CARI KANDUNGAN BLOG

Solat Jumuat tahun depan

November 12, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Surau semalam memutuskan untuk melakukan Solat Jumuat pertama pada 7 Januari 2011. Surat kelulusan daripada Jabatan Mufti telah pun diterima oleh pihak Surau Al-Fajr. Namun, disebabkan kekangan musim cuti sekolah telah pun bermula, maka solat Jumuat hanya akan dimulakan pada tahun hadapan. Sementara itu, pihak surau bercadang untuk membuat sedikit pembaikan ruang solat agar lebih luas. Disasarkan, sebelum menjelang tahun hadapan, pembaikan itu akan siap.

Alhamdulillah, penantian bertahun untuk menaiktaraf surau Al-Fajar menjadi masjid dan medapat hak mengadakan solat Jumuat telah mendapat hasil. Persiapan rapi akan dibuat untuk menjadikan Masjid Al-Fajr sebagai tempat ibadat ummat Islam sekitar.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP