CARI KANDUNGAN BLOG

APAKAH BENAR KAUM BANI ISRAIL MENYAHUT PERINTAH NABI MUSA-BUNUHLAH DIRI KALIAN!

October 25, 2017


Riwayat-riwayat menerusi kitab Tafsir menyatakan bahawa kaum Bani Israil yang menyembah lembu telah melakukan pembunuhan Massal sebagai hukuman dan taubat atas dosa menyembah anak lembu. Nabi Musa memerintahkan mereka agar bunuh diri mereka dengan erti kata bunuhlah satu sama lain. Dalam tafsir dinyatakan bahawa Allah menjadikan awan gelap menutupi mereka dan mereka saling tikam menikam sesama mereka sehingga matilah sejumlah 70 ribu di kalangan Bani Israil. Lalu yang mati itu dikira syahid dan yang terselamat diampunkan dosa.

Dari situ disimpulkan bahawa taubat Bani Israil sangat berat sedang taubat Ummat Muhammad SAW tidak sedemikian.

Pendapat kebanyakan para mufassirin ini dikritik oleh Dr. Ahmad As-Sawi sambil menyifatkan ia sebagai rekaan Israiliyyat yang meracuni kitab-kitab tafsir. Beliau menyatakan beberapa hujjah:
1) Kalau benar terjadi pembunuhan untuk taubat itu, sudah tentu disebut secara jelas dengan sebuatan pujian oleh Allah ke atas Bani Israil
2) Nabi Musa pernah memerintahkan kaumnya sembelih lembu untuk cari pembunuh tetapi surahan itu dipersoalkan. Masakan perintah bunuh diri tidak dipersoalkan. Bukankah itu adalah tabiat kaum Bani Israil.
3) Kaum Bani Israil adalah kaum yang sangat sayangkan kehidupan mereka.
4) Ayat-ayat menceritakan tragedi itu, bermula dosa menyembah patung lembu disusuli dengan arahan bunuh diri oleh nabi Musa, diselitkan peringatan bahawa Allah maafkan mereka dan terima taubat mereka. Jika hukuman bunuh berlaku, ia bukanlah nikmat yang perlu dikenang oleh kaum Bani Israil.

Demikianlah antara kritikan yang dinyatakan oleh Dr. Ahmad As- Sawi terhadap peristiwa tersebut. Kritikan ini, walaupun menyimpang pagangan para ulama salafussoleh, ia tidaklah menjadi satu kesalahan dan tidak menjejaskan akidah.

Ummat Islam perlu belajar menerima pandangan walaupun pandangan itu menyisih pandangan mainstream. Ia akan menyuburkan budaya ilmu dan pemikiran kritis di kalangan ummat Islam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP