها ، إلا كفر الله عنه بها من خطاياه


Disebutkan dalam Sohehain:



والذي نفسي بيده ، لا يقضي الله للمؤمن قضاء إلا كان خيرا له ، إن أصابته سراء فشكر كان خيرا له ، وإن أصابته ضراء فصبر كان خيرا له ، وليس ذلك لأحد غير المؤمن


Sifat sabar dan beramal soleh menjadi ciri orang mukmin yang tidak rugi sepertimana disebutkan dalam Surah Al-Asr:




والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين آمنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر


Ayat 12


Ayat ini membawa maksud pertanyaan Allah kepada nabi Muhammad SAW. Apakah kamu wahai Muhammad, akan meninggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadamu setelah melihat demikian kuatnya penentangan kaum kafir kepadamu?

Orang kafir mengejek nabi SAW. Kata mereka:

" Kalau kamu boleh bawa harta emas dan perak kepada kami, jadikan kami kaya raya, gunung-ganang sekeliling Mekah jadi emas.  Kalau tak[un bawa malaikat dari langit bersamamu sebagai saksi".


Dikatakan nama mempunya "ham" (lintasan keinginan) untuk memenuhi kemahuan kaum kafir agar berhenti mencela Tuhan sesembahan ornag kafir. Ini kerana mereka mengatakan kepada nabi : Kalau kau wahai Muhamamd berhenti mengaytakan yang b uruk-buruk tentang Tuhan sembahan kami, atau bawakan kitab yang tidak menyebutkan yang buruk-buruk tentang Tuhan kami, kami akan ikut kamu.

Allah membuat penegasan kepada nabi. Membujur lalu melintang patah. Jangan dilayan kata-kata orang kafir. Jangan dipedulikan perasaan mahu berlemah lembut dalam menegakkan prinsip dakwah. Teruskan dan jangan ada tukar gantinya. Fokus kepada tugas. 

Allah menyebutkan hal yang sama dalam Surah Al-Hijr. ayat 97-99:



ولَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ (97) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ (98) واعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ اليَقِينُ


Muhimmah Lughawiyyah:


1) Allah menyebutkan ( وَضَآئِقٌ ) dan tidak menyebutkan ( ضيق    ) . Ada beza antara dua kalimah ini. Kalimah {   وَضَآئِقٌ } membawa maksud rasa sempit yang mendatang. Ia bukan sifat diri tetapi datang kerana sebab tertentu dan pada masa yang tertentu. Jika { ضيق  }, ia adalah sifat diri. Rasulullah bukan seorang yang sempit dada. Dia adalah insan yang lapang dadanya. Cuma rasa sempit datang pada masa tersebut kerana keadaan tertentu. 

Misalnya: سيد   tidak sama dengan   سائد . Kalimah سيد menggambarkan seorang yang sentiasa memimpin dan sifat memimpin itu telah sebati dengan dirinya. Namun, jika disebut سائد ia membawa maksud hanya pada masa dan keadaan tertentu sahaja dia memimpin. 

Demikianlah juga beza kalimah seperti :

جواد dan  جائد
حسن dan  حاسن
فرح dan فارح

2) Lihat maksud tersembunyi dalam seni bahasa dalam ayat ini:


فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ 

Ayat ini membawa maksud :"meninggalkan" yang masa sekarang dan masa depan dna BUKAN masa yang telah lalu. Ertinya Nabi SAW tidak meninggalkan apa yang diwahyukan kepadanya pada masa lalu. Maka pertanyaannya adalah apakah kamu wahai Muhammad sedang meninggalkan atau akan meninggalkan di masa depan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadamu? 

Kisah Al-Kasa'i (ulama bahasa ) dan Muhamamd bin Al-Hasan (ulama fekah) mengenai . Muhamamd bin Al-Hasan menunjuk pandai dalam bahasa Arab maka Al-Kasai mahu beri pelajaran kepadanya. Di depan khalifah Harun Arrasyid ditimbulkan masalah oleh Al-Kasai. Jika satu orang  datang dan berkata:

Yang pertama berkata:

هذا قاتلٌ أخي

Yang kedua berkata:


 هذا قاتلُ أخي

Mana satu antar keduanya yang diberikan hukuman Qisas.


MUhamamd bin Al-Hasan mengatakan kedua-duanya. Maka terdedahlah kekurangan ilmunya dalam bahasa. Harun Ar-Rasyid yang telah tahu beza antara dua lafaz itu hasil pergaulannya dengan Al-Kasai pun menyatakan salahnya keputusan Muhamamd bin Al-Hasan.


Yang pertama itu tidka pernah membunuh. Dia akan bunuh. Bagimana hendaklah diqisas? Yang kedua itulah yang Telah membunuh. Dialah yang patut diqisas.


Jadi, samalah dengan lafaz yang gunapakai dalam ayat tadi. Maknanya nabi tidka pernah meninggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadanya. Apa yang disebut itu tidak berlaku. Perhatikan , jika isi fa'il diidafatkan kepada kalimah selepasnya, barulah pekerjaan itu telah berlaku. Jika ia datang dalam bentuk isim fa'il yanpa idafat, maka ia menggambarkan masa kini dan akan datang!


LIHATLAH
 Al-Quran punya kesenian bahasa yang sangat tinggi. Orang Arab zaman nabi telah mencapau kemuncak kemahiran bahasa.  Pun begitu, tidak kita temui seorang pun kalangan mereka mempertikaikan kesempurnaan bahasa Al-Quran. Orang pakar tidak pertikai, tapi ada orang yang rasa pandai bahasa pada hari ini cuba pertikai sudut bahasa Al-Quran. Lihat apa yang ditonjolkan oleh beberapa orang.  Seperti satu orang yang namanya Abdul Fadhi, seorang pastor berbangsa Arab asal Arab Saudi.





RUJUK TAFSIR:



























Read more...

Tafsir Surah Hud: Ayat 1-2

May 28, 2021



الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ (1)

وقال أبو عيسى الترمذي : حدثنا أبو كريب محمد بن العلاء ، حدثنا معاوية بن هشام ، عن شيبان ، عن أبي إسحاق ، عن عكرمة ، عن ابن عباس قال : قال أبو بكر : يا رسول الله ، قد شبت ؟ قال : " شيبتني هود ، والواقعة ، والمرسلات ، وعم يتساءلون ، وإذا الشمس 
كورت " وفي رواية : " هود وأخواتها



Rasulullah menyatakan dalam hadis yang diriwayatkan dalam Sunan Tarmizi dengan sanadnya, menjawab pertanyaan Abu Bakar As-Siddiq tentang kenapa baginda mula beruban. Rasulullah menyatakan bahawa dia diubankan oleh Surah Hud, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mursalat, Surah Amma Yatasa alun dan Surah Izas Syams Kuwwirat. Dalam riwayat lain dinyatakan hanya sebagai HUD DAN SAUDARANYA.


Pendapat Mengenai kenapa Surah Hud dan saudaranya membuatkan Rasululah SAW Beruban:

1) Kerana di dalamnya disebutkan tentang hal ehwal hari kiamat dan kisah-kisah umat terdahulu

2) Kerana perintah supaya ISTIQAMAH yang disisipkan dalam ayat 112 Surah Hud.




Maksud ayat yang menyatakan bahawa Kitab Al-Quran itu muhkam ayat-ayatnya iaitu pada lafaznya dan mufassol pada maknanya. Dengan kata lain Al-Quran itu sempurna pada bentuknya dan juga maknanya.

Allah namanya AL-HAKIM iaitu bijaksana pada perkataan dan hukum hakamnya.

Allah namanya Al-Khabir iaitu maha teliti dan cermat mengenai akibat-akibhat bagi setiap perkara.


أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۚ إِنَّنِي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ (2)






1) Tidak boleh beribadat kecuali untuk Allah SWT.

2) Tugas Rasul adalah untuk memberi peringatan dan juga khabar gembira.

Rujuk :


Tafsir Ibn Kasir


Read more...

TAK PERGI SOLAT JUMAAT TAPI DAPAT PAHALA JUMAAT

May 21, 2021



Jangan gundah wahai orang-orang yang tidak dapat pergi solat Jumaat. Bukan kehendak kalian. Ia adalah kekangan yang di luar kemahuan kalian. Dulu masa tiada kekangan ini, kalian tidak pernah tinggalkan solat Jumaat. Kekangan sekarang ini bukan main lagi. Bersilih ganti PKPnya.Entah bila akan habis. Bila sudah PKP, nampaknya nak pergi solat JUmaat pun sudah tidak boleh. Kalau dah tak boleh, tak apalah. Jangan dicari jalan dan cara sehingga melanggar peraturan. Kalau tak pergi, solat Zohor di rumah pun, pahala solat Jumaat dapat juga. Pahala kering kata orang. Macam dosa kering, pahala kering pun ada. Atau, apa kita perlu namakannya pahala basah? Pahala keringlah lebih tepat. Duduk di rumah rehat hari Jumaat, pahala masuk kantung. Pahala ditulis dalam buku malaikat di tangan Malaikat Raqib.


Orang tidak dapat buat amalan sedangkan dia kaki amalan, jangan ingat tiadalah pahala. Stail Allah bukan stail majikan tempat kerja. Kalau pekerja tak datang kerja sebab ada halangan, hari yang tidak datang kerja itu, tiadalah gaji. Kalau jatuh sakit masa kerja, gaji pun dipotong. Allah bukan macam itu. Allah itu rahmatnya seluas langit dan bumi. Rahmat Allah mengatasi kemurkaannya. Kata-kata yang bermaksud" Dan rahmatku meluasi segala sesuatu tertulis di bawah arasy Allah. Di Luh mahfuz ditulis bahawa siapa buat jahat dia dibalas jahat dan siapa buat baik dia dibalas baik. Arasy lebih atas daripada Luh Mahfuz.



Dalam Saheh Riwayat Bukhari, dibawakan satu hadis yang boleh jadi bahan sandaran apa yang aku katakan ini.


عن أبي موسى الأشعري- رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « إذا مرض العبد أو سافر كتب الله تعالى له من الأجر مثل ما كان يعمل صحيحا مقيما » [رواه 
البخاري]


Daripada Abu Musa Asy'ari r.a katanya Rasulullah telah bersabda: Bila seseorang hamba jatuh sakit atau pergi bermusafir, Allah tuliskan untuknya pahala untuk amalnya yang dia buat masa dia sihat dan bermukim di tempatnya"


Difahamkan daripada hadis ini untuk konteks tak boleh solat Jumaat di musim Convid19 ini, kalau tidak dapat pergi solat Jumaat pun janganlah risau. Ada pahala solat Jumaat macam masa sebelum PKp dulu. Macam masa tidak ada Covid dulu.



Jangan ingat hanya kalau pergi solat Jumaat di masjid sahaja baru dapat pahala?



Pergi masjid nak dapat pahala ke nak apa?






Read more...

SERANGAN KE ATAS SAIDINA UTHMAN

May 4, 2021

 Uthman bin Affan adalah sahabat mulia Rasulullah SAW. Manaqibnya pun banyak. Disebutkan dalam hadis-hadis nabi yang saheh. Namun, peribadi mulia ini berdepan dengan serangan dan celaan segolongan orang terutamanya kaum Syiah. Termasuk juga kalangan Ahli Sunnah yang jahil atau terpengaruh dengan racun-racun yang ditaburkan oleh para pembenci. Antara tuduhan dan celaan kepada Uthman bin Affan ialah:

1) Beliau seorang yang mengamalkan nepotisma semasa pemerintahannya. Beliau banyak melantik individu Bani Abd Syams menjawat jawatan dalam pemerintahannya.


2) Beliau dituduh melantik beberapa orang yang tidak sepatutnya menjadi gabenor wilayah.


3) Uthman bin Affan telah memecat Saad bin Abi Waqqas daripada jawatan Gabenor Kufah dan menggantikannya dengan Al-Walid bin Uqbah. Namun, berlaku kejadian dia solat Subuh 4 rakaat kerana mabuk minum arak. Dia disebat kerana kesalahannya. Lalu Uthman memecatnya semula dan kembali melantik Saad bin Abi Waqqas.


4) Uthman telah melantik Said bin Al-As sebagai gabenor Kufah dan penduduk Kufah tidka menyukainya sehingga dia dihalau keluar Kufah.


5) Uthman melantik Abdullah bin Saad bin Abi Sarrah sebagai gabenor Mesir


Catatan:

Al-Walid bin Uqbah  bin Abi Mu'it adalah antara orang yang tidak mengakui kekhalifahan Uthman . Beliau adalah sandara seibu kepada Uthman bin Affan. Ibu mereka bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi'ah bin Habib bin Abd Syams.  Al-Walid bin Uqbah ini pernah diutuskan Rasulullah SAW pada masa hayatnya untuk mengambil harta zakat daripada kabilah Bani Mustaliq. Apabila dia dekat dengan penempatan mereka, kabilah Bani Mustaliq itu pun keluar untuk menyambutnya. Disangkanya mereka hendak memeranginya. Lalu diutuskan kepada Rasulullah SAW mengkhabarkan kejadian itu. Rasulullah SAW pun mempersiapkan ketumbukan tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-walid. Hasil semakan Khalid bin Al-Walid, didapati khabar itu tidak benar kerana Bani Mustaliq itu berpegang dengan Islam. Justeru,  Allah SWT menurunkan ayat Quran menjelaskan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِق بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Bapanya Uqbah bin Abi Muit adalah kafir penetang tegar nabi SAW dan mati dibunuh secara " Sobran" selepas perang Badar.

Pada zaman kekhalifahan Uthman bin Affan, beliau telah dihukum hudud(dipukul 40 kali kerana kesalahan minum arak)

Al-Walid bin Uqbah masuk Islam pada hari pembukaan Kota Mekah . Bersamanya masuk Islam adalah Khalid bin Uqbah. Kata Abu Umar: Aku kira waktu itu umurnya baru mencapai usia baligh.

Read more...

Syarat untuk berdomisil di negara kafir

May 2, 2021

Pada dasarnya, tinggal di negara kafir adalah TIDAK HARUS. Ini kerana terdapat nas-nas yang melarangnya seperti dalam hadis:


ورد عن رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أنه قال : ( أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ يُقِيمُ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ) رواه أبو داود ( 2645 ) ، والترمذي ( 1604 ) ، وصححه الألباني في " إرواء الغليل " ( 5 / 29 - 30 ) .


عَنْ أَبِي نُخَيْلَةَ الْبَجَلِيِّ قَالَ : قَالَ جَرِيرٌ : أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُبَايِعُ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، ابْسُطْ يَدَكَ حَتَّى أُبَايِعَكَ ، وَاشْتَرِطْ عَلَيَّ ، فَأَنْتَ أَعْلَمُ ، قَالَ : ( أُبَايِعُكَ عَلَى أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ ، وَتُنَاصِحَ الْمُسْلِمِينَ ، وَتُفَارِقَ الْمُشْرِكِينَ ) رواه النسائي ( 4177 ) ، وصححه الألباني في " سلسلة الأحاديث الصحيحة " ( 2 / 227 ) .


Larangan untuk tinggal di negara kafir ini adalah atas dasar Kaedah " Sadd Zara'i".

Jika terpaksa juga tinggal di sana, maka dua syarat perlu diprhatikan:

1) Boleh menegakkan amalan amalan agama Islam dan tidak dihalang daripadanya.
2) Wujudnya masalahah yang jelas untuk dicapai yang mana maslahah tersebut tiada dalam negara kaum Muslimin.

Syeikh Ibn Othaimin meletakkan 3 syarat iaitu:
1) Orang yang mahu tinggal di negara orang kafir itu cukup ilmu untuk menolak Syubhat
2) Orang itu cukup kuat imannya untuk menolak Syahwat.
3) Dia memang memerlukan untuk berdomisil di sana.



Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP