CARI KANDUNGAN BLOG

PENANGGUHAN DAURAH 1432/2011

November 16, 2011

Daurah bagi tahun 1432/2011 berakhir pada malam ini.  Daurah pada malam ini berhenti pada siri ke 334 iaitu pada muka surat 332, Surah Al-Hajj, ayat 16-23. Penangguhan daurah diumumkan oleh ust. Kama selaku moderator daurah. Insya Allah, daurah bagi siri ke 335 akan disambung semula pada tahun hadapan.  Diharapkan kepada semua ahli daurah boleh membuat ulangkaji di samping mengulang bacaan Al-Quran dengan tadabburnya.

Cuti sekolah akan bermula pada minggu hadapan. Demikianlah rutin saban tahun, ramai yang akan pulang bercuti. Ust Kama akan pulang bercuti pada 22 Nov 2011 dan akan kembali semula ke Sandakan pada 31 Disember 2011, insya Allah.

Ma'assalamah....wa ilalliqaa'!


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP