CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 362

April 10, 2012

TARIKH : 9/ 04/2012
MUKA SURAT :362
SURAH AL-FURQAN: AYAT 21-32


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : CIKGU KHAIRUDDIN
TAFSEER                           : UST KAMA
 
ULASAN/  PERSOALAN 
 
 
1)CIKGU KHAIRUDDIN
 
 
Bagaimana hendak berdakwah dengan orang-orang jahat kalau kita dilarang bersahabat dengannya?
 
Ust Kama: Berdakwah kepada mereka tidak semestinya perlu menjadikan mereka sahabat.

 
2) HJ. JAAFAR
 
Apakah boleh kita bersalam dengan orang kafir dan boleh menyebutkan "allahumma solli 'ala Muhammad" masa bersalam dengan mereka?

Ust Kama: Bersalam dengan orang kafir tidak menjadi larangan. Menyebutkan ucapan solawat semasa bersalam bukanlah sebahagian daripada "tasafuh".

 
3) EN. ANWAR TABALUN
 
a) Kenapa malaikat berebut mengambil nyawa yang dicabut oleh malaikat maut?
 
Ust Kama: Para malaikat itu adalah malaikat pembawa nyawa.
 
b) Apabila ruh dibawa naik ke langit, bagaimana pula dengan kepercayaan bahawa ruh pulang pada hari ketiga, ke sepuluh, ke empat puluh, keseratus dan sebagainya?
 
Ust Kama: Kepercayaan seperti itu tiada asas dalam Islam.
 
 
4) HJ. MARIJIN
 
 a) Bagaimanakah perkiraan siang dan malam di akhirat?
 
Ust Kama: Tiada malam dan siang di sana. Yang ada hanya dua masa iaitu pagi dan petang.
 
b) Apakah ahli syurga tyidak tidur?
 
Ust Kama: Mereka tidak tidur sebagaimana di dunia kerana tidur itu sebahagian daripada mati.
 
 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP