CARI KANDUNGAN BLOG

ABU BAKRAH

March 23, 2016

Abu Bakrah adalah tergolong kalangan sahabat Rasulullah SAW. Namanya yang sebenar adalah Nafi' bin Al-Harith atau Nafi' bin Masruh. Beliau adalah berasal dari Taif dan kalangan hamba. Pada masa Taif dikepung oleh tentera Rasulullah, beliau menyambut seruan Rasulullah SAW supaya ahli Taif menyerah diri. Lalu beliau dibebaskan oleh Rasululalh SAW.

Beliau adalah sahabat yang diambil hadis Rasulullah SAW daripadanya, khusnya oleh 4 orang anaknya iaitu: Ubaidillah, Abd rahman, Abd Aziz dan Muslim. Di samping itu beliau juga dirujuk oleh beberapa kalangan tabiin seperti Abu Uthman An-Nahdi, Hasan Al-Basri, Muhammad bin Sirin dan Uqbah bin Suhban. Beliau adalah kalangan sahabat yang menyisihkan diri ketika berlaku peperangan Jamal dan juga Siffin dan tidak menyebelahi mana-mana antara dua kumpulan Islam yang berperang.  Beliau meninggal pada tahun 51 H di Basrah.

Ketika Al-Mughirah bin Syu'bah menjadi Amir Basroh pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, telah berlaku tuduhan zina oleh Abu Bakrah ke atas Al-Mughirah bin Syu'bah. Kes itu disaksikan oleh 4 orang tetapi salah seorang menarik balik kesaksiannya pada saat akhir ketika disoal oleh khalifah. Lalu 3 orang termasuk Abu Bakrah dihukum sebat kerana Qazaf dan diminta bertaubat dari kesalahan Qazaf. Tiga orang sanggup bertaubat tetapi Abu Bakrah tidak mahu kerana pada hematnya dia bukan melakukan jenayah Qazaf tetapi dia menjadi saksi. Hanya saksi kes tersebut menjadi kurang kerana penarikan diri salah seorang daripadanya.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP