CARI KANDUNGAN BLOG

KUTIPAN JARYAH 'ISYRIN

August 31, 2011

Alhamdulillah...Hasil kerjasama wakil-wakil kutipan Jaryah 'Isyrin yang bekerja menyebarkan phamplet Jaryah serta sumbangan tidak berbelah bagi para penyumbang, jumlah terkumpul bagi kutipan Jaryah 'Isyrin sebagaimana diumumkan pada Eidul Fitri kelmarin adalah RM16,431.00

Allahumma barik....bagi mereka yang telah menyumbang, insya Allah ia akan menjadi sumbangan tetap Jaryah yang akan dapat diambil semula di hari akhirat. Ameen.

Read more...

Kisah Wahsyi membunuh Hamzah.

August 16, 2011

وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ


126. Dan jika kamu memberikan balasan, Maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, Sesungguhnya Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. 127. Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.
(Surah An-Nahlu: Ayat 126-127)

Terdapat riwayat dalam kitab sirah yang bersumberkan perkataan Ibn Ishak mengenai kesyahidan Hamzah binAbdul Mutalib. Dikatakan bahawa yang membunuh Hamzah bin Abdul Mutalib itu ialah seorang lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Beliau adalah orang upahan Hindun,isteri Abu Sufyan bin Harbin yang merupakan ibu kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan.

Mengenai Ibn Ishak ini, sebahagian ulama menolak riwayatnya dan menganggapnya sebagai pendusta. Namun, agak sukar menafikan secara total riwayat Ibn Ishak ini. Ini kerana riwayatnya dipetik oleh imam-imam tafsir yang besar seperti Al-Qurtubi dan Ibn Kathir.  Ibn Ishak ini seorang yang "muttaham" dengan agenda "tasyayu'". Oleh itu, sebahaian ulama bersikap lebih selektif dalam menilai riwayat daripada Ibn Ishak. Jika riwayatnya berkaitan dengan keluarga ahlibait dan Bani Umayyah, maka riwayatnya tidakakan diterima.


Read more...

TADARUS AL-QURAN

August 8, 2011

Tahun 1432 ini, program tadarus Al-Quran di masjid Fajar berlangsung agak meriah. Sebanyak enam kumpulan telah disenaraikan, termasuk satu kumpulan khusus untuk kalangan remaja. Kumpulan-kumpulan yang telah dibentuk akan membacakan juzu' yang telah ditentukan setiap malam. Majlis berlangsung selama kira-kira satu jam seusai solat taraweh dan witir.

Suasana masjid yang berhawa dingin dan lapang dewasa ini menimbulkan suasana yang merangsang semangat para peserta. Semoga, ihya Ramadhan pada tahun ini akan diterima Allah sebagai amal pahala di akhirat kelak.




Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP