CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 384

June 27, 2012

TARIKH : 27/ 06/2012
MUKA SURAT :384
SURAH AN-NAMLU: AYAT 77-


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : EN. SAMIT
TAFSEER                           : UST KAMA

1) Ayat 80-81, Allah menegaskan bahawa sakalipun nabi Muhammad, tidak boleh membuatkan orang yang telah mati mendengar seruannya. Sungguhpun ia membawa konotasi mati hati, tetapi ia juga boleh difahami sebagai mati fizikal. Dengan itu, persoalan timbul apakah orang mati boleh mendengar. Hadis mengenai seruan nabi kepada pembesar-pembesar Quraisy yang terbunuh dalam perang Badar menjadi kes nabi menyeru orang yang telah mati. Demikianlah pula beberapa hadis mengenai orang yang telah dikebumikan dapat mendengar bunyi kasut dalam salam yang diucapkan kepadanya. Semua ini diperbincangkan di kalangan ulama. Persoalan mengenai alam Barzakh adalah hal ghaibiyyat yang kita hanya boleh sandarkan kepada khabar daripada Rasul. Justeru, sekadar mana yang dikhabarkan, begitulah yang kita simpulkan.

2) Dalam Ayat 82, disebutkan pula mengenai Dabbatul Ard. Menurut riwayat-riwayat daripada para sahabat, ia merupakan anak unta nabi Soleh. Ia merupakan salah satu tanda kiamat yang besar.  Ada juga yang berpandangan bahawa Dabbatul Ard itu merupakan orang alim yang menumpaskan golongan Bid'ah dengan hujjah!


3) Ayat 87, Allah menyebutkan satu pengecualian daripada kemusnahan ketika terjadinya Qiamat. Apakah yang dikecualikan itu? Para Mufassirin punya persepsi yang pelbagai.Kalangan mereka, ada yang mengatakan pengecualian itu adalah untuk para shuhada, orang-orang beriman, bidadari, malaikat penanggung arasy dan juga 4 kibar malaikat. wallahu a'lam!.

PERSOALAN
1) MUDA AJAK
Minta ulasan mengenai isu semasa berhubung mana yang lebih utama antara pilihanraya dan pergi haji jika bertembung antara keduanya?

2) RANGES
Apakah Kaabah sudah ada sejak zaman sebelum adam? Benarkan kubur Adam di sana? Benarkan juga ia merupakan Pusat Bumi?

3) HJ. JAAFAR
Apakah mayat mendengar ketika ditalqinkan?


 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP