CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 468

August 19, 2013

TARIKH : 19/ 08 /2013
MUKA SURAT :468
SURAH GHAFIR: AYAT 8-16
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : EN. ANWAR TABALUN
TAFSEER                           : UST KAMA



1) SURADI

a) Bolehkah baca tasbih nabi Yunus sebagai doa dalam sujud solat?

Ust Kama: Membaca Al-Quran dalam sujud bukanlah dari adab yang baik dengan Al-Quran. Sepatutnya dalam sujud tidak dibacakan Al-Quran kerana Al-Quran itu, sesuai dengan kemuliaannya, dibaca semasa semasa duduk atau berdiri. Namun, jika ayat Quran itu mengandungi maksud doa, maka tidak menjaid halangan untuk membacanya sewaktu sujud.
 
b) Minta penjelasan mengenai kes solat taraweh terdahulu yang berlaku kurang satu sujud dalam rakaat.

Ust Kama: Imam yang kurang satu sujud itu hendaklah meneruskan rakaat dan menganggap rakaat yang kurang sujud itu sebagai tiada. 

2) HJ. X

Witir yang manakah paling afdhal? Witir 3 rakaat satu salam atau dua salam?

Ust Kama: Witir 3 rakaat dengan 2 salam yang paling afdhal.
 

3) HJ. MARIJIN

a) Berapakah jumlah orang yang boleh diberi syafaat  oleh seseorang yang diizinkan memberi syafaat oleh Allah di akhirat kelak?

Ust Kama: Jumlahnya tidak ditentukan. Hanya disebutkan dalam hadis jumlah syafaat seorang syahid adalah 70 orang  dan Hafizul Quran sebanyak 10 orang.

b) Seorang bapa yang berbuat syirik dan anaknya hafiz Al-Quran, apakah ia bioleh diberi syafaat untuk masuk syurga?


Ust . Kama: Siapa yang mati syirik, kekal dalam neraka selama-lamanya.Wal Iyazu Billah!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP