CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 84

May 27, 2009

TARIKH: 25/05/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 84
Surah An-Nisak:


PENGERUSI: Ust Tn. Roslan
ULASAN TAJWEED: Ust. Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Ust Tn Roslan


Ulasan Tambahan: 

a) Dalam pergaduhan antara suami isteri, apabila dilantik hakim yang bertujuan mendamaikan kedua-dua mereka, berkemungkinan ada yang benar-benar mahu mendamaikan, tetapi ada yang sebenarnya mahu memisahkan mereka.

Oleh itu, memilih orang menjadi hakim menyelesaikan sesuatu krisis perkahwinan hendaklah dari kalangan yang berusaha mendamaikan, barulah ada keberkatan di sana.
b) Melihat kepada ayat 36, kita mendapati bahawa larangan derhaka kepada Allah adalah selepas larangan berbuat syirik. Ini menunjukkan betapa besarnya dosa derhaka kepada ibu bapa.

2) Cikgu Khairuddin

Soalan:

a) Apakah hukumnya bersedekah kepada kaum kerabat?

Ust Kama:  Itulah sasaran yang terbaik dalam bersedekah. Merekalah yang perlu diutamakan.

b) Bagaimana menguruskan jiran yang sering menyakiti kita?

Ust Kama: Mendapat jiran yang baik adalah salah satu sumber kebahagiaan yang disebutkan dalam hadis nabi. Gunakanlah cara yang sesuai menurut pertimbangan masing-masing.

3) SURADI

a) Jiran ditakrifkan orang yang berada di sekeliling rumah kita dalam lingkungan 40 buah rumah. Apakah takrifan ini punya sandaran nas?

b) Bukankah memberi sedekah kepada fakir miskin itu hanya menggalakkan mereka untuk meminta-minta?

Ust Kama: Kita disuruh bersedekah, bukan memerhatikan urusan mereka. Itu adalah alasan orang tidak mahu bersedekah. Sucikan hati dan bersedekah sahaja. Sama ada mereka akan terus meminta lagi, usah dirungsingkan. Kalau tidak mahu bersedekah, jangan bersedekah dan jangan pula mencela dan mengherdik mereka.

 b) Minta ulas hadis yang bermaksud "Ikhtilaf umatku rahmat".

Ust Kama: Jawapan ditangguhkan.

4) SALLEH BIN WALI

Apakah dibolehkan berkahwin dengan sepupu?

Ust Kama: Sepupu adalah bukan muhram dan harus dikahwini.

5) Ayah Cikgu Khairuddin

Apakah boleh berkahwin dengan anak saudara sebapa?

Ust Kama: Anak saudara sebapa adalah sama dengan anak sudara seibu sebapa. Haram dikahwini.

6) UST NASIR

Apakah hukumnya mengamalkan pelbagai mazhab?

Ust Kama: Mengamalkan mana-mana mazhab tidak pernah diperintah oleh Islam. Mazhab lahir hasil perkembangan fekah Islam . Sebelum ada mazhab, umat Islam telah mengamalkan fekah Islam tanpa aa masalah. Justeru, jika kita mengamalkan fekah tampa memperhitungkan mazhab mana pada masa ini, tidaklah menjadi masalah.

7) HJ. YUSUF

Apakah pada zaman Rasulullah SAW ada peguam?

Ust Kama: Peguam adalah nama profesion pada zaman moden. Sama seperti Dokter, Jurutera dan sebagainya. Namun, dari bidang kerja atau sebahagian dari bidang kerja itu telah diamalkan pada zaman Rasulullah SAW. Namanya tentu bukan peguam.








0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP