CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 221

October 6, 2010

TARIKH: 06/ 10/2011
SURAH YUNUS: AYAT: 107-199
SURAH HUD: AYAT 1-5


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) CIKGU SALLEH

Minta ulasan mengenai ayat nasikh dan mansukh.

Ust Kama: Nasakh dan mansukh merupakan salah satu ilmu ulumul Quran yang penting. Ayat Al-Quran yang diturunkan terikat dengan hukum nasikh dan mansukh. Terdapat 3 jenis nasakh dan mansukh iaitu:

a) Nasakh ayat kekal hukum.
b) Nasakh hukum kekal ayat
c) Nasak ayat dan hukum

2) CIKGU KHAIRUDDIN

Ada kalangan manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat hidup yang diperolehi. Apakah hukumnya?

3) SURADI

a) Apakah boleh diterima alasan sesetengah orang mengatakan bahawa dia belum sampai seru untuk buat haji?

Ust Kama:  Seruan haji telahpun dilaungkan zaman nabi Ibrahim lagi. Mengatakan bahawa belum sampai seruan adalah tidak berasas kerana setiap yang menyahut seruan Islam, seharusnya dia telah terpanggil untuk melaksanakan haji.

b) Dikatakan kiamat akan berlaku bila tiada lagi orang beriman di atas dunia?

c) Apakah syurga hanya berpenghuni sesudah kiamat?

4) MR. X

a) Apakah dikira mampu seseorang yang cukup perbelanjaannya tetapi tidak dapat kouta haji?

Ust Kama: Mendapat kouta haji termasuk dalam makna mampu untuk zaman ini.

b) Apakah semua orang mati dahulu sebelum kiamat?

Ust Kama: Kiamat terjadi apabila tiupan sangkakala dilakukan.  Ketika itu matilah semuanya yang ada di langit dan bumi kecuali yang Allah kehendaki.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP