CARI KANDUNGAN BLOG

Fidyah Puasa ( nota 3)

July 7, 2016

1) Nas-nas menyebutkan bahawa zakat fitrah, kafarat sumpah dan fidyah hendaklah dilangsaikan dengan mengeluarkannya dalam bentuk makanan yang menjadi asasi bagi penduduk dalam negeri.

2) Pendapat yang masyhur di kalangan Malikiah dan Syafi'iyyah ialah tidak harus mengerluarkan zakat fitrah, kifarat sumpah atau fidyah puasa selain dalam bentuk makanan sesuai dengan nas-nas yang menyebutkan tentangnya.

3) Pendapat yang mengharuskan kadar zakat, kifarat sumpah atau fidyah itu ditukarkan kepada nilai matawang adalah daripada pendapat ulama Hanafiah.

4) Bagi Imam Ahmad bin Hambal, beliau mengharuskan pada situasi tetentu dan melarangnya pada situasi yang lain. Kesimpulan pandangan itu dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah dalam Fatawanya bahawa keharusan mengeluarkan dalam bentuk nilai matawang adalah jika ada hajat dan keperluan serta lebih baik bagi fakir dan miskin. Jika tidak, hendaklah ia dikeluarkan dalam bentuk makanan.

Ummat Islam di Malaysia telah mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk matawang. Dalam bab ini para Syafi'iyyun di Malaysia telah bertukar menjadi Hanafiyyun. Maka, jika zakat telah lepas, fidyah puasa bukanlah masalah lagi. Sesiapa yang telah keluarkan zakat pakai duit, jelaskanlah fidyah puasa yang ditinggalkan itu dengan duit juga. Jika dia masih istiqamah dengan pendapat dalam mazhab Syafi'i yang mensyaratkan Qut (ruji) maka dalam bab fidyah puasa ini seeloknya dia istiqamah.

Namun, umat Islam awam di manapun bukan pengikut mazhab 4 yang tulin. Mereka adalah pengikut pendapat yang dipilih oleh mufti yang berfatwa. Fenomena ini sudah berlangsung lama. Lebih menyerlah dalam zaman global merentas sempadan ini. Di Malaysia, dakwaan bahawa mazhab yang diamalkan dalam negeri-negeri tertentu sebagai Syafi'i telah dilonggarkan dan banyak sekali dilanggari.
Tidak mengapa...asal di bawah lembayung "Ahlul Sunnah Wal Jama'ah"

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP