CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 260

March 2, 2011

TARIKH: 2/ 03/2011
MUKA SURAT :260
SURAH IBRAHIM: 34-42


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) EN SYUKUR

Rakyat yang bangkit menentang pemerintah mereka di Timur Tengah, terbunuh, apakah kematian mereka shahid?

2) MARIJIN

a) Apakah darjat kelebihan solat di masjid Aqsa?

Ust Kama: 500 darjat berbanding masjid yang lain.

 حديث أبي الدرداء رفعة الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة ،و الصلاة في مسجدي بألف صلاة والصلاة في المسجد الأقصى بخمسمائة صلاة " قال البزاز :إسناده حسن .

b) Apakah hikmah Allah melebihkan ibadat di tiga buah masjid tersebut?

Ust Kama: Masjid tersebut terletak di tanah haram. Ia juga masjid terawal dibina. Allah memuliakan di atas semua masjid yang lain.

3) SURADI

a) Sesiapa yang ziarah jenazah orang mati diberi ganjaran satu qirat. Apakah khusus hanya kepada jenazah muslim?

Ust Kama: Ya, khusus untuk ziarah jenazah muslim kerana itulah haqqul muslim ke atas muslim yang lain.

b) Bolehkah akikah dibuat di tempat lain (bukan tempat asal kita)?

Ust Kama: Akiqah boleh dibuat di mana sahaja.

c) Apakah imam perlu melantik penggantinya jika solatnya terbatal atau biarkan sahaja orang di belakangnya menggantikannya?


Ust Kama: Imam hendaklah menarik makmum di belakangnya untuk menggantikan tempatnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP